Nuffnang Ads

Selasa, 30 Oktober 2012

Barangan Untuk Dijual - Clearing Stor Eilarazi



Salam sejahtera...

    Aku ingin menjual barang-barang yang aku dah tak pakai lagi seperti di bawah :-

1- Ram PC Desktop DDR 2 1GB Kingston
    - ada 2 keping
    - Condition sangat baik
    - Sebab jual upgrade ram kapasiti lebih besar. Ram yang ni dah tak pakai
    - Harga jenis yg ada casing RM 45.00 dan yang tiada casing RM 40.00
    - Penghantaran COD atau Poslaju tambah RM 6.00

Gambar di bawah merujuk kepada barang yang hendak dijual 100% barang yang serupa.....







2- Processor AMD Sempron Socket AM2 2.2 GHz
    - Jual 1 set bersama dengan heatsink dengan kipasnya
    - Condition sangat baik
    - Sebab jual dah upgrade processor lain. Dari simpan baik tolak dengan orang yang mahu guna...
    - Harga 1 set RM 50
    -  Penghantaran COD atau Poslaju tambah RM 6.00

Gambar di bawah merujuk kepada barang yang hendak dijual 100% barang yang serupa.....





Jika anda berminat sila tinggalkan pesanan pada alamat email aku di fakhrulrz@yahoo.com beserta dengan nombor telefon. Jangan bimbang sebab hampir setiap hari aku jengah blog aku ni. Aku akan respon dengan seberapa segera... Mungkin aku akan masukkan iklan dalam mudah.com juga jika berkelapangan...







Ahad, 21 Oktober 2012

Cara Untuk Tambah Kuasa Membrek Pada Proton Persona

Salam sejahtera semua...



Double Layer Servo VIRS / EK

    Kali ini aku mahu kongsikan kaedah bagaimana untuk membuatkan kuasa membrek pada kereta Proton Persona anda bertambah dengan maksud apabila anda tekan sedikit sahaja pada pedal brek anda telah dapat rasai kuasa membrek yang diperlukan. Untuk pengetahuan Personarian semua, kereta Proton Persona dibekalkan dengan Servo Brake Single Layer oleh pihak pengeluar Proton. Oleh itu, anda perlu 'upgrade' servo tersebut kepada 'Servo Double Layer' tetapi proton tiada keluarkan servo double layer ini.

Double Layer Servo Evo

    Pengeluar kereta lain seperti Honda, Mitsubishi, Ford ada mengeluarkan servo double layer ini dan ia boleh dipasang pada Proton Persona mengikut model-model kereta yang tertentu. Kebanyakan pembekal di jaringan internet seperti di laman mudah.com ada yang menjual dengan harga serendah RM 150.00 untuk 1 set double layer servo...

   Setelah aku membaca komen-komen dari pengguna lain yang telah menggunakan double layer servo ini, kebanyakan mereka mencadangkan supaya menggunakan double layer servo dari Honda VIRS / EK. Ini kerana double layer servo ini lebih lembut dari evo 3 / 2 tetapi masih mempunyai kuasa yang diperlukan untuk membrek. Semasa kerja-kerja pemasangan dilakukan aku telah dipelawa oleh En. Arif untuk mencuba kuasa brek pada kereta Wira Sedan beliau yang menggunakan Double Layer Servo Evo 6 dan hasilnya aku dapati memang menakjubkan. Hanya tekan sedikit sahaja pedal brek tayar sudah mahu berhenti ditambah pula dengan bantuan disk brake belakang. Tetapi jika tidak biasa pada permulaan memang akan selalu brek mengejutla anda dibuatnya.

 
    Aku telah menghubungi En. Arif dari Seksyen 3 Bangi untuk membuat temujanji seperti yang aku telah tetapkan iaitu pada 16 Oktober 2012 untuk pemasangan di bengkel yang beliau sarankan Bengkel Unicar Services. Jika anda berminat untuk mendapatkan bekalan dari En. Arif ini anda boleh menghubungi beliau di talian 012-6567353 dan beliau menjual pelbagai barangan halfcut yang lain seperti rear disk brake dengan harga RM 600 sahaja + upah pasang di Unicar Services ini berharga RM 150.

Proses Pemasangan Dilakukan Pada Keretaku. Aku Perlu Korbankan Strut Bar....

    Aku dimaklumkan kos pemasangan berjumlah RM 80 tidak termasuk minyak brek DOT 4. Jadi aku membeli sendiri minyak brek DOT 4 di kedai Spare Part dengan harga RM 16.00 sahaja. Jumlah secara kasar yang perlu anda sediakan adalah berjumlah RM 250 untuk pemasangan Double Layer Servo Honda VIRS ini.

Single Layer Servo Proton Persona Yang Telah Dibuka Dari Enjin Bay. Kelihatan Nipis Berbanding Double Layer Servo

    Selepas double layer servo ini siap dipasang, mekanik tersebut telah mengajak aku mencuba dahulu kuasa membrek double layer servo ini di kawasan parking yang lapang. Permulaan percubaan aku cuba membrek secara perlahan dan aku dapat rasakan cengkaman yang lebih kuat diberikan berbanding dengan kuasa asal single layer sebelum ini. Percubaan kedua aku cuba membrek secara mengejut dan kuat menyebabkan bunyi geseran pada jalan menandakan tayar telah bergesel di atas jalan tar.

    Aku berpuas hati dengan pelaburan berjumlah RM 250 ini dengan hasil kuasa tambahan brek yang aku perolehi jika nak dibandingkan dengan pertukaran sludge dan hole disk rotor pada harga RM 350 pun belum tentu menjamin kuasa tambahan semasa membrek. Cuma kebimbangan terbaru yang timbul pula adalah kerisauan mengenai ketidakmampuan kenderaan di belakang keretaku semasa aku membrek secara mengejut jika perlu menyebabkan keretaku disondol.... hehehe...

Sekian, terima kasih.........













Selasa, 9 Oktober 2012

DIY - Cara Tambah 20% Kelajuan Internet Komputer Atau Laptop

Salam sejahtera..

    Post kali ini aku mahu kongsikan cara bagaimana untuk menambahkan kelajuan internet PC atau komputer anda sebanyak 20% dari kelajuan semasa dengan menetapkan 'limit reservable bandwitdh'. Ini kerana window telah menetapkan sebanyak 20% daripada kelajuan internet anda untuk kegunaan Microsoft sendiri seperti 'Window Update'. Sila ikut susunan arahan dalam gambar di bawah untuk menetapkan sebanyak 0% pada 'limit reservable bandwidth' :-


1- Pergi pada 'Start Menu' klik pada 'Run' menu dan taip 'gpedit.msc dan enter



2- Satu pop up 'Group Policy' akan keluar pada window dan teruskan dengan klik 'Computer Configuration'



3- Kemudian klik pada 'Administrative Templates'



4- Seterusnya pilih dan klik pada 'Network'



5- Klik pula pada 'QoS Packet Scheduler'



6- Klik pada 'Limit Reservable Bandwidth'



7- Akan keluar satu pop up lagi dan sila pilih 'Enabled' dan setkan pada 'Bandwidth Limit %' dengan nilai 0. Akhir sekali klik 'Apply' dan OK.

Akhirnya anda telah berjaya untuk menggunakan kelajuan internet anda pada kelajuan yang sebenar iaitu 100% berbanding dengan sebelum ini pada kadar 80%. Harap artikel ini dapat membantu anda...

Sekian, boleh bersurai.... Terima kasih....


*** Nota Penting***

Anda perlu log in menggunakan akaun administrator jika komputer anda adalah komputer pejabat ataupun komputer anda sendiri di rumah. Jika log in guna akaun selain administrator anda tidak dibenarkan untuk membuat penetapan seperti artikel di atas...






Khamis, 4 Oktober 2012

Test Proton Persona 1.6 Auto 0-100 Km/j Third Run

Salam sejahtera semua... Kali ini aku berjaya membuat rakaman video untuk prestasi kereta aku dalam ujian kelajuan 0-100 km/j. Keputusannya aku adalah 11.5 saat dengan pengubahsuaian yang telah aku buat seperti berikut :-

full ekzos modified, ngk irridium spark plug, tomei fuel pressure regulator, light weight crank pulley, redline drop in air filter, oil catch tank, extractor 4-2-1, rim 16', spec tayar 205/55/91w series, tayar made in china, tabung tengah 2 way inlet pipe, mufler pendek Pro1.





Sekian, terima kasih...






Selasa, 2 Oktober 2012

Badminton FRZ 28.09.2012

Game serius yang dimainkan pada waktu tersebut... Begitu seronok dan berpuas hati pada waktu itu... Saksikanlah....