Nuffnang Ads

Selasa, 5 Februari 2013

DIY - Cara Cuci Throttle Body Campro Proton Persona 1.6


Salam sejahtera...

     Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lambat aku buat artikel DIY cuci throttle body campro ini, tapi akhirnya boleh juga disiarkan di laman blog ini. Konsep cuci yang aku gunakan adalah sedikit berbeza dengan bengkel-bengkel di luar sana disebabkan aku menggunakan konsep 'dressing' bagi istilah kesihatan iaitu kaedah mencuci kesan luka bagi pesakit diabetis.

     Cuma aku tak menggunakan alkohol dan cecair lain, aku hanya menggunakan tisu bersih sahaja. Kebanyakan bengkel-bengkel menggunakan 'throttle body cleaner' dalam bentuk spray tin. Oleh sebab semasa projek dibuat aku berada di kampung isteri dan tiada kenderaan lain untuk pergi ke kedai 'spare part', aku teruskan juga projek DIY tanpa menggunakan bahan 'cleaner' tersebut.

     Sila lihat susunan gambar di bawah untuk memulakan prosedur pencucian throttle body campro ini :-

Pertama sekali anda perlu buka kotak penapis udara sehingga seperti gambar di atas ini. Kasi buka habis senang sikit nak buat kerja....


Langkah seterusnya adalah dengan membuka 4 skrew yang berkedudukan seperti bulatan kecil berwarna kuning. Satu sensor juga perlu dibuka yang berkedudukan seperti di bulatan besar berwarna kuning.


Jeng... jeng... jeng.... buka je throttle body dah nampak kekotoran yang agak tebal... ini fokus kat intake window 


Lagi sakit mata apabila zoom dekat ni...


kekotoran yang melekat pada permukaan throttle body campro


Sebahagian tisu-tisu yang aku guna untuk membuang sisa kotoran minyak. Konsep pakai buang....


Ini gambar throttle body dah 80% bersih. Gambar yang 100% bersih lupa pula nak snap...

     Selepas anda selesai membersihkan 'throttle body' dan 'window intake manifold' tersebut dengan menggunakan teknik swap dan sapu, anda boleh pasang semula 'throttle body' dan kotak penapis udara pada kedudukan asalnya. Hidupkan enjin dalam kadar 5 minit supaya sensor 'throttle body' dapat berfungsi dengan baik. Pastikan tiada lampu 'check engine' menyala... Jikalau semasa enjin baru dihidupkan dan enjin melahu dalam keadaan tidak stabil, biarkan dahulu sehingga ia melahu dengan stabil. Kemudian, anda cuba rem untuk melihat respon 'throttle body' yang telah bersih dicuci...

Sekian, hanya sampai disini sahaja perkongsian ilmu yang ingin disampaikan. Terima kasih....