Nuffnang Ads

Isnin, 15 September 2014

Sesi Response di Kuala Lipis & Kuantan

Salam sejahtera...

     Pada 20 september 2014 ini aku akan ke Kuala Lipis pada sebelah pagi ada jemputan majlis walimatulurus & jugak di kuantan pada sebelah petang. Jadinya, bagi penduduk Lipis & Kuantan yang berminat dengan perkhidmatan untuk membaiki iafm yang berbunyi & untuk response kereta anda adalah amat2 berpeluang pada hari tersebut. Jika tidak anda boleh turun ke Mentakab dengan temujanji yang aku tetapkan sebab aku ada kerja hakiki yang perlu dilaksanakan. Perkhidmatan response ini aku buat jika ada waktu kelapangan atau waktu cuti sahaja.

     Setakat ini, ada pemilik kenderaan dari kuantan, raub, bentong dan bera yang telah datang ke mentakab untuk menyelesaikan masalah bunyi dari iafm di mana ada sesetengah kereta isu yang timbul adalah bolt saiz 5 yang tercabut menghasilkan bunyi yang amat nyata & jelas dari iafm. Proses baik pulih memakan masa 45 minit hingga 1 jam. Jaminan diberikan jika masalah bunyi timbul semula dalam jangka masa terdekat, baik pulih secara percuma.

     Bagi yang mahukan kereta anda lebih response dengan setiap tekanan pada paddle minyak anda, dicadangkan untuk dibuat paddle response & throttle response yang memakan masa 1 jam atau lebih. Dijamin anda akan merasakan perubahan jelas sejurus selepas paddle & throttle response dibuat.

      Bagi pemilik kenderaan dari negeri-negeri sekitar semenanjung, anda juga berpeluang untuk menerima perkhidmatan dari kumpulan kami yang berada di Johor (paan), selangor, perak, terengganu & juga di pahang. Person incharge adalah Paan yang berada di Johor. Bagi yang berminat untuk seberang pertanyaan mengenai harga & temujanji boleh whatsapp ke nombor 013-3562796.

Sekian, terima kasih

#mobileupdate





Khamis, 4 September 2014

Sesi Penukaran Timing Belt Campro

Salam sejahtera...

     Baru2 ini aku berkesempatan belajar dengan otai Campro cara penukaran timing belt beserta dengan water pump, oil seal cam & crank... 

#phonemode





Khamis, 12 Jun 2014

Pilihan Formasi Extractor Untuk Campro

Salam sejahtera...

     Bagi pengguna kereta Proton yang bernadikan enjin Campro yang berkeinginan untuk merasakan perbezaan kuasa dan respon dari kereta anda, gambar di bawah amat membantu anda dalam membuat pemilihan yang sesuai dengan kehendak anda. Tak semua orang mempunyai kehendak yang sama. Ada yang mahukan respon & kuasa awal dan ada juga yang mahukan kuasa pada rpm yang tinggi. Jadi, terpulang pada anda untuk membuat pilihan. Kuasa memilih ditangan anda...





Rabu, 11 Jun 2014

Kelebihan Vitamin E



Salam sejahtera semua...

     Kali ini aku nak kongsikan sedikit mengenai kesihatan iaitu kelebihan Vitamin E. Vitamin E ni ape ye? Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu :-

1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)


    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

Ini tokohnya... Dr. H.M. Evans

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung


     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.


2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.



     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.



    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan.




 
     Jika anda ingin mengambil Vitamin E ini sebagai makanan tambahan anda, aku mencadangkan Vita-E Complex with Grape seed Extract yang mengandungi 120 biji kapsul di dalam satu botol. Harga pasaran untuk sebotol adalah RM 149.00. Boleh dipos ke seluruh pelusuk Malaysia dengan kadar yang berpatutan daripada syarikat perkhidmatan Poslaju Malaysia.



     Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, sila sms atau whatsapp ke talian 013-3562795 (Eila)


Rujukan - Wikipedia









Jumaat, 6 Jun 2014

Sesi Paddle Respon, Throttle Respon, Repair IAFM, Tukar Purge Valve Canister, Cuci Throttle Body Campro & Flush King Di Tempat Anda

Salam Sejahtera...


Senarai ahli panel Proton Respon Group di Semenanjung Malaysia


   Bagi pemilik -pemilik enjin yang bernadikan Campro adalah dialu-alukan untuk servis perkhidmatan yang aku tawarkan kepada anda di kawasan anda. Buat masa terdekat ini adalah pada :-

Tarikh : 7 Jun 2014
Tempat : Bandar Kuantan (Parking Dataran Kuantan/Megamall/cadangan anda)
Masa : Sesi Petang & Malam

Sesi Respon di Kediaman Aku


    Bagi yang berada di Kuantan dan berminat dengan tawaran aku boleh sms/whatsapp segera ke nombor talian 013-3562796 untuk temujanji supaya urusan lebih lancar.

Antara Kereta Yang Telah Diresponkan


   Di tempat - tempat lain juga aku boleh turun jika ada permintaan yang menggalakkan. Anda hanya perlu sms/whatsapp aku untuk menyatakan minat. Aku akan kumpul dan tetapkan tarikh & masa yang sesuai. Tempat lebih elok anda yang tentukan janji selesa untuk berkumpul dan tiada sebarang gangguan.

Paddle Minyak Yang Telah Diresponkan. Kena buka...


    Di bawah aku senaraikan perkhidmatan yang semua panel-panel respon group tawarkan dan untuk makluman anda semua upah adalah selaras...

1- Paddle Respon                       - RM 50.00
2- Throttle Respon                     - RM 100.00
3- Modified / Repair IAFM        - RM 50.00
4- Cuci Throttle Body                - RM 50.00
5- Tukar Purge Valve Canister  - RM 130.00 (alat ganti baru & tulen)
6- Flush King                             - RM 50.00

Modified IAFM. Kerja Rumit Sikit...


    Untuk pengetahuan anda, aku tiada sijil dalam automotif ni. Kepakaran yang aku dapat adalah secara tidak langsung belajar secara informal dengan otai Qaixer Han yang berada di Skudai. Campur pula dengan pengalaman DIY pada kereta aku sendiri. Setakat hari ini ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ke semua panel respon group. Tak dinafikan juga mungkin ada yang memburuk-burukkan group kami tetapi anda yang menilaikan. Anda inginkan kepuasan pemanduan enjin bernadikan Campro, cari kami...

Cara Untuk Membuat Flush King Pada Kereta Anda


Sembur Sebotol Flush King Pada Throttle Body (Butterfly TB)


Kesan Karbon Telah Hilang Pada Intake Gen 2
 
 
Bukti Dynochart Flush King Berkesan Untuk Meningkatkan Kuasa Kuda Kereta Anda...


Sekian, terima kasih... banggalah dengan Proton...








Selasa, 3 Jun 2014

Pothook Headrest

Aksesori untuk dijual..
Barang baru..
Pothook Headrest
Harga Rm 12 tidak termasuk pos...




Berminat? sila sms / whatsapp 013-3562796

Multi Function Screwdriver

Tools untuk dijual...
Barang baru...
Multi Function Screwdriver
8 jenis mata...
Harga Rm 7 tidak termasuk pos...
Berminat? sila sms / whatsapp 013-3562796









Adjustable Blind Spot & Round Mirror

 
 
Aksesori untuk dijual...
 
 
Adjustable Blind Spot & Round Mirror....
Harga Rm 6 sahaja tidak termasuk pos...

 
 

Jika berminat sila sms / whatsapp ke talian 013-3562796








Khamis, 29 Mei 2014

DIY - Aircond Filter Proton Persona Tanpa Bracket Lock


Salam sejahtera semua...

     Aku rasa ramai yang tau filter aircond proton persona anda yang berada di bawah dashboard belah kiri kereta anda. Biasanya kalau rasa aircond dah kurang sejuk anda hanya perlu membersikan filter aircond ini sahaja disebabkan habuk yang melekat pada filter ini. Barangkali ada bengkel servis kereta anda membersihkan sekali aircond filter ini. Oleh sebab itu anda perlu memastikan klip lock pada filter ini sentiasa ada selepas meninggalkan bengkel sebab pada kereta aku pun dah hilang dan tidak pasti tertinggal di bengkel yang mana. Dan sejak itu juga jika ada masa lapang aku akan servis kereta sendiri termasuk penukaran minyak enjin kereta.

