Nuffnang Ads

Rabu, 25 Disember 2013

Spanar Dua Tengkuk Saiz 8



Spanar Dua Tengkuk Saiz 8 - chrome - heavy duty - harga RM 8

- Berminat? sila pm, sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-3 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda. 










Pembuka Spark Plug Campro




Pembuka Spark Plug Campro.
- sesuai untuk kereta Proton Persona, Saga BLM, Gen 2, Satria Neo.
- Harga RM 10


- Berminat? sila pm, sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-3 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda.  










Lighten Magnetic Pickup



Lighten Magnetic Pickup - boleh lentur - boleh menarik skrew atau apa-apa tools kecil berasaskan besi yang jatuh ke dalam ruang sempit - ada lampu LED untuk suluhan Harga RM 15

- Berminat? sila pm, sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-3 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda. 









NGK Spark Plug G-Power Platinium For Campro (Saga BLM, Gen 2, Persona, Neo)




NGK Spark Plug G-Power Platinium For Campro (Saga BLM, Gen 2, Persona, Neo)
Untuk prestasi yang lebih baik semasa proses pembakaran di dalam omboh enjin.
Spark Plug kategori lebih baik dari OEM.
Harga RM 65 1 set 
Spark Plug OEM NGK RM 35 1 set



- Berminat? sila pm, sms, whatsapp 013-3562796
- Pengeposan ambil masa 1-3 hari dari tarikh tracking nombor diberi untuk sampai ke alamat anda. 








Khamis, 12 Disember 2013

DIY Tukar Inner Door Handle Proton Persona

Salam sejahtera...


     Dah lama aku tak keluarkan artikel mengenai aktiviti DIY. Baru siang tadi aku berkesempatan untuk menukar inner door handle yang dah lama rosak tetapi masih boleh digunakan cuma handle dah tak main sebab spring dalam inner door handle tu dah patah. Aku membeli alat ganti di kedai VG Auto Temerloh berhampiran Petronas Jalan Bahagia, Temerloh. Harga RM 40 sebelah sahaja. Tag dekat barang dia letak RM 80 dan kalau harga macam tu mungkin aku tak tukar lagi kot. Nasib baik harga bawah RM 50... hehe...


 Plastik dah buang.... Sticker sebelah kanan tu sama dengan yang proton gunakan


     Seperti biasa, aku terus tunjukkan cara tukar inner door handle proton persona tanpa perlu menunjukkan cara membuka door trim ye...Sila rujuk urutan ganbar di bawah :-

 Hanya ada sebiji skrew sahaja yang perlu dibuka dan yang selebihnya adalah klip...



 Keluarkan kabel mengikut urutan nombor supaya kerja lebih mudah.... Selepas itu boleh pasang inner door handle yang baru mengikut urutan nombor 2 & 1...



 Pastikan kedudukan klip masuk pada kedudukan asal & skrew tengah boleh dimasukkan... Kemudian cuba dahulu fungsi pintu dan jika tiada masalah pasang semula door trim kereta anda...



Spring yang dikesan telah patah mungkin disebabkan cara penggunaan yang agak kasar iaitu 
menolak pintu serentak sambil menarik door handle... Seeloknya tariknya door handle dahulu baru tolak pintu...


 2 bulatan menunjukkan tapak spring di dalam inner door handle...


 Sekian, itu sahaja proses DIY kali ini. Mudah, ringkas & senang.... hehe... Terima kasih....












Isnin, 25 November 2013

Power Bank Berkapasiti 30,000 mAH RM 85 Waranti 3 Bulan

Salam sejahtera....


Aku nak jual power bank jenis Q7
Spec 30,000 mAH. leh cas 5-10x smartphone.... phone lain pun boleh... iPhone, iPad, Samsung, Nokia,sony,motorola, HTC, PSP, digital cameras, and etc
Dual-port charging

Pilihan warna putih & hitam sahaja
Waranti 3 bulan sahaja
8 biji adaptor
1 wayar usb




Berminat? sila tinggalkan pesanan pada komen atau sms aku pada no hp 013-3562796.... 


Sekian, terima kasih....








Rabu, 23 Oktober 2013

Kasut Badminton Terbaik



Salam sejahtera....

