Iklan

Ahad, 23 September 2012

DIY - Cara Pemasangan Fuel Pressure Regulator (FPR) Tomei


Salam sejahtera semua... sudah lama aku tidak meng'update' blog ini dengan artikel berkaitan dengan DIY terutama sekali berkaitan dengan kereta Proton Persona. Kali ini aku ingin kongsikan cara-cara atau kaedah pemasangan fuel pressure regulator (FPR) jenama tomei beserta dengan meter dalam unit psi. Pertama sekali aku telah membuat kajian dengan meng'google' laman sesawang berkenaan dengan FPR dan meminta pandangan rakan-rakan forum dalam Persona Racing Group (PRG di dalam Facebook.)

     Secara jujurnya aku memang tiada pengalaman dalam pemasangan FPR ini tetapi aku cuba memberanikan diri dengan membuat keputusan tidak memasang FPR ini di bengkel-bengkel yang dirasakan sesuai. Tulang belakang dalam projek aku ini adalah bro Qaixer yang sudi memberikan tunjuk ajar secara terus melalui telefon.

    Bagi Personarian, anda perlu berjiwa kental untuk pasang FPR ini secara berseorangan sebab mungkin akan terdetik perasaan kekesalan di dalam hati anda dek kepayahan untuk menyempurnakan proses pemasangan ini. Aku telah mengalaminya dan aku cuba tidak putus asa lebih awal walaupun hampir-hampir aku putus asa. Walaubagaimanapun apabila anda telah berjaya menyempurnakan proses pemasangan ini anda akan berasakan kepuasan dengan hasil kerja tangan sendiri.

    Oklah... banyak sangat aku celoteh nanti tak jadi kerja pulak. Langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam memulakan projek ini adalah anda perlu mendapatkan FPR Tomei ini. Aku telah dicadangkan oleh bro Qaixer untuk menggunakan brand Tomei ini. Oleh itu, aku beli FPR Tomei ini siap dengan meter sekali secara online melalui mudah.com dengan harga RM 85 (imitation). Adaptor FPR ini pula perlu dibeli secara berasingan dan aku dapat membeli adaptor FPR jenama Works dengan harga RM 55.00 dengan penjual yang berbeza kerana penjual FPR Tomei telah kehabisan stok untuk adaptor. Vacum Hose dan Fuel Hose juga anda perlu sediakan dalam panjang 3 kaki setiap hose. Untuk hose ini tadi bajet dalam RM 20 sahaja sebab aku dah lupa amaun asal. hehe.... Satu lagi klip pengunci hose juga perlu disediakan dalam 4 biji dengan saiz yang sesuai dengan hose tadi.

Ok... Sekarang lihat susunan gambar di bawah supaya lebih memahami aturan cara pemasangan FPR Tomei ini... :-


FPR Tomei dah siap dipasang dengan meter. Ada satu skrew perlu dibuka dengan pemutar skrew linekey untuk masukkan meter ini.

Peralatan yang aku gunakan semasa proses pemasangan fpr ini. Ada beberapa alat lagi yang tak masuk dalam gambar ini.


Mula-mula sekali buka klip pada adaptor minyak asal (oem) Proton Persona. Pada adaptor ini ada tertulis standard fuel pressure adalah 3.5bar. Elok klip ini dibuka dengan menggunakan playar.


Cabut adaptor ini.


Kemudian buka pula fuel return hose ini. Perlu menggunakan alat skrewdriver mata rata untuk cungkil sedikit pada ruang klip plastik. Hose ini agak tricky untuk dibuka.


Keluarkan 2 saiz O-Ring yang terdapat pada adaptor oem untuk digunakan semula pada adaptor Works. O-ring berwarna hijau pekat bersaiz besar dan O-ring berwarna hijau cair bersaiz kecil.


Gambar O-Ring bersaiz besar telah dikeluarkan. O-Ring bersaiz kecil masih belum dikeluarkan.


Getah bulat yang diperolehi sekali dengan pakej adaptor Works digunakan untuk menutup hujung fuel rail ini. laluan ini tidak digunakan kerana akan dialihkan pada Works adapter.


Gambar getah bulat yang telah dipasang pada hujung fuel rail.


Gambar Works adaptor


Adaptor telah dipasang dengan O-Ring bersaiz besar.


Kedua-dua O-Ring telah dikeluarkan dari adaptor oem. 


Adaptor yang telah siap dipasang dengan kedua-dua O-Ring.


Jika anda tidak memasukkan kembali kedua-dua O-Ring ini, aliran dan pancutan minyak akan keluar pada laluan kiri fuel rail yang telah ditutup dengan getah bulat hitam.


Gambar ini menunjukkan untuk laluan hose minyak dari fuel rail & adaptor Works.



Vacum Hose yang baru perlu digunakan untuk menggantikan salur vacum hose yang lama kerana sedikit pendek. 

Gambar ini menunjukkan kedudukan hose vacum yang telah dibuka pada intake manifold. Kepala penyambung vacum hose tidak kelihatan kerana kedudukannya sedikit sulit untuk diambil gambar. Nak cabut dan pasang semula hose vacum memerlukan kemahiran meraba-raba pada bahagian yang sempit ini. Bagi pemilik tangan yang agak besar anda perlu buka hose lain yang mengganggu laluan untuk proses pemasangan hose vacum.


Gambar menunjukkan hose kecil (hose vacum) yang disambungkan pada intake. 


Salah satu cara aku memasukkan klip pada adaptor dengan menggunakan playar. Sebelum klip dapat dimasukkan, anda perlu menekan adaptor dengan tenaga yang agak kuat, menyendal dan memasukkan klip tersebut sedikit demi sedikit kerana pada waktu ini aku boleh kategorikan sebagai tahap yang paling payah dalam proses pemasangan fpr ini.


FPR yang telah siap dipasang dengan hose nipple. Hose nipple ini perlu dibalut sedikit tebal dengan menggunakan tape putih (white tape). Jika tidak cukup tebal semasa minyak petrol masuk dalam fpr ini dengan tekanan akan menyebabkan kebocoran minyak. Ini bahaya jika anda tidak dapat kesan kebocoran ini pada peringkat awal. 



Gambar menunjukkan hose yang akan disambungkan kepada hose return ke tank. Klip perlu diketatkan dengan secukupnya.


Hose sebelah kiri adalah dari fuel rail. Klip juga perlu diketatkan dengan secukupnya.



Penyambung berbentuk L ini perlu dibalut tebal dengan menggunakan tape putih sebelum dipasang pada adaptor works dan ke fpr.


Satu lagi hulu yang bertakuk tidak perlu dibalut dengan tape putih

Kedudukan fpr yang telah dipasang pada firewall kereta.


Hose yang kecil dari atas fpr ini adalah hose vacum yang disambungkan ke intake.


Adaptor yang telah siap dipasang dengan penyambung L beserta dengan hose minyak dengan panjang yang bersesuain dengan kedudukan fpr yang akan dipasang pada firewall kereta anda. Hose yang melintang di atas hose minyak ini adalah hose return ke tank.



Kerja-kerja kekemasan hose-hose yang berselirat boleh dilakukan dengan menggunakan kabel tight selepas selesai proses pemasangan fpr.


Gambar dari atas engin bay menunjukkan hasil kerja-kerja pemasangan fpr ini. Aku tidak memotong hose-hose terlalu pendek atau ngam dengan gajet atas alasan jangka panjang.


Gambar dekat adaptor yang telah siap dipasang.


Untuk setting tekanan fpr yang dikehendaki anda perlu membuka vacum hose ini supaya tekanan yang dikenakan adalah lebih tepat ibarat anda sedang full throttle ketika ini. Setting asal seperti gambar di atas ketika ini adalah tidak tepat kerana meter yang aku guna ini dalam unit psi manakala pada adaptor oem dalam unit bar. Tujuan aku pasang fpr ini adalah untuk meningkatkan tekanan minyak lebih dari 3.5 bar. Ini sifir mudah yang perlu anda tahu, 1bar = 14.5psi.



Apabila anda memasang semula vacum hose meter akan drop sedikit kerana diagram akan ditarik sedikit oleh udara dari intake.

