Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Julai 2015

DIY - Cara Adjust Tappet Yamaha LC 135

 

Salam sejahtera semua... Post kali ini berkaitan cara atau kaedah yang aku buat untuk adjust tappet motosikal aku setelah aku tukar camshaft jenis Alang Camshaft. Buat warga permotoran mungkin ramai yang kenal produk Alang ni yang bertapak di Keratong, Pahang. Gambar dalam artikel ini aku ada kongsikan di dalam Page Facebook eilarazi.blogspot.com beberapa bulan lepas.

 Ok, kita mula yang pertama dulu. Perlu buka bakul jika ada bakul, fairing kiri kanan kena buka. Radiator dan water pump juga perlu dibuka. Sebelum nak buka radiator dan water pump kena standby bekas untuk tadah coolant yang akan keluar dari hose semasa dibuka. Boleh digunakan semula coolant ini. Radiator cuma ada 1 skrew je perlu buka yang lain cuma mounting sahaja. Water pump pula ada 3 bolt nut saiz 8 yang perlu dibuka.

 Ginilah rupa selepas dibuka radiator, fairing... Selepas ini perlu dibuka cover head dan hose yang ada di atas cover head ini perlu dibuka untuk memudahkan prosedur setting cam nanti.

Selepas cover head dibuka akan terlihatlah 4 biji spring yang mana di tengah-tengah spring itu adalah valve

Di pangkal valve ada rocker arm yang akan menekan cam mengikut aturan dari benjolan cam. 2 bji valve spring di atas adalah untuk intake yakni kemasukan campuran minyak petrol dan udara dan 2 biji valve spring di bawah adalah untuk ekzos yakni laluan keluar sisa mampatan campuran udara dan petrol.

 
 Biasanya ukuran kelonggaran diantara rocker arm dan valve di bahagian intake adalah 0.002 inci jika menggunakan filler gauge yang menggunakan ukuran inci manakala ukuran di bahagian ekzos adalah 0.004 inci. Ini adalah ukuran yang aku rasa sesuai untuk mendengar bunyi enjin yang senyap dan aku kategorikan sebagai setting 1. Jika mahu enjin rasa lebih bertenaga boleh cuba ukuran bagi intake 0.004 inci manakala ukuran bagi ekzos pula 0.006 inci (setting 2).Walaubagaimanapun bagi setting 2 ini akan kedengaran sedikit bunyi tappet sewaktu enjin hidup.

Sebelum membuat setting pada tappet tadi, anda perlu membuat marking yang betul seperti di dalam gambar di atas. Sewaktu marking dalam kedudukan ini piston dalam kedudukan TDC (Top Death Center). Dalam kedudukan ini keempat-empat valve dalam keadaan tertutup. Selepas ukuran pelarasan tappet selesai anda perlu membuat semakan dengan membuat 2x pusingan pada crankshaft dengan menggunakan spanar saiz 17. Jika tiada rasa sangkut ini bermakna pelarasan yang dibuat tadi adalah selamat dan betul.
 
 Lock tengah berwarna hitam ini adalah kedudukan di mana camshaft LC berada. Jika anda hendak membuat penukaran camshaft anda perlu melonggarkan rantai kecil ini dan ikat dengan dawai supaya ianya tidak jatuh ke bawah semasa rantai ini dikeluarkan dari kedudukannya. Bab penukaran camshaft ini aku tak nak sentuh sangat sebab tiada gambar yang aku sempat ambil.

 
       Selepas siap adjust tappet tadi dan selepas membuat semakan dengan putaran crankshaft secara manual anda boleh pasang semula cover head, water pump, radiator. Masukkan semula coolant dan anda perlu tambah sedikit coolant yang mana jatuh ke lantai. Start dan teliti bunyi enjin motosikal anda. Selamat Mencuba!

Sekian, terima kasih....






21 ulasan:

  1. Assalam bro boleh adjust tappet motor lc sy tak? Bunyi terlalu kuat sgt.kedai motor cina kbykannya tak nak buat.leceh katanya.

    BalasPadam
  2. Assalam bro boleh adjust tappet motor lc sy tak? Bunyi terlalu kuat sgt.kedai motor cina kbykannya tak nak buat.leceh katanya.

    BalasPadam
  3. Salam bro..ada cara untuk tukar rantai kecik x? N lebih detail lg nk ikat ranti kecik sebb sekarang moto saya bunyi kuat..terima kasih bro..sy selalu ikut panduan bro tukar kompenen kete..hehe

    BalasPadam
  4. Salam bang..boleh bg num fon abg? Utk guide sy..kalau xkeberatan

    BalasPadam
  5. Salam bang..boleh bg num fon abg? Utk guide sy..kalau xkeberatan

    BalasPadam
  6. Ilmu yang berguna.. Saya selalu modi moto saya  tapi kurang tahu pasal jarak tepet dengan valve dengan betul.. Thanks bro

    BalasPadam
  7. Asalam..saya ada lc135 lama...ada bunyi dalam enjin mcm ada bunyi ketukan..mcm bunyi longgar pun ada...mkn pemegang piston atau camsft dah haus..tak tahulah..boleh tak bro bgtau masalah ni..klu nak baiki..angaran berapa kos nak baiki klu bukak enjin dan munkin tkar bering piston atau tukar camsft..

    BalasPadam
  8. Asalam..saya ada lc135 lama...ada bunyi dalam enjin mcm ada bunyi ketukan..mcm bunyi longgar pun ada...mkn pemegang piston atau camsft dah haus..tak tahulah..boleh tak bro bgtau masalah ni..klu nak baiki..angaran berapa kos nak baiki klu bukak enjin dan munkin tkar bering piston atau tukar camsft..

    BalasPadam
  9. Asssalamualaikum bro... Macam mana nak ketatkan rantai kecil ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nk ketatkan timing chain setiap moto standard pakai auto chain tensioner, perhatikan moto LC135 pada blok (bahagian timing chain) ade satu bentuk macam 3 segi timbul.. itulah auto chain tensioner.. kalau nk tukar manual pun bole..

      Padam
  10. Bro ni juz share je utk DIY bukan pomen kedai nak rpair mtor sbb bro ni kje tetap sbgai P.Pgawai Kshitan U29. Klau nk jumpa g klinik kesihatan kuantan. Skag dia sibuk DIY kreta je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nsib U29, klau U41 boleh kautim minta MC huhu

      Padam
    2. kalau u41 pun P.Pegawai Kesihatan mana bleh kuar MC bro..hahaha

      Padam
    3. sudah naik ka gred utk pegawai kesihatan/perubatan? 41 naik 44 baru boleh ka?

      Padam
  11. Bro ni Pen.Peg.Kesihatan Persekitaran aka IK..nk kawtim MC mmg xdpt ler.tp klu umah ada jentik-jentik bleh la kawtim denda..huhuhu

    BalasPadam
  12. Oo. tpi btul lah sperti ana ckap klau ante pnya gred U41/44 bhgian perubatan bolehlah kasi kawtim itu MC hihi.

    BalasPadam
  13. Salam saya nak tny. Marking pada magnet tu ada tiga line. Yang mana satu marking yang betul untuk ejust tapek. Dan apa perbezaan ketiga2 marking tapek tu dan funtion nya..
    Harap dapat membantu terima kasih..

    BalasPadam
  14. Salam saya nak tny. Marking pada magnet tu ada tiga line. Yang mana satu marking yang betul untuk ejust tapek. Dan apa perbezaan ketiga2 marking tapek tu dan funtion nya..
    Harap dapat membantu terima kasih..

    BalasPadam