Nuffnang Ads

Isnin, 16 April 2012

Hasil Undian Pasukan Piala Thomas Malaysia Mei 2012



Salam Sejahtera...

    Seperti yang ramai peminat badminton tanah air sedia maklum mengenai Kejohanan Piala Thomas 2012, pasukan kita, Malaysia telah layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu dalam kelompok 12 pasukan terbaik dunia. Untuk makluman, Pasukan Malaysia telah melalui pusingan kelayakan zon Asia pada Februari yang lepas.


 Harapan Utama Dato' Lee Chong Wei

    Harapan Utama kita masih lagi pada Dato' Lee Chong Wei untuk mengutip mata pertama menerusi acara perseorangan. Harapan aku sebagai peminat sukan badminton agar akan segera lahir bakat baru perseorangan yang handal mungkin personalitinya tidak seperti Dato' Lee Chong Wei, tetapi prestasinya yang menjadi ukuran aku. Aku mengharapkan Dato' LCW dapat menunjukkan kejaguhan beliau yang memang diakui hebat diperingkat dunia.

 Harapan Utama Regu Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong

   Regu utama kita pula membuatkan aku sedikit risau kerana kurang konsistensi pada prestasi mereka tidak seperti pada awal kemunculan regu ini yang amat 'menakutkan' pasangan regu dunia yang lain. Aku harap regu utama kita ini dapat memperbaiki masalah konsistensi pada kejohanan Piala Thomas 2012 ini.


Harapan Perseorangan Kedua Hafiz Hashim


   Perseorangan kedua kita pula walaupun kurang kejohanan yang dimenanginya, kita perlu akui bahawa Hafiz Hashim masih diperlukan bagi Pasukan Badminton Malaysia. Aku mahu lihat beliau ketika zaman kemuncaknya dan pada kejohanan kali inilah beliau perlu mengambil kesempatan untuk kembali menyinar seperti dulu. Aku mahu corak permainan Hafiz Hashim lebih agresif tetapi perlu diingat, pertahanan juga perlu bagus.

Hasil Undian Bagi Pasukan Piala Thomas 2012

KUMPULAN A - China, Indonesia, England
KUMPULAN B - Jepun, Russia, New Zealand
KUMPULAN C - Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
KUMPULAN D - Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat

   Akhir kata aku mengharapkan Pasukan Badminton Malaysia tiada masalah untuk menang pada peringkat kumpulan pusingan akhir ini dan pihak kejurulatihan dapat menggunakan strategi yang berkesan untuk berjaya dan muncul Juara Piala Thomas Tahun 2012 ini...

   Sekian, terima kasih....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan