Nuffnang Ads

Khamis, 28 Jun 2012

Cara Atau Kaedah Untuk Memanjangkan Tempoh Sah Kredit Talian Bimbit Anda Selama Setahun Atau Lebih

Salam sejahtera....

    Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana anda boleh jadikan nilai kredit dalam sim kad anda bertahan untuk tempoh setahun. Aku terjumpa satu page yang mengutarakan cara dan kaedahnya. Sumber.. Dipetik dari web tersebut seperti di bawah :-



Untuk Celcom
Ok, sebelum korang gunakan code dibawah, pastikan korang topup dulu samada RM30 atau RM50. Sebabnya nilai ini akan ditolak sebagai pendaftaran korang untuk aktifkan sim kad selama setahun tanpa reload.
EXP1 send to 28882 – RM30 will be deducted for 1year validity.
EXP2 send to 28882 – RM50 will be deducted for 2years validity.
**syarat tambahan : pastikan reload sekurang-kurangnya RM30 dalam tepoh 6 bulan selepas pengaktifan.

* Untuk celcom ni aku buat dan jadilah... aku buat untuk akaun simkad aku... expired next Julai 2013... hehe...



Untuk Maxis (Hotlink)
Minimum kredit diperlukan adalah RM33.
Untuk aktifkan, taip *108*6#  dan tekan butang ‘call’ pada phone.
Call rates
Normal With RM30 top up or more
(valid for 30days) SMS Rates
Activ10 15sen/min 15sen/min 1sen/SMS
Hotlink to same network 39sen/min 36sen/min 7sen/SMS
Hotlink to different network 49sen/min 36sen/min 15sen/SMS

* Untuk maxis ni aku dah berjaya buat untuk akaun simkad ibuku... agak susah ckit... maximum 365 hari sahaja... anda perlu membeli plan 365. Sila lihat kaedah di bawah :- (sebelum itu nombor arahan mungkin telah berubah tetapi arahan terperinci adalah sama. Sila ikut arahan terperinci yang diberikan)


Then follow by reply the EasyMenu step:  01-seterusnya , 8-Hotlink specials , 4-Hotlink 365 ,  1 -Teruskan ,  1- Langgan , 1- Langgan. Then you received a sms said that you've successfully switched to hotlink 365. Your current validity has now been extended with 365days.
Top up to ensure a minimum credit more than RM33 is in your prepaid account .
    
Hotlink 365 gives you the best call and SMS rates similar to our current best rate plan, which is Hotlink Plan. 
    Call rates  
Normal With RM30 top up or more
(valid for 30days) SMS Rates 
Activ10 15sen/min 15sen/min 1sen/SMS 
Hotlink to same network 39sen/min 36sen/min 7sen/SMS 
Hotlink to different network 49sen/min 36sen/min 15sen/SMS 

  
Note:  I’ve subscribed to Hotlink 365. But after using it for 3 months, I want to switch back to my old plan or to another plan. Can I do so? 
         No. You cannot migrate to any other plans until your Hotlink 365 expires. Your Hotlink 365 will only expire for the following  reasons: 
a) Failure to fulfill the accumulated top up condition of RM30 in the first six months of the subscription 
b) Failure to renew your Hotlink 365 when the 365 validity days are over. 
  
Note: You’ll be auto-switched to Hotlink Plan when your Hotlink 365 subscription expires. 
  
CONDITIONS 
  
1. Is there a condition I need to meet during my subscription to Hotlink 365? 
  
Yes. You will need to accumulate top up of RM30 or more in the first six months of your 365 validity days. (e.g. a minimum of RM5 x 6 months or RM10 x 3 months). 
  
2. I’ve subscribed to Hotlink 365. But I did not accumulate RM30 or more top up credits in the first six months of my 365 validity days. What will happen? 
  
If you did not fulfill the condition by Day 180, your Hotlink 365 subscription (and the remaining 180 validity days) will expire immediately. After that, you will be auto-switched to Hotlink Plan. You will then have to top up to earn your validity days (e.g. top up RM10 and get 10 validity days). You can subscribe to Hotlink 365 again by just dialing *108*6# and paying the RM33 annual fee. 
  
RENEWAL 
  
1. My 365 validity days are expiring soon. How can I renew it? How much will I be charged? 
  
You will receive a renewal invitation SMS 30 days before your plan’s expiry date. Just follow the instruction to renew. Once the renewal is successful, RM33 will be deducted from your account. 
  
2. What happens if I don’t renew the plan? 
  
You will be auto-switched to Hotlink Plan. You will now have to top up to earn your validity days (e.g. top up RM10 and get 10 validity days). You can always subscribe to Hotlink 365 again by just dialing *108*6# and paying the RM33 annual fee.

Note : Extract from Hotlink website
Reload Command For Prepaid:
Maxis Reload *111*14pin no# Call  Or Call 122 and follow Instruction. 
Maxis Check Balance = *122# Call
Maxis Easy Menu = *100# Call
Maxis Hotline Contact = 1300 820 120



Untuk DiGi
DiGi agak mudah, pastikan nilai kredit anda melebihi RM35
Digi Super Long Life: 365days with RM30
 Step To Activate as below:
Dial *128*4*3#  dan tekan butang Call






Ahad, 24 Jun 2012

Badminton FRZ Single Fakhrul vs Shahrul v2 22.06.2012

Salam sejahtera..

    Game kali ini aku bermain separuh mati... habis cungap dah tu aku main. control je tu... hehehehe... Masa mata 20-20 aku macam nak surrender dah.. Saksikan video di bawah :-







AFC Cup U22 2012 - Skuad OKS

Salam Sejahtera... Kejohanan Piala AFC 2013 telah membuka tirai dan Pasukan Malaysia U22 telah mengambil bahagian dengan perlawanan pertama mereka menentang Korea Selatan U22 pada 23 Jun 2012 di Youth Training Centre, Mnyanmar. Aku sedikit lambat untuk menyediakan artikel ini untuk rujukan semua. Di bawah terdapat beberapa maklumat mengenai Pasukan Malaysia U22 dan Jadual Perlawanan yang perlu diharungi oleh skuad OKS.


Gambar Lama Stadium Youth Training Centre, Mnyanmar


 1. Mohd Farhan Abu Bakar            2. Mohd Izham Tarmizi Roslan                3. Mohd Nazmi Faiz Mansor
4. D. Saarvindran                            5. Mohd Fadli Shas                                6. Mohd Irfan Fazail (Kapten)
7. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria  8. A. Thamil Arasu                                  9. Shahrul Mohd Saad    
10. Gary Steven Robbat                11. Nazirul Naim Che Hashim                  12. Mohammad Amer Saidin
13. Mohamad Fandi Othman         14. Syahrul Azwari Ibrahim                      15. Ahmad Hazwan Bakri
16. Mohd Azzizan Nordin              17. Muhamad Ilham Amirullah Razali       18. Ashri Chuchu
19. Mohd Rozaimi Abdul Rahman  20. Mohd Azif Nasrulhaq Badrul Hisham  21. Mohd Aminuddin Mohd
                                                                                                                            Noor
22. Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa    23. Wan Zack Haikal Mohd Noor 

Jurulatih - Ong Kim Swee 
Pengurus - Afandi Bin Hamzah 


Friendly Terakhir Sebelum Kejohanan AFC Cup 2013 

Malaysia U22    2-0    Qatar U22 
Thailand U22     1-3    Mnyanmar U22 
Maldives U22    0-5    Vietnam U22      


Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia U22

23.06.2012 @ 4.45 pm    - Malaysia U22    2-3    Korea Selatan U22





Pengadil Utama - Ali Sabbagh (Lebanon)
Penolong Pengadil Pertama - Birak Ziad (Lebanon)
Penolong Pengadil Kedua - Sergei Grishchenko ( Kyrgyzstan)
Pegawai Keempat - Faizulin Timur (Kyrgyzstan)

Gol
Minit 8 (Gol A. Thamil Arasu), Minit 13 (Gol Kim Hyunhun), Minit 32 (Gol Pak Kwangil), Minit 34 (Gol Jeong Jong Hee) ( Gol A. Thamil Arasu )

Video Highlight Gol Perlawanan Malaysia U22 vs Korea Selatan U22 23 Jun 2012


Video Separuh Masa Pertama Malaysia U22 vs Korea Selatan U22 23 Jun 2012


Video Separuh Masa Kedua Malaysia U22 vs Korea Selatan U22 23 Jun 2012


25.06.2012 / 4.45pm - Malaysia U22       7-0       Filipina U22

Gol
1- Rozaimi Abdul Rahman                minit ke 3, 35, 69, 75
2- Fandi Othman                              minit ke 33
3- Wan Zaharul Nizam                     minit ke 40
4- D. Saarvindran

Stadium Aung San
Pengadil Utama - Faizulin Timur (Kyrgyzstan)
Penolong Pengadil Pertama - Sergei Grishchenko (Kyrgyzstan)
Penolong Pengadil Kedua - Jang Myong Ho (Korea)
Pegawai Keempat - Almirdasi, Fahad Adwan M (Arab Saudi)

Video Highlight Sebahagian Gol Malaysia U22 vs Filipina U22 AFC Cup 2013


*** Baki lain-lain gol tak sempat nak disiarkan sebab banyak sangat... kekeke...


Highlight Full Goal 7-0 Malaysia U22 vs Filiphines U22 25.06.2012


28.06.2012 / 4.45pm - Malaysia U22 vs Taiwan U22
30.06.2012 / 7.45pm - Malaysia U22 vs Vietnam U22
03.07.2012 / 7.45pm - Malaysia U22 vs Mnyanmar U22


 Keputusan lain
 Qatar U22           2 - 0          Maldives U22
Tajikistan U22      1 - 2          Bahrain U22
Thailand U22        2 - 4          Korea DPR U22
Hong Kong U22   2 - 3          Cambodia U22
 Iran U22              1 - 0          Kuwait U22
Myanmar U22       5 - 1         Philippines U22
 Laos U22             0 - 2         China U22

*** Live Streaming Skuad Malaysia U22 pada sebelum ini aku dapat saksikan ketika bertemu dengan Korea Selatan U22 di Live Sports 4U Channel 5... Selamat menyokong Harimau Malaya!!!


 Kedudukan Semasa Malaysia U22 Kumpulan G Piala AFC U22 2013 



Khamis, 21 Jun 2012

Badminton FRZ Single Fakhrul vs Shahrul 11.06.2012

Salam sejahtera...

    Video di bawah adalah satu-satunya video dalam acara perseorangan yang dapat aku rakamkan secara penuh kali ini. Dulu-dulu punya permainan aku tidak ada buat rakaman disebabkan kekurangan peralatan yang sesuai...






Ahad, 3 Jun 2012

Khairul Fahmi Pemain Pilihan Asia Mei 2012


Salam sejahtera...

    Ingin aku kongsikan kepada semua peminat bola sepak tempatan mengenai pencapaian pemain kita yang diiktiraf oleh orang luar. Penjaga Gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat telah dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia oleh laman web goal.com.


Senarai Pemain Asia Yang Terpilih



    Goal.com has revamped the Asian Player and Team of the Month feature, giving you, the readers, an opportunity to express your opinion. Thanks to our worldwide team, we were able to put together a squad of the best Asian footballers throughout May in a 4-4-2 formation.

However, to assert who is the best Asian player for the month, we are calling on you, our loyal readers, to join in the poll and vote



  Khairul Fahmi Che Mat

    The 23-year-old Malaysian international has been virtually impenetrable for Kelantan this season, conceding the least goals in the league thus far to put the Red Warriors within sight of the summit of the Malaysian Super League. They trail Lions XII by six points with five games in hand. He pulled a couple of acrobatic saves against the league leaders and helped his side register a 3-0 victory to gain a strong foothold in the title race. Not only has he played a key role in ensuring a cleansheet in the three matches Kelantan featured in the last month but has often launched quick counterattacks which has led to crucial goals been scored.
  

Sumber Dari :  www.goal.com

Sesiapa yang rasa sedikit berbangga sila like artikel aku ni... hehehe... Sekian, terima kasih...







Sabtu, 2 Jun 2012

Convert Gearbox Proton Persona 2009 Manual Ke Auto

Salam sejahtera...

    Aku kini telah berubah selera untuk bertukar menggunakan kenderaan bertransmisi automatik. Oleh itu aku perlu membeli kereta baru... Oh tidak!!! kereta aku baru lagi. Aku pun tak mahu membazirkan wang untuk menanggung dua buah kenderaan buat masa ini dan tiada keperluan untuk itu. Oleh yang demikian, langkah penyelesaian terbaik adalah seperti tajuk di atas, menukar gearbox manual kereta aku kepada automatik. Masalahnya adakah aku perlu membeli gearbox automatik seketul? Perlukan peruntukan beribu juga itu.


Kereta Aku Sedang Menunggu Untuk Operation


   Cara lain adalah 'swap' ataupun tukar suka sama suka dengan pengguna kenderaan yang sama baka dengan kereta aku. Dengan kata lain menggunakan sistem 'barter'. Tapi jangan silap, penukaran ini perlukan peralatan - peralatan lain yang berkaitan, tidak semestinya aku bagi 3 barang dan aku juga dapat 3 barang. Sebabnya adalah supaya proses penukaran gear ini dapat dilakukan secara lengkap ke atas kereta yang terlibat iaitu setup automatik perlukan beberapa komponen yang akan aku terangkan secara kasar nanti.

    Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencari rakan yang mahu swap gearbox juga. Aku hanya mencari di mudah.com dan menjumpai 2 rakan yang menawarkan swap gearbox kereta Gen 2 dan sorang lagi Persona. Oleh sebab panel knob gearbox Gen 2 adalah bulat manakala kereta aku pula adalah bersegi ( segi empat ) maka aku membuat keputusan memilih rakan Proton Persona dan aku 'deal' dengannya.


    Kereta Rakan Swap Juga Sedang Menunggu Untuk Operation


    Langkah kedua pula adalah untuk mencari bengkel yang sesuai ataupun yang biasa dengan kereta berasaskan enjin Campro ini. Akhirnya aku mendapat cadangan dari rakan-rakan forum supaya aku membuat proses penukaran di Bengkel Wazi Motorsport di Kota Seri Kemuning, Shah Alam, Selangor. Aku diberitahu oleh rakan bahawa kos upah yang dikenakan adalah RM 400 sahaja tidak termasuk barang-barang. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, anda boleh berhubung dengan Bro Cupin yang merupakan 'incharge' di bengkel tersebut. Talian nombor Bro Cupin adalah 019-6400304. Bagi sesiapa yang mahu modified kereta mereka juga boleh dibuat disini sebab aku tengok bengkel ni ada juga membina kereta Proton Satria Neo untuk drag.

    Ok... sampai masa untuk aku 'deal' semula dengan rakan swap aku untuk penetapan tarikh berjumpa dan menghantar kereta terus ke bengkel. Untuk pengetahuan semua, rakan swap aku ni serah pada aku 100% untuk mencari bengkel yang bersesuaian. Pada awal bulan Mei 2012 aku telah menghantar kereta aku di Bengkel Wazi Motorsport di Shah alam dan aku pulang ke Temerloh dengan menaiki pengangkutan awam (komuter, LRT dan bas ).

   Nak dijadikan cerita, semasa pulang pula aku menghadapi masalah untuk mencari tiket bas pada waktu malam pulang ke Temerloh, tiket yang ada hanya ke Kuantan sahaja. Aku pun tekad membeli tiket bas ke Kuantan dengan hasrat untuk berhenti di tepi highway ataupun di RnR Temerloh. Tetapi hasrat aku tadi dihampakan oleh pemandu bas yang sifatkan pada aku memang betul-betul tidak berhati perut dengan menolak permintaan aku untuk turunkan aku di highway ataupun RnR Temerloh. Alasan yang diberikan pun tidak konkrit pada aku iaitu beliau menyatakan kebiasaannya pada waktu malam beliau tidak berhenti di mana-mana sehingga tiba di destinasi yakni di Kuantan.

    Gearbox Persona Manual (Mivec)

    Aku dengan berat hati menaiki bas tersebut dengan perasaan yang hampa dan bercampur marah. Dalam hati aku, di mana 'customer care' perkhidmatan bas ini? Tapi tidak apalah, sampai masa nanti tahulah ape yang aku akan buat. Semasa menaiki bas tersebut jam menunjukkan pukul 11.30pm dan tiba di Kuantan jam 2.30am. Sebelum tiba di kuantan, bas ini berhenti menurunkan penumpang di sekitar Gambang. 2-3 kali juga bas ini berhenti di tepi jalan Gambang. Perasaan hati lagi bertambah panas. Hampeh!!!.... Setibanya aku di Terminal Darul Makmur Kuantan, aku terpaksa mencari hotel untuk menginap semalaman lagipun aku belum solat isyak. Lebih selesa aku cari hotel untuk bermalam. Pada keesokan paginya aku pun menaiki bas ke Temerloh dan yang paling aku tidak suka, aku terpaksa EL... cuti...

   Ok, habis cerita aku pasal masalah yang terpaksa aku alami semasa pulang dari Shah Alam. Setelah kereta aku siap dalam masa 4 hari, aku pun bertolak ke Shah Alam menaiki kenderaan adik aku dengan membawa anak isteri sekali. Jumlah keseluruhan yang aku kena bayar adalah RM 510 lebih kurang la... campur minyak gearbox auto sekali. Semasa baru memandu pulang aku terasa pelik pada kereta aku, ada bunyi di bahagian hadapan. Aku bertanya pada Bro Cupin mengenai masalah baru yang aku hadapi beliau mengatakan tiada masalah semasa beliau last check. Akhirnya aku menjumpai punca masalah adalah bearing tayar kereta aku dah rosak. Nanti aku ceritakan pula dalam tajuk lain masalah mengenai bearing kereta macamana mahu kenalpasti kerosakannya..


Gearbox Persona Auto (mivec)


Sebelum aku terlupa, beberapa barang yang perlu aku swap dan aku dapat adalah seperti di bawah :-

Aku Bagi :-                                             Aku Dapat :-
1- Gearbox Manual                                * semua barang yang aku swap dapat kembali + TCU dan sistem
2- Clutch Padel                                         wiring auto gearbox ( hanya clutch pump dan padel aku tak
3- Gear Panel dan Knob                           dapat sebab tak perlu )
4- Panel Meter
5- Clutch Pump
6- Radiator
7- Brake Pump

* Untuk pengetahuan pembaca radiator perlu ditukar kerana radiator kereta transmisi automatik adalah lebih besar untuk menampung suhu minyak gearbox sekali dan brake pump juga perlu ditukar supaya lebih mencengkam untuk menahan tolakan semasa gearbox dalam kedudukan D dan semasa membrek.

Sekian sahaja coretan pengalaman aku mengenai proses swap dan convert gearbox Proton Persona 2009 aku ini. Sebarang pertanyaan ataupun komen sila kemukakan pada ruangan komen di bawah artikel ini.

Sekian, terima kasih.....