Nuffnang Ads

Khamis, 29 Mei 2014

DIY - Aircond Filter Proton Persona Tanpa Bracket Lock


Salam sejahtera semua...

     Aku rasa ramai yang tau filter aircond proton persona anda yang berada di bawah dashboard belah kiri kereta anda. Biasanya kalau rasa aircond dah kurang sejuk anda hanya perlu membersikan filter aircond ini sahaja disebabkan habuk yang melekat pada filter ini. Barangkali ada bengkel servis kereta anda membersihkan sekali aircond filter ini. Oleh sebab itu anda perlu memastikan klip lock pada filter ini sentiasa ada selepas meninggalkan bengkel sebab pada kereta aku pun dah hilang dan tidak pasti tertinggal di bengkel yang mana. Dan sejak itu juga jika ada masa lapang aku akan servis kereta sendiri termasuk penukaran minyak enjin kereta.

     Berbalik cerita pada lock filter aircond ini, jika tiada lock filter ini akan jatuh ke bawah dan tidak dapat berada pada tempat asalnya. Anda boleh membuang filter ini terus dari kereta anda tetapi anda akan mengambil risiko coil aircond yang berada di bawah dashboard akan cepat rosak dan kos untuk penukaran coil aircond agak mahal disebabkan perlu membuka dashboard kereta anda. Kos upah sahaja dianggarkan RM 300 tidak termasuk harga coil aircond.

     Oleh itu, pentingnya filter aircond ini di dalam kereta anda. Di bawah ini ada cara atau kaedah mudah untuk memastikan filter aircond dapat berada pada tempatnya. Anda hanya perlu sediakan double tape dan gunting sahaja. Sila rujuk gambar di bawah :-


Double sided dilekatkan pada dua sudut atas aircond filter seperti ini. Sebelum itu pada bahagian yang terlibat anda perlu membuang sisa span asal yang telah rosak.


Begini keadaan filter aircond setelah siap double sided diletakkan. Apabila anda meletakkan filter ini dalam kotak salur aircond di bawah dashboard ia akan masuk dengan secukupnya. Fit dan ketat...


     Sehingga saat aku menulis artikel ini filter aircond pada kereta aku masih berada di tempatnya. Sebelum aku terlupa aku telah membuat survey di kedai spare part proton untuk mencari bracket lock yang hilang tetapi dukacita dimaklumkan anda perlu membeli set salur dan kotak aircond di bawah dashboard yang harganya sedikit tinggi. Jadi tak berbaloi la nak keluar duit banyak semata-mata hanya bracket lock yang hilang.

Sekian, selamat mencuba... Terima kasih....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan