Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Julai 2015

DIY - Cara Adjust Tappet Yamaha LC 135

 

Salam sejahtera semua... Post kali ini berkaitan cara atau kaedah yang aku buat untuk adjust tappet motosikal aku setelah aku tukar camshaft jenis Alang Camshaft. Buat warga permotoran mungkin ramai yang kenal produk Alang ni yang bertapak di Keratong, Pahang. Gambar dalam artikel ini aku ada kongsikan di dalam Page Facebook eilarazi.blogspot.com beberapa bulan lepas.

 Ok, kita mula yang pertama dulu. Perlu buka bakul jika ada bakul, fairing kiri kanan kena buka. Radiator dan water pump juga perlu dibuka. Sebelum nak buka radiator dan water pump kena standby bekas untuk tadah coolant yang akan keluar dari hose semasa dibuka. Boleh digunakan semula coolant ini. Radiator cuma ada 1 skrew je perlu buka yang lain cuma mounting sahaja. Water pump pula ada 3 bolt nut saiz 8 yang perlu dibuka.

 Ginilah rupa selepas dibuka radiator, fairing... Selepas ini perlu dibuka cover head dan hose yang ada di atas cover head ini perlu dibuka untuk memudahkan prosedur setting cam nanti.

Selepas cover head dibuka akan terlihatlah 4 biji spring yang mana di tengah-tengah spring itu adalah valve

Di pangkal valve ada rocker arm yang akan menekan cam mengikut aturan dari benjolan cam. 2 bji valve spring di atas adalah untuk intake yakni kemasukan campuran minyak petrol dan udara dan 2 biji valve spring di bawah adalah untuk ekzos yakni laluan keluar sisa mampatan campuran udara dan petrol.

 
 Biasanya ukuran kelonggaran diantara rocker arm dan valve di bahagian intake adalah 0.002 inci jika menggunakan filler gauge yang menggunakan ukuran inci manakala ukuran di bahagian ekzos adalah 0.004 inci. Ini adalah ukuran yang aku rasa sesuai untuk mendengar bunyi enjin yang senyap dan aku kategorikan sebagai setting 1. Jika mahu enjin rasa lebih bertenaga boleh cuba ukuran bagi intake 0.004 inci manakala ukuran bagi ekzos pula 0.006 inci (setting 2).Walaubagaimanapun bagi setting 2 ini akan kedengaran sedikit bunyi tappet sewaktu enjin hidup.

Sebelum membuat setting pada tappet tadi, anda perlu membuat marking yang betul seperti di dalam gambar di atas. Sewaktu marking dalam kedudukan ini piston dalam kedudukan TDC (Top Death Center). Dalam kedudukan ini keempat-empat valve dalam keadaan tertutup. Selepas ukuran pelarasan tappet selesai anda perlu membuat semakan dengan membuat 2x pusingan pada crankshaft dengan menggunakan spanar saiz 17. Jika tiada rasa sangkut ini bermakna pelarasan yang dibuat tadi adalah selamat dan betul.
 
 Lock tengah berwarna hitam ini adalah kedudukan di mana camshaft LC berada. Jika anda hendak membuat penukaran camshaft anda perlu melonggarkan rantai kecil ini dan ikat dengan dawai supaya ianya tidak jatuh ke bawah semasa rantai ini dikeluarkan dari kedudukannya. Bab penukaran camshaft ini aku tak nak sentuh sangat sebab tiada gambar yang aku sempat ambil.

 
       Selepas siap adjust tappet tadi dan selepas membuat semakan dengan putaran crankshaft secara manual anda boleh pasang semula cover head, water pump, radiator. Masukkan semula coolant dan anda perlu tambah sedikit coolant yang mana jatuh ke lantai. Start dan teliti bunyi enjin motosikal anda. Selamat Mencuba!

Sekian, terima kasih....






Rabu, 24 Jun 2015

DIY - Upgrade Double Din Dvd Player Proton Persona Dengan Sistem Navigasi Gps

Salam sejahtera...

    Bagi pengguna Proton Persona, jika anda perhatikan radio player bagi keluaran pertama hanya single din tanpa usb port, manakala bagi model Elegance masih lagi radio player single din tetapi beserta dengan usb port. Itu sedikit kelebihan yang cukup bermakna walaupun bentuk player nya kurang menarik la bagi aku.




DIY - Masalah Brake Berbunyi? Mungkin Ini Dapat Membantu Anda

Salam sejahtera...

Dah lama aku tak post artikel berkaitan automotif dalam blog ini. So, kali ini aku nak kongsikan penyelesaian yang aku telah buat sendiri pada kereta aku yang masih lagi Proton Persona yang menjangkau umur 7 tahun. Untuk makluman sekalian, brake pad yang aku gunakan adalah jenis after market iaitu produk keluaran Bendix (General Ct) bagi kenderaan umum.

Lebih kurang ginilah brake pad nya...

     Prestasi semasa baru pakai ok jugak lagi-lagi dengan kelebihan yang ia ada iaitu tidak mudah berhabuk dan tahan lama berbanding brake pad original Proton. Tapi setelah beberapa seketika apabila menekan pedal brake jadi berbunyi. Lama jugak aku biarkan masalah ini berlarutan sehinggakan aku mempunyai masa yang sesuai untuk selidiki sendiri apakah punca yang menyebabkan brake pad ini berbunyi. Perhati punya perhati terlihat kesan pada disc brake seperti gambar di bawah ini....


     Cara terbaik yang aku pilih grinder pada brake pad supaya ia tak makan lagi pada line berkenaan. Grinder sudut pada brake pad yang menyentuh pada disc brake ini.

