Salam sejahtera...
Dah lama aku tak post artikel berkaitan automotif dalam blog ini. So, kali ini aku nak kongsikan penyelesaian yang aku telah buat sendiri pada kereta aku yang masih lagi Proton Persona yang menjangkau umur 7 tahun. Untuk makluman sekalian, brake pad yang aku gunakan adalah jenis after market iaitu produk keluaran Bendix (General Ct) bagi kenderaan umum.
Lebih kurang ginilah brake pad nya...
Prestasi semasa baru pakai ok jugak lagi-lagi dengan kelebihan yang ia ada iaitu tidak mudah berhabuk dan tahan lama berbanding brake pad original Proton. Tapi setelah beberapa seketika apabila menekan pedal brake jadi berbunyi. Lama jugak aku biarkan masalah ini berlarutan sehinggakan aku mempunyai masa yang sesuai untuk selidiki sendiri apakah punca yang menyebabkan brake pad ini berbunyi. Perhati punya perhati terlihat kesan pada disc brake seperti gambar di bawah ini....
Cara terbaik yang aku pilih grinder pada brake pad supaya ia tak makan lagi pada line berkenaan. Grinder sudut pada brake pad yang menyentuh pada disc brake ini.
Perhatikan brake pad ini dah makan lebih dari yang sepatutnya
Beginilah sudut yang aku dah siap grinder
Sebelum aku terlupa, tip yang perlu diingat oleh setiap pengguna kereta adalah setiap kali sebelum anda membuka tayar amatlah perlu anda membuat marking pada rim dan disc brake supaya apabila pemasangan tayar semula sama seperti kedudukan asal, jika lari kedudukan anda perlu membuat alignment tayar semula. Berbalik pula cerita pada brake pad ini yang telah aku grinder sudutnya boleh dikatakan hampir 85% bunyi semasa membrek hilang. Baki lagi 15% bunyi tu mungkin dari faktor lain yang aku belum kenalpasti lagi.
Sekian, selamat mencuba kawan-kawan sekalian.... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel kat blog aku ni....