Nuffnang Ads

Rabu, 11 Januari 2012

Kalendar Format Diari Bulanan Tahun 2012

Salam Sejahtera....

Awal Tahun 2012 ini aku nak kongsikan Kalendar Format Diari Bulanan Tahun 2012 untuk digunakan sebagai rujukan dan pengurusan diari di pejabat anda seperti mesyuarat, taklimat, temujanji dan macam-macam lagi.

Anda hanya perlu klik gambar di bawah, right click dan save image as. Kemudian anda boleh print untuk kegunaan anda...














Bagi yang berminat untuk mendapatkan Kalendar Format Diari Bulanan Tahun 2012 dalam bentuk software (microsoft excel), anda perlu membuat permintaan pada email saya fakhrulrz@yahoo.com dengan sedikit sumbangan ikhlas rm 2.00 kepada saya untuk diari 12 bulan ini.

Jika berminat, saya akan memberitahu cara untuk mendapatkan Kalendar Format Diari Bulanan Tahun 2012 dalam bentuk software dengan lebih teliti lagi melalui email anda...





Jadual Perlawanan Persahabatan Pasukan Hoki Malaysia Januari - Februari 2012

Salam sejahtera...

Semasa membaca akhbar Kosmo Online aku terbaca artikel mengenai jadual perlawanan persahabatan Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia dalam bulan Januari hingga Februari 2012. Jadinya aku nak simpan jadual perlawanan ini sebagai rujukan kepada aku dan penyokong skuad hoki kebangsaan. Sila lihat di bawah :-





Diharapkan pasukan hoki kebangsaan dapat memberikan keputusan perlawanan yang baik sebagai persediaan untuk layak bermain dalam Sukan Olimpik nanti.





Selasa, 10 Januari 2012

Faedah - Faedah Susu Ibu Untuk Ibu

style="text-decoration: underline;">


Salam sejahtera...

Artikel ini adalah sambungan pada artikel faedah susu ibu untuk bayi. Sebenarnya, susu ibu bukan sahaja memberi manfaat pada bayi yang disusui, malah ia juga memberi manfaat dan kebaikan pada ibu yang menyusukan. Antara kebaikannya adalah :-

1- Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan.

2- Mengeratkan kasih sayang diantara ibu dan anak.

3- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.

4- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.

5- Menjimatkan masa dan wang.


* Sumber - Panduan Penyusuan Susu Ibu Kementerian Kesihatan Malaysia

6- Mudah dan tidak perlu persediaan


style="text-decoration: underline;">


Petunjuk Warna Pada Spark Plug Kereta Anda

Salam Sejahtera semua...

Tahukah anda... Warna pada spark plug yang sedang digunakan memberikan petunjuk sama ada sistem pembakaran kereta anda berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Oleh itu, selepas ini semasa proses penukaran spark plug di bengkel-bengkel, anda perlu melihat kepala spark plug ini berwarna seperti petunjuk gambar di bawah :-

Adakah normal warna spark plug kereta anda?


Pilihan terbaik adalah 'the best'


Sekarang, persoalannya... apakah warna spark plug kereta anda?





Isnin, 9 Januari 2012

Faedah - Faedah Susu Ibu Untuk Bayi


Salam sejahtera semua.. Kali ini aku nak kongsikan faedah-faedah mengenai susu ibu kepada bayi. Artikel ini dibuat untuk menggalakkan Program Susu Ibu di Malaysia. Terdapat 9 faedah susu ibu ini kepada bayi :-

1- Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)

2- Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.

3- Mengelakkan dari kurangnya zat makanan dan cirit- birit serta penyakit saluran pernafasan.

4- Mengurangkan risiko kepada alahan.

5- Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)

6- Kurang masalah pergigian dan ortodontik (masalah struktur gigi tidak tersusun)

7- Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.

8- Menggalakkan tumbesaran.

9- Penghadaman yang mudah.

Sekian, terima kasih


* sumber - Panduan Penyusuan Ibu Kementerian Kesihatan.





Ahad, 8 Januari 2012

AFC CUP TERENGGANU & KELANTAN TAHUN 2012




Salam sejahtera, kali ini Terengganu berkelayakan untuk tampil di Kejohanan Piala AFC Club dan Pasukan Terengganu diletakkan di dalam kumpulan F bersama - sama 3 lagi pasukan dari negara Asia lain. Sila lihat di bawah :-


Lihat pula Jadual Perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu dalam AFC Cup 2012 :-



Diharapkan pasukan Terengganu dalam Piala AFC 2012 ini dapat memberikan keputusan yang baik bagi membuktikan betapa pasukan dari Malaysia mempunyai kualiti permainan yang baik dan bermutu.



Pasukan Kelantan juga berkelayakan untuk menyertai Piala AFC 2012 sebagai Juara Liga Super Malaysia dan diletakkan dalam Kumpulan H bersama - sama 3 lagi pasukan dari negara Asia lain. Sila lihat di bawah :-


Lihat pula Jadual Perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan dalam AFC Cup 2012 :-



Moga 2 kelab FA negeri ini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan Asia lain dan secara langsung dapat menarik penyokong masing-masing dengan lebih ramai lagi... Sekian....





Jadual Perlawanan Persahabatan Pasukan Bola Sepak Malaysia 2012


Salam sejahtera semua, bagi tahun 2012 Pasukan Bola Sepak Malaysia akan mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa yang diiktiraf oleh FIFA. Sila lihat di bawah :-

MALAYSIA VS SAUDIA ARABIA - 20 FEBRUARI 2012

Sedikit analisis prestasi berdasarkan kedudukan dunia antara pasukan Malaysia dan Saudia Arabia :-


MALAYSIA VS FILIPINA - 29 FEBRUARI 2012


Sedikit analisis prestasi berdasarkan kedudukan dunia antara pasukan Malaysia dan Filipina :-


Setakat ini, hanya 2 perlawanan antarabangsa melibatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia yang telah dijadualkan dan diiktiraf oleh FIFA yang mana sebarang keputusan akan memberi perubahan pada 'ranking' pasukan masing-masing.. Jika Pasukan Malaysia menang dalam 2 perlawanan tersebut atau 1 sahaja, peluang untuk memperbaiki 'rank' semasa adalah cerah.

Oleh itu diharap, pasukan kita dapat mengambil peluang yang terhidang ini dan bukan masanya untuk mencuba persefahaman pemain-pemain sedia ada kini. Penyokong Harimau Malaya amat mengharapkan keputusan yang memberangsangkan kelak... Hidup Harimau Malaya...





Isnin, 2 Januari 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2012

Salam sejahtera...

Posting awal tahun 2012 ini, aku nak kongsikan Jadual Pembayaran Gaji Bagi Kakitangan Kerajaan Tahun 2012 untuk rujukan kalian dan rujukan aku sendiri. Untuk makluman, Skim Gaji Baru SBPA telah diperkenalkan dan aku telah bersetuju menerima tawaran gaji baru. Sila lihat di bawah untuk Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2012 :-


Bagi Tahun 2012, terdapat 3 kali pembayaran gaji dibuat awal dari tarikh biasa dan diharap anda dapat menguruskan duit dengan cemerlang.. Sekian, wassalam...





Isnin, 17 Oktober 2011

Gelaran Bagi Kuih Muih Di Malaysia

Salam semua... aku nak kongsikan sedikit lawak jenaka mengenai kuih dan makna yang hampir sama maksudnya dengan nama kuih tradisional tersebut... sila baca dan fahami... hehe...

1. Kuih paling Gangster-Lompat Tikam

2. Kuih paling Seksi-Puteri Mandi

3- Kuih paling Keji-Taik Itik

4- Kuih bajet Cute-Cek Mek Molek

5- Kuih Awet Muda-Seri Muka

6- Kuih paling Alim-Kuih Ketayap

7- Kuih Penyakit Lelaki Kronik- Batang Buruk ***

8- Kuih Suka Pukul-Kuih Lompang (N9)

9- Kuih dalam Zoo-Badak Berendam

10- Kuih untuk Saman Polis Trafik- Kuih Samprett

11- Kuih yang Bangun Sendiri-Kuih Bangkit

12- Kuih orang tak mandi-Kuih Bau-lu

13- Kuih Paling Tenteram-Kuih Makmur

14- Kuih Paling Lembap-Kuih Siput


*** dilarang membayangkan...

Sekian,.....





Ahad, 16 Oktober 2011

Kalendar Islam 1433 Bersamaan Tahun 2012

Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian... Menjelang penghujung tahun islam 1432 hijrah, aku ingin kongsikan kalendar islam bagi tahun 1433 hijrah untuk panduan korang semua... Sila 'right click' tetikus anda dan pilih 'save image as' untuk 'download' imej kalendar tersebut....


Bonus untuk korang jugak.... senarai Hari Kebesaran Islam bagi tahun 1433 Hijrah dalam tahun 2012 juga aku sediakan sebagai rujukan kelak....

* Ribuan terima kasih diucapkan kepada sumber maklumat yang aku perolehi dan seelok-eloknya kita doakan kesejahteraan seluruh umat islam di seluruh dunia supaya umat islam tidak ditindas....

Sekian, terima kasih.....