Iklan

Sabtu, 7 Mac 2015

Bengkel FMF Car Services baru dibuka di Bandar Temerloh

Salam sejahtera....

     Sejak akhir- akhir ini aku agak sibuk menguruskan bengkel lama yang diambil alih oleh aku dan rakan partner. Bengkel lama Turbo Auto Clinic yang dimiliki oleh pemiliknya tidak mahu menjalankan perkhidmatannya.

     Aku ada terlintas dalam fikiran sebelum ni mungkin 10 tahun atau 15 tahun akan datang ingin membuka bengkel kereta. Semua sedia maklum untuk membuka perniagaan bengkel kereta ini memerlukan modal yang besar.

     Tiba-tiba peluang itu datang dengan tidak dijangka atau diduga langsung dan aku telah membuat keputusan bersama 2 rakan lain untuk mengambil alih pengurusan bengkel ini dengan menubuhkan satu syarikat bernama FMF Car Services. FMF tu adalah singkatan nama bagi pemilik- pemilik syarikat.

     Atas budi bicara tuan punya kedai dan barang2 bengkel, beliau telah bersetuju untuk menyewakan dan menjual barang-barang bengkel kepada kami dengan nilai yang berpatutan. Secara rasminya kami beroperasi pada 3 Februari 2015 dan sehingga ke hari ini telah masuk bulan kedua kami beroperasi. Waktu operasi bengkel FMF Car Services ini adalah dari jam 9.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Sesekali ada jugak kami tutup bengkel agak lewat pada waktu malam untuk menyiapkan kereta pelanggan kami. Hari beroperasi pula adalah dari hari sabtu sehingga hari khamis, manakala hari jumaat bengkel kami tutup.

      Kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk menyelenggara kereta dengan membawa minyak enjin sendiri atau minyak dari bengkel kami. Bengkel kami juga menyediakan perkhidmatan dari minor sehingga major iaitu full overhoul enjin termasuk overhoul gearbox manual atau automatic transmission. Caj yang kami kenakan adalah berpatutan dan anda digalakkan untuk mendapatkan anggaran kos penyelenggaraan yang diminta.

     Bengkel FMF Car Services ini terletak di C-110 Jalan Ngau Ken Lok, Bandar Temerloh yakni berhampiran belakang Hotel Jelai Temerloh. Pengunjung-pengunjung semua boleh like page facebook FMF Car Services

     Selain perkhidmatan penyelenggaraan kereta, kami juga sedia menerima kenderaan 4x4 dan juga lori kecil untuk dibaiki. Buat masa ini, kami secara perlahan-lahan sedang menambah stok alat ganti rutin bagi Proton, Perodua, Toyota, Honda dan juga Nissan. Bagi kenderaan jenama lain tiada masalah alat ganti kerana kedai spare part berada hampir dengan bengkel kami.

     Perkhidmatan istimewa kami adalah boleh membaiki masalah IAFM yang berbunyi bagi model enjin bernadikan Campro dengan upah RM 50 sahaja. Tidak perlu tukar baru yang memerlukan modal sehingga RM 400 lebih kurang. Perkhidmatan Paddle Response dan Throttle Response bagi Campro juga ada untuk memberikan enjin kereta lebih responsive berbanding yang asal.

     Sebarang pertanyaan atau temujanji boleh hubungi melalui panggilan, sms atau whatsapp ke 013-3562796 atau 010-2027030 melalui panggilan atau sms sahaja. Sekian, terima kasih kerana membaca artikel ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan