Iklan

Ahad, 31 Julai 2011

Proton Persona Serbaguna!


Salam sejahtera kepada semua... Untuk berkongsi pengalaman, pada 28 Jun 2011 kereta persona aku telah digunakan untuk mengangkut tangga bersaiz sederhana! Tetapi disebabkan kereta aku model Baseline, tempat duduk belakang tak boleh dilipatkan. Perlu buka skru untuk membukanya. Andai kata kereta aku model Mline atau Hline, mesti lagi panjang tangga yang aku boleh muatkan dalam kereta aku. hehe!

Walaubagaimanapun, aku tetap sayang keretaku sebab telah berjasa membawa tuannya ke Utara dan Selatan semenanjung dalam tempoh khidmatnya... Setakat ini, tidak masalah besar yang dialami oleh aku dengan kereta Proton Persona. Sekian, wassalam...





Khamis, 14 Julai 2011

Free Live Streaming Football Match Malaysia vs Liverpool 2011


Pada 16 Julai 2011 yakni hari Sabtu, satu perlawanan Pilihan Malaysia vs Pilihan Arsenal akan diadakan dan secara umumnya ramai peminat bola sepak tempatan ingin menonton perlawanan tersebut namun ramai yang mungkin hampa kerana tidak dapat pergi ke stadium untuk melihat perlawanan ini..

Alternatif lain untuk melihat perlawanan ini adalah dengan melihat melalui online atau streaming... Di bawah adalah link yang boleh dipercayai untuk menyiarkan secara live perlawanan tersebut :-

http://www.magedtv.net/ch1.html

Bagi perlawanan Pilihan Malaysia vs Chelsea pada 21.07.2011 jam 8.45 malam juga boleh disaksikan pada link di atas...

Selamat mencuba!





Punca Bunyi Bising Belting Proton Persona

Kali ini aku nak kongsikan pengalaman penyelenggaraan kereta Proton Persona aku.. Pada awal bulan Julai 2011, terdapat kehadiran bunyi pelik pada enjin bay kereta aku... mula-mula tu buat saje je... tapi dah lama-lama, tak tahan dengan bunyinye..

Aku pun mula mencari punca kehadiran bunyi di enjin bay. Akhirnya aku dapat mengenalpasti punca bunyi datangnya dari belting. Bunyinya agak halus tetapi sedikit kuat. Untuk menyelesaikan masalah bunyi dari belting itu, aku pun google la untuk mengetahui punca bunyi dari belting.

Dalam banyak-banyak maklumat yang aku perolehi, aku tertarik dengan kaedah penggunaan lilin pada belting dan membuat keputusan untuk meleretkan sedikit lilin pada pulley belting sebab kosnya yang sangat murah. Lagipun lilin memang dah ada kat dalam rumah aku. Setelah itu, aku pun meleretkan sedikit lilin pada pulley dan belting semasa enjin dihidupkan dan secara tidak langsung bunyi yang tidak menyenangkan itu pun hilang. Aku berasa lega seketika tetapi merasakan bunyi itu akan hadir semula dalam jangka masa tertentu..

Jangkaan aku benar rupanya..... tidak lama selepas itu, bunyi itu datang semula.. Aku membuat keputusan untuk menghantar kereta di bengkel kenderaan. Seorang mekanik telah cuba mencurah segayung air pada belting semasa enjin dihidupkan dan bunyi tersebut hilang lagi... Mekanik itu memesan kepada aku supaya datang semula jika bunyi itu hadir lagi..

Aku pun pulang ke rumah dan tergelak sendirian di dalam kereta sewaktu memandu disebabkan cara yang mekanik tadi lakukan amatlah mudah. 'Aku pun boleh buat' dalam fikiranku.. Apabila tiba di rumah, bunyi itu datang lagi... Fikiranku runsing... Aku pun keluar semula ke bengkel kereta untuk menukarkan 'tali kipas' ( ayat mekanik tu ) atau belting. Di bawah aku lampirkan beberapa lampiran gambar sewaktu pertukaran belting kereta aku :-

Secara fizikal dapat dilihat tali kipas / belting agak lusuh / lama



Ini adalah adjuster untuk belting Proton Persona



Adjuster ini bertindak untuk memastikan belting sentiasa dalam keadaan ketegangan yang dikehendaki. Berfungsi melalui spring dan harganya agak mahal iaitu RM 300 - 400



Belting telah tercemar dengan bendasing yang menjadi punca kerosakan / bunyi


Semasa proses penukaran belting ini, adjuster perlu dibuka untuk mengeluarkan belting lama. Tak susah pun aku rasa tetapi kereta perlu di'adjust' tinggi untuk membuka adjuster yang terletak pada bahagian bawah enjin.

Setelah selesai proses penukaran belting, enjin pun dihidupkan dan hasilnya amat mengembirakan aku kerana bunyi yang tidak menyenangkan itu tiada sehingga sekarang. Mekanik memberitahu aku bahawa belting yang lama agak keras dan tercemar dengan bendasing dan dari situlah punca bunyi bising itu wujud. Untuk pengetahuan anda, belting aku berusia 2 tahun lebih. Aku berpendapat penyelenggaraan berkala amat penting untuk memastikan kondisi enjin dalam keadaan yang cemerlang.... Sekian.....








Sabtu, 9 Julai 2011

Servis Komputer Anda!!!

Salam semua... Dah lama aku tak mengemaskini blog aku ni.. Kali ini, aku nak kongsi mengenai komputer (desktop). Petang tadi pada hari sabtu 09 Julai 2011, aku bersama isteri mengemas rumah. Dah lama tak mengemas secara total.. Habuk punya la banyak..

Dalam sibuk-sibuk mengemas, tiba giliran di bahagian pc.. Apa lagi kantoi habuk banyak sangat.. Gambar di bawah menunjukkan segala habuk-habuk yang berjaya dikesan :-

Salji habuk!!!


Punca PC panas dan cepat rosak... Cuba bayangkan notebook anda....



PC perlu dibuka untuk membersihkan habuk-habuk yang melekat seperti salji......



Condenser Processor ini telah dibersihkan sedikit


PC aku ni tak pernah diservis dan dibersihkan secara total semenjak dibeli lagi iaitu lebih kurang 1 tahun 6 bulan... Mungkin faktor utama habuk terlalu banyak dalam jangka masa yang pendek disebabkan kediaman sewa aku berada di tepi jalan utama... Lihat pula sedikit gambar PC yang telah dibersihkan :-

Lihat kipas tiada lagi habuk tebal... baru udara panas boleh keluar...


Kipas dan Kondenser Processor pun tiada lagi habuk tebal...


Secara kesimpulannya disini, jika anda ingin menggunakan komputer anda dalam jangka masa yang lama seperti 10-15 tahun, anda perlulah sentiasa membersihkan bahagian dalaman PC daripada habuk-habuk. Sedikit pengalaman aku sebelum ini, notebook aku telah rosak selepas 5 tahun digunakan... Apabila aku buka bahagian dalaman notebook, terlihat terlalu banyak habuk2 tebal pada bahagian kipas dan 'motherboard'...

Anda mungkin tersilap jika percaya dengan kata-kata, ' notebook tak ada masalah tak perlu buka'... Pada aku, eloklah langkah pencegahan dibuat sebelum kerosakan yang tidak dijangka boleh berlaku.... Untuk pengetahuan, notebook isteri aku pun turun rosak dalam jangka masa 5 tahun. Tidak lama selepas notebook aku rosak...

Sekian, secebis pengalaman yang ingin dikongsikan....