Salam sejahtera semua...
Double Layer Servo VIRS / EK
Kali ini aku mahu kongsikan kaedah bagaimana untuk membuatkan kuasa membrek pada kereta Proton Persona anda bertambah dengan maksud apabila anda tekan sedikit sahaja pada pedal brek anda telah dapat rasai kuasa membrek yang diperlukan. Untuk pengetahuan Personarian semua, kereta Proton Persona dibekalkan dengan Servo Brake Single Layer oleh pihak pengeluar Proton. Oleh itu, anda perlu 'upgrade' servo tersebut kepada 'Servo Double Layer' tetapi proton tiada keluarkan servo double layer ini.
Double Layer Servo Evo
Pengeluar kereta lain seperti Honda, Mitsubishi, Ford ada mengeluarkan servo double layer ini dan ia boleh dipasang pada Proton Persona mengikut model-model kereta yang tertentu. Kebanyakan pembekal di jaringan internet seperti di laman mudah.com ada yang menjual dengan harga serendah RM 150.00 untuk 1 set double layer servo...
Setelah aku membaca komen-komen dari pengguna lain yang telah menggunakan double layer servo ini, kebanyakan mereka mencadangkan supaya menggunakan double layer servo dari Honda VIRS / EK. Ini kerana double layer servo ini lebih lembut dari evo 3 / 2 tetapi masih mempunyai kuasa yang diperlukan untuk membrek. Semasa kerja-kerja pemasangan dilakukan aku telah dipelawa oleh En. Arif untuk mencuba kuasa brek pada kereta Wira Sedan beliau yang menggunakan Double Layer Servo Evo 6 dan hasilnya aku dapati memang menakjubkan. Hanya tekan sedikit sahaja pedal brek tayar sudah mahu berhenti ditambah pula dengan bantuan disk brake belakang. Tetapi jika tidak biasa pada permulaan memang akan selalu brek mengejutla anda dibuatnya.
Aku telah menghubungi En. Arif dari Seksyen 3 Bangi untuk membuat temujanji seperti yang aku telah tetapkan iaitu pada 16 Oktober 2012 untuk pemasangan di bengkel yang beliau sarankan Bengkel Unicar Services. Jika anda berminat untuk mendapatkan bekalan dari En. Arif ini anda boleh menghubungi beliau di talian 012-6567353 dan beliau menjual pelbagai barangan halfcut yang lain seperti rear disk brake dengan harga RM 600 sahaja + upah pasang di Unicar Services ini berharga RM 150.
Proses Pemasangan Dilakukan Pada Keretaku. Aku Perlu Korbankan Strut Bar....
Aku dimaklumkan kos pemasangan berjumlah RM 80 tidak termasuk minyak brek DOT 4. Jadi aku membeli sendiri minyak brek DOT 4 di kedai Spare Part dengan harga RM 16.00 sahaja. Jumlah secara kasar yang perlu anda sediakan adalah berjumlah RM 250 untuk pemasangan Double Layer Servo Honda VIRS ini.
Single Layer Servo Proton Persona Yang Telah Dibuka Dari Enjin Bay. Kelihatan Nipis Berbanding Double Layer Servo
Selepas double layer servo ini siap dipasang, mekanik tersebut telah mengajak aku mencuba dahulu kuasa membrek double layer servo ini di kawasan parking yang lapang. Permulaan percubaan aku cuba membrek secara perlahan dan aku dapat rasakan cengkaman yang lebih kuat diberikan berbanding dengan kuasa asal single layer sebelum ini. Percubaan kedua aku cuba membrek secara mengejut dan kuat menyebabkan bunyi geseran pada jalan menandakan tayar telah bergesel di atas jalan tar.
Aku berpuas hati dengan pelaburan berjumlah RM 250 ini dengan hasil kuasa tambahan brek yang aku perolehi jika nak dibandingkan dengan pertukaran sludge dan hole disk rotor pada harga RM 350 pun belum tentu menjamin kuasa tambahan semasa membrek. Cuma kebimbangan terbaru yang timbul pula adalah kerisauan mengenai ketidakmampuan kenderaan di belakang keretaku semasa aku membrek secara mengejut jika perlu menyebabkan keretaku disondol.... hehehe...
Sekian, terima kasih.........