Setelah sekian lama menyepi kali ini admin cuba menyediakan satu artikel berkenaan cara-cara mengatasi masalah kipas meja atau siling rumah yang dah mula perlahan atau tidak kuat lagi seperti sediakala. Biasanya akan terjadi setelah beberapa tahun digunakan secara berterusan. Mungkin kebanyakkan orang akan membuang terus kipas yang bermasalah ini kerana rasa berbaloi telah menggunakan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Harga kipas meja baru purata RM 1++ bagi model yang berjenama. Tahukah anda kipas yang mempunyai masalah seperti tajuk artikel ini boleh dibaiki dengan hanya menukarkan kondensor yang kedudukannya berhampiran dengan motor kipas. Lihat susunan gambar di bawah untuk mengetahui cara dan kaedah penukaran kondensor kipas.
Selepas beberapa tahun simpan kipas dalam stor bawa keluar cuba hidupkan dan uji kelajuan setiap pilihan yang ada. Terbukti masih lagi bermasalah kipas tidak laju berputar.
3 skrew ini tak perlu dibuka tetapi jika betul-betul nak bersihkan bahagian motor elok dibuka untuk memudahkan kerja-kerja mencuci.
1 skrew belakang ini perlu dibuka untuk membuka casing motor.
Kotak hitam itu adalah kondensor lama yang perlu ditukarkan dengan yang baru.
Potong 2 wayar pada kondensor seperti gambar di atas dan buka satu skrew yang diikat pada motor kipas.
Gambar setelah kondensor dipotong dan siap dibuang kulit wayar untuk diikat dengan wayar dari kondensor yang baru.
Kondensor baru yang telah siap diikat wayar pada motor kipas.
Gambar kondensor baru sebelum dipasang.
Pasang bilah kipas dengan kemas dan cuba hidupkan suis
Ternyata putaran bilah kipas telah kembali normal dan kuat sehinggakan anda boleh mendengar deruman angin.
Perlu skrew yang lain dan lebih panjang untuk ikat kondensor baru pada motor kipas disebabkan tapak kondensor baru yang sedikit tebal dari yang asal.
Balut tempat sambungan wayar menggunakan tape hitam. Balut dengan rapi dan kemas lebih baik dibuat beberapa lapisan balutan.
1 skrew di belakang kondensor.
Pasang semula bahagian-bahagian yang telah dibuka tadi. Kebetulan bingkai jaring kipas admin telah patah. Ikat dengan tape putih je...
Siap! Boleh digunakan semula...
Modal untuk beli kondensor RM 7 sahaja. Sekian perkongsian dari admin buat masa ini, diharap boleh memberi manfaat kepada anda di luar sana kerana kerja-kerja pembaikan ini tidak terlalu rumit, agak mudah untuk dilakukan oleh sesiapa orang dewasa lelaki atau wanita. Selamat mencuba...
Sekian, terima kasih...
Boleh tnye kondensor kat mamne boleh beli..
BalasPadamHardware ade jual..kedai elektrik pun ade
PadamKalau kt KL jln pasar ade jual.kedai elektrik
Padamassalamualaikum.. nak tanya, kalau kondensor original 1.5mf tpi tukar 1.8mf boleh ke..
BalasPadamboleh..maybe kipas pusing laju sikit..
PadamKalau kipas dinding sama jugak ke cara ny..miintak pencerahan
BalasPadamterima kasih info yang sangat2 berguna bosku..👍👍👍👍
BalasPadamSy ade tukar kondensor baru mcm tu. Tp kipas masih lg xkuat berpusing. Kenape ye?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamItu condensor ke capasitor tuan?
BalasPadamKapasitor
Padamalhamdullillah.. perkongsian yg bermanfaat,saya bru tkr cndnsor yg bru.Kipas brpusing dgn kuat.t.kasih...
BalasPadamkalau dah tukar tapi masih perlahan , macam mana ye ?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkipas sy masih laju cuma kalau baru2 hidupkan tu,kena bukak speed 3 baru boleh berpusing tu pun gerak perlahan2.. lama2 baru boleh laju.
BalasPadamklu awal2 tu speed 1,2 mmg dia tak nak pusing terus
klu tukar kotak hitam tu ok ke?
Sama kes dgn sy ni...Mohon tuan tanah dpt jawab. Terima kasih.
PadamMacam mana, kalau dah tukar tapi masih perlahan?
BalasPadamTu bukan ke kapasitor, kondenser jauh tu
BalasPadam