Iklan

Ahad, 21 Ogos 2011

DIY - Cara Untuk Kurangkan Bunyi Dalaman Kereta Proton Persona V3

Salam sejahtera semua.. Kali ini aku nak sambung semula post aku yang sebelum ni mengenai cara untuk mengurangkan bunyi dalaman Proton Persona anda.. Kali ini lebih tertumpu pada bahagian bawah dashboard dan pintu kereta.. Sila lihat DIY yang telah aku lakukan pada kereta aku... :-


BAHAGIAN PINTU HADAPAN

Bukakan satu skrew mata bunga (philip) pada suis tingkap


Tarik keluar dengan sedikit kuat suis tingkap. terdapat 4 klip pada bahagian tepi suis ini


Cabutkan wayar berpin pada suis


Bukakan 2 skrew bunga pada pembuka pintu.


Bukakan 1 bunga skrew pada trim pintu


Bukakan 1 lagi skrew bunga pada bahagian tepi trim pintu



Buka trim pintu dengan sedikit condong


Bahagian dalam pintu Proton Persona


Buka speaker pada bahagian pintu


Wayar speaker yg tidak kemas dipasang oleh kedai accessories




Wayar speaker diikat kemas



Speaker dipasang semula dengan baik


BAHAGIAN BAWAH DASHBOARD




Anak panah menunjukkan bahagian yang perlu dilakukan sedikit modifikasi



Bulatan menunjukkan terdapat buntut skrew pada belakang wayar berpin (harness)
Anda perlu meletakkan sedikit double tape pada bahagian belakang untuk mengelakkan ianya bersentuhan terus.



Pada bahagian bawah dashboard yang lain juga mempunyai masalah yang sama
Anak panah menunjukkan double tape digunakan untuk mengelakkan bunyi lagaan atau setuhan






Setelah selesai penambahan double tape pada bahagian-bahagian yang telah aku kenalpasti, bunyi yang sebelum ini muncul telah tiada. Diharap anda juga boleh melakakukan sedikit penambahbaikan pada kereta Persona anda. Sebarang pertanyaan, sila tanya pada ruangan komen di bawah....

Sekian, selamat mencuba....













Rabu, 17 Ogos 2011

Modifikasi Catalytic Converter (Catcon) dan Extractor Proton Persona

Salam sejahtera semua...

Pada 17 Ogos 2011, cuti umum Nuzul Al-Quran, aku telah membuat modifikasi pada sistem ekzoz Proton Persona aku. Matlamat asal adalah untuk membuang Catcon dan menggantikan dengan paip besi tapi bengkel ekzoz yang aku pergi dia tak nak buat. Dia cadangkan aku tempat Catcon tersebut digantikan dengan satu tabung yang hampir sama rupa bentuk dengan Catcon cuma isi dalam tidak ada seperti Catcon yang kita lihat agak tersumbat. Sila lihat gambar Catcon di bawah :-

Kedudukan Catcon diambil dari bawah kereta


Catcon yang telah dibuka dari extractor


Bahagian dalam Catcon


Kelihatan jaring halus yang menutupi laluan di dalam Catcon untuk tapisan udara beracun atau tercemar


Lihat gambar lain semasa proses penukaran Extractor 4-2-1 :-


Pomen sedang cuba mengeluarkan skru yang dah rosak ( loose ) pada cover extractor asal


Extractor Wegow 4-2-1


Terdapat lubang untuk meletakkan semula sensor enjin


Proses pemasangan extractor


Proses pemasangan extractor... proses pematrian perlu dilakukan untuk penyambungan semula extractor ke paip ekzoz


Untuk pengetahuan anda, harga extractor yang aku dapat berharga RM 450 dan gasket RM 15. Jenama extractor yang aku pasang adalah jenama Wegow walaupun pada awalnya taukey kedai cakap tidak ada jenama, cuma extractor besi putih katanya... Padahal, aku tengok pada sampul di nenas ada cop Wegow. Satu lagi, kedai yang aku pergi buat modifikasi ini nampak macam tidak pernah ada kereta proton persona yang datang ke bengkelnya untuk tukar extractor.

Sebabnya adalah mereka mencadangkan pada aku extractor 4-1 sahaja, padahal extractor 4-2-1 ada dijual, mereka cakap tak ngam atau tidak sesuai. Aku memberitahu pada mereka bahawa di luar ramai yang menukar extractor Proton Persona kepada Extractor 4-2-1. Mereka membuat pengesahan apa yang aku katakan dengan membuat panggilan telefon mungkin bertanya kepada pembekal mereka. Tersenyum aku melihat mereka yang seakan-akan tidak mengetahui produk yang mereka jual.

Selepas siap dipasang, mereka membuat prosedur membuang asap dari gam gasket dengan memanaskan enjin kereta secara melahu dengan kadar tinggi. Asap memang ada keluar dari gasket extractor yang baru dipasang. Selepas beberapa ketika, asap sudah tidak kelihatan dan aku mula memandu dan secara jujurnya memang terdapat perubahan dari segi 'pick up' yang dirasai. 'pick up' datang lebih awal. Aku berasa agak berpuas hati tetapi manusia memang tidak akan puas dengan nafsunya... hehehe! Aku bercadang akan datang untuk menukar bullet tengah yang berharga RM 220 dan kemungkinan mufler s-flow yang berharga RM 250 ke atas.

Sekian, sedikit coretan pengalaman yang ingin dikongsikan....





DIY - Cara Untuk Mengelakkan Proton Persona Terbakar

Salam Sejahtera semua...

Kali ini aku mahu kongsikan tip yang diperolehi daripada rakan sekerja baru aku yang kaki kereta jugaklah.. Dia tunjuk pada aku satu wayar minyak atau 'fuel' yang akan bocor apabila sampai masa akibat daripada terdedah pada besi panas. Sila lihat gambar di bawah :-



Panduan yang bertanda :-

1- Kesan sentuhan atau kebocoran yang boleh berlaku
2- Paip besi panas semasa enjin hidup
3- Dipercayai wayar minyak atau fuel
4- IAFM

Sila lihat gambar di bawah untuk melihat kesan sentuhan wayar minyak dengan paip besi :-


Anda boleh lihat dengan jelas anak panah yang aku tunjukkan kesan sentuhan yang dikatakan

Oleh itu, langkah atau tindakan terbaik yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini (terbakar) adalah dengan mengalihkan wayar minyak atau 'fuel' itu ke kawasan yang difikirkan lebih selamat. Sila lihat modifikasi yang aku lakukan pada gambar di bawah :-




Anak panah menunjukkan wayar minyak diikat ke kawasan yang lebih selamat



Gambar menunjukkan kedudukan asal wayar minyak

Selepas ini anda boleh menggunakan apa-apa jenis minyak petrol sama ada bergred RON95 ataupun RON97. Sebelum ini aku ada dengar yang mengatakan elok menggunakan RON97 untuk mengelakkan kereta mudah terbakar. Tidak diketahui secara praktikalnya betul atau tidak.

Kepada pengguna Proton amnya dan berasaskan enjin Campro khususnya, selamat mencuba DIY ya.... Sebarang komen, dialu-alukan.... Sekian, terima kasih...





Khamis, 11 Ogos 2011

'My Aim' Kediaman Rumah Baru Kos Sederhana Rendah di Temerloh

Salam Sejahtera...

Ingin aku kongsikan kediaman rumah baru di Temerloh yang sedang dalam perhatian dan pertimbangan untuk membelinya sekitar harga RM 88 000... Sila lihat gambar di bawah :-


Pandangan Dari Hadapan



Bilik Utama


Bilik Kedua


Bilik Ketiga


Tandas Dan Bilik Air


Mozek Penuh


Mozek Penuh Pada Bahagian Dapur


Pandangan Dari Dapur Ke Depan




Tiang Beranda Petak, Yang Gambar No. 1 Tiang Bulat



Garaj Parking Bermozek Dalam Pembinaan



Masalah Yang Aku Hadapi :-

1- Rumah ini perjalanan ke tempat kerja aku sekitar 10 minit, tetapi ke tempat kerja isteri aku sekitar 25 minit - 35 minit.

2- Aku hanya ada sebuah kereta sahaja.

3- Apabila aku perlu hadir kursus, masalah akan timbul untuk isteri pergi ke tempat kerja dan akan datang menghantar anak ke sekolah.

4- Isteri masih tiada lesen memandu lagi.

Pada pendapat anda, adakah aku perlu membeli rumah ini? Sila komen di bawah...





Rabu, 10 Ogos 2011

Cara atau Kaedah Menggunakan GPS Garmin XT Pada Sony Vivaz Secara Percuma

Salam Sejahtera semua!!!

Kali ini aku mahu kongsikan bagaimana cara untuk menggunakan GPS Garmin XT secara percuma pada telefon bimbit Sony Vivaz. Secara kebetulan, rakan sekerja aku mempunyai masalah menggunakan GPS secara percuma. Banyak kedai telah dia pergi untuk menjadikan Sony Vivaz beliau beroperasi tanpa caj di dalam bil.


Oleh itu, aku cuba membantu dengan membuat kajian di dalam laman sesawang dan akhirnya aku berjumpa cara dan kaedah untuk ‘setting’ GPS Garmin XT tersebut. Sebelum itu, ingin aku maklumkan bahawa Sony Vivaz mempunyai 2 varians atau jenis iaitu Sony Vivaz dan Sony Vivaz Pro. Beza secara kasar antara kedua-duanya adalah Sony Vivaz Pro mempunyai ‘Slide Keyboard’ manakala Sony Vivaz biasa hanya menggunakan ‘keyboard’ pada paparan skrin.


Sony Vivaz menggunakan A-GPS, ini bermaksud ia akan menggunakan ‘network’ anda dahulu sebelum mengesan signal satelit. Pengguna Vivaz boleh mengelak dari aturan yang disediakan dengan mengaturkan semula aturan GPS. Terdapat 2 langkah yang perlu anda lakukan iaitu :-

Langkah Pertama :-

1- Pergi pilihan ‘menu’

2- Kemudian anda perlu pilih ‘folder location’

3- Seterusnya anda perlu klik pada ‘positioning’ diikuti ‘positioning methods’

4- Kemudian klik pada‘internal GPS’ diikuti ‘back’

5- Seterusnya klik pada‘positioning server’ diikuti ‘server use’

6- Akhir sekali anda perlu klik pada ‘disable’ diikuti ‘ok’.

Ini adalah telefon bimbit jenis Sony Ericsson Vivaz Pro

Langkah Kedua :-

1. (Jika HP Vivaz anda bluetooth tutup) Apabila anda buka Garmin XT, ia akan bertanya ‘Bluetooth is currentl turnef off. Turn on?’ Anda perlu klik ‘No’

2. Seterusnya, Vivaz anda akan keluar kenyataan ‘Warning - Use GPS Safely", kemudian klik "I Agree"

3. Paparan hadapan Garmin XT telah keluar. Kemudian anda perlu sentuh pada ‘signal bar’ pada bahagian atas sebelah kiri skrin.

4. Seterusnya ‘GPS Informatian’ akan keluar dipaparan, anda perlu klik ‘disable’.

5. Kemudian, paparan dua pilihan keluar iaitu (Use Bluetooth GPS / Use Attached/Built-in GPS), anda perlu pilih ‘Use Attached/Built-in GPS’, kemudian klik ‘enable’ diikuti ‘done’.

6. Sekarang anda telah tetapkan Vivaz anda menggunakan ‘build in GPS’. Anda hanya perlu menunggu Garmin XT mengesan signal satelit dan selesai..

Selesai. Sekarang apabila Vivaz anda menggunakan ‘Garmin XT’ ia tidak akan menggunakan ‘network’ anda sekaligus tidak akan ada caj pada bil anda..