Nuffnang Ads

Ahad, 19 Februari 2012

Ulasan Mengenai Prestasi Skuad Badminton Piala Thomas Pusingan Kelayakan Asia Di Macau Tahun 2012

Profile Info Facebook Page Revolusi Harimau Malaya

Salam sejahtera...

    Di bawah adalah komen yang menarik perhatian aku mengenai skuad Piala Thomas Malaysia pada Pusingan Kelayakan Asia di Macau Tahun 2012 yang baru berlangsung baru-baru ini. Ulasan di bawah dikarang oleh PEDAS - Admin page FB Revolusi Harimau Malaya (HMC) - kredit untuk beliau!!!


Keputusan Kelayakan Asia badminton Piala Thomas separuh akhir, MALAYSIA 2-3 INDONESIA :

Skuad Malaysia yg sudah layak secara AUTOMATIK ke Piala Thomas di Wuhan merehatkan beberapa pemain utama spt Lee Chong Wei, Hafiz Hasim dan Tan Boon Heong dalam saingan separuh akhir berdepan Indonesia.

Kesempatan ini diambil untuk menguji SEJAUH MANA kemampuan beberapa pemain muda dan baru dalam berdepan yg lawan yg kuat dari Indo. Percaturan ini ternyata AMAT BIJAK dan kita berjaya mengesan beberapa pemain muda yg layak utk beraksi dalam skuad Piala Thomas disamping mengaburi mata lawan mengenai kekuatan sebenar skuad negara.

Pemain muda dan perseorangan ketiga skuad piala thomas, Liew Darren berjaya memberi saingan dan mendahului Simon Santoso 2-7 sebelum simon menarik diri kerana cedera. Semalam Liew Darren memberi saingan sengit kpd pemain jepun, Kenichi Tago sebelum kalah 28-30 dan 19-21. Ini membuktikan beliau layak berada dlm skuad piala thomas dan memperbaiki permainan dalam beberapa bulan sebelum saingan Piala Thomas yg sebenar bermula.

Ketua jurulatih beregu mencuba pula gadingan baru acara beregu iaitu pemain muda, Goh V shem dengan Thien How Hoon, ternyata percaturan ini MENJADI apabila gadingan baru ini berjaya mengejutkan beregu no 2 Indonesia, Alvent Yulianto dan Hendra Gunawan 21-14, 21-18.

Perseorangan ke 4 negara, Muhammad Arif Latif pula GAGAL menampilkan aksi yg menyakinkan apabila tewas mudah dalam semua perlawanan yg dilaluinya. Arif kemungkinan akan DISINGKIRKAN dari skuad Piala Thomas dan mungkin akan digantikan dengan juara remaja dunia dan Asia iaitu Zulfadli Zukifli. Sebab tu BAM menyenaraikan Arif untuk saingan kelayakan supaya dia boleh membuktikan kemampuannya. Nampaknya Arif gagal kali ini dan kemungkinan akan ditukar dengan Zulfadli.

Satu lagi gandingan beregu baru yang ingin dicuba iaitu, Lim Kim Wah dan Teo Kok Siang berdepan beregu no 3 Indonesia iaitu Markis Kido dan Hendra Setiawan. Nampaknya gadingan ini tidak MENEMUI KESERASIAN dan gagal menampilkan aksi yg menyakinkan apabila tewas 16-21 dan 13-21.

Koo Kien Keat yang bermain sebagai perseorangan ketiga tewas kepada Dionysius Hayom Rumbaka; 8-21, 9-21. Percaturan ini adalah untuk menguji kekuatan lawan dan kemampuan Koo Kien Keat bermain dalam acara perseorangan.

Leading 2-0, namun membiarkan indonesia menang akhirnya 2-3. Namun kekalahan tidak membawa sebarang makna kerana mereka hanya menguji beberapa pemain untuk MEMBINA BARISAN SKUAD PIALA THOMAS yang mantap. China pun hanya turunkan SKUAD KEDUA mereka sahaja dan mereka akan turunkan barisan terkuat dalam saingan sebenar nanti.

Malaysia dapat tempat ke 4... Tahniah!

Piala Uber Malaysia dah bungkus setelah tewas 0 -5 Indo pagi tadi dan mereka TIDAK LAYAK ke Piala Uber.. Apa pun tahniah juga kepada mereka kerana sudah berusaha sebaik mungkin kerana skuad Piala Uber merupakan skuad termuda kerana pemain ini dibarisi oleh pemain muda bawah 23 tahun kecuali pasangan beregu senior.
  
   Sekian, terima kasih.... 





   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan