Iklan

Rabu, 24 Jun 2015

DIY - Masalah Brake Berbunyi? Mungkin Ini Dapat Membantu Anda

Salam sejahtera...

Dah lama aku tak post artikel berkaitan automotif dalam blog ini. So, kali ini aku nak kongsikan penyelesaian yang aku telah buat sendiri pada kereta aku yang masih lagi Proton Persona yang menjangkau umur 7 tahun. Untuk makluman sekalian, brake pad yang aku gunakan adalah jenis after market iaitu produk keluaran Bendix (General Ct) bagi kenderaan umum.

Lebih kurang ginilah brake pad nya...

     Prestasi semasa baru pakai ok jugak lagi-lagi dengan kelebihan yang ia ada iaitu tidak mudah berhabuk dan tahan lama berbanding brake pad original Proton. Tapi setelah beberapa seketika apabila menekan pedal brake jadi berbunyi. Lama jugak aku biarkan masalah ini berlarutan sehinggakan aku mempunyai masa yang sesuai untuk selidiki sendiri apakah punca yang menyebabkan brake pad ini berbunyi. Perhati punya perhati terlihat kesan pada disc brake seperti gambar di bawah ini....


     Cara terbaik yang aku pilih grinder pada brake pad supaya ia tak makan lagi pada line berkenaan. Grinder sudut pada brake pad yang menyentuh pada disc brake ini.

Perhatikan brake pad ini dah makan lebih dari yang sepatutnya

Beginilah sudut yang aku dah siap grinder

     Sebelum aku terlupa, tip yang perlu diingat oleh setiap pengguna kereta adalah setiap kali sebelum anda membuka tayar amatlah perlu anda membuat marking pada rim dan disc brake supaya apabila pemasangan tayar semula sama seperti kedudukan asal, jika lari kedudukan anda perlu membuat alignment tayar semula. Berbalik pula cerita pada brake pad ini yang telah aku grinder sudutnya boleh dikatakan hampir 85% bunyi semasa membrek hilang. Baki lagi 15% bunyi tu mungkin dari faktor lain yang aku belum kenalpasti lagi.

Sekian, selamat mencuba kawan-kawan sekalian.... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel kat blog aku ni....






8 ulasan:

  1. ade tak piring lain boleh masuk...

    BalasPadam
  2. woii..apa kena mengena alignment lari sebab bukak tayar?...kah kah kah..budak bodo perasan cerdik. tak payah marking bagai la bebal...kecuali kalau ko kacau @ bukak chamber skru...kikiki...bangganggg!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia nk ckp pasal balancing kot. Kalo highspeed a.k.a timbang kuda mmg kena marking. Skin disc manual pun kena marking. Kalo x kompom bunyi brake.

      Padam
    2. Apa r ko fakhrul. Sblum post pastikan bca balik ngn teliti pas dyakini ok baru post ni xpsal2 dh jdi bahan.haha. Agaknya kot nk ckp blncing tckap aligment haha. Ko pun sma xyah r ckp bebal bngang smua.(Adat budak melayu skag. Bukan nak skong melayu skit. Bongkak je lebey)

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam
  5. Aku pernah gak kena msa brek bunyi sperti besi bgesel last2 brek pad disc jnama bosch aku dh lcin pmukaannya smpai ada grisan pda pring disc sperti pic wlapun brek aku tebal lagi. Solutionnya aku tukar brek pad baru jnma mintye pula baru 100% bunyi hilang.

    BalasPadam