Nuffnang Ads

Selasa, 5 Februari 2013

DIY - Cara Cuci Throttle Body Campro Proton Persona 1.6


Salam sejahtera...

     Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lambat aku buat artikel DIY cuci throttle body campro ini, tapi akhirnya boleh juga disiarkan di laman blog ini. Konsep cuci yang aku gunakan adalah sedikit berbeza dengan bengkel-bengkel di luar sana disebabkan aku menggunakan konsep 'dressing' bagi istilah kesihatan iaitu kaedah mencuci kesan luka bagi pesakit diabetis.

     Cuma aku tak menggunakan alkohol dan cecair lain, aku hanya menggunakan tisu bersih sahaja. Kebanyakan bengkel-bengkel menggunakan 'throttle body cleaner' dalam bentuk spray tin. Oleh sebab semasa projek dibuat aku berada di kampung isteri dan tiada kenderaan lain untuk pergi ke kedai 'spare part', aku teruskan juga projek DIY tanpa menggunakan bahan 'cleaner' tersebut.

     Sila lihat susunan gambar di bawah untuk memulakan prosedur pencucian throttle body campro ini :-

Pertama sekali anda perlu buka kotak penapis udara sehingga seperti gambar di atas ini. Kasi buka habis senang sikit nak buat kerja....


Langkah seterusnya adalah dengan membuka 4 skrew yang berkedudukan seperti bulatan kecil berwarna kuning. Satu sensor juga perlu dibuka yang berkedudukan seperti di bulatan besar berwarna kuning.


Jeng... jeng... jeng.... buka je throttle body dah nampak kekotoran yang agak tebal... ini fokus kat intake window 


Lagi sakit mata apabila zoom dekat ni...


kekotoran yang melekat pada permukaan throttle body campro


Sebahagian tisu-tisu yang aku guna untuk membuang sisa kotoran minyak. Konsep pakai buang....


Ini gambar throttle body dah 80% bersih. Gambar yang 100% bersih lupa pula nak snap...

     Selepas anda selesai membersihkan 'throttle body' dan 'window intake manifold' tersebut dengan menggunakan teknik swap dan sapu, anda boleh pasang semula 'throttle body' dan kotak penapis udara pada kedudukan asalnya. Hidupkan enjin dalam kadar 5 minit supaya sensor 'throttle body' dapat berfungsi dengan baik. Pastikan tiada lampu 'check engine' menyala... Jikalau semasa enjin baru dihidupkan dan enjin melahu dalam keadaan tidak stabil, biarkan dahulu sehingga ia melahu dengan stabil. Kemudian, anda cuba rem untuk melihat respon 'throttle body' yang telah bersih dicuci...

Sekian, hanya sampai disini sahaja perkongsian ilmu yang ingin disampaikan. Terima kasih....







Ahad, 20 Januari 2013

Isu Kalimah Allah - Umat Islam Perlu Tahu Mengapa Kita Perlu Tentang Penggunaan Kalimah Allah Dalam Injil Versi Melayu

Salam sejahtera...

     Akhir-akhir ini hangat dengan isu yang dibangkitkan semula oleh Lim Guan Eng menuntut pihak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi melayu. Aku secara peribadinya menentang tuntutan tersebut di mana ia mempunyai niat tersirat disebalik penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Melayu..

     Timbul pula masalah ada diantara orang Islam yang bersetuju penggunaan kalimah Allah dengan syarat tidak menyalah gunakannya... Persoalan aku apakah garispanduan yang boleh menggariskan kesucian kalimah Allah tidak disalahgunakan oleh penganut Kristian? siapakah pula yang akan memantaunya? Pada aku ianya menyulitkan umat Islam sendiri.

     Sebelum ini aku ada timbulkan persoalan di Yahoo News dalam artikel Dr. Asri 'Allah' Sudah Digunakan Oleh Yahudi, Kristian Sebelum Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W... Link klik disini Persoalan yang aku bangkitkan adalah.... 'adakah kitab injil ni boleh dipastikan keasliannya? kitab yang asli dari Nabi Isa A.S... bukan yg telah bnyk dipinda atau diubah2 isinya...' Respon yang diberikan oleh pengguna Yahoo News yang lain bermacam-macam... Antaranya seperti :-

JefferyA - Kau menyoal Tuhan ke? Nanti Yang Maha Kuasa tolong jawab ko. Ada berani?

A Yahoo! User - si jeffrey ni mesti dari golongan yang percaya kitab injil sekarang ni betul,jadinay sebab tu dia pasti akan percaya yg yesus tu anak tuhan..hahaha..sedangkan kitab injil sekarang yg digunakan diseluruh duania adalah yg telah dipesongkan.

(Pun Intended) - @fakhrul-macam mana hadis Rasullulah nak dipastikan keasliannya? dari mana sumber hadisNya yg direkodkan selepas kemangkatan Rasullulah? saya dgn ikhlas minta pengajaran & penjelasan.

Diam - ya bagi umat kristian injil adalah asli..itu iman...jadi yg diluar sana ckp injil telah diubah..itu bagi kami adalah dugaan2 dan cabaran jahat sama ada iblis/saitan untuk pesongkan umat kristain....

JefferyA - A Yahoo User, ko ni memang lah bodoh tahap cipan. Apa ugama aku kau tak perlu tahu lah bangang. Dipesong ke tidak, kita tak perlu cakap pasal agama atau kaum atau bangsa. Kalau kau muslim, mengata agama orang lain menyesatkan orang lain atau memesong kepercayaan orang lain adalah dosa. Sendiri dah tau buat dosa ada hati nak cakap pasal agama. CITTTTTTTTTTTTTTTT...buang masa. KAlau semua antara kita di sini boleh direjam dengan batu tapi tidak mati ahhh bolehlah bercakap macam Tuhan. Tapi ini semua mau berlagakkkk macam Tuhan puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

JefferyA - Diam @ haaaa...ya, betul ini pasal iman.....

(Pun Intended) - @diam - i support your comments. "one man's meat may be another man's poison". kuatkan usaha utk pertahan iman sendiri sebelum nak perbetulkan yg lain, biar Allah yg tentukan segalanya di akhirat.

JefferyA- Pun Intended. I agree. Sadly not all have your thinking...

Deen - Nape org Islam nak pertikaikan kitab injil tu asli ke tidak?.islam kene jaga alquran kerna itu kitab panduan Islam tak payah nak sibuk pasal kitab injil..sedangkan alquran yang tak penah berubah dan takder siapa pn bolih menulisnye tu pn dipesongkan olih Islam sendiri ni nak sibuk pasal kitab injil milik kristian,kristian pn ader ilmuan mereka sendiri biarla mereka ajer yang tau tang ner yang mereka nak ubah,asalkan yang Islam jgan nak memandai2 pulak nak kurang atau menambah isi kandungan dan pengertian alquran..tu pasal kita org Islam jgn terlalu terikut2 budaya yang takder dalam alquran...anutan kristian ni mmg seakan same ngan Islam cube beza yang besar kepercayaan mereka nabi isa tu anak tuhan.jadi org Islam jangan pulak terikut2 kerna Allah ader ngan sendirinye tak beranak dan diperanakan..tak usahla nak berhujah lg jika ilmu setakat tuk diri sendiri takut2 dalam berhujah tanpa disedari Akidah terpesong..

Aku - ok... dah ada yg jwb ye... macam2 jawapan ada... aku percaya dr. asri pun tau jwpn yg sebetulnya... Aku percaya dgn iman aku bahawa kitab injil adalah telah diubah dan dipesongkan setelah Nabi Isa A.S diangkat. Walhal Nabi Isa A.S sendiri mengaku dirinya adalah bukan Tuhan. Al-Quran diturunkan utk membetulkan fahaman pengikut nabi Isa A.S yg telah tersasar. Allah adalah tuhan Yang Maha Esa.. (Tunggal, Tidak Beranak, Tidak Beristeri) Walaupun aku selalu ikuti artikel2 dr. Asri diwebnya, itu bkn menjadi modal utk aku menyetujui setiap pendapat beliau. em,mengenai yg bertanya bagaimana mengetahui sesuatu hadis itu sama ada hadis kukuh, lemah atau palsu ia bergantung kpd 'isnad', 'masnad', 'musnad', 'sanad'... korg carila sndri mksudnya.... jadi... kenyataan aku sblm ni yg berhak utk menjawabnya adalah bg org muslim... sbb nnt bnyk slah paham jk yg xde ilmu tauhid di dada... aku terangkan mcmane pun lum tentu leh trime... lepas ni sape yg nak maki2 aku ke dipersilakan klo xmalu.... budi bahasa, peribadi kita, agama kita, amalan kita....

Kriszz - sejak sy lahir dan kenal huruf dan boleh mendengar...inilah hal yg sy selalu dengar dari saudara muslim, mengatakan Kitab Injil yg ada sekarang ini digunakan oleh Kristian telah tidak asli dan diubah-ubah?? selama begitu saudara muslim mengatakan Injil telah diubah.. lalu petanyaan sy adalah boleh tidak dapatkan dan tunjukkan kepada umat Kristian aslinya Injil itu..bukan sekadar bercakap dari apa yg didengar dari ajaran atau ulasan2 sesiapa pun ttg Injil Kristian yg KONONnya telah diubah2 itu.. sy sangat mohon pencerahan BUKTI Injili itu diubah... tunjukkan bukti.. seharusnya seadanyalah kita menerima dan mempraktikkan ajaran agama kita masing menurut apa yg pantas kita pahami dari ajaran2 agama masing2.. kerana apa? kalau kita saling menekankan secara paksa menerima fakta dan kebenaran yg kita pahami kpd umat agama lain, bukankah itu buang masa dan satu kebodohan yg sia2 belaka.. sebab tidak mungkin..tidakkkk ... mungkin!!! makanya saudara/ri DIALOG agama itu perlu, kerana tanpa dialog agama, siang malam berhujah pun tidak akan habis2..sedangkan dialog itu saling mendengarkan dan tidak memaksa untuk percaya melainkan mejadikan kita ini matang memahami kepercayaan org lain DALAM DIALOG.. hasilnya ada saling HORMAT.. Hanya jalan ALLAH yg benar yg hidup itu jua lah akan menuntun kita ke destinasi syurgawi kelak.... Allah dalam konteks Kristian, dan Allah dlm konteks Islam. semoga kita sama2 sampai ke destinasi itu..pada sy, sy mau katakan KU PASTI ADA DISANA.. bukan mudah2an, bukan Insyallah!! sb sy percaya dan praktik apa yg sy percayai tanpa ragu2..Terima Kasih Allah Bapa.. kerana jaminan keselamatan dari-Mu. Shallom!! Amin.

JefferyA - Fakhrul, takpe lah. tunggu bukti dia di akhirat nanti. tiada guna cakap byk. mati juga kita semua nanti.

 Aku - ye... mmg kte sume akan merasai mati n akan dibangkitkan selepas kiamat... ilmu perbandingan agama ada n aku penah mengikuti program tu.. perbandingan agama samawi.... ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah... dlm youtube pun ada jawapan dr Ustaz Harun Din...ok.. ada bukti2 knpe aku ckp kitab injil skrg ni bukan asli... link - http:/malay.bismikaallahuma.org/perbandingan-terjemahan-yehezkiel-23-dalam-alkitab-bahasa-indonesia-melayu/#more-168 .... dan juga disini - http:/malay.bismikaallahuma.org/ke-manakah-ajaran-kristian/ ..... manusia yg cerdik adalah manusia yg mengkaji setiap agama samawi seperti antaranya ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah dimana dia mengkaji sume agama dl baru dia yakin memeluk Islam... Ape pun, terima kasih kerana tiada kata2 kesat disini...

     Bermacam-macam jawapan yang mereka berikan. Itu pendapat masing-masing dan aku memang tidak suka mudah mengeluarkan kata-kata kesat apabila rasa tercabar kerana ia menunjukkan kelemahan seseorang itu.

    Artikel lain yang menarik minat aku dan perlu dibaca oleh semua penganut agama Islam adalah seperti di link :-

- Benarkah Allah Yang Kamu Sembah 

   Fatwa Kebangsaan juga telah membuat keputusan dan antara isi fatwanya adalah :-

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. - Sumber Fatwa Kebangsaan
   Aku harap Umat Islam di Malaysia kini perlu lebih sensitiviti terhadap kesucian dan kemakmuran agama Islam sejajar dengan Perlembagaan Negara Malaysia dimana agama rasmi adalah Agama Islam. Jadinya rakyat yang beragama Islam dan pemerintah khususnya perlu memastikan Agama Islam terus dijaga dan terbela. Pendapat yang mengatakan semua agama adalah sama juga amat merbahaya kerana ianya adalah dari fahaman pluralisme dan liberalisme. Terdapat artikel lebih terperinci mengenai isu Pluralisme n Liberalisme... Klik link disini

Sekian, sekadar renungan bersama dari hamba Allah yang sayangkan kedaulatan Islamiah....


Selasa, 1 Januari 2013

Riwayat Ringkas Imam Muslim Dan Imam Abu Daud

Salam sejahtera....

     Kali ini aku mahu kongsikan nota dari buku Hadis 40. Riwayat ringkas Imam Muslim dan Imam Daud....

Imam Muslim
( 204 - 261 Hijrah bersamaan 819 - 874 Masihi )

Nama penuh Imam Muslim ialah Abu Al-Hysain Muslim Ibn Al-Hajjaj Ibn Muslim Al-Qushairi Al-Naysaburi. Beliau seorang imam hadis yang terkemuka sesudah Imam Bukhari. Beliau berguru kepada Imam Bukhari dan kitabnya yang termashur ialah Kitab Shahih Muslim yang disusun dalam tempoh 12 tahun. Beliau wafat pada tahun 261 Hijrah dalam usia 57 tahun.


Imam Abu Daud
( 202 - 275 Hijrah bersamaan 817 - 888 Masihi )

Nama penuh Imam Abu Daud ialah Sulaiman Bin Al-Shuaib Bin Ishak Al-Sadi Al Sajistani. Beliau belajar hadis dari para ulamak Iraq, Kharasan, Sham, Mesir dan lain-lain. Karangan beliau yang mashur ialah Kitab Al-Sunan. Mengenai kitab ini beliau berkata, 'Aku tuliskan hadis Rasul S.A.W. sebanyak 500 000 hadis, kemudian aku pilih dan aku susun dalam kitab Al-Sunan ini sebanyak 4 800 hadis yang sahih sahaja atau mendekati yang sahih.' Diantara penetapannya ialah tiada dapat diqadakkan sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja. Beliau wafat di Basrah pada tahun 275 Hijrah dalam usia 73 tahun.









DIY - Pemasangan Cusco Oil Catch Tank Proton Persona Campro 1.6


Salam sejahtera....

     Oil Catch Tank (OCT) adalah merupakan satu alat di mana ianya berfungsi dalam menapis sisa atau sludge dari enjin kereta anda. Terdapat pelbagai jenis OCT di pasaran semasa dan semua OCT ini adalah universal terhadap semua kereta tanpa mengira jenama kenderaan. Bagi mereka yang mahir dalam bidang permotoran dan automotif, mereka telah mereka sendiri OCT dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan hasilnya adalah sama seperti OCT keluaran komersil.

     Aku akan kongsikan DIY Pemasangan Cusco OCT pada kereta Proton Persona aku. OCT aku telah beli melalui laman sesawang mudah.com dengan harga lebih kurang RM 70... Aku dah tak berapa ingat harga sebenarnya. Selepas itu perlu beberapa barang lain seperti klip hose dalam 4 biji dan hose dengan saiz panjang 6 kaki... Hose yang dibekalkan tak boleh masuk dengan Campro. Sila rujuk susun atur gambar di bawah untuk penjelasan yang lebih mendalam :-

Pakej Cusco Oil Catch Tank 


Pasangkan pemegang dan penyangkuk seperti gambar di atas. Cuma untuk sambung ke body atau firewall proton persona perlu diubah kedudukan penyangkuk ikut kesesuaian keadaan. Gambar di atas ni pinjam je...


Sambungkan hose mengikut warna bulatan yang telah aku tandakan. Merah dengan merah.... Kuning dengan kuning.... Yang warna hijau tu aku terjumpa skrew jantan yang dah ada dalam enjin bay proton persona. Cuma perlu tambah dengan nat sahaja. Kedudukan agak ke bawah sedikit.
   

Ada satu nipple pada air hose yang perlu disambung... Hanya perlu tarik sahaja tiada klip di situ.



Gambar kedudukan dari atas menunjukkan OCT di letakkan dalam enjin bay proton persona.

Sekian, diharap anda semua dapat memahami dengan jelas cara pemasangan OCT ini. Tidak perlukan kemahiran pada tahap yang tinggi projek DIY ini. Terima kasih........











Kalendar Tahun 2013 Plus Kalendar Islam Safar 1434 - Rabi'ulawal 1435 Hijrah

Salam sejahtera...

    Telah bermula tahun 2013 pada hari ini dan aku sebagai pekerja kakitangan kerajaan amat memerlukan kalendar untuk aku membuat perancangan aktiviti sepanjang tahun. Aku telah siapkan kalendar tahun 2013 bersama dengan kalendar Islam Hijrah untuk tahun 2013. Di bawah dipaparkan gambar kalendar mengikut bulan dan anda boleh men'donwload' gambar kalendar tersebut untuk kegunaan anda sendiri. Sila klik setiap gambar di bawah dan right click pada tetikus anda dan pilih save image as.....















*** untuk perhatian, cuti umum dalam kalendar di atas lebih dirujuk untuk kakitangan awam di negeri Pahang sahaja...

Sekian, selamat menyambut tahun baru 2013.... terima kasih.....
















Ahad, 30 Disember 2012

Riwayat Ringkas Imam Bukhari



Salam sejahtera sekalian...

     Aku mahu berkongsi sejarah silam imam-imam yang biasa meriwayat hadis-hadis untuk panduan umat Islam sejagat. Aku merujuk sumber dari kitab lama semasa aku bersekolah di Sekolah Agama Bandar Tangkak dan Kitab yang aku rujuk adalah Kitab Hadis 40 terbitan Dewan Pustaka Fajar. Tujuan aku membuat artikel ini adalah untuk aku membaca sambil berkongsi dengan anda semua. Seperti tajuk di atas, di bawah adalah nota ringkas riwayat Imam Bukhari :-
 
     Nama penuh Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari. Beliau mulai belajar sejak umur 11 tahun. Kemudian datang mengerjakan Haji di Mekah lalu belajar ilmu Hadis dari para Ulama di Mekah, kemudian di Madinah, Iraq dan di kota-kota besar seluruh negara Islam dalam masa 16 tahun lamanya. Menurut riwayat, beliau pernah belajar kepada 1000 orang guru untuk mendengarkan hadis hingga terkenal menjadi seorang imam yang telah menghafal berpulu-puluh ribu hadis dengan cukup sempurna serta tahan diuji kekuatan ingatannya.


      Ada cerita yang menyatakan bahawa sewaktu beliau datang ke Baghdad, maka Ulama'-Ulama' Hadis yang terkemuka dikota itu telah berusaha menguji kekuatan ilmu beliau. Mereka telah mengemukakan kepada beliau sebanyak 100 Hadis yang dicampur adukkan dan dikacau bilaukan sanad dan matan (lafaz) hadis, kemudian diminta beliau menerangkan dan membuktikannya. Imam Bukhari segera menyatakan hadis tersebut dengan menerangkan sanad bagi tiap-tiap matan menurut yang dihafaznya. Dengan itu, barulah mereka tahu kebolehan beliau dan terus mengakui kebolehannya.  

      Imam Bukhari mempunyai kitab sahih yang terkenal dengan nama 'Sohih Al-Bukhari'. Dalam kitab ini diisi dengan hadis2 yang sahih belaka. Beliau wafat pada tahun 256 Hijrah dalam usia 62 tahun dan tiada meninggalkan anak seorang jua pun.            



Maksud istilah dalam hadis :

1- Sanad - jalan yang menyampaikan kepada hadis

2- Isnad - menyebutkan hadis itu kepada orang yang mengatakannya.

3- Masnad - orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya

4- Musnad - kitab yang dikumpulkan hadis di dalamnya, yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.

5- Matan - hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang di akhir sanad.

6- Riwayat - memindahkan hadis dari seorang kepada seorang yang lain.

7- Istikhraj dan Ikhraj - mengambil sesuatu hadis dari sesuatu kitab dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadis itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain.

8- Muhadis - orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecacatannya.

9- Hafaz - orang yang telah menghafaz sebanyak 100 000 hadis dengan isnadnya.

10- Hujah - orang yang telah menghafaz sebanyak 300 000 hadis dengan isnadnya.

11- Hakim - orang yang meliputi ilmunya dengan urusannya hadis.                                                

 
Sekian, akan bersambung lagi....








Jumaat, 30 November 2012

DIY - Buka Rocker Cover Head Proton Persona & Tukar Gasket



Salam sejahtera...

     Sebuah kereta mempunyai bahagian yang paling penting iaitu enjin. Setiap enjin perlu diselenggara dengan baik untuk memastikan prestasi yang optimum sepanjang berkhidmat kepada pemiliknya. Kerosakan enjin tidak boleh dielak cuma yang membezakan adalah masalah tersebut merupakan kerosakan kecil ataupun kerosakan yang besar.

Kesan Minyak Enjin Yang Keluar Dan Memenuhi Permukaan Luar Enjin

  Keretaku telah masuk tahun keempat berkhidmat kepadaku dan enjin telah menunjukkan simptom kebocoran minyak enjin pada 'Rocker Cover Head' dengan sedikit kebocoran tetapi jika dibiarkan dengan lebih lama akan menyebabkan rupa enjin menjadi cepat tua dek daki minyak yang melekat. Aku telah membuat beberapa carian dan pertanyaan kepada rakan-rakan yang lebih mahir dalam dunia automotif ini. Jika aku hantar ke bengkel mungkin kos akan mencecah RM 300. Aku pun membuat keputusan untuk melakukan satu lagi kerja-kerja DIY semasa aku mempunyai masa lapang pada cuti hujung minggu.

    Dipendekkan cerita aku pun telah pergi ke kedai spare part di Dungun, kedai yang digelar kedai 'Gemuk' di Batu 48 Dungun setelah dicadangkan oleh otai Persona dari Dungun. Kedai tersebut memberi pilihan terdapat 2 jenis gasket iaitu yang Origanal (Made in Malaysia) dan satu lagi yang Made in Jepun. Aku telah memilih yang Origanal kerana ada rakan-rakan memberitahu material yang origanal lebih tahan dari yang Made in Jepun. Harga pula yang Origanal RM 60 dan yang satu lagi RM 30. Gam gasket pula berharga RM 15.

    Kelengkapan telah dibeli dan kini proses membuka 'Rocker Cover Head' perlu dilakukan. Sila lihat susunan gambar di bawah untuk memahami kerja-kerja yang perlu dilakukan :-



Alat Ganti Dan Sebahagian Peralatan Yang Digunakan. Hanya Perlu Spanar Saiz 8 Dan 10 Sahaja


Getah Gasket Ibarat Usus Dalam Perut Manusia... Panjang Beb...


Buka Klip Pada Coil Plug Dengan Menggunakan Playar Dengan Menarik Sahaja

4 Biji Skru Jantan Pada Coil Plug Juga Perlu Dibuka Dan Cabutkan Wayar Pada Coil Plug


Bulatan Kuning Menunjukkan Skrew Sensor Perlu Dibuka


Ni Rupa Sensor Pada Rocker Cover. Ada Sebiji O-Ring Berwarna Kuning


 
Untuk Keselesaan Perlu Buka Kotak Udara. Ada 6 Skrew Sahaja


Kotak Udara Dah Buka 


Kotak Udara Dah Buka 


Bulatan Kuning Menunjukkan Skrew Jantan Yang Perlu Dibuka Dan Bulatan Merah Pula Skrew Khunza (Jantan + Betina)


Skrew Khunza Ni Lah Yang Aku Tertinggal. Nasib Baik Aku Tak Umpil Kaw-Kaw... hehehe... Tapi Skrewdriver Mata Rata Patah Jugak Matanya...


Snap


Snap Lagi


Ada 1 Skrew Jantan Saiz 8 Perlu Dibuka Pada Cover Timing Belt. Lagi 2 Skrew Kat Bawah Tak Perlu Dibuka


Coil Plug Dah Siap Buka


Zoom Jauh


Alang-Alang Buka Check Sekali Spark Plug. Nampak Ada Sedikit Kekuningan Pada Spark Plug 4 Kaki Ni Setelah FPR Set Pada 3.7 Bar. Terbaik!!!


Snap Lagi


Dah Siap Buka Skrew-Skrew Umpil Sedikit Dan Ketuk Dengan Perlahan Dengan Tukul





Akhirnya Rocker Cover Head Dapat Dibuka. 2 Batang Cam Kelihatan


Zoom Jauh


Snap Lagi Bagi Puas


Snap 2X Jauh


Snap Fokus


Ada Laluan Untuk Air Keluar Dari Kawasan Dalam Rocker Cover Head Campro


Gambar Bahagian Bawah Rocker Cover Head Campro


Proton Hanya Meletakkan Sedikit Gam Gasket Pada Bahagian Yang Kritikal Sahaja


Snap Dekat Sikit


Adik Ipar Sedang Membantu Membersihkan Sisa Minyak Hitam Yang Melekat


Snap Dari Sisi


Zoom Pada Cam. Pada Padangan Mata Aku Tiada Masalah.


Masukkan Semula Getah Gasket Baru Yang Telah Dibeli. Perlu Kenalpasti Bentuk Gasket Mengikut Bentuk   Rocker Cover


Kemudian, Letakkan Sedikit Sahaja Gam Gasket Dan Gunakan Jari Untuk Menipiskan Lapisan Gam. Jika Letak Lebih Gam, Sisa Gam Mungkin Masuk Ke Dalam Head.


Dah Siap Pasang Semula Rocker Cover Head Campro


Sisa Minyak Hitam Yang Lama Perlu Dibersihkan. Pemerhatian Selama Seminggu Perlu Dibuat Untuk Memastikan Tiada Kebocoran Minyak Hitam Berulang


Antara Kawasan Pilihan Untuk Meletakkan Semua Skrew dan Nat Bagi Mengelakkan Kehilangannya


Sekian, sahaja perkongsian ilmu yang telah aku timba dari aktiviti DIY dan Try n Error. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan baik tanpa sebarang masalah. Mohon dijauhkan daripada pepatah Melayu 'Tikus Baiki Labu'. hehehe...

Sekian, terima kasih....