Iklan

Selasa, 25 Februari 2014

Perkongsian Pengalaman Membeli Motosikal

Salam sejahtera,

     Baru-baru ini aku berada dalam dilema semasa membuat keputusan untuk menjual skuter SYM Symphony yang hanya sempat berkhidmat pada aku selama 3 bulan oleh kerana aku telah berpindah ke rumah baru yang lokasinya sedikit jauh ke tempat kerja berbanding dengan lokasi rumah sewa yang dulu. Sakit bang naik skuter ulang alik dengan waktu rehat tengahari pun aku balik. Jarak sehala hanya 18 km sahaja tetapi 1 hari perjalanan aku jadi 4 hala la. Jadinya perjalanan aku sehari menunggang skuter menjadi 72 km. Secara peribadinya aku berpuas hati dengan pick up skuter tu tapi top speed dia mati dekat 100km/j je... ingat, tu bacaan meter motor.



     Pada mulanya aku telah membuat keputusan untuk membeli Modenas GT 128 yang baru dek kerana spesifikasinya yang berbaloi dengan duit yang bakal aku keluarkan.(cc 130, disc brake depan belakang, enjin lasak, meter rpm, panel meter cantik, ada sensor minyak enjin, tak hot sangat di mata pencuri) Jadinya, tunai di tangan aku hanya ada RM 2000 sahaja ketika itu hasil jualan skuter pada seorang warga Temerloh. Plan asal nak buat bayar deposit untuk keluar motor baru. Aku pun booking la Modenas GT 128 dengan sebuah kedai di Bandar Temerloh dan permohonan AEON aku dihantar oleh kedai tersebut.




     Aku ada satu masalah matematik yang perlu diselesaikan. Harga motor tersebut RM 5400 tunai. Jika loan dengan Aeon rate interest adalah 0.84% sebulan jika deposit lebih 30% harga motor. So, contoh si Dollah ada tunai RM 2000 untuk dijadikan deposit pembelian motor tadi. Baki pinjaman dengan Aeon adalah RM 3400. Soalannya, berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Dollah selama 3 tahun atau 36 bulan? Pengiraan : 3400 x 0.0084 = 28.56 x 36 = 1028.16 + 3400 = 4428.16 / 36 = 123.00 sebulan. Situasi hakiki yang ditetapkan oleh kedai sekarang adalah 157 sebulan x 36 = 5652. jangan lupa deposit yang Dollah dah bayar sebelum ini adalah RM 2000. 5652 + 2000 = 7652... So, hipotesisnya bagi aku yang xpandai matematik tambahan ni terdapat ketirisan sebanyak 5652 - 4428.16 = 1223.84... So, untuk mendapatkan jawapan di mana perginya duit RM 1223.84, aku telah membantu Dollah menelefon taukey kedai bertanyakan mengenai ketirisan ini. Jawapan Taukey kedai adalah duit RM 1223.84 adalah faedah kepada kedai tersebut. Aku pun bingung seketika kerana berapa banyak faedah yang Dollah terpaksa tanggung padahal harga motor RM 5400 dah termasuk keuntungan kedai motor tersebut. Macam ni banyak la keuntungan yang taukey tu dapat. kaya beb.... kaya... Kisah di atas merujuk kepada Dollah yakni Akulah... kekekeke.... Ini tidak adil!!! Aku beli kereta sebelum ni pun harga RM 45900. Bagi deposit RM 600 ( masa ni dah tak banyak duit sebab baru kahwin ). Jadinya loan pada Bank CIMB adalah RM 45300. Ini baru betul... Tiada ketirisan... Adakah anda semua kira semula atau double check ansuran motosikal anda?

     Oleh sebab ketidakpuasan hati, aku telah memikirkan jalan lain supaya aku tidak membuat kesilapan kali kedua kerana semasa pembelian pertama motosikal aku yang pertama sekali dahulu pun aku dah terkena. Main bayo je... Sekarang jalan penyelesaian terbaik adalah membeli motosikal secara tunai. Mana aku nak cari duit tunai banyak-banyak ni? kebetulan aku teringat sms dari bank rakyat mengenai promosi pinjaman peribadi. Aku hubungi terus pegawai bank rakyat dan terus bersetuju untuk menggali lubang lain yang lebih besar dari lubang yang sebelum ini. Korang faham tak? Maksud aku refinance semula pinjaman peribadi aku yang dahulu berjumlah RM 25,000.



     Aku nak kongsila sikit loan dahulu yang berjumlah RM 25,000 tu aku buat tempoh pembayaran semula dalam jangka masa panjang sebab masa itu boleh tempoh pembayaran maksimum 20 tahun. So, aku loan yang lama telah berjalan selama 13 bulan dan untuk aku selesaikan loan yang lama aku perlu membuat pinjaman peribadi yang baru berjumlah RM 30,000 dengan tempoh bayaran semula yang lebih pendek iaitu selama 10 tahun ansuran bulanan RM 343.00. 10 tahun adalah tempoh maksimum pembayaran semula pinjaman peribadi yang dibenarkan oleh Bank Negara. Pegawai bank tadi akan mengirala baki yang akan aku dapat setelah selesaikan hutang lama dan aku telah mendapat sejumlah RM 4,900. Servis Bank Rakyat aku puji sebab cepat, mesra dah mudah.

     Jadinya aku telah ada tunai sebanyak RM 6,900. Semasa duit tunai dah ada, rakan baik pula menyucuk jarum menasihatkan aku supaya membeli motor Yamaha LC 135. Aku bukan tak minat cuma risau je sebab leceh nak jaga motor yang orang muda minat ni. Motor LC ni pulak harga yang baru bukan jenis clutch tangan RM 7,000 juga. Masalah lain yang membelenggu aku adalah adakah berbaloi aku membeli motor dengan harga RM 7k tetapi top speed motor hanya boleh mencapai kelajuan 120 km/j sahaja? Memang tidak berbaloi. Oleh itu rakan aku telah memberikan cadangan lain supaya mendapatkan motor lc terpakai dan membuat modifikasi sederhana iaitu pakai block Yamaha FZ 150. Aku telah mendapat info modal modifikasi hanya RM 450 sahaja. Aku rasa tertarik dengan cadangan ini.



     Aku terlupa permohonan AEON aku sebelum ini telah lulus tetapi mengambil masa hampir 5 hari dan ini menyebabkan aku rasa tawar hati dengan pilihan asal aku kerana aku nak pakai segera motor tu. Akhirnya aku telah deal dengan warga Kuantan hasil pencarian di dalam mudah.my berkenaan dengan motosikal Yahama LC 135 terpakai. Pada suatu petang khamis aku telah bergerak ke kuantan menaiki sebuah kereta bersama dengan 2 orang rakan yang salah seorangnya bekas jaguh kampung dalam dunia permotoran. Setibanya di Kuantan aku terus menuju ke tempat yang dijanjikan oleh brader yang menjual motor lc tersebut dan aku bersama rakan-rakan tadi berpuas hati dengan keadaan motor yang ingin dijual oleh brader tadi. Motor tahun 2013 lebih kurang 10 bulan owner tu pakai, mileage pula baru 191km. Memang berbaloi kalau ko dapat motor ni macam baru keluar kedai kata rakanku. Bab harga brader tu dah bagitau awal2 jika serius harga dia boleh bagi RM 5000 sahaja. Aku terus tak ada tawar menawar sebabnya harga tu dah amat patut dengan accessories yang dia dah upgrade pada motor tu kena pulak dengan warna yang aku cari warna merah. Brake disc depan besar,  brake lever adjustable, givi box, tayar baru. Memang berbaloi la....

      Disebabkan keinginan tu dah meluap-luap untuk mendapatkan motor tu terus dan brader tadi pun tak ada masalah jika dilepaskan motor dia malam itu juga dengan syarat aku melunaskan RM 5k. Aku terus memberi duit tunai RM 1000 dan membawanya ke ATM untuk mengeluarkan baki duit yang perlu aku selesaikan. Terus malam itu juga aku menunggang motor lc ke Mentakab dengan perjalanan mengambil masa 2 jam ikut jalan dalam dengan kelajuan purata 80-90 km/j.

Inilah motosikal yang aku baru miliki... Walaupun terpakai tapi tip top lagi... Aku hanya tambah sarung seat jaring je..


     Kesimpulannya aku berpuas hati mendapat aset baru yang tak terjangka lebih awal sebenarnya ditambah pula aku dapat memendekkan hutang peribadi daripada 20 tahun kepada 10 tahun. Banyak jimat dah kat situ. Satu yang aku perasan motor lc yang baru ni tahun 2011 model keluarannya meter kelajuan adalah lebih berat berbanding dengan motor Lagenda rakanku setelah aku buat perbandingan secara sebelah menyebelah. Rakanku menunggang dalam kelajuan 30 km/j pada meternya, pada meter motor aku baru 22 km/j. Antara kelebihan lainnya motor lc ni mempunyai 4 valve berbanding dengan gt 128. Aku dah rasa kuasa skuter 150 2 valve yang mana kurang horsepower berbanding dengan skuter 150 4 valve seperti Modenas Elegan.

     Akhir sekali, aku ingin menasihatkan kepada bakal-bakal pembeli motosikal, belilah secara tunai bagi mengelakkan anda ditipu. Sebabnya dari hasil pemerhatian dan kajian aku rata-rata kedai yang menjual motosikal menggunakan kaedah yang sama untun menelan duit pelanggannya. Duit anda, hak anda untuk memastikan ke mana ianya pergi. Jika penjual merasakan hasil keuntungan yang diperolehi sedikit awal-awal lagi la meletakkan harga jualan yang sepatutnya bukan dengan cara terselindung. Ianya umpama menipu pembeli. Aku pantang bab menipu-menipu ni...

     Sekian, sampai disini sahaja la perkongsian dan luahan rasa hati berkenaan dengan urusan pembelian motorsikal. Terima kasih...









Isnin, 24 Februari 2014

NGK Spark Plug G-Power Platinium For Proton Iswara




NGK Spark Plug G-Power Platinium For Proton Iswara
Untuk prestasi yang lebih baik semasa proses pembakaran di dalam omboh enjin.
Spark Plug kategori lebih baik dari OEM.
Harga RM 60 1 set 


- Berminat? sila pm, sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-2 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda.









NGK Spark Plug G-Power Platinium For Satria Mitsubishi 4G91





NGK Spark Plug G-Power Platinium For Satria  Mitsubishi 4G91
Untuk prestasi yang lebih baik semasa proses pembakaran di dalam omboh enjin.
Spark Plug kategori lebih baik dari OEM.
Harga RM 60 1 set

- Berminat? sila sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-2 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda.










Rabu, 5 Februari 2014

Mohon Maaf Di Atas Kelewatan Balas Semua Komen & Pertanyaan

Salam sejahtera...

     Aku ingin memohon maaf kepada semua pelawat blog eilarazi.blogspot di atas kelewatan jawapan balas dari sebarang pertanyaan dan komen yang telah ditinggalkan. Untuk makluman semua aku menghadapi masalah network di kawasan perumahan baru dimana perkhidmatan streamyx 4mbps yang aku baru langgan penghujung tahun 2013 tidak dapat diteruskan kerana tiada infrastruktur telekom di sini. Aku baru berpindah dari kediaman sewa di bandar Temerloh ke Mentakab berhampiran dengan Kolej Komuniti Mentakab. Permohonan pindah line telefon & streamyx telah aku lakukan secara rasmi di kedai TM Net dan jawapannya amat mengecewakan aku kerana pihak mereka tidak jumpa alamat baru kediaman aku dengan maksud tiada infrastruktur.
    
     Selain menggunakan streamyx untuk mengakses ke internet, aku juga ada menggunakan perkhidmatan celcom iaitu Portawifi di mana kebolehcapaiannya juga agak terbatas disebabkan kawasan kediaman berdekatan dengan bukit dan capaian 3G tidak diperolehi. Hanya capaian GPRS sahaja yang boleh diperolehi dari celcom.

     Oleh itu, aku mengambil sedikit masa untuk mengatasi masalah network ini disebabkan alasan yang sedikit kukuh untuk menyiapkan kemudahan & urusan perpindahan di rumah baru di mana sempat juga aku menyiapkan table top lebih kurang saiz 10 kaki x 1.5 kaki bersama ayah & adik aku. Cuma pemasangan mozek kebanyakkannya aku buat secara berseorangan.

     Setelah selesai masuk ke rumah baru pada penghujung bulan Januari 2014 aku cuba mencari perkhidmatan internet baru dan hasil dari kajian di dalam web dan rakan-rakan yang datang ke rumah aku mendapati capaian 3g dari Maxis boleh diperolehi. Jadinya aku pun pergi ke kedai Maxis dan membeli broadband Portafi dengan komitmen bulanan RM 88 dengan kuota 5gb sewaktu peak hours (8 pagi - 2 pagi) dan 15gb bagi non peak hours (2 pagi - 8 pagi). Dan artikel ini adalah artikel pertama menggunakan perkhidmatan internet dari Maxis.

     Selain itu, aku telah menyediakan satu medium untuk memudahkan para pelawat blog aku dengan mengwujudkan satu page di Facebook iaitu page eilarazi.blogspot.com untuk memudahkan para pelawat meninggalkan sebarang pertanyaan yang memerlukan jawapan yang segera dari aku dengan menyertakan salinan link artikel berkenaan dengan pertanyaan anda. Jika diizinkan, aku boleh membalas pertanyaan anda semua dengan menggunakan kemudahan handphone sahaja.

sila klik link di bawah untuk masuk ke page blog eilarazi :-
Page Facebook Blog Eilarazi

     Sekian sahaja makluman dan perkongsian yang ingin aku kongsikan pada artikel kali ini. Aku akan mengambil sedikit masa dalam 1-2 hari untuk membalas semua pertanyaan para pelawat semua. Sekian, terima kasih...