Nuffnang Ads

Selasa, 9 Oktober 2012

DIY - Cara Tambah 20% Kelajuan Internet Komputer Atau Laptop

Salam sejahtera..

    Post kali ini aku mahu kongsikan cara bagaimana untuk menambahkan kelajuan internet PC atau komputer anda sebanyak 20% dari kelajuan semasa dengan menetapkan 'limit reservable bandwitdh'. Ini kerana window telah menetapkan sebanyak 20% daripada kelajuan internet anda untuk kegunaan Microsoft sendiri seperti 'Window Update'. Sila ikut susunan arahan dalam gambar di bawah untuk menetapkan sebanyak 0% pada 'limit reservable bandwidth' :-


1- Pergi pada 'Start Menu' klik pada 'Run' menu dan taip 'gpedit.msc dan enter



2- Satu pop up 'Group Policy' akan keluar pada window dan teruskan dengan klik 'Computer Configuration'



3- Kemudian klik pada 'Administrative Templates'



4- Seterusnya pilih dan klik pada 'Network'



5- Klik pula pada 'QoS Packet Scheduler'



6- Klik pada 'Limit Reservable Bandwidth'



7- Akan keluar satu pop up lagi dan sila pilih 'Enabled' dan setkan pada 'Bandwidth Limit %' dengan nilai 0. Akhir sekali klik 'Apply' dan OK.

Akhirnya anda telah berjaya untuk menggunakan kelajuan internet anda pada kelajuan yang sebenar iaitu 100% berbanding dengan sebelum ini pada kadar 80%. Harap artikel ini dapat membantu anda...

Sekian, boleh bersurai.... Terima kasih....


*** Nota Penting***

Anda perlu log in menggunakan akaun administrator jika komputer anda adalah komputer pejabat ataupun komputer anda sendiri di rumah. Jika log in guna akaun selain administrator anda tidak dibenarkan untuk membuat penetapan seperti artikel di atas...






1 ulasan: