Nuffnang Ads

Selasa, 28 Februari 2012

Kalkulator BMI (Body Mass Index)

Salam sejahtera.. Buat semua pengunjung blog aku ni, aku sediakan untuk korang kalkulator BMI untuk mengetahui status kesihatan masing-masing sama ada lebih berat badan ataupun kurang berat badan. Sila isi maklumat tinggi dan berat anda di bawah :-

Kalkulator Index Jisim Badan

Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. Cara pengiraan BMI:



Tinggi  Meter
(1 Meter = 100cm)
Berat Kg
BMI Anda


Cuba lihat pula BMI anda di Jadual di bawah untuk mengetahui status sama ada anda mempunyai berat badan unggul ataupun tidak... :)






   

Rabu, 22 Februari 2012

Review Handphone Blackberry Bold 9790



Kredit kepada EN. NAZRUL AZIM SHARUDDIN
dari utusan.com.my


MODEL terbaru telefon pintar BlackBerry Bold siri 9790 kini boleh diperoleh menerusi tawaran pakej istimewa Maxis pada harga serendah RM1,090.
Ia tersedia bersama langganan pelan Servis Internet BlackBerry (BIS) di semua Pusat Maxis dan rangkaian Stor Jualan Eksklusif Maxis.
Naib Presiden Peranti dan Inovasi Maxis, T. Kugan berkata, pihaknya sentiasa konsisten dalam menyediakan para pelanggan dengan pengalaman komunikasi terkini untuk masa depan.

''Kita telah melakukan banyak pelaburan bagi menyokong ekosistem komunikasi merangkumi pembangunan peranti, kadar pelan, liputan rangkaian dan perkhidmatan pelanggan.
''Menerusi pelan BIS ini, pelanggan Maxis bakal menikmati kelajuan dan liputan terbaik di peringkat optimum serta menyeluruh menggunakan peranti BlackBerry mereka,'' katanya.



BlackBerry Bold 9790 disempurnakan bersama kelebihan kuasa dan prestasi canggih selain dilengkapi reka bentuk kompak menggunakan material premium.
Dengan saiz yang lebar dan mudah dipegang, peranti tersebut selesa dipegang untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Kawalannya pula tersedia dalam dua cara iaitu melalui skrin sentuh responsif beresolusi tinggi serta papan kekunci bersama trek pad.

Bagi sistem operasi, model berkenaan dipacu oleh BlackBerry 7 dan pemproses 1 GHz dengan peningkatan fungsi pelayaran web, pencarian universal menggunakan suara, aplikasi mengedit dokumen, sokongan NFC dan pelbagai aplikasi personal.
Ia turut tersedia bersama kapasiti memori binaan dalam lapan gigabit (GB) yang mana ruang storannya yang boleh dipertingkatkan kepada 32GB menerusi sokongan kad memori.
Sesuatu yang menarik, gajet itu dilengkapi aplikasi realiti Wikitude yang membolehkan pengguna mencari kontak BlackBerry Messenger (BBM) terdekat dalam masa nyata seterusnya membaca komen mengenai tempat-tempat menarik berhampiran mereka.
Maklumat lanjut mengenai pakej BlackBerry Bold 9790 daripada Maxis ini boleh diperolehi daripada laman web www.maxis.com.my.


Di bawah adalah video review Blackberry Bold 9790 :-







Ahad, 19 Februari 2012

Proton Persona Modified Exhaust Sound - Owner EilaRazi

Salam sejahtera..

    Setelah beberapa pertukaran bahagian-bahagian ekzos kereta Proton Persona yang aku miliki sejak 2009, kereta aku bernada agak garang sekali sesuai dengan jiwa muda aku.. hehe.. Sila dengarkan deruman di bawah :-



My exhaust modification :-
    extractor wegow 4-2-1, custom spiral bullet, pro1 s-flow muffler (for gen2)... other is redline stainless steel drop in air filter...... i rev up till 3k rpm... in early morning in my village... engine in cool condition

    Walaupunbegitu, aku telah tukar bullet yang aku pakai kepada after market midbox yang berharga RM 200. Bunyinya lebih bassy dari sebelum ini. Nanti aku upload videonya, tak sempat nk buat rakaman lagi.

    Sekian, terima kasih.






  

Ulasan Mengenai Prestasi Skuad Badminton Piala Thomas Pusingan Kelayakan Asia Di Macau Tahun 2012

Profile Info Facebook Page Revolusi Harimau Malaya

Salam sejahtera...

    Di bawah adalah komen yang menarik perhatian aku mengenai skuad Piala Thomas Malaysia pada Pusingan Kelayakan Asia di Macau Tahun 2012 yang baru berlangsung baru-baru ini. Ulasan di bawah dikarang oleh PEDAS - Admin page FB Revolusi Harimau Malaya (HMC) - kredit untuk beliau!!!


Keputusan Kelayakan Asia badminton Piala Thomas separuh akhir, MALAYSIA 2-3 INDONESIA :

Skuad Malaysia yg sudah layak secara AUTOMATIK ke Piala Thomas di Wuhan merehatkan beberapa pemain utama spt Lee Chong Wei, Hafiz Hasim dan Tan Boon Heong dalam saingan separuh akhir berdepan Indonesia.

Kesempatan ini diambil untuk menguji SEJAUH MANA kemampuan beberapa pemain muda dan baru dalam berdepan yg lawan yg kuat dari Indo. Percaturan ini ternyata AMAT BIJAK dan kita berjaya mengesan beberapa pemain muda yg layak utk beraksi dalam skuad Piala Thomas disamping mengaburi mata lawan mengenai kekuatan sebenar skuad negara.

Pemain muda dan perseorangan ketiga skuad piala thomas, Liew Darren berjaya memberi saingan dan mendahului Simon Santoso 2-7 sebelum simon menarik diri kerana cedera. Semalam Liew Darren memberi saingan sengit kpd pemain jepun, Kenichi Tago sebelum kalah 28-30 dan 19-21. Ini membuktikan beliau layak berada dlm skuad piala thomas dan memperbaiki permainan dalam beberapa bulan sebelum saingan Piala Thomas yg sebenar bermula.

Ketua jurulatih beregu mencuba pula gadingan baru acara beregu iaitu pemain muda, Goh V shem dengan Thien How Hoon, ternyata percaturan ini MENJADI apabila gadingan baru ini berjaya mengejutkan beregu no 2 Indonesia, Alvent Yulianto dan Hendra Gunawan 21-14, 21-18.

Perseorangan ke 4 negara, Muhammad Arif Latif pula GAGAL menampilkan aksi yg menyakinkan apabila tewas mudah dalam semua perlawanan yg dilaluinya. Arif kemungkinan akan DISINGKIRKAN dari skuad Piala Thomas dan mungkin akan digantikan dengan juara remaja dunia dan Asia iaitu Zulfadli Zukifli. Sebab tu BAM menyenaraikan Arif untuk saingan kelayakan supaya dia boleh membuktikan kemampuannya. Nampaknya Arif gagal kali ini dan kemungkinan akan ditukar dengan Zulfadli.

Satu lagi gandingan beregu baru yang ingin dicuba iaitu, Lim Kim Wah dan Teo Kok Siang berdepan beregu no 3 Indonesia iaitu Markis Kido dan Hendra Setiawan. Nampaknya gadingan ini tidak MENEMUI KESERASIAN dan gagal menampilkan aksi yg menyakinkan apabila tewas 16-21 dan 13-21.

Koo Kien Keat yang bermain sebagai perseorangan ketiga tewas kepada Dionysius Hayom Rumbaka; 8-21, 9-21. Percaturan ini adalah untuk menguji kekuatan lawan dan kemampuan Koo Kien Keat bermain dalam acara perseorangan.

Leading 2-0, namun membiarkan indonesia menang akhirnya 2-3. Namun kekalahan tidak membawa sebarang makna kerana mereka hanya menguji beberapa pemain untuk MEMBINA BARISAN SKUAD PIALA THOMAS yang mantap. China pun hanya turunkan SKUAD KEDUA mereka sahaja dan mereka akan turunkan barisan terkuat dalam saingan sebenar nanti.

Malaysia dapat tempat ke 4... Tahniah!

Piala Uber Malaysia dah bungkus setelah tewas 0 -5 Indo pagi tadi dan mereka TIDAK LAYAK ke Piala Uber.. Apa pun tahniah juga kepada mereka kerana sudah berusaha sebaik mungkin kerana skuad Piala Uber merupakan skuad termuda kerana pemain ini dibarisi oleh pemain muda bawah 23 tahun kecuali pasangan beregu senior.
  
   Sekian, terima kasih.... 





   

Friendly Match HoSHAS vs HRPB Badminton Game 2V2

Salam sejahtera..

   Video di bawah adalah diantara klip video yang sempat dirakam dan diupload untuk tatapan sendiri dan umum bagi tujuan mengkaji corak permainan aku sendiri. Mesti lebih baik beb... :)








   

Sabtu, 18 Februari 2012

DIY - Cara Untuk Mengatasi Masalah Pendrive 'No Disk'

Salam sejahtera...

     Aku nak kongsikan suatu hari pada 17 Februari 2012, isteri aku membasuh pakaian seperti biasa pada hari Jumaat membasuh baju uniform kerja.Nak dijadikan cerita isteri aku ternampak pendrive aku dalam mesin basuh setelah membuang air basuhan.

Pendrive Aku yang dimaksudkan

    Apalagi, terkejutlah dia, terus ambil kain dan dilap supaya kering. Seterusnya dia cuba bukak pendrive itu di komputer dan menjadi, tak ada masalah untuk detect. Dia biarkan jela pendrive itu pada PC... Awal pagi aku nak tutup komputer nampak pendrive pada PC aku remove la ia.

    Esok paginya isteri aku memberitahu dia terbasuh pendrive aku. Dia cakap boleh bukak, boleh guna. Ok la aku tak marah apa-apa... Sekali aku cuba bukak, keluar pulak pemberitahuan 'No Disk In Drive C'. Perghhh... terkejut aku. Nak salahkan dia tak bolehlah sebab dia dah tolong basuh pakaian aku. Masalahnya dalam pendrive aku itu ada maklumat yang sangat penting dan susah nak dapat. Saiz fail penting itu lebih kurang 2gb.. Jenuh aku cuba pelbagai cara supaya ia boleh detect.

   Pelbagai cara hack yang aku cuba berdasarkan pada laman sesawang yang aku jumpa... Pendrive aku berkapasiti 8gb jenama kingston dan baru je dibeli. Kalau rosak macam itu je rasa macam galat sangat sebab tak puas pakai lagi.

Aku Cuba Buka Cover Body Pendrive

   Setelah aku hampir berputus asa dan cuba menerima hakikat bahawa pendrive aku itu rosak, aku tekad untuk buka cover pendrive tersebut dan aku basuh semula dengan span dan air. Aku tengok nampak seakan-akan logam pada cip berdaki. Jadinya aku basuh la bersih-bersih. Selepas itu aku lap dengan kain bersih dan biarkan kering. Sambil nak tunggu pendrive itu kering, aku solatlah dulu minta diberi ketabahan dalam dugaan ini. hehehe......

Main Body Pendrive Setelah Aku Basuh Semula (side1)


Main Body Pendrive Setelah Aku Basuh Semula (side2)

   Selepas selesai solat, aku pun pasang semula pendrive tersebut dan dengan segera aku pasang pada PC. Tanpa diduga, PC aku detect pendrive aku. Huh... lega betul aku.. Alhamdulillah...

   Bagi anda semua yang mempunyai masalah yang hampir serupa dengan aku bolehlah cuba cara dan kaedah yang agak berisiko ini sebagai langkah terakhir. Tapi, risiko tanggung sendiri yob!!!

Sekian, terima kasih

Tags : Pendrive tak detect, pendrive no media, Pendrive rosak




Khamis, 16 Februari 2012

DIY - Cara Untuk Membuatkan OEM Tombol Gear Manual Proton Persona Ketat!