     Dalam sejarah sukan badminton pada diri aku, aku tak pernah membeli kasut yang mahal-mahal kerana menganggap sama sahaja yang membezakan adalah jenama. Aku menghadapi masalah bermain badminton di atas gelanggang simen kerana kurang mendapat cengkaman dari kasut aku. Ditambah pula dengan habuk dan debu di atas lantai yang sedia ada.

     Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mencuba kasuk yang sedikit berjenamay dengan harga yang boleh dikira agak mahal. Yang penting aku mahukan cengkaman sewaktu bermain untuk kepuasan diri dan juga prestasi permainan.

     Aku dicadangkan oleh rakan sepermainan kasut jenama Mizuno dengan harga pasaran rm 270. Tanpa membuang masa aku terus mendapatkan kasut tersebut.



     Pada pendapat aku memang betul-betul puas dengan cengkaman yang diberikan oleh kasut jenama Mizuno ini. Tiada lagi kelicinan yang dirasakan sewaktu bermain di atas gelanggang simen. Aku juga ingin mencadangkan kepada rakan-rakan diluar sana untuk menggunakan kasut jenama ini jika anda menghadapi masalah yang sama seperti aku.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan kasut tersebut dari aku, aku boleh memberikan perkhidmatan untuk menjual kasut tersebut kepada anda. Sila sms dinombor 013-3562796 jika anda berminat. Perkhidmatan pos disediakan sama ada  menggunakan khidmat Poslaju atau Airpak.

Sekian, terima kasih....

Isnin, 21 Oktober 2013

Suppliment Shaklee




Salam sejahtera...

     Demi untuk membantu bisnes online isteriku, aku ingin membuat iklan di sini mengenai set Shaklee mengikut keperluan anda. Isteriku merupakan seorang Pengedar Berdaftar Shaklee...

Cadangan Set Bagi Ibu Menyusu :-
Option 1
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C
Alfalfa Small @ Large

Option 2
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C
Alfalfa Small @ Large

OsteMatrix @ Calsium

Option 3
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C
Alfalfa Small @ Large
OsteMatrix @ Calsium
Energizing Soy Protein (ESP)

Cadangan Set Bagi Kesihatan Optimum :-
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C

Cadangan Set Bagi Berpantang / Pembedahan :-
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C
Zinc

Cadangan Set Bagi Kecantikan / Kesuburan :-
Vita-E Complex
B-Complex
Vita-C

Cadangan Set Bagi Penjagaan Dalaman Wanita / Suami Isteri :-
Vita-E Complex
Alfalfa Small @ Large

Cadangan Set Bagi Resdung / Elergi / Asthma / Ekzema :-
B-Complex
Vita-C
Alfalfa Small @ Large

Cadangan Set Bagi Sistem Pertahanan Badan :-
NutriFeron (Immune Booster)

Cadangan Set Bagi Kanak-Kanak :-
Omega Guard
Meal Shakes

Cadangan Set Bagi Ibu Mengandung :-
(Trimester 1)
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C
OsteMatrix @ Calcium

(Trimester 2 & 3)
Vita-Lea / Multivitamin
B-Complex
Vita-C
Omega Guard
OsteMatrix @ Calcium

Cadangan Set Bagi Kuruskan Badan :-
Detox - Herb lax, Alfalfa
Pemecah lemak / fat emulsifier Lecithin / Omega Guard
Protein - ESP (khas untuk ibu menyusu)
            - CINCH Shake Mix



Jika ada diantara anda yang berminat, harga yang dijual adalah pada harga yang menarik sekali. Khidmat nasihat juga kami sedia hulurkan...  Hanya hubungi melalui panggilan telefon atau sms, Eila 013-3562795
  


 









Ahad, 14 Julai 2013

Bahaya Shisha


Salam sejahtera semua.... kali ini aku nak kongsikan artikel berkenaan Shisha. Bagi individu yang masih belum berapa tahu sangat berkenaan dengan shisha elok sangat la baca artikel yang aku nak kongsikan di bawah. Moga artikel ini bermanfaat kepada penduduk Malaysia khususnya.


Apa itu Shisha?
- Shisha juga dikenali sebagai hokkah merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa berasal dari India dan Timur Tengah.
 
- Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan produk tembakau seperti menghisap rokok, shisha dan sebagainya telah menyebabkan kematian lebih 5 juta penduduk seluruh dunia setiap tahun.
 
- Satu sesi menghisap shisha boleh menghasilkan jumlah asap yang bersamaan dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok. Walaupun asap tersebut melepasi air sebelum disedut oleh penghisap shisha, namun asap yang dikeluarkan dari shisha tersebut tetap mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi, termasuk karbon monoksida, "heavy metals" dan bahan karsinogen yang lain.
 
Bagaimana Menghentikan Ketagihan Terhadap Shisha?
-Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Perkhidmatan Berhenti Merokok (PBM) menyediakan perkhidmatan untuk membatu ketagihan terhadap nikotin yang terdapat dalam produk tembakau dengan teknik yang terbukti berkesan iaitu dengan cara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi farmako, iaitu menggunakan ubat-ubatan seperti terapi gantian nikotina (NRT) dan vareniclin.
 
Tujuan PBM 
1- Untuk memberi sokongan dan bantuan yang komprehensif untuk membantu perokok berhenti merokok dengan mengubah tingkahlaku.
2- Memberi kesedaran tentang bahaya merokok.
3- Memberi pengetahuan dan kemahiran berhenti merokok.
4- Menggalakkan dan memberi motivasi untuk menggunakan Klinik Berhenti Merokok.
5- Memberi rawatan dan pemulihan.
6- Mencegah 'relapse' dan mengekalkan status tidak merokok.  
 
Sumber 

Tahukah Anda?
- Menurut Jurnal "Tobacco Induced Disease" 2009, asap shisha mengandungi 36 kali lebih nikotin berbanding rokok. "Nikotin memberi rasa tenang sementara dan sangat tinggi tahap ketagihannya."
 
- Nikotin akan sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja selepas asap shisha disedut. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku selepas beberapa sesi menghisap shisha sahaja.
 
Akibat jangka masa panjang

- Antara tanda ketagihan nikotin seperti :
1- cepat marah
2- kerisauan
3- kemurungan
4- kurang fokus
5- kelesuan
 
- Kesan ketagihan juga menyebabkan sukar untuk berhenti menghisap shisha.
 
Keburukan Menghisap Shisha
1- Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan karsinogen yang tinggi (karsinogen adalah bahan kimia yang membantu pembiakan sel kanser.)
2- Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yang lebih tiggi dari penghisap rokok.
3- Asap yang terhasil dari pembakaran bahan shisha bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh penghisap shisha  menyumbang kepada kesan negatif terhadap kesihatan orang disekililing mereka.
4- Wanita mengandung yang menghisap shisha boleh mengancam kandungannya hingga mengakibatkan kelahiran bayi tidak cukup bulan atau pra matang.
5- Penyakit berjangkit yang disebarkan melalui titisan discaj dari mulut dan hidung seperti penyakit H1N1 dan penyakit Tibi (Tuberculosis) mampu merebak dikalangan penghisap shisha di kedai-kdai berikutan perkongsian paip atau penyedut shisha yang tercemar dengan kuman.

 Peparu hitam!

Tips Berhenti Ketagihan Shisha - Amalkan 12M
1- Melengah-lengahkan - Tunggu lima minit atau katakan nanti sebentar bila rasa hendak menghisap shisha.
2- Menarik nafas panjang - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3-Minum air - Terutama air masak, elakkan minuman berkafein.
4- Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran anda dan untuk melupakan shisha.
5- Menjauhkan diri - Dari tempat orang merokok.
6- Mengelakkan diri - Daripada suasana atau dari tempat orang menghisap shisha.
7- Mengunyah sesuatu - Seperti gula-gula getah dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
8- Membasuh tangan.
9- Mandi dengan kerap.
10- Meregangkan otot - Lakukan apabila rasa mengantuk.
11- Meditasi.
12- Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha. 














Jumaat, 12 Julai 2013

Casing Radio Player Single Din Proton Persona



- Casing radio player single din proton persona.
- Sesuai bagi Proton Persona lama yang upgrade kepada radio player persona elegance.
- Jenis after market, bukan yang original (ada USB)
- Harga COD rm 40, pos tambah rm 6
- Berminat? sila sms no h/p 013-3562796