Nuffnang Ads

Rabu, 5 Februari 2014

Mohon Maaf Di Atas Kelewatan Balas Semua Komen & Pertanyaan

Salam sejahtera...

     Aku ingin memohon maaf kepada semua pelawat blog eilarazi.blogspot di atas kelewatan jawapan balas dari sebarang pertanyaan dan komen yang telah ditinggalkan. Untuk makluman semua aku menghadapi masalah network di kawasan perumahan baru dimana perkhidmatan streamyx 4mbps yang aku baru langgan penghujung tahun 2013 tidak dapat diteruskan kerana tiada infrastruktur telekom di sini. Aku baru berpindah dari kediaman sewa di bandar Temerloh ke Mentakab berhampiran dengan Kolej Komuniti Mentakab. Permohonan pindah line telefon & streamyx telah aku lakukan secara rasmi di kedai TM Net dan jawapannya amat mengecewakan aku kerana pihak mereka tidak jumpa alamat baru kediaman aku dengan maksud tiada infrastruktur.
    
     Selain menggunakan streamyx untuk mengakses ke internet, aku juga ada menggunakan perkhidmatan celcom iaitu Portawifi di mana kebolehcapaiannya juga agak terbatas disebabkan kawasan kediaman berdekatan dengan bukit dan capaian 3G tidak diperolehi. Hanya capaian GPRS sahaja yang boleh diperolehi dari celcom.

     Oleh itu, aku mengambil sedikit masa untuk mengatasi masalah network ini disebabkan alasan yang sedikit kukuh untuk menyiapkan kemudahan & urusan perpindahan di rumah baru di mana sempat juga aku menyiapkan table top lebih kurang saiz 10 kaki x 1.5 kaki bersama ayah & adik aku. Cuma pemasangan mozek kebanyakkannya aku buat secara berseorangan.

     Setelah selesai masuk ke rumah baru pada penghujung bulan Januari 2014 aku cuba mencari perkhidmatan internet baru dan hasil dari kajian di dalam web dan rakan-rakan yang datang ke rumah aku mendapati capaian 3g dari Maxis boleh diperolehi. Jadinya aku pun pergi ke kedai Maxis dan membeli broadband Portafi dengan komitmen bulanan RM 88 dengan kuota 5gb sewaktu peak hours (8 pagi - 2 pagi) dan 15gb bagi non peak hours (2 pagi - 8 pagi). Dan artikel ini adalah artikel pertama menggunakan perkhidmatan internet dari Maxis.

     Selain itu, aku telah menyediakan satu medium untuk memudahkan para pelawat blog aku dengan mengwujudkan satu page di Facebook iaitu page eilarazi.blogspot.com untuk memudahkan para pelawat meninggalkan sebarang pertanyaan yang memerlukan jawapan yang segera dari aku dengan menyertakan salinan link artikel berkenaan dengan pertanyaan anda. Jika diizinkan, aku boleh membalas pertanyaan anda semua dengan menggunakan kemudahan handphone sahaja.

sila klik link di bawah untuk masuk ke page blog eilarazi :-
Page Facebook Blog Eilarazi

     Sekian sahaja makluman dan perkongsian yang ingin aku kongsikan pada artikel kali ini. Aku akan mengambil sedikit masa dalam 1-2 hari untuk membalas semua pertanyaan para pelawat semua. Sekian, terima kasih...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan