Iklan

Isnin, 28 Mac 2011

Rekod Malaysia Top Speed Proton Persona Elegance

Salam.... setakat ini, saya pernah terjumpa di youtube kereta Proton Persona Elegance berenjinkan Campro Iafm mencecah kelajuan 210 km/j... Fuhh.... gila... aku pun tak berani bawa laju macam itu... Rekod peribadi pun sehingga 175 km/j... Itu pun dah rasa semacam... laju... hehe! boleh pergi lagi kereta tapi sayang nyawa wooo... ok... Saksikanlah video di bawah....

video




DIY - Cara Untuk Tambah Pick Up dan Respon Kereta Proton Persona Anda

Salam semua... ok, kali ini saya mahu kongsi pengalaman bagaimana cara untuk menambahkan pick up dan respon kereta anda...
Pertama sekali yang saya lakukan adalah dengan menukar penapis udara atau 'air filter'. Saya membeli air filter berjenama Redline dari seorang penjual di mudah.com dengan harga RM 60. Ini bermaksud penapis udara ini adalah terpakai (2nd hand) :). Jika harga baru anda pun tahu dalam lingkungan RM 140.00. Lihat gambar di bawah :-



Akan datang saya akan upload lebih banyak gambar untuk penelitian anda!

Selepas dipasang air filter tersebut, kita tengok pick up dan respon kereta Proton Persona dengan Redline Air Filter. Rujuk video di bawah :-

video

Kereta manual stok jadinya susah bagi saya untuk mengambil video dengan handset, nak tukar gear dan memegang stereng. 3 perkara dalam 1 masa... hehe!

2nd run :-

video

Mungkin kereta anda lagi pick up dari kereta saya.
komen anda dialu-alukan, sekian.....





Ahad, 27 Mac 2011

DIY - Cara Untuk Kurangkan Bunyi Dalaman Kereta Proton Persona



Salam kepada semua personarians... hehe! saya jugak salah seorang pemilik kereta Proton Persona Manual 1.6 cc sejak tahun 2009... Secara peribadinya saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat dari kereta ini.. Cuma biaselah, manusia tak puas klo tak ada upgrade2 ni. hehe!
Post yang pertama ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk mengurangkan bunyi2 yang tak dikehendaki semasa kita sedang memandu... bukan nak down kn kete ni cuma penambah baikan je sebab kita pun tau harga kereta baru 1.6 cc yang termurah adalah Proton Persona.. :)
Pertama sekali masalah yang akan dihadapi apabila kereta menggunakan jalan yang tidak cantik, kasar. Kereta akan bergetar dan bermula dari sini la bunyi2 kecil yang akan didengar ditambah pula waktu berada di dalam kereta memandu secara berseorangan dan tidak membuka radio...

Di bawah adalah bahagian pertama yang boleh ditambah langkah untuk mengatasi bunyi semasa getaran (1):-



Konsul di blower 'aircond' ini saya berpendapat boleh menghasilkan bunyi disebabkan ianya tidak berapa fit.. cuba anda dengan perlahan ketuk konsul yang boleh adjust ke kiri & ke kanan tu... bunyi lagaan plastik dgn plastik akan terhasil... langkah penambah baikan yang saya cadangkan gunakan double tape dan lekatkan dengan bahagian bawah konsul tersebut. 1 side double tape tidak perlu dibuka supaya membenarkan konsul tersebut bergerak atau di'adjust'...

Tujuan saya menggunakan double tape tersebut adalah untuk menghalang lagaan plastik di blower tersebut.. Gunakanlah double tape berwarna gelap supaya tidak begitu kelihatan di konsul tersebut..

Bagi sesiapa yang tidak yakin dengan cadangan saya ini atau tidak berani membuat DIY, anda dinasihatkan jangan lakukannya... secara mudahnya saya tidak akan menanggung sebarang kerosakan yang berlaku semasa anda DIY kereta anda... Buat dengan penuh sabar dan berhati-hati... Selamat men'DIY' kereta anda...
Saya akan kongsikan bahagian2 lain yang perlu dibuat penambahbaikan supaya kereta anda menjadi lebih senyap dan selesa... :)

ok, saya update cikit bagi anda lebih memahami... Sila rujuk gambar di bawah :-



Dari gambar di atas dapat dilihat 'double tape' berwarna kuning yang saya gunakan... simple sahaja... itu sebab saya nasihatkan gunakanlah 'double tape' berwarna gelap...