Game serius yang dimainkan pada waktu tersebut... Begitu seronok dan berpuas hati pada waktu itu... Saksikanlah....
Nuffnang Ads
Memaparkan catatan dengan label Badminton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Badminton. Papar semua catatan
Selasa, 2 Oktober 2012
Khamis, 27 September 2012
Badminton FRZ 17 September 2012 Part 1
Salam sejahtera...
Aktiviti terkini yang dirakam dan berjaya diupload ke dalam Youtube. Saksikanlah...
Aktiviti terkini yang dirakam dan berjaya diupload ke dalam Youtube. Saksikanlah...
Ahad, 24 Jun 2012
Badminton FRZ Single Fakhrul vs Shahrul v2 22.06.2012
Salam sejahtera..
Game kali ini aku bermain separuh mati... habis cungap dah tu aku main. control je tu... hehehehe... Masa mata 20-20 aku macam nak surrender dah.. Saksikan video di bawah :-
Game kali ini aku bermain separuh mati... habis cungap dah tu aku main. control je tu... hehehehe... Masa mata 20-20 aku macam nak surrender dah.. Saksikan video di bawah :-
Khamis, 21 Jun 2012
Badminton FRZ Single Fakhrul vs Shahrul 11.06.2012
Salam sejahtera...
Video di bawah adalah satu-satunya video dalam acara perseorangan yang dapat aku rakamkan secara penuh kali ini. Dulu-dulu punya permainan aku tidak ada buat rakaman disebabkan kekurangan peralatan yang sesuai...
Ahad, 22 April 2012
Aktiviti Badminton Pada 02.04.2012
Salam sejahtera...
Aktiviti aku pada waktu malam aku paparkan di dalam video untuk tontonan rakan-rakan yang kaki badminton jugak... Semoga terhibur...
Aktiviti aku pada waktu malam aku paparkan di dalam video untuk tontonan rakan-rakan yang kaki badminton jugak... Semoga terhibur...
Isnin, 16 April 2012
Hasil Undian Pasukan Piala Thomas Malaysia Mei 2012
Salam Sejahtera...
Seperti yang ramai peminat badminton tanah air sedia maklum mengenai Kejohanan Piala Thomas 2012, pasukan kita, Malaysia telah layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu dalam kelompok 12 pasukan terbaik dunia. Untuk makluman, Pasukan Malaysia telah melalui pusingan kelayakan zon Asia pada Februari yang lepas.
Harapan Utama Dato' Lee Chong Wei
Harapan Utama kita masih lagi pada Dato' Lee Chong Wei untuk mengutip mata pertama menerusi acara perseorangan. Harapan aku sebagai peminat sukan badminton agar akan segera lahir bakat baru perseorangan yang handal mungkin personalitinya tidak seperti Dato' Lee Chong Wei, tetapi prestasinya yang menjadi ukuran aku. Aku mengharapkan Dato' LCW dapat menunjukkan kejaguhan beliau yang memang diakui hebat diperingkat dunia.
Harapan Utama Regu Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong
Regu utama kita pula membuatkan aku sedikit risau kerana kurang konsistensi pada prestasi mereka tidak seperti pada awal kemunculan regu ini yang amat 'menakutkan' pasangan regu dunia yang lain. Aku harap regu utama kita ini dapat memperbaiki masalah konsistensi pada kejohanan Piala Thomas 2012 ini.
Harapan Perseorangan Kedua Hafiz Hashim
Perseorangan kedua kita pula walaupun kurang kejohanan yang dimenanginya, kita perlu akui bahawa Hafiz Hashim masih diperlukan bagi Pasukan Badminton Malaysia. Aku mahu lihat beliau ketika zaman kemuncaknya dan pada kejohanan kali inilah beliau perlu mengambil kesempatan untuk kembali menyinar seperti dulu. Aku mahu corak permainan Hafiz Hashim lebih agresif tetapi perlu diingat, pertahanan juga perlu bagus.
