Nuffnang Ads

Khamis, 27 September 2012

Badminton FRZ 17 September 2012 Part 2

Sambungan dari Part 2....









Badminton FRZ 17 September 2012 Part 1

Salam sejahtera...

    Aktiviti terkini yang dirakam dan berjaya diupload ke dalam Youtube. Saksikanlah...








Ahad, 23 September 2012

DIY - Cara Pemasangan Fuel Pressure Regulator (FPR) Tomei


Salam sejahtera semua... sudah lama aku tidak meng'update' blog ini dengan artikel berkaitan dengan DIY terutama sekali berkaitan dengan kereta Proton Persona. Kali ini aku ingin kongsikan cara-cara atau kaedah pemasangan fuel pressure regulator (FPR) jenama tomei beserta dengan meter dalam unit psi. Pertama sekali aku telah membuat kajian dengan meng'google' laman sesawang berkenaan dengan FPR dan meminta pandangan rakan-rakan forum dalam Persona Racing Group (PRG di dalam Facebook.)

     Secara jujurnya aku memang tiada pengalaman dalam pemasangan FPR ini tetapi aku cuba memberanikan diri dengan membuat keputusan tidak memasang FPR ini di bengkel-bengkel yang dirasakan sesuai. Tulang belakang dalam projek aku ini adalah bro Qaixer yang sudi memberikan tunjuk ajar secara terus melalui telefon.

    Bagi Personarian, anda perlu berjiwa kental untuk pasang FPR ini secara berseorangan sebab mungkin akan terdetik perasaan kekesalan di dalam hati anda dek kepayahan untuk menyempurnakan proses pemasangan ini. Aku telah mengalaminya dan aku cuba tidak putus asa lebih awal walaupun hampir-hampir aku putus asa. Walaubagaimanapun apabila anda telah berjaya menyempurnakan proses pemasangan ini anda akan berasakan kepuasan dengan hasil kerja tangan sendiri.

    Oklah... banyak sangat aku celoteh nanti tak jadi kerja pulak. Langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam memulakan projek ini adalah anda perlu mendapatkan FPR Tomei ini. Aku telah dicadangkan oleh bro Qaixer untuk menggunakan brand Tomei ini. Oleh itu, aku beli FPR Tomei ini siap dengan meter sekali secara online melalui mudah.com dengan harga RM 85 (imitation). Adaptor FPR ini pula perlu dibeli secara berasingan dan aku dapat membeli adaptor FPR jenama Works dengan harga RM 55.00 dengan penjual yang berbeza kerana penjual FPR Tomei telah kehabisan stok untuk adaptor. Vacum Hose dan Fuel Hose juga anda perlu sediakan dalam panjang 3 kaki setiap hose. Untuk hose ini tadi bajet dalam RM 20 sahaja sebab aku dah lupa amaun asal. hehe.... Satu lagi klip pengunci hose juga perlu disediakan dalam 4 biji dengan saiz yang sesuai dengan hose tadi.

Ok... Sekarang lihat susunan gambar di bawah supaya lebih memahami aturan cara pemasangan FPR Tomei ini... :-


FPR Tomei dah siap dipasang dengan meter. Ada satu skrew perlu dibuka dengan pemutar skrew linekey untuk masukkan meter ini.

Peralatan yang aku gunakan semasa proses pemasangan fpr ini. Ada beberapa alat lagi yang tak masuk dalam gambar ini.


Mula-mula sekali buka klip pada adaptor minyak asal (oem) Proton Persona. Pada adaptor ini ada tertulis standard fuel pressure adalah 3.5bar. Elok klip ini dibuka dengan menggunakan playar.


Cabut adaptor ini.


Kemudian buka pula fuel return hose ini. Perlu menggunakan alat skrewdriver mata rata untuk cungkil sedikit pada ruang klip plastik. Hose ini agak tricky untuk dibuka.


Keluarkan 2 saiz O-Ring yang terdapat pada adaptor oem untuk digunakan semula pada adaptor Works. O-ring berwarna hijau pekat bersaiz besar dan O-ring berwarna hijau cair bersaiz kecil.


Gambar O-Ring bersaiz besar telah dikeluarkan. O-Ring bersaiz kecil masih belum dikeluarkan.


Getah bulat yang diperolehi sekali dengan pakej adaptor Works digunakan untuk menutup hujung fuel rail ini. laluan ini tidak digunakan kerana akan dialihkan pada Works adapter.


Gambar getah bulat yang telah dipasang pada hujung fuel rail.


Gambar Works adaptor


Adaptor telah dipasang dengan O-Ring bersaiz besar.


Kedua-dua O-Ring telah dikeluarkan dari adaptor oem. 


Adaptor yang telah siap dipasang dengan kedua-dua O-Ring.


Jika anda tidak memasukkan kembali kedua-dua O-Ring ini, aliran dan pancutan minyak akan keluar pada laluan kiri fuel rail yang telah ditutup dengan getah bulat hitam.


Gambar ini menunjukkan untuk laluan hose minyak dari fuel rail & adaptor Works.



Vacum Hose yang baru perlu digunakan untuk menggantikan salur vacum hose yang lama kerana sedikit pendek. 

Gambar ini menunjukkan kedudukan hose vacum yang telah dibuka pada intake manifold. Kepala penyambung vacum hose tidak kelihatan kerana kedudukannya sedikit sulit untuk diambil gambar. Nak cabut dan pasang semula hose vacum memerlukan kemahiran meraba-raba pada bahagian yang sempit ini. Bagi pemilik tangan yang agak besar anda perlu buka hose lain yang mengganggu laluan untuk proses pemasangan hose vacum.


Gambar menunjukkan hose kecil (hose vacum) yang disambungkan pada intake. 


Salah satu cara aku memasukkan klip pada adaptor dengan menggunakan playar. Sebelum klip dapat dimasukkan, anda perlu menekan adaptor dengan tenaga yang agak kuat, menyendal dan memasukkan klip tersebut sedikit demi sedikit kerana pada waktu ini aku boleh kategorikan sebagai tahap yang paling payah dalam proses pemasangan fpr ini.


FPR yang telah siap dipasang dengan hose nipple. Hose nipple ini perlu dibalut sedikit tebal dengan menggunakan tape putih (white tape). Jika tidak cukup tebal semasa minyak petrol masuk dalam fpr ini dengan tekanan akan menyebabkan kebocoran minyak. Ini bahaya jika anda tidak dapat kesan kebocoran ini pada peringkat awal. 



Gambar menunjukkan hose yang akan disambungkan kepada hose return ke tank. Klip perlu diketatkan dengan secukupnya.


Hose sebelah kiri adalah dari fuel rail. Klip juga perlu diketatkan dengan secukupnya.



Penyambung berbentuk L ini perlu dibalut tebal dengan menggunakan tape putih sebelum dipasang pada adaptor works dan ke fpr.


Satu lagi hulu yang bertakuk tidak perlu dibalut dengan tape putih

Kedudukan fpr yang telah dipasang pada firewall kereta.


Hose yang kecil dari atas fpr ini adalah hose vacum yang disambungkan ke intake.


Adaptor yang telah siap dipasang dengan penyambung L beserta dengan hose minyak dengan panjang yang bersesuain dengan kedudukan fpr yang akan dipasang pada firewall kereta anda. Hose yang melintang di atas hose minyak ini adalah hose return ke tank.



Kerja-kerja kekemasan hose-hose yang berselirat boleh dilakukan dengan menggunakan kabel tight selepas selesai proses pemasangan fpr.


Gambar dari atas engin bay menunjukkan hasil kerja-kerja pemasangan fpr ini. Aku tidak memotong hose-hose terlalu pendek atau ngam dengan gajet atas alasan jangka panjang.


Gambar dekat adaptor yang telah siap dipasang.


Untuk setting tekanan fpr yang dikehendaki anda perlu membuka vacum hose ini supaya tekanan yang dikenakan adalah lebih tepat ibarat anda sedang full throttle ketika ini. Setting asal seperti gambar di atas ketika ini adalah tidak tepat kerana meter yang aku guna ini dalam unit psi manakala pada adaptor oem dalam unit bar. Tujuan aku pasang fpr ini adalah untuk meningkatkan tekanan minyak lebih dari 3.5 bar. Ini sifir mudah yang perlu anda tahu, 1bar = 14.5psi.