Perhatikan brake pad ini dah makan lebih dari yang sepatutnya

Beginilah sudut yang aku dah siap grinder

     Sebelum aku terlupa, tip yang perlu diingat oleh setiap pengguna kereta adalah setiap kali sebelum anda membuka tayar amatlah perlu anda membuat marking pada rim dan disc brake supaya apabila pemasangan tayar semula sama seperti kedudukan asal, jika lari kedudukan anda perlu membuat alignment tayar semula. Berbalik pula cerita pada brake pad ini yang telah aku grinder sudutnya boleh dikatakan hampir 85% bunyi semasa membrek hilang. Baki lagi 15% bunyi tu mungkin dari faktor lain yang aku belum kenalpasti lagi.

Sekian, selamat mencuba kawan-kawan sekalian.... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel kat blog aku ni....






Khamis, 18 Jun 2015

PRODUK KESIHATAN

Assalamualaikum..dapatkan produk kesihatan terbaik anda di sini...

Boleh juga hubungi isteri saya 013.356.2795 (eila) untuk konsultansi secara PERCUMA..khas buat anda...


http://eilarazimaster.blogspot.com/

Gambar 01 : Rangkaian produk shaklee


 Ketahui bagaiman isteri saya BERMULA dan jatuh hati dengan produk shaklee..dan sekarang beliau aktif untuk membantu ibu-ibu di luar sana terutamanya IBU HAMIL supaya tampil cergas dan cantik sepanjang KEHAMILAN...yang topi merah bawah tu "baby shaklee" :) alhamdulilah kulit paling cantik, gebu dan putih..paling aktif pun ya juga..hehe..penat ibu dia melayan tapi seronok sebab dia lah yang paling comel dan manja dengan ibu dan ayah... love u baby ;)




 Gambar 01 : Kepakaran Eila

U all boleh follow facebook beliau untuk keterangan lanjut dan dapatkan lebih banyak INFO tentang KEHAMILAN dan info pelbagai kegunaan dan kelebihan produk shaklee...
.

Oh ya..sempena PROMOSI yang shaklee bagi..korang boleh la belikan SET HAMIL untuk isteri tersayang ya... JIMAT BANYAK!! nak join member pun boleh lagi la JIMAT..FREE MULTIVITAMIN sebotol ;)

(✿◠‿◠)

✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 356.2795


Support page :











Sabtu, 7 Mac 2015

Bengkel FMF Car Services baru dibuka di Bandar Temerloh

Salam sejahtera....

     Sejak akhir- akhir ini aku agak sibuk menguruskan bengkel lama yang diambil alih oleh aku dan rakan partner. Bengkel lama Turbo Auto Clinic yang dimiliki oleh pemiliknya tidak mahu menjalankan perkhidmatannya.

     Aku ada terlintas dalam fikiran sebelum ni mungkin 10 tahun atau 15 tahun akan datang ingin membuka bengkel kereta. Semua sedia maklum untuk membuka perniagaan bengkel kereta ini memerlukan modal yang besar.

     Tiba-tiba peluang itu datang dengan tidak dijangka atau diduga langsung dan aku telah membuat keputusan bersama 2 rakan lain untuk mengambil alih pengurusan bengkel ini dengan menubuhkan satu syarikat bernama FMF Car Services. FMF tu adalah singkatan nama bagi pemilik- pemilik syarikat.

     Atas budi bicara tuan punya kedai dan barang2 bengkel, beliau telah bersetuju untuk menyewakan dan menjual barang-barang bengkel kepada kami dengan nilai yang berpatutan. Secara rasminya kami beroperasi pada 3 Februari 2015 dan sehingga ke hari ini telah masuk bulan kedua kami beroperasi. Waktu operasi bengkel FMF Car Services ini adalah dari jam 9.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Sesekali ada jugak kami tutup bengkel agak lewat pada waktu malam untuk menyiapkan kereta pelanggan kami. Hari beroperasi pula adalah dari hari sabtu sehingga hari khamis, manakala hari jumaat bengkel kami tutup.

      Kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk menyelenggara kereta dengan membawa minyak enjin sendiri atau minyak dari bengkel kami. Bengkel kami juga menyediakan perkhidmatan dari minor sehingga major iaitu full overhoul enjin termasuk overhoul gearbox manual atau automatic transmission. Caj yang kami kenakan adalah berpatutan dan anda digalakkan untuk mendapatkan anggaran kos penyelenggaraan yang diminta.

     Bengkel FMF Car Services ini terletak di C-110 Jalan Ngau Ken Lok, Bandar Temerloh yakni berhampiran belakang Hotel Jelai Temerloh. Pengunjung-pengunjung semua boleh like page facebook FMF Car Services

     Selain perkhidmatan penyelenggaraan kereta, kami juga sedia menerima kenderaan 4x4 dan juga lori kecil untuk dibaiki. Buat masa ini, kami secara perlahan-lahan sedang menambah stok alat ganti rutin bagi Proton, Perodua, Toyota, Honda dan juga Nissan. Bagi kenderaan jenama lain tiada masalah alat ganti kerana kedai spare part berada hampir dengan bengkel kami.

     Perkhidmatan istimewa kami adalah boleh membaiki masalah IAFM yang berbunyi bagi model enjin bernadikan Campro dengan upah RM 50 sahaja. Tidak perlu tukar baru yang memerlukan modal sehingga RM 400 lebih kurang. Perkhidmatan Paddle Response dan Throttle Response bagi Campro juga ada untuk memberikan enjin kereta lebih responsive berbanding yang asal.

     Sebarang pertanyaan atau temujanji boleh hubungi melalui panggilan, sms atau whatsapp ke 013-3562796 atau 010-2027030 melalui panggilan atau sms sahaja. Sekian, terima kasih kerana membaca artikel ini.