Salam sejahtera semua...
Pada 17 Ogos 2011, cuti umum Nuzul Al-Quran, aku telah membuat modifikasi pada sistem ekzoz Proton Persona aku. Matlamat asal adalah untuk membuang Catcon dan menggantikan dengan paip besi tapi bengkel ekzoz yang aku pergi dia tak nak buat. Dia cadangkan aku tempat Catcon tersebut digantikan dengan satu tabung yang hampir sama rupa bentuk dengan Catcon cuma isi dalam tidak ada seperti Catcon yang kita lihat agak tersumbat. Sila lihat gambar Catcon di bawah :-
Kedudukan Catcon diambil dari bawah kereta
Catcon yang telah dibuka dari extractor
Bahagian dalam Catcon
Kelihatan jaring halus yang menutupi laluan di dalam Catcon untuk tapisan udara beracun atau tercemar
Lihat gambar lain semasa proses penukaran Extractor 4-2-1 :-
Pomen sedang cuba mengeluarkan skru yang dah rosak ( loose ) pada cover extractor asal
Extractor Wegow 4-2-1
Terdapat lubang untuk meletakkan semula sensor enjin
Proses pemasangan extractor
Proses pemasangan extractor... proses pematrian perlu dilakukan untuk penyambungan semula extractor ke paip ekzoz
Untuk pengetahuan anda, harga extractor yang aku dapat berharga RM 450 dan gasket RM 15. Jenama extractor yang aku pasang adalah jenama Wegow walaupun pada awalnya taukey kedai cakap tidak ada jenama, cuma extractor besi putih katanya... Padahal, aku tengok pada sampul di nenas ada cop Wegow. Satu lagi, kedai yang aku pergi buat modifikasi ini nampak macam tidak pernah ada kereta proton persona yang datang ke bengkelnya untuk tukar extractor.
Sebabnya adalah mereka mencadangkan pada aku extractor 4-1 sahaja, padahal extractor 4-2-1 ada dijual, mereka cakap tak ngam atau tidak sesuai. Aku memberitahu pada mereka bahawa di luar ramai yang menukar extractor Proton Persona kepada Extractor 4-2-1. Mereka membuat pengesahan apa yang aku katakan dengan membuat panggilan telefon mungkin bertanya kepada pembekal mereka. Tersenyum aku melihat mereka yang seakan-akan tidak mengetahui produk yang mereka jual.
Selepas siap dipasang, mereka membuat prosedur membuang asap dari gam gasket dengan memanaskan enjin kereta secara melahu dengan kadar tinggi. Asap memang ada keluar dari gasket extractor yang baru dipasang. Selepas beberapa ketika, asap sudah tidak kelihatan dan aku mula memandu dan secara jujurnya memang terdapat perubahan dari segi 'pick up' yang dirasai. 'pick up' datang lebih awal. Aku berasa agak berpuas hati tetapi manusia memang tidak akan puas dengan nafsunya... hehehe! Aku bercadang akan datang untuk menukar bullet tengah yang berharga RM 220 dan kemungkinan mufler s-flow yang berharga RM 250 ke atas.
Sekian, sedikit coretan pengalaman yang ingin dikongsikan....