Salam sejahtera....
Dalam sejarah sukan badminton pada diri aku, aku tak pernah membeli kasut yang mahal-mahal kerana menganggap sama sahaja yang membezakan adalah jenama. Aku menghadapi masalah bermain badminton di atas gelanggang simen kerana kurang mendapat cengkaman dari kasut aku. Ditambah pula dengan habuk dan debu di atas lantai yang sedia ada.
Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mencuba kasuk yang sedikit berjenamay dengan harga yang boleh dikira agak mahal. Yang penting aku mahukan cengkaman sewaktu bermain untuk kepuasan diri dan juga prestasi permainan.
Aku dicadangkan oleh rakan sepermainan kasut jenama Mizuno dengan harga pasaran rm 270. Tanpa membuang masa aku terus mendapatkan kasut tersebut.
Pada pendapat aku memang betul-betul puas dengan cengkaman yang diberikan oleh kasut jenama Mizuno ini. Tiada lagi kelicinan yang dirasakan sewaktu bermain di atas gelanggang simen. Aku juga ingin mencadangkan kepada rakan-rakan diluar sana untuk menggunakan kasut jenama ini jika anda menghadapi masalah yang sama seperti aku.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan kasut tersebut dari aku, aku boleh memberikan perkhidmatan untuk menjual kasut tersebut kepada anda. Sila sms dinombor 013-3562796 jika anda berminat. Perkhidmatan pos disediakan sama ada menggunakan khidmat Poslaju atau Airpak.
Sekian, terima kasih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan