Nuffnang Ads

Khamis, 27 September 2012

Badminton FRZ 17 September 2012 Part 2

Sambungan dari Part 2....









Badminton FRZ 17 September 2012 Part 1

Salam sejahtera...

    Aktiviti terkini yang dirakam dan berjaya diupload ke dalam Youtube. Saksikanlah...








Ahad, 23 September 2012

DIY - Cara Pemasangan Fuel Pressure Regulator (FPR) Tomei


Salam sejahtera semua... sudah lama aku tidak meng'update' blog ini dengan artikel berkaitan dengan DIY terutama sekali berkaitan dengan kereta Proton Persona. Kali ini aku ingin kongsikan cara-cara atau kaedah pemasangan fuel pressure regulator (FPR) jenama tomei beserta dengan meter dalam unit psi. Pertama sekali aku telah membuat kajian dengan meng'google' laman sesawang berkenaan dengan FPR dan meminta pandangan rakan-rakan forum dalam Persona Racing Group (PRG di dalam Facebook.)

     Secara jujurnya aku memang tiada pengalaman dalam pemasangan FPR ini tetapi aku cuba memberanikan diri dengan membuat keputusan tidak memasang FPR ini di bengkel-bengkel yang dirasakan sesuai. Tulang belakang dalam projek aku ini adalah bro Qaixer yang sudi memberikan tunjuk ajar secara terus melalui telefon.

    Bagi Personarian, anda perlu berjiwa kental untuk pasang FPR ini secara berseorangan sebab mungkin akan terdetik perasaan kekesalan di dalam hati anda dek kepayahan untuk menyempurnakan proses pemasangan ini. Aku telah mengalaminya dan aku cuba tidak putus asa lebih awal walaupun hampir-hampir aku putus asa. Walaubagaimanapun apabila anda telah berjaya menyempurnakan proses pemasangan ini anda akan berasakan kepuasan dengan hasil kerja tangan sendiri.

    Oklah... banyak sangat aku celoteh nanti tak jadi kerja pulak. Langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam memulakan projek ini adalah anda perlu mendapatkan FPR Tomei ini. Aku telah dicadangkan oleh bro Qaixer untuk menggunakan brand Tomei ini. Oleh itu, aku beli FPR Tomei ini siap dengan meter sekali secara online melalui mudah.com dengan harga RM 85 (imitation). Adaptor FPR ini pula perlu dibeli secara berasingan dan aku dapat membeli adaptor FPR jenama Works dengan harga RM 55.00 dengan penjual yang berbeza kerana penjual FPR Tomei telah kehabisan stok untuk adaptor. Vacum Hose dan Fuel Hose juga anda perlu sediakan dalam panjang 3 kaki setiap hose. Untuk hose ini tadi bajet dalam RM 20 sahaja sebab aku dah lupa amaun asal. hehe.... Satu lagi klip pengunci hose juga perlu disediakan dalam 4 biji dengan saiz yang sesuai dengan hose tadi.

Ok... Sekarang lihat susunan gambar di bawah supaya lebih memahami aturan cara pemasangan FPR Tomei ini... :-


FPR Tomei dah siap dipasang dengan meter. Ada satu skrew perlu dibuka dengan pemutar skrew linekey untuk masukkan meter ini.

Peralatan yang aku gunakan semasa proses pemasangan fpr ini. Ada beberapa alat lagi yang tak masuk dalam gambar ini.


Mula-mula sekali buka klip pada adaptor minyak asal (oem) Proton Persona. Pada adaptor ini ada tertulis standard fuel pressure adalah 3.5bar. Elok klip ini dibuka dengan menggunakan playar.


Cabut adaptor ini.


Kemudian buka pula fuel return hose ini. Perlu menggunakan alat skrewdriver mata rata untuk cungkil sedikit pada ruang klip plastik. Hose ini agak tricky untuk dibuka.


Keluarkan 2 saiz O-Ring yang terdapat pada adaptor oem untuk digunakan semula pada adaptor Works. O-ring berwarna hijau pekat bersaiz besar dan O-ring berwarna hijau cair bersaiz kecil.


Gambar O-Ring bersaiz besar telah dikeluarkan. O-Ring bersaiz kecil masih belum dikeluarkan.


Getah bulat yang diperolehi sekali dengan pakej adaptor Works digunakan untuk menutup hujung fuel rail ini. laluan ini tidak digunakan kerana akan dialihkan pada Works adapter.


Gambar getah bulat yang telah dipasang pada hujung fuel rail.


Gambar Works adaptor


Adaptor telah dipasang dengan O-Ring bersaiz besar.


Kedua-dua O-Ring telah dikeluarkan dari adaptor oem. 


Adaptor yang telah siap dipasang dengan kedua-dua O-Ring.


Jika anda tidak memasukkan kembali kedua-dua O-Ring ini, aliran dan pancutan minyak akan keluar pada laluan kiri fuel rail yang telah ditutup dengan getah bulat hitam.


Gambar ini menunjukkan untuk laluan hose minyak dari fuel rail & adaptor Works.



Vacum Hose yang baru perlu digunakan untuk menggantikan salur vacum hose yang lama kerana sedikit pendek. 

Gambar ini menunjukkan kedudukan hose vacum yang telah dibuka pada intake manifold. Kepala penyambung vacum hose tidak kelihatan kerana kedudukannya sedikit sulit untuk diambil gambar. Nak cabut dan pasang semula hose vacum memerlukan kemahiran meraba-raba pada bahagian yang sempit ini. Bagi pemilik tangan yang agak besar anda perlu buka hose lain yang mengganggu laluan untuk proses pemasangan hose vacum.


Gambar menunjukkan hose kecil (hose vacum) yang disambungkan pada intake. 


Salah satu cara aku memasukkan klip pada adaptor dengan menggunakan playar. Sebelum klip dapat dimasukkan, anda perlu menekan adaptor dengan tenaga yang agak kuat, menyendal dan memasukkan klip tersebut sedikit demi sedikit kerana pada waktu ini aku boleh kategorikan sebagai tahap yang paling payah dalam proses pemasangan fpr ini.


FPR yang telah siap dipasang dengan hose nipple. Hose nipple ini perlu dibalut sedikit tebal dengan menggunakan tape putih (white tape). Jika tidak cukup tebal semasa minyak petrol masuk dalam fpr ini dengan tekanan akan menyebabkan kebocoran minyak. Ini bahaya jika anda tidak dapat kesan kebocoran ini pada peringkat awal. 



Gambar menunjukkan hose yang akan disambungkan kepada hose return ke tank. Klip perlu diketatkan dengan secukupnya.


Hose sebelah kiri adalah dari fuel rail. Klip juga perlu diketatkan dengan secukupnya.



Penyambung berbentuk L ini perlu dibalut tebal dengan menggunakan tape putih sebelum dipasang pada adaptor works dan ke fpr.


Satu lagi hulu yang bertakuk tidak perlu dibalut dengan tape putih

Kedudukan fpr yang telah dipasang pada firewall kereta.


Hose yang kecil dari atas fpr ini adalah hose vacum yang disambungkan ke intake.


Adaptor yang telah siap dipasang dengan penyambung L beserta dengan hose minyak dengan panjang yang bersesuain dengan kedudukan fpr yang akan dipasang pada firewall kereta anda. Hose yang melintang di atas hose minyak ini adalah hose return ke tank.



Kerja-kerja kekemasan hose-hose yang berselirat boleh dilakukan dengan menggunakan kabel tight selepas selesai proses pemasangan fpr.


Gambar dari atas engin bay menunjukkan hasil kerja-kerja pemasangan fpr ini. Aku tidak memotong hose-hose terlalu pendek atau ngam dengan gajet atas alasan jangka panjang.


Gambar dekat adaptor yang telah siap dipasang.


Untuk setting tekanan fpr yang dikehendaki anda perlu membuka vacum hose ini supaya tekanan yang dikenakan adalah lebih tepat ibarat anda sedang full throttle ketika ini. Setting asal seperti gambar di atas ketika ini adalah tidak tepat kerana meter yang aku guna ini dalam unit psi manakala pada adaptor oem dalam unit bar. Tujuan aku pasang fpr ini adalah untuk meningkatkan tekanan minyak lebih dari 3.5 bar. Ini sifir mudah yang perlu anda tahu, 1bar = 14.5psi.



Apabila anda memasang semula vacum hose meter akan drop sedikit kerana diagram akan ditarik sedikit oleh udara dari intake.

*** Nota Penting
- Selepas selesai proses penyambungan hose-hose, anda perlu membuat pemeriksaan pada hose-hose tersebut supaya tidak bocor dengan 'on' kan tetapi bukan 'start' enjin. Aku sendiri telah beberapa kali mengesan kebocoran dan mengambil tindakan pembetulan semula dengan menebalkan tape putih pada penyambung-penyambung yang bocor.

    Ok... Selesai sudah cara dan kaedah pemasangan untuk Fuel Pressure Regulator Tomei (imitation). Aku sarankan bagi yang mempunyai lebih wang dapatkanlah fpr origanal yang berharga sedikit mahal sekitar RM 200-300. Mesti puas hati... Ini kerana fpr yang imitation mungkin mudah rosak terutama valve yang akan menyebabkan bunyi seperti bunyi tekukur. Masalah ini ada dikongsikan di laman web Youtube.

Tambahan Penjelasan Terperinci Setting FPR Tomei


Gambar di atas menerangkan cara untuk adjust nat yg sepatutnya iaitu nat yang bernombor 1 perlu dilaraskan kosong bermaksud ada 'freeplay'. Nat yang no 2 itu pula perlu dilaras ke kiri atau ke kanan untuk disetkan pada tekanan yang anda kehendaki. Yang paling penting unit yang digunakan meter itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu jikalau unit yang digunakan adalah PSI anda perlu convert kan dahulu ke unit BAR. Nat yang no. 3 itu tiada fungsi penting kerana ia boleh dilaraskan 360' untuk meletakkan hose fuel tersebut pada kedudukan yang terbaik.

Video Pelarasan Atau Cara Setting FPR Tomei pun ada :-


    Sekian sahaja perkongsian ilmu automotif aku kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perbincangan sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah artikel ini.

Sekian, terima kasih....