Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Julai 2015

DIY - Cara Adjust Tappet Yamaha LC 135

 

Salam sejahtera semua... Post kali ini berkaitan cara atau kaedah yang aku buat untuk adjust tappet motosikal aku setelah aku tukar camshaft jenis Alang Camshaft. Buat warga permotoran mungkin ramai yang kenal produk Alang ni yang bertapak di Keratong, Pahang. Gambar dalam artikel ini aku ada kongsikan di dalam Page Facebook eilarazi.blogspot.com beberapa bulan lepas.

 Ok, kita mula yang pertama dulu. Perlu buka bakul jika ada bakul, fairing kiri kanan kena buka. Radiator dan water pump juga perlu dibuka. Sebelum nak buka radiator dan water pump kena standby bekas untuk tadah coolant yang akan keluar dari hose semasa dibuka. Boleh digunakan semula coolant ini. Radiator cuma ada 1 skrew je perlu buka yang lain cuma mounting sahaja. Water pump pula ada 3 bolt nut saiz 8 yang perlu dibuka.

 Ginilah rupa selepas dibuka radiator, fairing... Selepas ini perlu dibuka cover head dan hose yang ada di atas cover head ini perlu dibuka untuk memudahkan prosedur setting cam nanti.

Selepas cover head dibuka akan terlihatlah 4 biji spring yang mana di tengah-tengah spring itu adalah valve

Di pangkal valve ada rocker arm yang akan menekan cam mengikut aturan dari benjolan cam. 2 bji valve spring di atas adalah untuk intake yakni kemasukan campuran minyak petrol dan udara dan 2 biji valve spring di bawah adalah untuk ekzos yakni laluan keluar sisa mampatan campuran udara dan petrol.

 
 Biasanya ukuran kelonggaran diantara rocker arm dan valve di bahagian intake adalah 0.002 inci jika menggunakan filler gauge yang menggunakan ukuran inci manakala ukuran di bahagian ekzos adalah 0.004 inci. Ini adalah ukuran yang aku rasa sesuai untuk mendengar bunyi enjin yang senyap dan aku kategorikan sebagai setting 1. Jika mahu enjin rasa lebih bertenaga boleh cuba ukuran bagi intake 0.004 inci manakala ukuran bagi ekzos pula 0.006 inci (setting 2).Walaubagaimanapun bagi setting 2 ini akan kedengaran sedikit bunyi tappet sewaktu enjin hidup.

Sebelum membuat setting pada tappet tadi, anda perlu membuat marking yang betul seperti di dalam gambar di atas. Sewaktu marking dalam kedudukan ini piston dalam kedudukan TDC (Top Death Center). Dalam kedudukan ini keempat-empat valve dalam keadaan tertutup. Selepas ukuran pelarasan tappet selesai anda perlu membuat semakan dengan membuat 2x pusingan pada crankshaft dengan menggunakan spanar saiz 17. Jika tiada rasa sangkut ini bermakna pelarasan yang dibuat tadi adalah selamat dan betul.
 
 Lock tengah berwarna hitam ini adalah kedudukan di mana camshaft LC berada. Jika anda hendak membuat penukaran camshaft anda perlu melonggarkan rantai kecil ini dan ikat dengan dawai supaya ianya tidak jatuh ke bawah semasa rantai ini dikeluarkan dari kedudukannya. Bab penukaran camshaft ini aku tak nak sentuh sangat sebab tiada gambar yang aku sempat ambil.

 
       Selepas siap adjust tappet tadi dan selepas membuat semakan dengan putaran crankshaft secara manual anda boleh pasang semula cover head, water pump, radiator. Masukkan semula coolant dan anda perlu tambah sedikit coolant yang mana jatuh ke lantai. Start dan teliti bunyi enjin motosikal anda. Selamat Mencuba!

Sekian, terima kasih....