Iklan

Khamis, 12 Jun 2014

Pilihan Formasi Extractor Untuk Campro

Salam sejahtera...

     Bagi pengguna kereta Proton yang bernadikan enjin Campro yang berkeinginan untuk merasakan perbezaan kuasa dan respon dari kereta anda, gambar di bawah amat membantu anda dalam membuat pemilihan yang sesuai dengan kehendak anda. Tak semua orang mempunyai kehendak yang sama. Ada yang mahukan respon & kuasa awal dan ada juga yang mahukan kuasa pada rpm yang tinggi. Jadi, terpulang pada anda untuk membuat pilihan. Kuasa memilih ditangan anda...





Rabu, 11 Jun 2014

Kelebihan Vitamin E



Salam sejahtera semua...

     Kali ini aku nak kongsikan sedikit mengenai kesihatan iaitu kelebihan Vitamin E. Vitamin E ni ape ye? Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu :-

1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)


    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

Ini tokohnya... Dr. H.M. Evans

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung


     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.


2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.



     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.



    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan.




 
     Jika anda ingin mengambil Vitamin E ini sebagai makanan tambahan anda, aku mencadangkan Vita-E Complex with Grape seed Extract yang mengandungi 120 biji kapsul di dalam satu botol. Harga pasaran untuk sebotol adalah RM 149.00. Boleh dipos ke seluruh pelusuk Malaysia dengan kadar yang berpatutan daripada syarikat perkhidmatan Poslaju Malaysia.



     Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, sila sms atau whatsapp ke talian 013-3562795 (Eila)


Rujukan - Wikipedia









Jumaat, 6 Jun 2014

Sesi Paddle Respon, Throttle Respon, Repair IAFM, Tukar Purge Valve Canister, Cuci Throttle Body Campro & Flush King Di Tempat Anda

Salam Sejahtera...


Senarai ahli panel Proton Respon Group di Semenanjung Malaysia


   Bagi pemilik -pemilik enjin yang bernadikan Campro adalah dialu-alukan untuk servis perkhidmatan yang aku tawarkan kepada anda di kawasan anda. Buat masa terdekat ini adalah pada :-

Tarikh : 7 Jun 2014
Tempat : Bandar Kuantan (Parking Dataran Kuantan/Megamall/cadangan anda)
Masa : Sesi Petang & Malam

Sesi Respon di Kediaman Aku


    Bagi yang berada di Kuantan dan berminat dengan tawaran aku boleh sms/whatsapp segera ke nombor talian 013-3562796 untuk temujanji supaya urusan lebih lancar.

Antara Kereta Yang Telah Diresponkan


   Di tempat - tempat lain juga aku boleh turun jika ada permintaan yang menggalakkan. Anda hanya perlu sms/whatsapp aku untuk menyatakan minat. Aku akan kumpul dan tetapkan tarikh & masa yang sesuai. Tempat lebih elok anda yang tentukan janji selesa untuk berkumpul dan tiada sebarang gangguan.

Paddle Minyak Yang Telah Diresponkan. Kena buka...


    Di bawah aku senaraikan perkhidmatan yang semua panel-panel respon group tawarkan dan untuk makluman anda semua upah adalah selaras...

1- Paddle Respon                       - RM 50.00
2- Throttle Respon                     - RM 100.00
3- Modified / Repair IAFM        - RM 50.00
4- Cuci Throttle Body                - RM 50.00
5- Tukar Purge Valve Canister  - RM 130.00 (alat ganti baru & tulen)
6- Flush King                             - RM 50.00

Modified IAFM. Kerja Rumit Sikit...


    Untuk pengetahuan anda, aku tiada sijil dalam automotif ni. Kepakaran yang aku dapat adalah secara tidak langsung belajar secara informal dengan otai Qaixer Han yang berada di Skudai. Campur pula dengan pengalaman DIY pada kereta aku sendiri. Setakat hari ini ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ke semua panel respon group. Tak dinafikan juga mungkin ada yang memburuk-burukkan group kami tetapi anda yang menilaikan. Anda inginkan kepuasan pemanduan enjin bernadikan Campro, cari kami...

Cara Untuk Membuat Flush King Pada Kereta Anda


Sembur Sebotol Flush King Pada Throttle Body (Butterfly TB)


Kesan Karbon Telah Hilang Pada Intake Gen 2
 
 
Bukti Dynochart Flush King Berkesan Untuk Meningkatkan Kuasa Kuda Kereta Anda...


Sekian, terima kasih... banggalah dengan Proton...








Selasa, 3 Jun 2014

Pothook Headrest

Aksesori untuk dijual..
Barang baru..
Pothook Headrest
Harga Rm 12 tidak termasuk pos...




Berminat? sila sms / whatsapp 013-3562796

Multi Function Screwdriver

Tools untuk dijual...
Barang baru...
Multi Function Screwdriver
8 jenis mata...
Harga Rm 7 tidak termasuk pos...
Berminat? sila sms / whatsapp 013-3562796









Adjustable Blind Spot & Round Mirror

 
 
Aksesori untuk dijual...
 
 
Adjustable Blind Spot & Round Mirror....
Harga Rm 6 sahaja tidak termasuk pos...

 
 

Jika berminat sila sms / whatsapp ke talian 013-3562796