Salam sejahtera...

Bagi pengguna Proton Persona Manual, anda akan menghadapi masalah tombol gear yang agak longgar. Aku juga turut mengalami masalah tersebut. Aku pun cuba mencari jalan penyelesaian tanpa membeli tombol gear baru yang ada di pasaran sekitar harga RM 60.

Anda hanya perlu membuka tombol gear dan :-

keluarkan pengalas tombol gear yang berada di bawah tombol gear

Kemudian anda perlu pasang semula tombol gear tersebut. Yang menariknya anda mulai pasanglah dari mana-mana sudut, tombol gear tersebut akan ketat pada kedudukan yang tepat untuk digunakan.

Siap!

Sekian, terima kasih... Selamat mencuba!!!








DIY - Cara Untuk Kurangkan Bunyi Pada Dashboard Proton Persona

Salam sejahtera...

Dah lama aku tak buat post DIY. Kali ini aku ingin kongsikan cara atau kaedah untuk kurangkan bunyi pada dashboard Proton Persona. Fokus DIY ini lebih kepada pelapik di atas ventilation aircond.



   Pelapik tersebut pada model Gen 2 terdapat kemudahan jam, tetapi pada model Persona hanya kosong sahaja. Di bawah pelapik ini terdapat 4 klip besi yang memegang pada dashboard. Dari hasil pemerhatian aku selama beberapa ketika, aku membuat keputusan punca bunyi 'rattling' terutama apabila enjin kereta melahu pada kadar 2000rpm - 2200rpm adalah berpunca dari pelapik tersebut.

 Klip besi yang dimaksudkan punca bunyi rattling


   Ok... Langkah pertama adalah untuk membuka pelapik tersebut. Anda perlu :-

 Umpil ke atas dengan sedikit paksaan menggunakan kuku anda pada bulatan kuning di atas. Peringatan! Hati-hati... Jangan sampai klip jatuh dalam dashboard. Susah mahu cari nanti...

Kemudian, anda perlu cabut klip tersebut dan simpan. Selepas itu, anda perlu :-

Masukkan 2 biji span basuh pinggan yang masih dara (baru) dan disumbatkan secara paksa dicelah ruang kosong seperti gambar di atas. Di dalam ruangan tersebut terdapat kepingan plastik nipis yang boleh bersentuhan dengan ventilation aircond. Kemudian, gunakan sedikit double tape dan letakkan dengan kemas seperti gambar di atas. 

Akhir sekali anda letakkan semula pelapik tersebut tanpa menggunakan klip besi tadi. Bunyi rattling akan hilang!... Walaupun agak longgar tetapi bunyi rattling tiada. 

Selamat mencuba!!! Selamat Men 'DIY'!!!





Khamis, 9 Februari 2012

Solat Bersama Anak Kecil

 
Salam sejahtera....

Islam itu mudah. Tiada sebab untuk tidak bersolat kerana alasan untuk menjaga anak. Moga gambar di atas dijadikan sebagai panduan untuk anda dan diri aku ini...
Sekian, terima kasih....



Cadangan Gaji Baru SBPA Oleh CUEPACS 2012

Salam sejahtera...    Di bawah adalah cadangan kenaikan gaji SBPA bagi kakitangan kerajaan oleh CUEPACS yang bergred N.


Kita boleh lihat kumpulan pekerja bawahan dicadangkan memperoleh kenaikan gaji 13% sehingga kumpulan pekerja paling atas memperoleh kenaikan 7%. Diharap pihak kerajaan sebagai majikan dapat memberikan keputusan yang baik kepada pekerja-pekerja supaya boleh membantu terutama golongan bawahan untuk menampung kos kehidupan masa ini..

Sekian, terima kasih....





Hadiah Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Salam sejahtera...

    Aku nak kongsi satu cerita di mana aku secara tak sengaja terlibat dengan satu kuiz yang ditawarkan oleh saudara Barracudas dari HMC ( Harimau Malaya Club ). Penglibatan aku dalam kuiz ini secara suka-suka dan spontan. Di bawah adalah soalan yang dikemukakannya :-

Citer mcm ni , ku dpt buku yg judul " Cerita Malaysia tidak ke Piala Dunia " about last october , masa tu nak dtg tgk final piala malaysia , tpi taulah apa yg menyebabkan ku tak dpt ke stade gara2 isu ....... ( ah , citer panjang , klau lu know the story , good dan duduk diam )

3 bulan kemudian , iaitu bulan skrang , bulan januari , ku dtg sinilah utk CNY . msa tu sempat jumpa my gf dan kwn2 kat uni dulu . kebetulan kwn yg ku temui tu pun peminat bola msia , dan sebelum ku nak pulang , dia sempat beri the same book again . mula2 tolaklah , tpi dia kata dia ada extra copy , so out of respect , terima je lah .

so skrang ku ada 2 buku , and i will like to give it away . ku akan dtg ke msia lagi utk tgk piala afc mtch melibatkan kelate ( bukan my fav tim , tpi tim yg ku kagumi dari segi pengurusan dan professialme ) . so siapa dpt jawab soalan ni dgn betul , dia akan dpt hadiah , iaitu buku " Cerita Malaysia tidak ke Piala Dunia " .


Soalannya adalah ini :

K Gunalan sangat cergas , begitu juga Dollah Salleh . Cuma masalahnnya , nenek saya lagi cergas dari Zainal Abidin Hassan , dan nenek saya sudah mati . Jurulatih siapa yg berkata demikan ?

tarikh tutup ialah 13/2/12 , jam 0500 .org pertama yg dpt jawab soalan dgn betul akan dpt buku dari saya sendiri pada hari perlawanan pertama AFC Cup diantara Kelantan vs Navibank Saigon pada 7/3/12 .

ada 3 syarat je . 1 , ku tak akan bagi klu , so korang tnya uncle google , tnya rakan , pergi ke FAM cari org yg blh jawab , ke library cari buku , apa2 cara pun blh , tpi as i said again , i will not give any clue . kedua , hnya jawapan yg post kat sini akan dikira ( kat shoutbox akan disqualified ) dan ketiga , hntar sebanyak jawapan pun blh , tpi janji ikut rule ke-2 .

so tunggu apa lagi , jom cari jawapan !!

 Posted 27 January 2012 - 06:29 PM


Jadinya, semasa di dalam shoutbox kopitiam lagi ramai yang meneka tetapi tiada jawapan tepat. Dan jawapan aku yang terdekat masa percubaan awal adalah Karl Heinz Weigang. Di dalam thread pula ada yang mencuba pelbagai jurulatih - jurulatih yang pernah memegang jawatan Jurulatih Pasukan Bola Sepak Malaysia.

Antara jawapan-jawapan yang diberi oleh rakan-rakan yang lain adalah Mohd Shah Norbit, Khaidir Buyong, Sami Vellu ( yang ni aku tak leh tahan... bila masa beliau jadi jurulatih? hahaha... aku rasa rakan yang bagi jawapan ni sedang meroyan agaknya.), Sultan Ahmad Shah ( rakan yang bagi jawapan ni pun sama meroyan ), Steven Bena, Bertalan Bisckei, Ken Warden,  Bernard Schumm, Steve Wick, Smike Pejic,  Ruben Omar Larossa, Hatem Soussi, Josef Venglos, Frank Lord, Richard Bate, M.Chandran.

