Iklan

Ahad, 14 Julai 2013

Bahaya Shisha


Salam sejahtera semua.... kali ini aku nak kongsikan artikel berkenaan Shisha. Bagi individu yang masih belum berapa tahu sangat berkenaan dengan shisha elok sangat la baca artikel yang aku nak kongsikan di bawah. Moga artikel ini bermanfaat kepada penduduk Malaysia khususnya.


Apa itu Shisha?
- Shisha juga dikenali sebagai hokkah merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa berasal dari India dan Timur Tengah.
 
- Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan produk tembakau seperti menghisap rokok, shisha dan sebagainya telah menyebabkan kematian lebih 5 juta penduduk seluruh dunia setiap tahun.
 
- Satu sesi menghisap shisha boleh menghasilkan jumlah asap yang bersamaan dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok. Walaupun asap tersebut melepasi air sebelum disedut oleh penghisap shisha, namun asap yang dikeluarkan dari shisha tersebut tetap mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi, termasuk karbon monoksida, "heavy metals" dan bahan karsinogen yang lain.
 
Bagaimana Menghentikan Ketagihan Terhadap Shisha?
-Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Perkhidmatan Berhenti Merokok (PBM) menyediakan perkhidmatan untuk membatu ketagihan terhadap nikotin yang terdapat dalam produk tembakau dengan teknik yang terbukti berkesan iaitu dengan cara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi farmako, iaitu menggunakan ubat-ubatan seperti terapi gantian nikotina (NRT) dan vareniclin.
 
Tujuan PBM 
1- Untuk memberi sokongan dan bantuan yang komprehensif untuk membantu perokok berhenti merokok dengan mengubah tingkahlaku.
2- Memberi kesedaran tentang bahaya merokok.
3- Memberi pengetahuan dan kemahiran berhenti merokok.
4- Menggalakkan dan memberi motivasi untuk menggunakan Klinik Berhenti Merokok.
5- Memberi rawatan dan pemulihan.
6- Mencegah 'relapse' dan mengekalkan status tidak merokok.  
 
Sumber 

Tahukah Anda?
- Menurut Jurnal "Tobacco Induced Disease" 2009, asap shisha mengandungi 36 kali lebih nikotin berbanding rokok. "Nikotin memberi rasa tenang sementara dan sangat tinggi tahap ketagihannya."
 
- Nikotin akan sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja selepas asap shisha disedut. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku selepas beberapa sesi menghisap shisha sahaja.
 
Akibat jangka masa panjang

- Antara tanda ketagihan nikotin seperti :
1- cepat marah
2- kerisauan
3- kemurungan
4- kurang fokus
5- kelesuan
 
- Kesan ketagihan juga menyebabkan sukar untuk berhenti menghisap shisha.
 
Keburukan Menghisap Shisha
1- Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan karsinogen yang tinggi (karsinogen adalah bahan kimia yang membantu pembiakan sel kanser.)
2- Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yang lebih tiggi dari penghisap rokok.
3- Asap yang terhasil dari pembakaran bahan shisha bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh penghisap shisha  menyumbang kepada kesan negatif terhadap kesihatan orang disekililing mereka.
4- Wanita mengandung yang menghisap shisha boleh mengancam kandungannya hingga mengakibatkan kelahiran bayi tidak cukup bulan atau pra matang.
5- Penyakit berjangkit yang disebarkan melalui titisan discaj dari mulut dan hidung seperti penyakit H1N1 dan penyakit Tibi (Tuberculosis) mampu merebak dikalangan penghisap shisha di kedai-kdai berikutan perkongsian paip atau penyedut shisha yang tercemar dengan kuman.

 Peparu hitam!

Tips Berhenti Ketagihan Shisha - Amalkan 12M
1- Melengah-lengahkan - Tunggu lima minit atau katakan nanti sebentar bila rasa hendak menghisap shisha.
2- Menarik nafas panjang - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3-Minum air - Terutama air masak, elakkan minuman berkafein.
4- Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran anda dan untuk melupakan shisha.
5- Menjauhkan diri - Dari tempat orang merokok.
6- Mengelakkan diri - Daripada suasana atau dari tempat orang menghisap shisha.
7- Mengunyah sesuatu - Seperti gula-gula getah dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
8- Membasuh tangan.
9- Mandi dengan kerap.
10- Meregangkan otot - Lakukan apabila rasa mengantuk.
11- Meditasi.
12- Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha. 














Jumaat, 12 Julai 2013

Casing Radio Player Single Din Proton Persona



- Casing radio player single din proton persona.
- Sesuai bagi Proton Persona lama yang upgrade kepada radio player persona elegance.
- Jenis after market, bukan yang original (ada USB)
- Harga COD rm 40, pos tambah rm 6
- Berminat? sila sms no h/p 013-3562796