Hasil Undian Bagi Pasukan Piala Thomas 2012
KUMPULAN A - China, Indonesia, England
KUMPULAN B - Jepun, Russia, New Zealand
KUMPULAN C - Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
KUMPULAN D - Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat
KUMPULAN B - Jepun, Russia, New Zealand
KUMPULAN C - Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
KUMPULAN D - Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat
Akhir kata aku mengharapkan Pasukan Badminton Malaysia tiada masalah untuk menang pada peringkat kumpulan pusingan akhir ini dan pihak kejurulatihan dapat menggunakan strategi yang berkesan untuk berjaya dan muncul Juara Piala Thomas Tahun 2012 ini...
Sekian, terima kasih....
Sabtu, 31 Mac 2012
Video Badminton FRZ 28.03.2012
Salam sejahtera...
Kali ini aku nak kongsikan video aktiviti malam aku bersama rakan-rakan tidak kira tua atau pun muda. Tapi yang aku tahu aktiviti yang aku buat ini adalah aktiviti yang sihat, mengeluarkan peluh, menguatkan stamina fizikal dan batin... hehe... Saksikan video di bawah yang telah aku uploadkan di Youtube :-
Untuk makluman ada 7 bahagian semuanya yang akan aku uploadkan secara berperingkat....
Sekian, selamat menonton :)
Kali ini aku nak kongsikan video aktiviti malam aku bersama rakan-rakan tidak kira tua atau pun muda. Tapi yang aku tahu aktiviti yang aku buat ini adalah aktiviti yang sihat, mengeluarkan peluh, menguatkan stamina fizikal dan batin... hehe... Saksikan video di bawah yang telah aku uploadkan di Youtube :-
Untuk makluman ada 7 bahagian semuanya yang akan aku uploadkan secara berperingkat....
Sekian, selamat menonton :)
Ahad, 19 Februari 2012
Ulasan Mengenai Prestasi Skuad Badminton Piala Thomas Pusingan Kelayakan Asia Di Macau Tahun 2012
Profile Info Facebook Page Revolusi Harimau Malaya
Salam sejahtera...
Di bawah adalah komen yang menarik perhatian aku mengenai skuad Piala Thomas Malaysia pada Pusingan Kelayakan Asia di Macau Tahun 2012 yang baru berlangsung baru-baru ini. Ulasan di bawah dikarang oleh PEDAS - Admin page FB Revolusi Harimau Malaya (HMC) - kredit untuk beliau!!!
Keputusan Kelayakan Asia badminton Piala Thomas separuh akhir, MALAYSIA 2-3 INDONESIA :
Skuad Malaysia yg sudah layak secara AUTOMATIK ke Piala Thomas di Wuhan merehatkan beberapa pemain utama spt Lee Chong Wei, Hafiz Hasim dan Tan Boon Heong dalam saingan separuh akhir berdepan Indonesia.
Kesempatan ini diambil untuk menguji SEJAUH MANA kemampuan beberapa pemain muda dan baru dalam berdepan yg lawan yg kuat dari Indo. Percaturan ini ternyata AMAT BIJAK dan kita berjaya mengesan beberapa pemain muda yg layak utk beraksi dalam skuad Piala Thomas disamping mengaburi mata lawan mengenai kekuatan sebenar skuad negara.
Pemain muda dan perseorangan ketiga skuad piala thomas, Liew Darren berjaya memberi saingan dan mendahului Simon Santoso 2-7 sebelum simon menarik diri kerana cedera. Semalam Liew Darren memberi saingan sengit kpd pemain jepun, Kenichi Tago sebelum kalah 28-30 dan 19-21. Ini membuktikan beliau layak berada dlm skuad piala thomas dan memperbaiki permainan dalam beberapa bulan sebelum saingan Piala Thomas yg sebenar bermula.
Ketua jurulatih beregu mencuba pula gadingan baru acara beregu iaitu pemain muda, Goh V shem dengan Thien How Hoon, ternyata percaturan ini MENJADI apabila gadingan baru ini berjaya mengejutkan beregu no 2 Indonesia, Alvent Yulianto dan Hendra Gunawan 21-14, 21-18.
Perseorangan ke 4 negara, Muhammad Arif Latif pula GAGAL menampilkan aksi yg menyakinkan apabila tewas mudah dalam semua perlawanan yg dilaluinya. Arif kemungkinan akan DISINGKIRKAN dari skuad Piala Thomas dan mungkin akan digantikan dengan juara remaja dunia dan Asia iaitu Zulfadli Zukifli. Sebab tu BAM menyenaraikan Arif untuk saingan kelayakan supaya dia boleh membuktikan kemampuannya. Nampaknya Arif gagal kali ini dan kemungkinan akan ditukar dengan Zulfadli.
Satu lagi gandingan beregu baru yang ingin dicuba iaitu, Lim Kim Wah dan Teo Kok Siang berdepan beregu no 3 Indonesia iaitu Markis Kido dan Hendra Setiawan. Nampaknya gadingan ini tidak MENEMUI KESERASIAN dan gagal menampilkan aksi yg menyakinkan apabila tewas 16-21 dan 13-21.
Koo Kien Keat yang bermain sebagai perseorangan ketiga tewas kepada Dionysius Hayom Rumbaka; 8-21, 9-21. Percaturan ini adalah untuk menguji kekuatan lawan dan kemampuan Koo Kien Keat bermain dalam acara perseorangan.
Leading 2-0, namun membiarkan indonesia menang akhirnya 2-3. Namun kekalahan tidak membawa sebarang makna kerana mereka hanya menguji beberapa pemain untuk MEMBINA BARISAN SKUAD PIALA THOMAS yang mantap. China pun hanya turunkan SKUAD KEDUA mereka sahaja dan mereka akan turunkan barisan terkuat dalam saingan sebenar nanti.
Malaysia dapat tempat ke 4... Tahniah!
Piala Uber Malaysia dah bungkus setelah tewas 0 -5 Indo pagi tadi dan mereka TIDAK LAYAK ke Piala Uber.. Apa pun tahniah juga kepada mereka kerana sudah berusaha sebaik mungkin kerana skuad Piala Uber merupakan skuad termuda kerana pemain ini dibarisi oleh pemain muda bawah 23 tahun kecuali pasangan beregu senior.
Sekian, terima kasih....
Friendly Match HoSHAS vs HRPB Badminton Game 2V2
Salam sejahtera..
Video di bawah adalah diantara klip video yang sempat dirakam dan diupload untuk tatapan sendiri dan umum bagi tujuan mengkaji corak permainan aku sendiri. Mesti lebih baik beb... :)
Video di bawah adalah diantara klip video yang sempat dirakam dan diupload untuk tatapan sendiri dan umum bagi tujuan mengkaji corak permainan aku sendiri. Mesti lebih baik beb... :)
Jumaat, 27 Januari 2012
Video Badminton Paling Berharga Buat Fakhrul
Salam.... Pada 29 OKtober 2011 aku terlayak utk bermain dalam acara Badminton Sukan Kementerian Kesihatan.. Perseorangan.. paling jauh aku jejak sampai peringkat separuh akhir.. Video seperti di bawah :-
Single Men Hashim (defending champion) VS Fakhrul Part 2
Single Men Hashim (defending champion) VS Fakhrul Part 1
* Untuk makluman, Aku yang main belah kanan :)
Selasa, 5 April 2011
Channel Badminton Malaysia
Salam semua.... dari pengamatan saya selama ini, terdapat channel di Youtube dari user Helma1 sentiasa memuat turun video-video terbaru dari serata dunia dalam sukan badminton. Bagi Peminat-Peminat Sukan Badminton, silalah melayari link beliau seperti di bawah :-
style="font-weight:bold;">http://www.youtube.com/user/helma1
Langgan:
Catatan (Atom)