    Percubaan aku yang kedua di dalam thread adalah Claude Le Roy, salah jugak. Percubaan ketiga, Terry Venables, pun masih tidak tepat. Percubaan yang keempat, Trevor Hartley. Jeng.... jeng.... jeng... Akhirnya, saudara Barracudas mengisytiharkan :-

slm ahad semua , baru balik dari ziarah rumah org . Sukacita dimaklumkan bhawa pertandingan ni dah tutup , krna akhirnya ada seorang jwb dgn betul , siapa dia , tunggu selepas saya bngun dari tidur petang ya...
 Posted 29 January 2012 - 02:49 PM

   Tunggu punya tunggu waktu petang pun dah melabuhkan tirainya. Pada tengah malam akhirnya saudara Barracudas mengumumkan :-

ok guys , sebelum saya umum org tu , biar saya jelas sikit biodata dia .

dilahirkan pada mac 16 1947 di donchaster , beliau merupakan pemain squad belia di west ham sebelum mnyertai squad senior west ham , walaubagaimanapun dia hnya main 4 mtch sahaja sebelum ke pasukan bournemouth , tim dimana syamsuri mustafa pnh berlatih di sana .

selepas membuat penampilan sebanyak 42 kali dan hnya jaring 2 gol , pada 1969 beliau bersara dari main bola sepak dan meneruskan kerjaya bola sepak dlm bidang kejurulatihan . beliau start jadi jurulatih di pasukan sama iaitu bournemouth selama 1 thun je ( 1974-1975) , sebelum dia jadi caretaker coach di tottenham hotspur , sementara tunggu terry venables dtg . pada thun 1988 , dia dtg ke malaysia sebagai jurulatih kebangsaan selama 2 thun sebelum dipecat pada 1990 .

org yg saya maksudkan ialah nama dia siapa ?


nama dia trevor hartley . so congrats fakhrulz , u are the winner !!!!!!
January 2012 - 12:20 AM
 
Untuk makluman, jawapan-jawapan yang aku berikan tu hampir semuanya aku rujuk kat wikipedia.. hahahaha.... Jangan marah ye kawan-kawan.... Setelah beberapa waktu berbincang mengenai penghantaran buku tersebut, akhirnya buku tersebut tiba juga melalui perkhidmatan Pos Laju..





    Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Barracudas kerana menyumbangkan satu soalan kuiz beserta hadiahnya... Keikhlasan beliau dalam menunaikan janjinya amat aku hargai....  Sekian, terima kasih...


Rujukan :-

    Forum Harimau Malaya



Rabu, 8 Februari 2012

Spesifikasi Kawasaki Ninja 250R



Spesifikasi :-

Engine: Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, parallel twin
Displacement: 249cc
Bore x stroke: 62.0 x 41.2mm
Compression ratio: 11.6:1
Cooling: Liquid
Carburetion: Keihin CVK30 x 2
Ignition: TCBI with digital advance
Transmission: Six-speed
Final drive: O-ring chain
Frame: Semi-double cradle, high-tensile steel
Wheelbase: 55.1 in.
Rake / trail: 26 degrees / 3.2 in.
Front suspension / wheel travel: 37mm hydraulic telescopic fork / 4.7 in.
Rear suspension / wheel travel: Bottom-link Uni-Trak® with 5-way adjustable preload / 5.1 in.
Front tire: 110/70-17
Rear tire: 130/70-17
Front brake: Single 290mm hydraulic petal disc with two-piston caliper
Rear brake: Single 220mm petal disc with two-piston caliper
Overall length: 82.1 in.
Overall width: 28.1 in.
Overall height: 43.7 in.
Seat height: 30.5 in.
Curb weight: 374.9 lbs.
Fuel capacity: 4.8 gal.
Color choices / special edition: Candy Lime Green, Metallic Spark Black, Passion Red/Metallic Spark Black
Warranty: 12 months
Price :  RM 23 000


Anda Peminat Honda? Tidak pasti yang mana harus dipilih diantara Kawasaki Ninja 250R atau Honda CBR 250? Mungkin artikel di bawah ini yang dipetik dari BHauto dapat membantu...

Tidak dinafikan, segmen motosikal 250cc mengalami banyak kelohongan penawaran model baru sejak sekian lama. Hampir dua dekad ia dikuasai oleh Kawasaki dengan model Ninja 250nya. Segmen berkenaan juga turut

cuba ditembusi oleh Naza Blade 250 berenjin V-kembar.

