Salam sejahtera... atas permintaan kawan-kawan yang mahu mengetahui cara-cara membuka radio player kereta Proton Persona, aku post kan gambar kat bawah ni... sila lihat dengan teliti... :-
Cungkil kat bawah cover panel tu.. bukan cungkil dari bawah ventilation aircond tu..
Buka 2 skru yang kelihatan tu
Selepas itu tarik panel ini keluar
Cabut 2 kabel ini
Dah cabut panel itu. Buka pula 2 skru yang kelihatan. Perlu berhati-hati jangan sampai skru jatuh dalam.
Buka pula 2 skru di bawah panel radio
Tarik panel aircond control dan buka pula 2 skru yang kelihatan itu. Perlu berhati-hati lagi sekali jangan sampai skru jatuh bawah. Kalau jatuh nak kena bukak cover kat gear knob n box sekali.
Gambar selepas menarik keluar radio panel
Panel belakang radio panel yang telah dibuka
Semua skru yang perlu dibuka ada 8 biji skru. Selepas tarik radio panel, buka wayar selepas kanan (untuk signal radio). Kabel yang sebelah kiri pula perlu dibuka dengan menggunakan skrew driver mata rata.
Ok, sekian sahaja pengalaman aku yang aku nak kongsikan mengenai cara-cara membuka radio panel Proton Persona. Sebarang kemusykilan sila komen pada ruangan di bawah.
Sekian, terima kasih.....
Memang berguna.. Baru dapat bukak radio sendiri petang tadi..
BalasPadamhehehe....
Padamtau tak cara nak bukak steering persona ada airbag??
BalasPadamalamak, aku lum penah cb stering kete aku sendiri hatta stereng kete aku kosong je... kekeke...
Padammacam mana nak pasang aux cable?
BalasPadamkne bli aux cable yg siap ngn kple cable... senang nk pasang n leh elak wiring short klo modified wayar lain.... hr tu skali dh kluo asap ckit nsib baik radia player tu xrosak... so, nasihat berguna elok beli wayar tu... ada org jual dlm forum rm 80... tp xingt lak forum ape... kne cri blik...
Padampersona elegance smua lngkap ada usb n tmpat ccuk aux cable boleh dgar lagu dkt phone mlalui rdio kreta huhu. Juz ccuk n set chnel dkt bhgian button kiri skali yg petak utk set 2
Padamterima kasih la bro. nyaris2 aku nak umpil cap atas tu. thx u very much
BalasPadamhehe... sme2...
Padamsalam...radio kereta dia mintak 4 nombor kod utk bukak ..camner yer...
BalasPadamwslm.... utk bukak radio kne kod? mksudnya lepas cabut wayar belakang radio pastu pasang blik n on radio dia mintak kod? stakat ni radio aku xde pulak mintak kod...
PadamMacam mana nak buka controller air cond yg bawah radio tu? Sebab controller air cond tu dah termasuk kedalam.
BalasPadamwow....mcmane leh jd mcm tu... aku xpenah bukak lg... hehe
PadamTq bg tips...tau tak cara pasang speaker pintu? dah ada wire ker atau kena tarik wire lain?
BalasPadamkalau beli persona xde speaker pintu lagi maksudnya memang xde wiring ke speaker pintu. kena tarik dari belakang radio player. kat situ je dh rumit sbb nak kene kenal wayar out sound yg mana satu.... hehe
PadamSy nak tanya, skru di bawah panel radio tu longgar la..sy dah try ketatkan tapi masih longgar.sy rasa mgkn pemegang kat dalam tu dah patah.macam mana ek nak repair?radio nampak tidak rapat.bila drive mesti bunyi sesuatu kat dashboard
BalasPadamyup... plastik tu dh reput... tp bukan plastik dari panel radio player, cuma plastik dari unit kawalan aircond sahaja... klo ganti baru pun seratus lebih jugak... kat situ xleh ikat skrew terlalu ketat... yg nampak terkeluar tu tolak sikit plastik tu supaya masuk bawah panel radio...
PadamSalam bang..nak tanya penah tak abang cuci bumbung dalam persona abang?saya penah cuci yang persona abang saya guna air sabun dan gosok dengan span..kesudahannya semakin hitam..
BalasPadambro cuba buat pakai berus basuh kain.cari yang lembut.Saya dah try..memang berkenan.tiada lagi hitam.Guna air sabun sikit saje
Padamwslm... aku xpernah cuba basuh karpet bumbung kete bro... em, yg hitam tula kesan habuk yg xhabis keluar kot...
PadamKalau Proton Waja CPS sma jer ke? .. DIY nya tu..????
BalasPadamem, waja cps aku xpasti la bro... xpernah bukak... em, tp klo tgok pada gambo radio player waja cps macam single din.... bawah ada ruang letak barangkan...
Padamsalam,..tumpang tanya bro,kalau radio jem,cd selepas cd di maksudkan dan berfungsi boleh dengar bunyi (lagu) tapi button untuk ubah lagu,kuat kan sound,keluar kan cd semua nya tidak berfungsi..macam mna nak buat yek?
BalasPadamsaluran angin tiba tiba tersumbat
BalasPadammacam mana nak cabut panel aircond??
BalasPadamNk tanya , sy baru lepas tukar radio player kt persona sy , sy diy sndri . Lepas pasang knpe button panel double signal tu lampu oren nye hidup sndiri ? Biase nye kalau hidup kn lampu baru button panel tu hidup jugak kn .. Bile sy off radio lampu kt panel button tu baru mati jugak .. Ap ye masalah nye .m pening fikirkn
BalasPadamAssalamualaikum...akk share ye tips ni..suami tgh pening xtau mcm mne nk keluarkn radio panel...tips yg berguna..tq very much
BalasPadamAssalamualaikum bro... Persona lama nak convert radio kpd persona elegance. So nak cari cover tepi tu kat mana jual?
BalasPadamTq..atas tunjuk ajar
BalasPadamFius rosak..rm0.30sen..tp kedai suh tukar baru je
Alhamdulillah
Salam, boleh dptkan wiring radio proton persona tak? Sebab nak tahu sambungan bagi wire untuk steering control. Haritu kedai buat potong habis.. dah tak tahu nak sambung sendiri kat double din baru. Tq yea atas perkongsian.
BalasPadam