     Berbalik cerita pada lock filter aircond ini, jika tiada lock filter ini akan jatuh ke bawah dan tidak dapat berada pada tempat asalnya. Anda boleh membuang filter ini terus dari kereta anda tetapi anda akan mengambil risiko coil aircond yang berada di bawah dashboard akan cepat rosak dan kos untuk penukaran coil aircond agak mahal disebabkan perlu membuka dashboard kereta anda. Kos upah sahaja dianggarkan RM 300 tidak termasuk harga coil aircond.

     Oleh itu, pentingnya filter aircond ini di dalam kereta anda. Di bawah ini ada cara atau kaedah mudah untuk memastikan filter aircond dapat berada pada tempatnya. Anda hanya perlu sediakan double tape dan gunting sahaja. Sila rujuk gambar di bawah :-


Double sided dilekatkan pada dua sudut atas aircond filter seperti ini. Sebelum itu pada bahagian yang terlibat anda perlu membuang sisa span asal yang telah rosak.


Begini keadaan filter aircond setelah siap double sided diletakkan. Apabila anda meletakkan filter ini dalam kotak salur aircond di bawah dashboard ia akan masuk dengan secukupnya. Fit dan ketat...


     Sehingga saat aku menulis artikel ini filter aircond pada kereta aku masih berada di tempatnya. Sebelum aku terlupa aku telah membuat survey di kedai spare part proton untuk mencari bracket lock yang hilang tetapi dukacita dimaklumkan anda perlu membeli set salur dan kotak aircond di bawah dashboard yang harganya sedikit tinggi. Jadi tak berbaloi la nak keluar duit banyak semata-mata hanya bracket lock yang hilang.

Sekian, selamat mencuba... Terima kasih....










Jumaat, 16 Mei 2014

Purge Valve Canister Original Proton Persona, Saga BLM, Campro IAFM






Purge valve canister original
harga rm 120
kebiasaannya bunyi "tik tik tik" kedengaran apabila enjin dihidupkan. Anda boleh dengar apabila membuka bonet enjin bunyi datang dari bulatan merah dalam gambar.

cara hendak buka klip pada purge valve canister ni sedikit tricky. Jika berminat boleh sms / whatsapp ke no aku 013-3562796. siap pos rm 125 sahaja...















Rabu, 30 April 2014

Membersihkan Intake Manifold Kereta Anda, Flush King Boleh Membantu...





Kereta anda rasa kurang respon & kuasa yang diperlukan? Kami menyediakan perkhidmatan paddle respon, throttle respon, modified iafm serta servis pembersihan inlet manifold. Hanya serendah RM 50.00 sahaja anda tidak perlu membuka intake manifold kereta anda untuk mencuci kotoran minyak yang melekat pada dinding intake manifold. Anda juga boleh menjimatkan kos penyelenggaraan disamping memberikan kuasa optimum enjin kereta anda . 

Aku adalah Dealer berdaftar dengan pembekal Flush King di mana telah ada stok tersedia pada aku di Mentakab, Pahang dengan kuantiti yang banyak. Anda juga boleh membuat aktiviti pembersihan ini secara DIY (Do It Yourself) dengan bantuan seseorang lagi untuk menekan paddle minyak supaya butterfly throttle body membenarkan semburan flush king memasuki intake manifold dan juga omboh enjin. Semua sisa minyak dan kotoran akan keluar melalui saluran ekzos. Jika anda kurang yakin untuk melakukan aktiviti DIY ini, aku sedia memberikan perkhidmatan dengan kadar yang rendah.

Berminat, hubungi aku melalui sms / whatsapp 013-3562796














Apakah PDT, Paddle Respond, Throttle Body Service, Throttle Body Respond dan Repair IAFM?

Apakah PDT, Paddle Respond, Throttle Body Service, Throttle Body Respond dan Repair IAFM?

PDT - Secara amnya, menggunakan Scan Tool utk mendapatkan maklumat dan permasalahan pada sistem kereta melalui error code yang direkodkan oleh ECU. Melakukan proses memadamkan error code/calibration/re-learning ECU dan sistem elektronik apabila perlu atau dalam keadaan tertentu sahaja (Check Engine Light menyala).** Semua jenis kereta, khususnya Proton (Saga blm series, Persona series, Gen2, Waja, Satria Neo series, Exora series, Preve, Suprima-S) ** RM50



Paddle Respond - Modifikasi yang dibuat pada paddle untuk meningkatkan kadar responsive.** (Semua jenis kereta yg menggunakan sistem 'drive by wire' throttle khususnya Proton) ** RM50

Throttle Body Service - Throttle body akan dibuka dan ditanggalkan dari intake manifold untuk dibersihkan secara menyeluruh ** RM50



Throttle Body Respond - Modifikasi dibuat pada Throttle Body. Engine RPM lebih smooth dan lebih kepada top RPM.** (Semua jenis kereta yg menggunakan sistem 'drive by wire' throttle body khususnya Proton) ** RM100

Repair IAFM - Dibuat untuk mengelakkan IAFM berbunyi atau membaik pulih sistem IAFM yang telah berbunyi tanpa Disable/Bypass IAFM. Disable/Bypass IAFM akan mengurangkan low-end torque (low RPM underpower, penggunaan petrol akan meningkat). ** RM50





Sila ke page Facebook Proton Response Group untuk mendapatkan perkhidmatan ini... Klik di bawah :-

Proton Respond Group














Mahukan Respon Kuasa Enjin Dari Kereta Anda?

Salam sejahtera...

     Bagi kereta standard yang memerlukan respon yang secukupnya, selain paddle respon & throttle respon anda perlu melaburkan sedikit wang dengan drop in air filter jenis stainless steel atau k&n yang boleh dibasuh & diguna semula. Extractor 4-2-1 juga amat berbaloi jika wang anda dilaburkan disini sama ada jenis besi putih yang berharga tidak lebih rm 300 atau jenis stainless steel yang berharga tidak lebih rm 600. Dua perkara ini sudah cukup untuk memberikan anda respon yg secukupnya. Jika mahu lebih lagi anda boleh melaburkan wang dengan fuel pressure regulator, adjustable cam pulley advance setting & rebore throttle body...

 -frz-

 tags - proton persona, campro, pickup, respond






Selasa, 25 Februari 2014

Perkongsian Pengalaman Membeli Motosikal

Salam sejahtera,

     Baru-baru ini aku berada dalam dilema semasa membuat keputusan untuk menjual skuter SYM Symphony yang hanya sempat berkhidmat pada aku selama 3 bulan oleh kerana aku telah berpindah ke rumah baru yang lokasinya sedikit jauh ke tempat kerja berbanding dengan lokasi rumah sewa yang dulu. Sakit bang naik skuter ulang alik dengan waktu rehat tengahari pun aku balik. Jarak sehala hanya 18 km sahaja tetapi 1 hari perjalanan aku jadi 4 hala la. Jadinya perjalanan aku sehari menunggang skuter menjadi 72 km. Secara peribadinya aku berpuas hati dengan pick up skuter tu tapi top speed dia mati dekat 100km/j je... ingat, tu bacaan meter motor.



     Pada mulanya aku telah membuat keputusan untuk membeli Modenas GT 128 yang baru dek kerana spesifikasinya yang berbaloi dengan duit yang bakal aku keluarkan.(cc 130, disc brake depan belakang, enjin lasak, meter rpm, panel meter cantik, ada sensor minyak enjin, tak hot sangat di mata pencuri) Jadinya, tunai di tangan aku hanya ada RM 2000 sahaja ketika itu hasil jualan skuter pada seorang warga Temerloh. Plan asal nak buat bayar deposit untuk keluar motor baru. Aku pun booking la Modenas GT 128 dengan sebuah kedai di Bandar Temerloh dan permohonan AEON aku dihantar oleh kedai tersebut.