Malah, tindakan Kawasaki menurun-tarafkan enjin 250cc syarikat itu daripada empat lejang kepada hanya dua lejang juga menimbulkan tanda tanya pada awal pengenalan model berkenaan.

Kini Honda pula tampil dengan model CBR250R yang dikatakan mampu memberikan cabaran sebenar kepada Ninja ‘kecil’ itu, dengan menawarkan enjin satu selinder.


Dominasi pasaran oleh Kawasaki dalam segmen ini sekian lama tidaklah begitu sukar difahami. Ninja ’kecil’ sememangnya merupakan pilihan yang logik bagi mereka yang ingin menaik-taraf tunggangan secara perlahan tanpa menjebakkan diri terus ke dalam segmen motosikal berkuasa tinggi yang melebihi 500cc. Malah masih terdapat kekosongan penawaran motosikal bagi segmen 250cc ke 600cc, yang memangkinkan pengimportan dan kemasukan Honda CB400 yang begitu popular di negara jiran.

Justeru model Honda CB250R amat dinantikan oleh peminat motosikal tempatan, terutamanya penggemar jenama Honda yang sekian lama menguasai pasaran empat lejang sejak ia mula diperkenalkan lagi.

Di dalam era kini di mana keutamaan diberikan bagi motosikal pengangkut yang mampu digunakan bagi tujuan ke tempat kerja, tetapi pada masa sama boleh juga digunakan sebagai tunggangan mengujakan tanpa perlu ke litar, motosikal suku-liter sebegini adalah satu lagi pilihan yang boleh diterima akal.

CBR 250


Rupa

Reka bentuk CBR banyak menjurus kepada ‘abang’nya iaitu model VFR1200F dengan penampilan gemuk di hadapan dan garis badan sisi yang menarik. Walaupun ada yang mengatakan ia agak membosankan, ia diimbangi pula oleh bahagian ekor yang begitu menarik.

Ninja 205R pula kekal dengan penampilan sporty ala motosikal besar yang agak luas dan selesa, malah tampak lebih ‘mahal’ berbanding susun letak CBR250R yang lebih kompak, kecil tetapi lebih mudah ditunggang dengan berat yang 5kg lebih ringan dan tapak (wheelbase) yang lebih pendek. Ini membuatkan Ninja jelas bersaiz lebih besar diantara keduanya. Honda kekal dengan konsep saiz kecil seperti yang pernah dilakukannya dengan CBR150R yang nyata lebih kecil berbanding Yamaha FZ150i mahupun Kawasaki Kips 150 ketika itu.

Untuk kegunaan harian, ergonomik dan keselesaan tunggangan adalah penting dan kedua-duanya memenuhi kehendak sebegini, walaupun penunggang yang bersaiz besar akan merasa pelik menunggang CBR. Keluasan Ninja dengan skrin penampan angin yang lebih besar membuatkan ia lebih sesuai untuk perjalanan jauh. Tetapi saiz CBR yang lebih comel memberikan ia kelebihan dalam tungangan bandar.


Ini merupakan ciri yang lebih relevan kepada kebanyakan pengguna Malaysia. Ninja akan lebih digemari mereka yang suka menunggang jauh dari bergaya ke tampat kerja. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dalam cara masing masing.

Teknikal

Secara amnya, Ninja nyata mempunyai kelebihan teknikal dengan enjin dwi-silinder yang menjana kuasa yang lebih tinggi lantas membolehkan ia melampaui kelajuan 160kmj. Namun begitu, CBR akan mampu menyainginya terutama sekali dalam tunggangan bandar, dengan kelebihan torknya sebanyak 23.8Nm berbanding 22Nm bagi Ninja.

 
Ninja 250R

Kuasa pecutan pula agak sama bagi kedua-duanya dan dalam keadaan tunggangan urban, ia lebih bergantung kepada keadaan jalan raya dan tiada perbezaan nyata dalam prestasi keduanya. Lain pula kisahnya apabila keluar ke lebuhraya, di mana Ninja akan mempunyai kelebihan yang agak ketara dan lebih selesa dari segi kelancaran enjin dua silindernya berbanding CBR yang akan mengaum tinggi dengan enjin satu silindernya.

Perbezaan rasa dalam tunggangan juga merupakan satu lagi ciri perbandingan kedua-dua model ini. Larasan suspensi Ninja tampak lebih sedap dalam hampir semua keadaan. Suspensi CBR adalah agak selesa bagi menangani kehendak penggunaan biasa, tetapi agak lembut dan membuai jika menangani selekoh pada kelajuan tinggi dan perlu dilaras keras. Namun ini akan membuatkan ianya tidak selesa bagi tunggangan biasa.

CBR 250

Keseluruhan/Umum

Paparan meter CBR nyata lebih menarik dengan penampilan digital penuh, dan ia dilengkapi dengan sebuah jam penunjuk waktu. Ninja masih dengan paparan analog yang mungkin membosankan bagi sebuah motosikal setelah lebih sedekad kita memasuki milineum baru.

Ninja juga tidak mempunyai suis lampu tinggi berasingan kegunaan sewaktu memotong kenderaan lain, dan pelana CBR juga dirasakan lebih selesa berbanding Ninja, tetapi sebaliknya pembonceng anda akan lebih suka membonceng Ninja berbanding CBR yang berpelana lebih kecil. Ruang penyimpanan di bawah pelana bagi kedua dua motosikal ini boleh dikatakan tiada, tetapi Ninja menyediakan empat cangkuk ikatan berbandng CBR dengan hanya dua pada pemijak belakang.

 
Ninja 250R

Namun begitu, keselesaan dan binaan keseluruhan Ninja dirasakan lebih kemas dan lasak berbanding CBR. Mungkin ada yang mengatakan ia lebih murah berbanding Ninja, namun begitu persoalannya adakah berbaloi mengeluarkan sedikit lagi jumlah wang untuk mendapatkan jentera yang lebih mantap? Ketahanan enjin juga merupakan satu lagi ciri yang akan ditentukan oleh masa. Ada teori yang menyatakan semakin kurang bahagian bergerak, semakin kurang silindernya, sekali gus mengurangkan kos penyenggaraan.

Tetapi enjin satu silinder juga bergerak pada rpm lebih laju berbanding enjin dua silinder, dan ini akan meningkatkan tahap kehausan sekiranya tidak dijaga rapi. Honda mungkin mampu menyalurkan semangat dan teknologi Moto3 dalam MotoGP kemudian hari apabila ia mula diperkenalkan bagi menggantikan kelas 125cc tahun hadapan, dan kelas ini tentunya akan mempunyai pengikut di kalangan pemilik CBR yang tersendiri.

Honda cuba menembusi pasaran 250cc ini dengan baik, dan CBR250R hampir mampu memenuhi kehendak pasaran. Namun, pengalaman Kawasaki dengan Ninja 250R dalam segmen ini nyata belum begitu tergugat sebagai sebuah motosikal kegunaan komuter dan juga jarak jauh. Kedua-duanya memang mempunyai kelebihan tersendiri, dan ia bergantung kepada kehendak dan juga saiz badan penunggang.


Bagi mereka yang bersaiz kecil mungkin akan merasa lebih selesa dengan CBR250R, yang juga akan mampu memberikan kepuasan menunggang kerana berat badan penunggang yang lebih ringan. Pun begitu, kedua-dua model motosikal ini amat dialu-alukan bagi mereka yang menginginkan segmen peralihan sebelum menaik-taraf ke jentera yang berkuasa lebih tinggi. - Kredit kepada Abang Salihin Rahim, 19 Ogos 2011.

2011 Honda CBR250R Kawasaki Ninja 250R
Kuasa Enjin : 249cc satu silinder 249cc dua silinder sebaris

Kuasa Kuda: 26. 2 bhp@8,500 rpm 36bhp@11,000 RPM

Kuasa Tork: 22.9 Nm@7,000 rpm 21.7Nm@10,000 RPM

Berat: 162kg 169kg


Anda mahu uji cuba motosikal Ninja 250R ini? Cuba lihat dahulu video di bawah :-