Nuffnang Ads

Khamis, 12 Disember 2013

DIY Tukar Inner Door Handle Proton Persona

Salam sejahtera...


     Dah lama aku tak keluarkan artikel mengenai aktiviti DIY. Baru siang tadi aku berkesempatan untuk menukar inner door handle yang dah lama rosak tetapi masih boleh digunakan cuma handle dah tak main sebab spring dalam inner door handle tu dah patah. Aku membeli alat ganti di kedai VG Auto Temerloh berhampiran Petronas Jalan Bahagia, Temerloh. Harga RM 40 sebelah sahaja. Tag dekat barang dia letak RM 80 dan kalau harga macam tu mungkin aku tak tukar lagi kot. Nasib baik harga bawah RM 50... hehe...


 Plastik dah buang.... Sticker sebelah kanan tu sama dengan yang proton gunakan


     Seperti biasa, aku terus tunjukkan cara tukar inner door handle proton persona tanpa perlu menunjukkan cara membuka door trim ye...Sila rujuk urutan ganbar di bawah :-

 Hanya ada sebiji skrew sahaja yang perlu dibuka dan yang selebihnya adalah klip...



 Keluarkan kabel mengikut urutan nombor supaya kerja lebih mudah.... Selepas itu boleh pasang inner door handle yang baru mengikut urutan nombor 2 & 1...



 Pastikan kedudukan klip masuk pada kedudukan asal & skrew tengah boleh dimasukkan... Kemudian cuba dahulu fungsi pintu dan jika tiada masalah pasang semula door trim kereta anda...



Spring yang dikesan telah patah mungkin disebabkan cara penggunaan yang agak kasar iaitu 
menolak pintu serentak sambil menarik door handle... Seeloknya tariknya door handle dahulu baru tolak pintu...


 2 bulatan menunjukkan tapak spring di dalam inner door handle...


 Sekian, itu sahaja proses DIY kali ini. Mudah, ringkas & senang.... hehe... Terima kasih....












Tiada ulasan:

Catat Ulasan