Salam Sejahtera semua!!! Kali ini aku mahu kongsikan bagaimana cara untuk menggunakan GPS Garmin XT secara percuma pada telefon bimbit Sony Vivaz. Secara kebetulan, rakan sekerja aku mempunyai masalah menggunakan GPS secara percuma. Banyak kedai telah dia pergi untuk menjadikan Sony Vivaz beliau beroperasi tanpa caj di dalam bil.
Oleh itu, aku cuba membantu dengan membuat kajian di dalam laman sesawang dan akhirnya aku berjumpa cara dan kaedah untuk ‘setting’ GPS Garmin XT tersebut. Sebelum itu, ingin aku maklumkan bahawa Sony Vivaz mempunyai 2 varians atau jenis iaitu Sony Vivaz dan Sony Vivaz Pro. Beza secara kasar antara kedua-duanya adalah Sony Vivaz Pro mempunyai ‘Slide Keyboard’ manakala Sony Vivaz biasa hanya menggunakan ‘keyboard’ pada paparan skrin.
Sony Vivaz menggunakan A-GPS, ini bermaksud ia akan menggunakan ‘network’ anda dahulu sebelum mengesan signal satelit. Pengguna Vivaz boleh mengelak dari aturan yang disediakan dengan mengaturkan semula aturan GPS. Terdapat 2 langkah yang perlu anda lakukan iaitu :-
Langkah Pertama :-
1- Pergi pilihan ‘menu’
2- Kemudian anda perlu pilih ‘folder location’
3- Seterusnya anda perlu klik pada ‘positioning’ diikuti ‘positioning methods’
4- Kemudian klik pada‘internal GPS’ diikuti ‘back’
5- Seterusnya klik pada‘positioning server’ diikuti ‘server use’
6- Akhir sekali anda perlu klik pada ‘disable’ diikuti ‘ok’.
Ini adalah telefon bimbit jenis Sony Ericsson Vivaz Pro
Langkah Kedua :-
1. (Jika HP Vivaz anda bluetooth tutup) Apabila anda buka Garmin XT, ia akan bertanya ‘Bluetooth is currentl turnef off. Turn on?’ Anda perlu klik ‘No’
2. Seterusnya, Vivaz anda akan keluar kenyataan ‘Warning - Use GPS Safely", kemudian klik "I Agree"
3. Paparan hadapan Garmin XT telah keluar. Kemudian anda perlu sentuh pada ‘signal bar’ pada bahagian atas sebelah kiri skrin.
4. Seterusnya ‘GPS Informatian’ akan keluar dipaparan, anda perlu klik ‘disable’.
5. Kemudian, paparan dua pilihan keluar iaitu (Use Bluetooth GPS / Use Attached/Built-in GPS), anda perlu pilih ‘Use Attached/Built-in GPS’, kemudian klik ‘enable’ diikuti ‘done’.
6. Sekarang anda telah tetapkan Vivaz anda menggunakan ‘build in GPS’. Anda hanya perlu menunggu Garmin XT mengesan signal satelit dan selesai..
Selesai. Sekarang apabila Vivaz anda menggunakan ‘Garmin XT’ ia tidak akan menggunakan ‘network’ anda sekaligus tidak akan ada caj pada bil anda..