*** Nota Penting
- Selepas selesai proses penyambungan hose-hose, anda perlu membuat pemeriksaan pada hose-hose tersebut supaya tidak bocor dengan 'on' kan tetapi bukan 'start' enjin. Aku sendiri telah beberapa kali mengesan kebocoran dan mengambil tindakan pembetulan semula dengan menebalkan tape putih pada penyambung-penyambung yang bocor.

    Ok... Selesai sudah cara dan kaedah pemasangan untuk Fuel Pressure Regulator Tomei (imitation). Aku sarankan bagi yang mempunyai lebih wang dapatkanlah fpr origanal yang berharga sedikit mahal sekitar RM 200-300. Mesti puas hati... Ini kerana fpr yang imitation mungkin mudah rosak terutama valve yang akan menyebabkan bunyi seperti bunyi tekukur. Masalah ini ada dikongsikan di laman web Youtube.

Tambahan Penjelasan Terperinci Setting FPR Tomei


Gambar di atas menerangkan cara untuk adjust nat yg sepatutnya iaitu nat yang bernombor 1 perlu dilaraskan kosong bermaksud ada 'freeplay'. Nat yang no 2 itu pula perlu dilaras ke kiri atau ke kanan untuk disetkan pada tekanan yang anda kehendaki. Yang paling penting unit yang digunakan meter itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu jikalau unit yang digunakan adalah PSI anda perlu convert kan dahulu ke unit BAR. Nat yang no. 3 itu tiada fungsi penting kerana ia boleh dilaraskan 360' untuk meletakkan hose fuel tersebut pada kedudukan yang terbaik.

Video Pelarasan Atau Cara Setting FPR Tomei pun ada :-


    Sekian sahaja perkongsian ilmu automotif aku kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perbincangan sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah artikel ini.

Sekian, terima kasih....











61 ulasan:

  1. Fuel return hose clip ni boleh tukar aftermarket tak ??
    dulu masa nak diy fuel filter, clip sama juga tapi saya experiment kat charcoal canistor punya clip dulu..
    Hasilnya, retak clip plastic tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. klip tu klo ada jual leh je pkai yg after market kot... tp aku xpenah cri lg klip betina tu... klip tu special sbb xprlu nk balut ngan tape putih terus msuk je ngan nipple hose tnpe kebocoran...

      Padam
  2. ni mesti slalu sangat hgh rev sbb tu pressure stended x ckup..heheh... bagi review cket lepas pemasangan fpr ni... mane tau boleh power..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... stakat hr ni set pd 3.6 bar... ok la kot pick up ada... respon pun ada... klo tinggi lg pressure pick up kurg ckit...

      Padam
  3. Balasan
    1. kne tgok meter fpr tu dpt unit yg mne bro... sbb ada yg dpt unit psi... ada yg kg/cm3 (bar)... klo psi kne set kat 53.65 psi...

      Padam
    2. bro aku punya meter kg/cm2..1bar = 0.98kg/cm2..huhu..

      Padam
  4. bro, kalau nak reverse balik lepas letak FPR ni bleh ke? bengkel mana yang 'ok' buat ni kalau nak hantar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud bro nk msuk fpr oem semula ke? klo bro duk area shah alam leh try kat kota kemuning... Pusat Servis Proton Kota Kemuning @ Wazi Motorsport... leh tnye dl diaorg... kat citu ada wat kete drag.... FPR ni xsemua bgkel2 biase tau kewujudan benda ni sbb aku penah tnye kat kg aku diaorg pun xtau... hehe...

      Padam
  5. salam bor fakhrul... saya dah pasang fpr ni.. tapi tak leh nak set fpr tu.. dah cuba pusing2 skru untuk set tu. tiada perubahan.. tak turun atau naik jarum tu... jarum sentiasa pada 5.1 bar.. mohon bantuan...

    FPR - tomei imitation

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... bro leh tgok blik artikel di atas di bawah tajuk kecil 'Tambahan Penjelasan Terperinci Setting FPR Tomei'... selamat mencuba... mengenai 5.1 bar tu bro kne knalpasti betul2 jgn tersilap unitnya...

      Padam
    2. terima kasih bro... dah ok setelah ikut panduan blog ni... tunjuk ajar yang amat berguna..

      Padam
    3. sama2... aku tau klo kete x siap ht gundah gulana... hehe

      Padam
  6. bro sya dh pkai FPR ni...set 2.4 kg/cm2..tp sya guna waja 4g18 dh mod piper hicam n ajstble cam pully...npe ye minyak memang kaw2 makan!! xtahan dh den nk isi minyak..tp npe ye de bau minyak kt exzos???plz bg pndapat otai2 yg tahu pasal bnda alah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik... 2.4 kg/cm2 bersamaan dgn 2.4 bar... knpe set rendah sgt... standart proton pun set 3.5 bar... em, bau myk kat mufler ke? mnyk mgkn jd lbh sbb kte akn tekan minyak lebih kuat sbb rse kurg power, myk mcm xckup je... cb tgok wrne spark plug... klo putih je mmg xckup minyak la tu... mesti set smpai spark plug ada warna kuning perang ckit.... itu ape yg aku tau la...

      Padam
    2. oooo mcm 2 ke..thnks...tp rs npe mkan mnyak sgt2????dlu tarok perol rm40 leh g 280km-300km...skrg ni rm40 leh g 180km je!!!tp kn...ms start n xjln pn de bau petrol laaa????npe ye???rmai yg ckp minyk lebih

      Padam
    3. klo bau kuat sgt cb check hose petrol tkt ada yg bocor je... kne check ngn teliti... ada member pkai exora pun dh kne.. nsb baik perasan klo xsilap2 leh terbako kete... parking garaj kat rmh xde kesan tompokan minyak kat lantai ke?

      Padam
    4. xde pn...tp petrol kn senang kering..so myb xdpt kesan la...2laa pelik..coz ritu dh pergi kdai yg pasang rtu..dia ckp mmg akn bahu mcm 2 coz dh pasang hicam dan keta akn mkan minyak kuat..klw nk save n setting sempoi kne pki e manage...coz rtu dh dyno..dia set AFR 4 bar... dia ckp mnyak lbh n power kurang hp 97.18 torque 15.28 je...last running dia try set AFR 2.4 bar...hp naik 105.79 torque 16.50..so cmne ye???to laa yg menjd persoalan skrg..coz bro ckp proton stndart pn kne set 3.5 bar...tp aku dh mod xkn laa set 2.4 bar je......

      Padam
    5. padan muka ko...bodo bangang...sapa suh mod yang bukan-bukan...dalaman enjin x yah mod benda2 mengarut la bodo...sendiri yang carik penyakit, ko ingat nak power keto ko, lagi bodo dari standard hahahaha...nak drag ngan kancil 660 aku tak? hahahaha....

      Padam
  7. tu la... 2.4 tu aku rse lean sgt... oo... bro pkai high cam ek.. mmg nk kne cri kedai yg pndai setting... klo bro duk area kl ato shah alam leh try bgkel wazi motorsport kat sri kemuning shah alam... kat situ bgkel sc tp bgkel kat citu jgk set kete2 drag n turbo...

    BalasPadam
  8. pada pendapat bro laa kn...utk keta sya yg dh mood hicam ni...bpe yg spatutnya nk set AFR ni???aku duduk penang laaa bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... aku pun bkn handal sgt bab modified kete ni.. kre bru berjinak2 jgk.. kne bnyk try n error jgk la kot.... cb set 3.5 bar dl.... pkai... n then tgok wrne spark plug... klo xde perang lg naikkn fpr 3.6 lak n seterusnya... aku skrg ni pun set 3.8 bar dh...

      Padam
    2. buang hicam ko to bodo...tu pun tak reti lagi ke?...mod keta tapi ilmu tarak...ni dikatakan keldai yang bahalol...

      Padam
  9. Balasan
    1. wei bangang...standard proton 3.5 bar la bahalol...yang best setting sampai 4 bar pun boleh...ni bukan nak bagi minyak kuat...nak bagi pressure minyak lebih efisyen...stabil ke injector...injector yang buka mulut minyak, besar injector besarlah dia bukak, maka besarlah minyak dia...yang ko bodo bangang masuk hicam nak buat pe?...ko tengok bro Fakhrul masuk AFR je pickup lagi best dari ko yang bahalol masuk hicam...tololll

      Padam
  10. stakat tambah pressure minyak kat fuel rail xrase sgt pun bro... skrg bro pkai set 2.4 bar tu ada rse lagi jimat dr dl ke? kuat jgk kan... lainlah klo tuko injector pakai cc yg lagi besar dr standart mgkn terasa minyak kuat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua sokong lu bro...ramai yang x paham fungsi benda ni apa...g skola dulu la baru nak mod benda-benda ni...ni skola tarak teteiba pasang benda2 merapu konon nak power, abeh tu power ke keta ko?...nak power sangat ko nak g mana sial?...lain ler ko g lumba kat litar sepang...mangkuk...padan muka ko minyak kuat muahahahahahaha!!!!

      Padam
  11. salam bro..mau tny..sy pakai sard fuel regulator..then bile pasang ade bnyi whisle la..da setting kt kedai bnyak kali tapi xboleh jugak..n bape normal psi utk persona?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... beli yg imitation ke bro? aku punye pun ada bunyi whistle tu tp xketara sgt sbb bunyi micro air compressor lg kedengaran... hehe

      Padam
  12. salam bro, nak tanya,vacum hose tu saiz apa?fuel hose tu saiz apa? ingat nak cari samco punya hose.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... vacum hose tu lg kecik dr fuel hose... saiz yg tepat aku xingt pulak... fuel hose tu aku bwk contoh penyambung utk ukur hose yg patut digunakan...

      Padam
  13. Boh nk tny fpr ni ape fgsi dia sbnrnya?
    Dia kwal pressure myk dr tank ke fuel rail? atau kawal pressure fuel return ke tank?
    N bgaimana pressure ni blh tgkatkn prestasi kereta?
    Mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuel pressure regulator ni fungsinya dia mengawal tekanan petrol pd hujung fuel rail....... bg campro, jika menghadap ke enjin bay skrg sblah kanan fuel rail petrol msuk n blah kiri fuel rail itulah terletaknnya fpr secara teorinya.... bro klo nk tgkatkn prestasi enjin kereta anda xleh nk psg fpr je... udara yg msuk dlm enjin pun prlu ditambahkn.... antaranya leh guna stainless steel drop in air filter n micro compressor...

      Padam
  14. nak setting FRP ni . . kene buka vacum hose yg dekat no 3 dalam keadaan enjin running kan?? lepas tu baru set brapa preasure nak ek . . sy dah set 3.8 tp ble dah jalan dekat atau jauh . . tgok balik meter 2 . . preasure akan berubah . . samaada naik ke 4.0 ++ atau turun 3.6 -- . . napa jadi mcm 2 ye?? meter problem atau FRP yg problem . . atau mmg begitu . . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. betul dh tu bro... oo... aku pun x tertengok lg klo lepas jln jauh or dekat ada perubahan ato tidak... ke skrew adjuster tu longgar bro? lps set ketatkan blik x?

      Padam
    2. dah ketatkan balik dah . . try lah hang tgok meter balik . . tgok ada x perubahan pada setting atau maintain je . .

      Padam
    3. aku dh tgok maintain je bro... tp mse tgok tu cabut vacum hose la...

      Padam
  15. salam bro..... sy ada psg fpr tp brand arospeed kt gen 2 sy. tp xleh adjust la bro. mohon bantuan...

    BalasPadam
  16. yg ni ke bro? http://s23.photobucket.com/user/heromel2/media/Picture069.jpg.html

    kat belah atas sekali tu kan ada 2 nat skrew... yg bwh sekali dia punye lock... yg atas tu dia punye adjuster...

    BalasPadam
  17. Salam bro... Saya pemilik persona injin standard je,nak tau lebih lanjut alat FPR tersebut boleh digunakan pada injin biasa atau pun injin yang guna pakai turbo aje...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... em, enjin NA biase pun boleh jgk... kete aku pun bukan turbo bro.... stendet je... cm ada modi ckit... sblm nk pkai fpr kne check spark plug dl klo dh ada warna perang kre ok la.... ble msuk fpr set normal 3.5 bar.... check spark plug klo warne perang ok la klo x kne up lagi lbh dr 3.5 bar...

      Padam
  18. salam bohhh kita nk tya fpr nie dah puas ejas meter jarum dok sty 7 bar jgk... meter dah 2 kali tkar... mgkin prob pda fpr nie kot? minta pndapat bohh tentang prob nie....guna yng bkn ori fpr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... em, kat meter tu bacaan paling maksima brape? agak tggi klo 7 bar tu.... tkt klip2 lain sepanjang hose fuel tercabut plak...

      Padam
  19. Hi,
    Nak tanya, sambungan adaptor sy dh balut dgn tape putih n dh ketat secukup rasa. Bila pasang enjin, ada kesan minyak keluar sedikit dari tape putih. Dh buat 2x dgn tape yg agak tebal tetapi result sama. Ada kesan minyak sedikit pada adaptor. Persoalannya, adakah ini perkara biasa ataupun adaptor sy defek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kne balut balik secukupnya... trutama dekat bahagian last sekali tu kasi tebal cikit... dekat adaptor sepatutnya xde ape2 kebocoran... klo dekat meter tu kete aku pun dia kluo minyak... nk kte petrol bukan sbb xde bau....

      Padam
  20. salam bang,saya ada beli fpr tomei ni then nak try pasang tak lepas2.nak tanya postition paip dari adptor terus masuk ke bwah fpr ni kan? satu lagi paip sebelah meter tu masuk paip apa? paip atas masuk dari paip vacum intake manifold.saya pakai satria neo,habis rosak clip besi lock adaptor tuu,habis ganti satu set fuel rail baru kihkih.thanks bang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... opss... salah tu... hose dr adaptor msuk ke sebelah fpr... kat sebelah meter tu... oulet dr bwh fpr sepatutnya msuk ke hose return ke fuel tank semula....

      Padam
  21. Salam bro. Minyak mcm mna? Makan minyAk tak? F.c ok ke? Lagi satu apa fungsi micro compressor boleh terangkan tak? Bpe kos die?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... minyak? xbanyak beza pun... dah cc 1.6... klo ada beza pun sangat minimal... cuma kat trip meter kereta aku skrg adalah 5.2liter/100km... hehe em, micro air compressor tu fungsi dia nak tambah aliran udara masuk ke dalam intake melalui saluran vakum dari pam brake.... kte boleh kawal kuantiti udara yg kta nak tambah sama ada banyak atau sikit... kos xsampai rm 100 pun...

      Padam
    2. salam..
      mintak pencerahan, adakah dgn memasang fpr ni maka butiran2 petrol yg akan masuk ke dalam enjin menjadi lebih halus dari sebelumnya?maka dgn itu berlakunya penjimatan petrol (walaupun dgn sedikit shj?).jika exora cps manual berapakah tekanan yg perlu disetkan?

      Padam
    3. wslm... petrol pancut kuat sikit bro... bermaksud kuantiti minyak lebih dari biasa... standart tekanan pd fuel rail campro adalah 3.5 bar...

      Padam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Salam bro, nk tnya skit...katne nk cari works adaptor tu...name bnda tu mmg works adaptor ker @ ade name lain..TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... kat dlm mudah ada jual...jenama selain works pun ada... tp masa aku hr tu rmai yg jual adaptor jenis works...

      Padam
  24. salam...fuel regulator ni boleh menghaluskan pancitan petrol tak?
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... fpr fungsinya utk mengawal tekanan petrol ke dalam enjin.. nak kata halus pun tak jugak... kte tengok paip air shja la buat perbandingan... pembakaran petrol dalam omboh adalah perlu pada pointnya. jika terlalu awal sebelum piston berada di kemuncak akan menyebabkan bunyi pinging pada enjin anda & kuasa enjin tidak berada pada tahap optimum...

      Padam
  25. salam bro.saya da ikut step.dan2 plak vacuum punya tempat cucuk dr frp ke intake,yg intake tu patah.so cmne eh?ape yg patut saya tuka?sbb intake tu plastik je kn.mybe da reput.sikit punya hal je.tegendala semua kerja saya.tolong bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... alamak bro... susah dah part tu nk cri... rasanya kena tuko intake lain pulak... klo nk gam pun kena pkai gam yg betul2 kuat...

      Padam