Iklan

Isnin, 18 Julai 2016

Servis Brake Depan Naza Blade GTR 250 2013

     Salam sejahtera... Aktiviti diy terkini yang dilakukan adalah servis brake piston motor Naza Blade 250. Untuk pengetahuan semua Naza Blade 250 ada 2 disc hadapan. April tahun ini aku ada beli Blade ni kiranya upgrade cc la dari Yamaha LC 135 yang top speednya hanya 120 sahaja. Macam indah khabar dari rupa rasa dihati. Penyelesaiannya adalah upgrade motor pada cc paling tinggi bagi lesen B2.

     Amik Blade tahun 2013 sama umur dengan lc aku sebelum ini. Kos kerugian lebih kurang rm 9500 siap buat insuran dan tukar nama yang memerlukan wang sebanyak rm 550 lebih kurang. 1st party dengan membuat market value rm 8,000.00 sahaja. Buat tinggi-tinggi MV nanti lagi tinggi insuran. Dah pakai setahun lebih ni puas hati dengan top speed blade yang bernadikan enjin v-twin 2 silinder pernah capai sendiri top speed 170 km/j.

 Motor aku lebih kurang gini, cuma ekzos aku pakai EJM bunyi merdu Bass 250...

Berbalik cerita pasal servis brake piston ni susulan aku menukar brake pad yang dah nipis. Selepas tukar brake macam lekat sikit dan keluarkan bunyi. Apabila check semula caliper pin ada yang tak main, normal sepatutnya boleh memberi sebab ada griss pada pin tersebut. Selesai servis dan baiki brake tak lekat dah sangat tapi bunyi masih keluar lagi-lagi semasa menunggang 40 km/j ke bawah. Bersihkan disc bunyi hilang kejap lepas tu bunyi balik. Jadinya langkah terakhir yang aku belum buat adalah servis brake piston.

Kelihatan kotoran pada piston brake punca brake lekat...

Setelah brake pad dibuka, tekan piston sampai habis dan bersihkan caliper brake berhampiran piston brake menggunakan wd-40 dan lap dengan kain bersih. Selepas itu cuba main brake jika salah satu piston naik tekan pada piston yang naik itu sepaya piston yang tak naik akan naik. Bersihkan dinding piston dengan kain bersih dan sapukan dengan sedikit minyak brake dot 4. Tekan semula kedua-dua piston brake dan ulang semula langkah main brake dan ulang langkah bersihkan piston sehingga piston diuji naik kedua-dua piston brake.

     Jika piston brake terkeluar minyak brake akan tumpah dan anda perlu membuat brake bleeding untuk membuang udara dalam caliper dan salur brake. Cara buat bleeding motor lebih mudah sebab sorang-sorang pun boleh buat tak perlu dua orang seperti kenderaan lain. Pada caliper brake ada satu nat saiz 8 perlu dibuka dan brake tangan perlu ditekan jangan dilepas. Tutup nat 8 tadi baru lepas brake dan ulang langkah ini sehingga dirasakan tiada gelembung udara lagi dalam brake caliper. Seeloknya menggunakan tiub warna jernih semasa bleeding memudahkan melihat gelembung udara yang keluar ataupun apabila tiada gelembung udara brake akan rasa berisi. Jangan lupa semasa bleeding brake lihat pada takung simpanan minyak brake pada bahagian handle motor dan pastikan minyak penuh.

 Sekian untuk perkongsian kali ini, terima kasih...