Nuffnang Ads

Jumaat, 2 September 2011

DIY - Cara Untuk Reset Throttle Body Campro Proton Persona

Salam sejahtera semua....

Kali ini aku ingin kongsikan cara mudah bagaimana untuk anda reset semula throttle body kereta Proton Persona... Cara ini dipercayai untuk meningkatkan tahap respon kereta anda. Seelok-eloknya sebelum reset throttle body hendaklah bersihkan dahulu throttle body kereta anda...



Ada yang cuci menggunakan chemical atau hanya sekadar mengelap dengan kain bersih sahaja.. Biasanya saya hanya mengelap menggunnakan kain bersih... akan saya tunjukkan cara bagaimana untuk membersihkan throttle body pada artikel yang akan datang.. Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan seperti di bawah :-

1- Masukkan kunci kereta dan 'on' kan selama beberapa minit, lebih kurang 2 minit. Jangan hidupkan enjin kereta anda, cukup sekadar semua lampu isyarat pada meter menyala.

2- Tutup semula suis kereta yang telah dibuka selama beberapa minit tadi.

3- Tekan pedal minyak kereta anda sepenuhnya sehingga jejak ke lantai dan 'on' kan semula suis seperti pada langkah pertama tadi. Biarkan selama 10 saat dengan pedal minyak tidak dilepaskan. Anda akan mendengar bunyi throttle body me 'reset'.

Kebanyakannya akan merasakan perbezaan respon semasa memandu selepas throttle body di reset... Sebarang pertanyaan, komen, perbincangan, sila kemukakan pada ruangan komen di bawah.

Selamat mencuba... Sekian, terima kasih....