Nuffnang Ads

Ahad, 22 April 2012

Aktiviti Badminton Pada 02.04.2012

Salam sejahtera...

   Aktiviti aku pada waktu malam aku paparkan di dalam video untuk tontonan rakan-rakan yang kaki badminton jugak... Semoga terhibur...












   


Proton Preve' Kemalangan





Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada waktu petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 km/j namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.




Pada pandangan aku, kereta pandu uji tidak boleh dipandu melebihi had laju jalanraya kebangsaan kerana ia boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalanraya yang lain. Jika hendak menguji kekuatan enjin kenderaan ujian, perlulah dibuat di litar-litar yang ada di dalam negara kita ini. Perkara negatif seperti ini perlu dielakkan oleh Proton kerana pengkritik akan mudah untuk menjadikan bahan kritikan pada artikel mereka.

Sekian, terima kasih....











Isnin, 16 April 2012

Hasil Undian Pasukan Piala Thomas Malaysia Mei 2012



Salam Sejahtera...

    Seperti yang ramai peminat badminton tanah air sedia maklum mengenai Kejohanan Piala Thomas 2012, pasukan kita, Malaysia telah layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu dalam kelompok 12 pasukan terbaik dunia. Untuk makluman, Pasukan Malaysia telah melalui pusingan kelayakan zon Asia pada Februari yang lepas.


 Harapan Utama Dato' Lee Chong Wei

    Harapan Utama kita masih lagi pada Dato' Lee Chong Wei untuk mengutip mata pertama menerusi acara perseorangan. Harapan aku sebagai peminat sukan badminton agar akan segera lahir bakat baru perseorangan yang handal mungkin personalitinya tidak seperti Dato' Lee Chong Wei, tetapi prestasinya yang menjadi ukuran aku. Aku mengharapkan Dato' LCW dapat menunjukkan kejaguhan beliau yang memang diakui hebat diperingkat dunia.

 Harapan Utama Regu Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong

   Regu utama kita pula membuatkan aku sedikit risau kerana kurang konsistensi pada prestasi mereka tidak seperti pada awal kemunculan regu ini yang amat 'menakutkan' pasangan regu dunia yang lain. Aku harap regu utama kita ini dapat memperbaiki masalah konsistensi pada kejohanan Piala Thomas 2012 ini.


Harapan Perseorangan Kedua Hafiz Hashim


   Perseorangan kedua kita pula walaupun kurang kejohanan yang dimenanginya, kita perlu akui bahawa Hafiz Hashim masih diperlukan bagi Pasukan Badminton Malaysia. Aku mahu lihat beliau ketika zaman kemuncaknya dan pada kejohanan kali inilah beliau perlu mengambil kesempatan untuk kembali menyinar seperti dulu. Aku mahu corak permainan Hafiz Hashim lebih agresif tetapi perlu diingat, pertahanan juga perlu bagus.

Hasil Undian Bagi Pasukan Piala Thomas 2012

KUMPULAN A - China, Indonesia, England
KUMPULAN B - Jepun, Russia, New Zealand
KUMPULAN C - Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
KUMPULAN D - Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat

   Akhir kata aku mengharapkan Pasukan Badminton Malaysia tiada masalah untuk menang pada peringkat kumpulan pusingan akhir ini dan pihak kejurulatihan dapat menggunakan strategi yang berkesan untuk berjaya dan muncul Juara Piala Thomas Tahun 2012 ini...

   Sekian, terima kasih....