Nuffnang Ads

Isnin, 18 Julai 2016

Servis Brake Depan Naza Blade GTR 250 2013

     Salam sejahtera... Aktiviti diy terkini yang dilakukan adalah servis brake piston motor Naza Blade 250. Untuk pengetahuan semua Naza Blade 250 ada 2 disc hadapan. April tahun ini aku ada beli Blade ni kiranya upgrade cc la dari Yamaha LC 135 yang top speednya hanya 120 sahaja. Macam indah khabar dari rupa rasa dihati. Penyelesaiannya adalah upgrade motor pada cc paling tinggi bagi lesen B2.

     Amik Blade tahun 2013 sama umur dengan lc aku sebelum ini. Kos kerugian lebih kurang rm 9500 siap buat insuran dan tukar nama yang memerlukan wang sebanyak rm 550 lebih kurang. 1st party dengan membuat market value rm 8,000.00 sahaja. Buat tinggi-tinggi MV nanti lagi tinggi insuran. Dah pakai setahun lebih ni puas hati dengan top speed blade yang bernadikan enjin v-twin 2 silinder pernah capai sendiri top speed 170 km/j.

 Motor aku lebih kurang gini, cuma ekzos aku pakai EJM bunyi merdu Bass 250...

Berbalik cerita pasal servis brake piston ni susulan aku menukar brake pad yang dah nipis. Selepas tukar brake macam lekat sikit dan keluarkan bunyi. Apabila check semula caliper pin ada yang tak main, normal sepatutnya boleh memberi sebab ada griss pada pin tersebut. Selesai servis dan baiki brake tak lekat dah sangat tapi bunyi masih keluar lagi-lagi semasa menunggang 40 km/j ke bawah. Bersihkan disc bunyi hilang kejap lepas tu bunyi balik. Jadinya langkah terakhir yang aku belum buat adalah servis brake piston.

Kelihatan kotoran pada piston brake punca brake lekat...

Setelah brake pad dibuka, tekan piston sampai habis dan bersihkan caliper brake berhampiran piston brake menggunakan wd-40 dan lap dengan kain bersih. Selepas itu cuba main brake jika salah satu piston naik tekan pada piston yang naik itu sepaya piston yang tak naik akan naik. Bersihkan dinding piston dengan kain bersih dan sapukan dengan sedikit minyak brake dot 4. Tekan semula kedua-dua piston brake dan ulang semula langkah main brake dan ulang langkah bersihkan piston sehingga piston diuji naik kedua-dua piston brake.

     Jika piston brake terkeluar minyak brake akan tumpah dan anda perlu membuat brake bleeding untuk membuang udara dalam caliper dan salur brake. Cara buat bleeding motor lebih mudah sebab sorang-sorang pun boleh buat tak perlu dua orang seperti kenderaan lain. Pada caliper brake ada satu nat saiz 8 perlu dibuka dan brake tangan perlu ditekan jangan dilepas. Tutup nat 8 tadi baru lepas brake dan ulang langkah ini sehingga dirasakan tiada gelembung udara lagi dalam brake caliper. Seeloknya menggunakan tiub warna jernih semasa bleeding memudahkan melihat gelembung udara yang keluar ataupun apabila tiada gelembung udara brake akan rasa berisi. Jangan lupa semasa bleeding brake lihat pada takung simpanan minyak brake pada bahagian handle motor dan pastikan minyak penuh.

 Sekian untuk perkongsian kali ini, terima kasih...





5 ulasan:

  1. Pkai LC yg 5gear ada clutch 2 ke? Mmg xlaju pun klau hgway dpt 140km/j je 2 pun ikut berat penunggang pling laju pun 150km/j dkt hgway siap superman. Klau jln biasa 130km/j je. Klau LC 1st model 4 gear 2 mmg laju. Jln biasa 150-160km/j pun boleh dpt klau hgway dkt 180km/j. Nk best amik RXZ r top speed standart pun 170km/j blom klau ptog head korek blok n tukar mainjet huhu. Beza 4T ngn 2T ni ibarat kreta NA ngn TURBO. 4T ada 4 proses (aruhan,mampat,kuasa n ekzos) 2T (kuasa n ekzos). Klau amik kawasaki ninja atau yamaha 250 top speed 190-200km/j boleh dpt. Klau nak best cc 250 amik honda NSR 250cc 240-250km/j boleh g huhu

    BalasPadam
  2. Aku dulu gemar DIY motor ni. Aku lebih kpda 4T dlu pas 2 beralih kpda 2T n skag bralih kpda kreta pula huhu

    BalasPadam
  3. wsup 2 blas2lah bang. Cm rafaie dh marajuk plak xnk blas. Klau sbuk t ada msa blas r n klau xnk lyan jgn ltak no bgi org t awk gk hdup xsnang asyik org btnya je haha. Bro qaxier gak yg sudi mjawab wlaupun sbuk ngn tugas dkt bngkel

    BalasPadam
  4. Top speed 170km/j ok r 2. Klau RXZ atau 150RR nak ikut kena perah 190-200km/j. Twin piston ok r modified skit pelan2 tukar ECU/yg cut api 2 je utk lebih respon g boleh g antara 190-200km/j. 150RR mau ikut sila tekan 220-230km/j huhu

    BalasPadam