Iklan

Rabu, 10 Ogos 2011

Cara atau Kaedah Menggunakan GPS Garmin XT Pada Sony Vivaz Secara Percuma

Salam Sejahtera semua!!!

Kali ini aku mahu kongsikan bagaimana cara untuk menggunakan GPS Garmin XT secara percuma pada telefon bimbit Sony Vivaz. Secara kebetulan, rakan sekerja aku mempunyai masalah menggunakan GPS secara percuma. Banyak kedai telah dia pergi untuk menjadikan Sony Vivaz beliau beroperasi tanpa caj di dalam bil.


Oleh itu, aku cuba membantu dengan membuat kajian di dalam laman sesawang dan akhirnya aku berjumpa cara dan kaedah untuk ‘setting’ GPS Garmin XT tersebut. Sebelum itu, ingin aku maklumkan bahawa Sony Vivaz mempunyai 2 varians atau jenis iaitu Sony Vivaz dan Sony Vivaz Pro. Beza secara kasar antara kedua-duanya adalah Sony Vivaz Pro mempunyai ‘Slide Keyboard’ manakala Sony Vivaz biasa hanya menggunakan ‘keyboard’ pada paparan skrin.


Sony Vivaz menggunakan A-GPS, ini bermaksud ia akan menggunakan ‘network’ anda dahulu sebelum mengesan signal satelit. Pengguna Vivaz boleh mengelak dari aturan yang disediakan dengan mengaturkan semula aturan GPS. Terdapat 2 langkah yang perlu anda lakukan iaitu :-

Langkah Pertama :-

1- Pergi pilihan ‘menu’

2- Kemudian anda perlu pilih ‘folder location’

3- Seterusnya anda perlu klik pada ‘positioning’ diikuti ‘positioning methods’

4- Kemudian klik pada‘internal GPS’ diikuti ‘back’

5- Seterusnya klik pada‘positioning server’ diikuti ‘server use’

6- Akhir sekali anda perlu klik pada ‘disable’ diikuti ‘ok’.

Ini adalah telefon bimbit jenis Sony Ericsson Vivaz Pro

Langkah Kedua :-

1. (Jika HP Vivaz anda bluetooth tutup) Apabila anda buka Garmin XT, ia akan bertanya ‘Bluetooth is currentl turnef off. Turn on?’ Anda perlu klik ‘No’

2. Seterusnya, Vivaz anda akan keluar kenyataan ‘Warning - Use GPS Safely", kemudian klik "I Agree"

3. Paparan hadapan Garmin XT telah keluar. Kemudian anda perlu sentuh pada ‘signal bar’ pada bahagian atas sebelah kiri skrin.

4. Seterusnya ‘GPS Informatian’ akan keluar dipaparan, anda perlu klik ‘disable’.

5. Kemudian, paparan dua pilihan keluar iaitu (Use Bluetooth GPS / Use Attached/Built-in GPS), anda perlu pilih ‘Use Attached/Built-in GPS’, kemudian klik ‘enable’ diikuti ‘done’.

6. Sekarang anda telah tetapkan Vivaz anda menggunakan ‘build in GPS’. Anda hanya perlu menunggu Garmin XT mengesan signal satelit dan selesai..

Selesai. Sekarang apabila Vivaz anda menggunakan ‘Garmin XT’ ia tidak akan menggunakan ‘network’ anda sekaligus tidak akan ada caj pada bil anda..






4 ulasan:

  1. salam admin.. (5. Kemudian, paparan dua pilihan keluar iaitu (Use Bluetooth GPS / Use Attached/Built-in GPS), anda perlu pilih ‘Use Attached/Built-in GPS’, kemudian klik ‘enable’ diikuti ‘done’) nape benda ni x kluar kt fon sy ye? GPS devices not found.. plz help me.. :(

    BalasPadam
  2. w'slm... hrp maaf... aku sudah cb sedaya upaya untuk membantu pemilik handphone vivaz tp stakat ni msh lg sgnal xmsuk sckupnye pd handphone kwn aku w'pun dia xde mslh pd no.5 tu... em, mslh tuan ssh jgk tu nk setel... aku cdgkn cra mudah pkai jela hp lain... aku bru amik nokia 5800 express music 2nd brharga rm 400... gps garmin berfungsi dgn baik skali, aku dh cb bru2 ni...

    BalasPadam
  3. oo.. mcm 2.. pape pn, thnks ye.. emm.. admin org tmerloh? koi org chenor.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome... koi org tangkak... tp dh menetap di Temerloh hampir 4 thn... rmh pun bru bli di mentakab, blum siap lg... selamat berkenalan.... :)

      Padam