     Aku ada satu masalah matematik yang perlu diselesaikan. Harga motor tersebut RM 5400 tunai. Jika loan dengan Aeon rate interest adalah 0.84% sebulan jika deposit lebih 30% harga motor. So, contoh si Dollah ada tunai RM 2000 untuk dijadikan deposit pembelian motor tadi. Baki pinjaman dengan Aeon adalah RM 3400. Soalannya, berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Dollah selama 3 tahun atau 36 bulan? Pengiraan : 3400 x 0.0084 = 28.56 x 36 = 1028.16 + 3400 = 4428.16 / 36 = 123.00 sebulan. Situasi hakiki yang ditetapkan oleh kedai sekarang adalah 157 sebulan x 36 = 5652. jangan lupa deposit yang Dollah dah bayar sebelum ini adalah RM 2000. 5652 + 2000 = 7652... So, hipotesisnya bagi aku yang xpandai matematik tambahan ni terdapat ketirisan sebanyak 5652 - 4428.16 = 1223.84... So, untuk mendapatkan jawapan di mana perginya duit RM 1223.84, aku telah membantu Dollah menelefon taukey kedai bertanyakan mengenai ketirisan ini. Jawapan Taukey kedai adalah duit RM 1223.84 adalah faedah kepada kedai tersebut. Aku pun bingung seketika kerana berapa banyak faedah yang Dollah terpaksa tanggung padahal harga motor RM 5400 dah termasuk keuntungan kedai motor tersebut. Macam ni banyak la keuntungan yang taukey tu dapat. kaya beb.... kaya... Kisah di atas merujuk kepada Dollah yakni Akulah... kekekeke.... Ini tidak adil!!! Aku beli kereta sebelum ni pun harga RM 45900. Bagi deposit RM 600 ( masa ni dah tak banyak duit sebab baru kahwin ). Jadinya loan pada Bank CIMB adalah RM 45300. Ini baru betul... Tiada ketirisan... Adakah anda semua kira semula atau double check ansuran motosikal anda?

     Oleh sebab ketidakpuasan hati, aku telah memikirkan jalan lain supaya aku tidak membuat kesilapan kali kedua kerana semasa pembelian pertama motosikal aku yang pertama sekali dahulu pun aku dah terkena. Main bayo je... Sekarang jalan penyelesaian terbaik adalah membeli motosikal secara tunai. Mana aku nak cari duit tunai banyak-banyak ni? kebetulan aku teringat sms dari bank rakyat mengenai promosi pinjaman peribadi. Aku hubungi terus pegawai bank rakyat dan terus bersetuju untuk menggali lubang lain yang lebih besar dari lubang yang sebelum ini. Korang faham tak? Maksud aku refinance semula pinjaman peribadi aku yang dahulu berjumlah RM 25,000.



     Aku nak kongsila sikit loan dahulu yang berjumlah RM 25,000 tu aku buat tempoh pembayaran semula dalam jangka masa panjang sebab masa itu boleh tempoh pembayaran maksimum 20 tahun. So, aku loan yang lama telah berjalan selama 13 bulan dan untuk aku selesaikan loan yang lama aku perlu membuat pinjaman peribadi yang baru berjumlah RM 30,000 dengan tempoh bayaran semula yang lebih pendek iaitu selama 10 tahun ansuran bulanan RM 343.00. 10 tahun adalah tempoh maksimum pembayaran semula pinjaman peribadi yang dibenarkan oleh Bank Negara. Pegawai bank tadi akan mengirala baki yang akan aku dapat setelah selesaikan hutang lama dan aku telah mendapat sejumlah RM 4,900. Servis Bank Rakyat aku puji sebab cepat, mesra dah mudah.

     Jadinya aku telah ada tunai sebanyak RM 6,900. Semasa duit tunai dah ada, rakan baik pula menyucuk jarum menasihatkan aku supaya membeli motor Yamaha LC 135. Aku bukan tak minat cuma risau je sebab leceh nak jaga motor yang orang muda minat ni. Motor LC ni pulak harga yang baru bukan jenis clutch tangan RM 7,000 juga. Masalah lain yang membelenggu aku adalah adakah berbaloi aku membeli motor dengan harga RM 7k tetapi top speed motor hanya boleh mencapai kelajuan 120 km/j sahaja? Memang tidak berbaloi. Oleh itu rakan aku telah memberikan cadangan lain supaya mendapatkan motor lc terpakai dan membuat modifikasi sederhana iaitu pakai block Yamaha FZ 150. Aku telah mendapat info modal modifikasi hanya RM 450 sahaja. Aku rasa tertarik dengan cadangan ini.



     Aku terlupa permohonan AEON aku sebelum ini telah lulus tetapi mengambil masa hampir 5 hari dan ini menyebabkan aku rasa tawar hati dengan pilihan asal aku kerana aku nak pakai segera motor tu. Akhirnya aku telah deal dengan warga Kuantan hasil pencarian di dalam mudah.my berkenaan dengan motosikal Yahama LC 135 terpakai. Pada suatu petang khamis aku telah bergerak ke kuantan menaiki sebuah kereta bersama dengan 2 orang rakan yang salah seorangnya bekas jaguh kampung dalam dunia permotoran. Setibanya di Kuantan aku terus menuju ke tempat yang dijanjikan oleh brader yang menjual motor lc tersebut dan aku bersama rakan-rakan tadi berpuas hati dengan keadaan motor yang ingin dijual oleh brader tadi. Motor tahun 2013 lebih kurang 10 bulan owner tu pakai, mileage pula baru 191km. Memang berbaloi kalau ko dapat motor ni macam baru keluar kedai kata rakanku. Bab harga brader tu dah bagitau awal2 jika serius harga dia boleh bagi RM 5000 sahaja. Aku terus tak ada tawar menawar sebabnya harga tu dah amat patut dengan accessories yang dia dah upgrade pada motor tu kena pulak dengan warna yang aku cari warna merah. Brake disc depan besar,  brake lever adjustable, givi box, tayar baru. Memang berbaloi la....

      Disebabkan keinginan tu dah meluap-luap untuk mendapatkan motor tu terus dan brader tadi pun tak ada masalah jika dilepaskan motor dia malam itu juga dengan syarat aku melunaskan RM 5k. Aku terus memberi duit tunai RM 1000 dan membawanya ke ATM untuk mengeluarkan baki duit yang perlu aku selesaikan. Terus malam itu juga aku menunggang motor lc ke Mentakab dengan perjalanan mengambil masa 2 jam ikut jalan dalam dengan kelajuan purata 80-90 km/j.

Inilah motosikal yang aku baru miliki... Walaupun terpakai tapi tip top lagi... Aku hanya tambah sarung seat jaring je..


     Kesimpulannya aku berpuas hati mendapat aset baru yang tak terjangka lebih awal sebenarnya ditambah pula aku dapat memendekkan hutang peribadi daripada 20 tahun kepada 10 tahun. Banyak jimat dah kat situ. Satu yang aku perasan motor lc yang baru ni tahun 2011 model keluarannya meter kelajuan adalah lebih berat berbanding dengan motor Lagenda rakanku setelah aku buat perbandingan secara sebelah menyebelah. Rakanku menunggang dalam kelajuan 30 km/j pada meternya, pada meter motor aku baru 22 km/j. Antara kelebihan lainnya motor lc ni mempunyai 4 valve berbanding dengan gt 128. Aku dah rasa kuasa skuter 150 2 valve yang mana kurang horsepower berbanding dengan skuter 150 4 valve seperti Modenas Elegan.

     Akhir sekali, aku ingin menasihatkan kepada bakal-bakal pembeli motosikal, belilah secara tunai bagi mengelakkan anda ditipu. Sebabnya dari hasil pemerhatian dan kajian aku rata-rata kedai yang menjual motosikal menggunakan kaedah yang sama untun menelan duit pelanggannya. Duit anda, hak anda untuk memastikan ke mana ianya pergi. Jika penjual merasakan hasil keuntungan yang diperolehi sedikit awal-awal lagi la meletakkan harga jualan yang sepatutnya bukan dengan cara terselindung. Ianya umpama menipu pembeli. Aku pantang bab menipu-menipu ni...

     Sekian, sampai disini sahaja la perkongsian dan luahan rasa hati berkenaan dengan urusan pembelian motorsikal. Terima kasih...









Isnin, 24 Februari 2014

NGK Spark Plug G-Power Platinium For Proton Iswara




NGK Spark Plug G-Power Platinium For Proton Iswara
Untuk prestasi yang lebih baik semasa proses pembakaran di dalam omboh enjin.
Spark Plug kategori lebih baik dari OEM.
Harga RM 60 1 set 


- Berminat? sila pm, sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-2 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda.









NGK Spark Plug G-Power Platinium For Satria Mitsubishi 4G91





NGK Spark Plug G-Power Platinium For Satria  Mitsubishi 4G91
Untuk prestasi yang lebih baik semasa proses pembakaran di dalam omboh enjin.
Spark Plug kategori lebih baik dari OEM.
Harga RM 60 1 set

- Berminat? sila sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-2 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda.