Nuffnang Ads

Ahad, 24 April 2011

Extractor Untuk Campro

Salam semua.. kali ini saya ingin berkongsi mengenai extractor yang sesuai untuk kereta anda...



Lazimnya, pemilik kereta berenjin campro akan mengeluh mengenai pick up awal enjin campro.. maksudnya bermula dari rpm 1k-3k, pick up dirasakan agak lembap pada masa ini. selepas rpm 3k baru la dirasakan power enjin campro sama ada berkuasa 1.3cc ataupun 1.6cc..



Antara jenis-jenis extractor yang terdapat dipasaran adalah :-
1- Hotbits
2- Powerzone
3- Zenden
4- Customize
5- Cap ayam

Harga sudah tentu bermula dari nombor 1 hingga 4 agak mahal berbanding dengan cap ayam... rata-rata >RM450. bagi yang banyak modal mungkin tidak ada masalah untuk memiliki extractor tersebut..



Tetapi, anda semua jangan risau, masih terdapat extractor berjenama yang dijual agak murah tetapi material yang digunakan adalah berbeza iaitu material yang digunakan adalah besi putih yang mempunyai kos agak rendah.

Anda boleh melayari laman web di bawah untuk mengetahui jenis-jenis extractor dengan lebih lanjut....

style="font-style:italic;">http://www.zerotohundred.com/newforums/engine-and-performance/36392-zender-extractor-for-most-of-malaysia-car-147.html





Selasa, 5 April 2011

Channel Badminton Malaysia

>>>>>>>>>>>>>>>>> Bintang Dunia! Lee Chong Wei & Lin Dan

Salam semua.... dari pengamatan saya selama ini, terdapat channel di Youtube dari user Helma1 sentiasa memuat turun video-video terbaru dari serata dunia dalam sukan badminton. Bagi Peminat-Peminat Sukan Badminton, silalah melayari link beliau seperti di bawah :-

style="font-weight:bold;">http://www.youtube.com/user/helma1





Isnin, 4 April 2011

DIY - Cara Untuk Kurangkan Bunyi Dalaman Kereta Proton Persona V2

Salam semua... kali ini saya mahu kongsikan cara untuk mengurangkan bunyi yang tidak dikehendaki di dalam kereta Proton Persona anda terutama di bahagian kiri kanan'dashboard'. Hasil dari penelitian, sememangnya wujud bunyi dari bahagian tersebut dan saya mengambil keputusan untuk men'DIY.. Lihat gambar di bawah :-



Pada percubaan pertama, saya gagal untuk membuka bahagian tersebut dan pada percubaan kedua pun saya gagal untuk membuka. Saya tetap mencuba dan pada percubaan ketiga baru saya boleh membukanya... Lihat gambar di bawah, terdapat 2 bulatan merah yang saya bulatkan perlu dicungkil dengan berhati-hati kerana luaran 'dashboard' agak lembut. mudah tercedera... hehe!



Selepas benda itu atau senang dipanggil telinga dashboard dikeluarkan, inilah gambaran dalamannya, lihat di bawah :-





Bulatan pada gambar di atas menunjukkan kemungkinan untuk berlakunya bunyi getaran apabila kereta bergetar dan antara tindakan pencegahan atau penambahbaikan yang boleh saya lakukan adalah dengan melekatkan 'double tape' seperti gambar dibawah :-