Salam sejahtera semua... Post kali ini berkaitan cara atau kaedah yang aku buat untuk adjust tappet motosikal aku setelah aku tukar camshaft jenis Alang Camshaft. Buat warga permotoran mungkin ramai yang kenal produk Alang ni yang bertapak di Keratong, Pahang. Gambar dalam artikel ini aku ada kongsikan di dalam Page Facebook eilarazi.blogspot.com beberapa bulan lepas.
Ok, kita mula yang pertama dulu. Perlu buka bakul jika ada bakul, fairing kiri kanan kena buka. Radiator dan water pump juga perlu dibuka. Sebelum nak buka radiator dan water pump kena standby bekas untuk tadah coolant yang akan keluar dari hose semasa dibuka. Boleh digunakan semula coolant ini. Radiator cuma ada 1 skrew je perlu buka yang lain cuma mounting sahaja. Water pump pula ada 3 bolt nut saiz 8 yang perlu dibuka.
Ginilah rupa selepas dibuka radiator, fairing... Selepas ini perlu dibuka cover head dan hose yang ada di atas cover head ini perlu dibuka untuk memudahkan prosedur setting cam nanti.
Selepas cover head dibuka akan terlihatlah 4 biji spring yang mana di tengah-tengah spring itu adalah valve
Di pangkal valve ada rocker arm yang akan menekan cam mengikut aturan dari benjolan cam. 2 bji valve spring di atas adalah untuk intake yakni kemasukan campuran minyak petrol dan udara dan 2 biji valve spring di bawah adalah untuk ekzos yakni laluan keluar sisa mampatan campuran udara dan petrol.
Biasanya ukuran kelonggaran diantara rocker arm dan valve di bahagian intake adalah 0.002 inci jika menggunakan filler gauge yang menggunakan ukuran inci manakala ukuran di bahagian ekzos adalah 0.004 inci. Ini adalah ukuran yang aku rasa sesuai untuk mendengar bunyi enjin yang senyap dan aku kategorikan sebagai setting 1. Jika mahu enjin rasa lebih bertenaga boleh cuba ukuran bagi intake 0.004 inci manakala ukuran bagi ekzos pula 0.006 inci (setting 2).Walaubagaimanapun bagi setting 2 ini akan kedengaran sedikit bunyi tappet sewaktu enjin hidup.
Sebelum membuat setting pada tappet tadi, anda perlu membuat marking yang betul seperti di dalam gambar di atas. Sewaktu marking dalam kedudukan ini piston dalam kedudukan TDC (Top Death Center). Dalam kedudukan ini keempat-empat valve dalam keadaan tertutup. Selepas ukuran pelarasan tappet selesai anda perlu membuat semakan dengan membuat 2x pusingan pada crankshaft dengan menggunakan spanar saiz 17. Jika tiada rasa sangkut ini bermakna pelarasan yang dibuat tadi adalah selamat dan betul.
Lock tengah berwarna hitam ini adalah kedudukan di mana camshaft LC berada. Jika anda hendak membuat penukaran camshaft anda perlu melonggarkan rantai kecil ini dan ikat dengan dawai supaya ianya tidak jatuh ke bawah semasa rantai ini dikeluarkan dari kedudukannya. Bab penukaran camshaft ini aku tak nak sentuh sangat sebab tiada gambar yang aku sempat ambil.
Selepas siap adjust tappet tadi dan selepas membuat semakan dengan putaran crankshaft secara manual anda boleh pasang semula cover head, water pump, radiator. Masukkan semula coolant dan anda perlu tambah sedikit coolant yang mana jatuh ke lantai. Start dan teliti bunyi enjin motosikal anda. Selamat Mencuba!
Sekian, terima kasih....
Assalam bro boleh adjust tappet motor lc sy tak? Bunyi terlalu kuat sgt.kedai motor cina kbykannya tak nak buat.leceh katanya.
BalasPadamAssalam bro boleh adjust tappet motor lc sy tak? Bunyi terlalu kuat sgt.kedai motor cina kbykannya tak nak buat.leceh katanya.
BalasPadamSalam bro..ada cara untuk tukar rantai kecik x? N lebih detail lg nk ikat ranti kecik sebb sekarang moto saya bunyi kuat..terima kasih bro..sy selalu ikut panduan bro tukar kompenen kete..hehe
BalasPadamSalam bang..boleh bg num fon abg? Utk guide sy..kalau xkeberatan
BalasPadamSalam bang..boleh bg num fon abg? Utk guide sy..kalau xkeberatan
BalasPadamDuduk area mana de
PadamIlmu yang berguna.. Saya selalu modi moto saya tapi kurang tahu pasal jarak tepet dengan valve dengan betul.. Thanks bro
BalasPadamAsalam..saya ada lc135 lama...ada bunyi dalam enjin mcm ada bunyi ketukan..mcm bunyi longgar pun ada...mkn pemegang piston atau camsft dah haus..tak tahulah..boleh tak bro bgtau masalah ni..klu nak baiki..angaran berapa kos nak baiki klu bukak enjin dan munkin tkar bering piston atau tukar camsft..
BalasPadambatang root dah goyang tu bro, better overhaul je. kena buat cepat tu, nanti jem lagi payah
PadamAsalam..saya ada lc135 lama...ada bunyi dalam enjin mcm ada bunyi ketukan..mcm bunyi longgar pun ada...mkn pemegang piston atau camsft dah haus..tak tahulah..boleh tak bro bgtau masalah ni..klu nak baiki..angaran berapa kos nak baiki klu bukak enjin dan munkin tkar bering piston atau tukar camsft..
BalasPadamAsssalamualaikum bro... Macam mana nak ketatkan rantai kecil ye??
BalasPadamkalau nk ketatkan timing chain setiap moto standard pakai auto chain tensioner, perhatikan moto LC135 pada blok (bahagian timing chain) ade satu bentuk macam 3 segi timbul.. itulah auto chain tensioner.. kalau nk tukar manual pun bole..
PadamBro ni juz share je utk DIY bukan pomen kedai nak rpair mtor sbb bro ni kje tetap sbgai P.Pgawai Kshitan U29. Klau nk jumpa g klinik kesihatan kuantan. Skag dia sibuk DIY kreta je.
BalasPadamNsib U29, klau U41 boleh kautim minta MC huhu
Padamkalau u41 pun P.Pegawai Kesihatan mana bleh kuar MC bro..hahaha
Padamsudah naik ka gred utk pegawai kesihatan/perubatan? 41 naik 44 baru boleh ka?
PadamBro ni Pen.Peg.Kesihatan Persekitaran aka IK..nk kawtim MC mmg xdpt ler.tp klu umah ada jentik-jentik bleh la kawtim denda..huhuhu
BalasPadamOo. tpi btul lah sperti ana ckap klau ante pnya gred U41/44 bhgian perubatan bolehlah kasi kawtim itu MC hihi.
BalasPadamKeratong bape? Sye k2
BalasPadamKeratong bape? Sye k2
BalasPadamSalam saya nak tny. Marking pada magnet tu ada tiga line. Yang mana satu marking yang betul untuk ejust tapek. Dan apa perbezaan ketiga2 marking tapek tu dan funtion nya..
BalasPadamHarap dapat membantu terima kasih..
Salam saya nak tny. Marking pada magnet tu ada tiga line. Yang mana satu marking yang betul untuk ejust tapek. Dan apa perbezaan ketiga2 marking tapek tu dan funtion nya..
BalasPadamHarap dapat membantu terima kasih..
berapa kiraan nya klau nk setting tepet menggunkan filer gauge
BalasPadamKlu filer guage guna mm berepa ukuran nya ye..
BalasPadamKalau mm IN 0.10MM EX 0.15MM
BalasPadamHose yang atas head tu sambung ke mana?
BalasPadampm sy bro .. 01111282189
BalasPadamsambg dekat tengkuk carb
BalasPadamsalam.. kalau intake and exhaust setting sama pakai 0.05mm boleh ka? sebab skrg pakai 0.05mm in dan 0.10mm out.. tq...
BalasPadamsetting 0.05 dan 0.10 tu mcm ada bunyi bising sikit..
BalasPadam0.05 in/0.08 out
BalasPadamyang mana betul reading adjust valve intake 0.15 ex 0.10 banding dengan 0.004 serta 0.006
BalasPadam