Apabila anda memasang semula vacum hose meter akan drop sedikit kerana diagram akan ditarik sedikit oleh udara dari intake.

*** Nota Penting
- Selepas selesai proses penyambungan hose-hose, anda perlu membuat pemeriksaan pada hose-hose tersebut supaya tidak bocor dengan 'on' kan tetapi bukan 'start' enjin. Aku sendiri telah beberapa kali mengesan kebocoran dan mengambil tindakan pembetulan semula dengan menebalkan tape putih pada penyambung-penyambung yang bocor.

    Ok... Selesai sudah cara dan kaedah pemasangan untuk Fuel Pressure Regulator Tomei (imitation). Aku sarankan bagi yang mempunyai lebih wang dapatkanlah fpr origanal yang berharga sedikit mahal sekitar RM 200-300. Mesti puas hati... Ini kerana fpr yang imitation mungkin mudah rosak terutama valve yang akan menyebabkan bunyi seperti bunyi tekukur. Masalah ini ada dikongsikan di laman web Youtube.

Tambahan Penjelasan Terperinci Setting FPR Tomei


Gambar di atas menerangkan cara untuk adjust nat yg sepatutnya iaitu nat yang bernombor 1 perlu dilaraskan kosong bermaksud ada 'freeplay'. Nat yang no 2 itu pula perlu dilaras ke kiri atau ke kanan untuk disetkan pada tekanan yang anda kehendaki. Yang paling penting unit yang digunakan meter itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu jikalau unit yang digunakan adalah PSI anda perlu convert kan dahulu ke unit BAR. Nat yang no. 3 itu tiada fungsi penting kerana ia boleh dilaraskan 360' untuk meletakkan hose fuel tersebut pada kedudukan yang terbaik.

Video Pelarasan Atau Cara Setting FPR Tomei pun ada :-


    Sekian sahaja perkongsian ilmu automotif aku kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perbincangan sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah artikel ini.

Sekian, terima kasih....











Sabtu, 18 Ogos 2012

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Dan Perkara-Perkara Sunat

Salam sejahtera....

    Diwaktu aku menulis artikel ini adalah dimalam Hari Raya Aidilfitri dan dikesempatan itu aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dalam tahun 2012 ini.Solat Sunat Aidilfitri ini dilakukan pada hari 1 Syawal dan waktu solat adalah dimulai dari terbit matahari tergelincir matahari. Hukum solat sunat ini adalah sunat muaakkad bagi laki-laki dan perempuan, bermukim mahupun bermusafir. Sunat muaakkad adalah sunat yang dituntut. Esok pagi adalah Hari Raya dan semua umat Islam akan pergi ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Aidilfitri. Oleh itu aku ada membuat sedikit panduan berdasarkan rujukan ilmiah yang aku simpan sebagai rujukan. Solat sunat ini setahun sekali, jadi aku lebih suka merujuk semula takut-takut ada yang tertinggal ataupun terlupa dan juga sebagai panduan kepada anda.

    Ok, aku mulakan dengan Perkara-Perkara Yang Sunat sebelum Solat Hari Raya :-

1- Disunatkan mandi dan berhias dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya dan bau-bauan yang diharuskan.

2- Disunatkan makan sebelum pergi Solat Hari Raya Aidilfitri.

3- Pergi untuk menunaikan solat dan setelah pulang dari solat hendaklah menggunakan jalan yang berlainan.

4- Membaca Takbir.


    Pada Hari Raya Aidilfitri digalakkan kanak-kanak, orang tua dan muda supaya menunaikan solat sunat ini, bahkan bagi wanita-wanita yang sedang haid pun dianjurkan keluar ke padang sekalipun mereka tidak ikut solat.

    Sabda Nabi S.A.W.

'Daripada Ummi Athiyah katanya : Kami diperintahkan pergi Solat Hari Raya, bahkan anak-anak gadis keluar. Juga perempuan-perempuan yang sedang haid (datang bulan) tetapi mereka hanya berdiri sahaja dibelakang orang ramai dan turut takbir dan berdoa bersama-sama dan mereka mengharapkan beroleh keberkatan dan kesucian hari itu.'


Cara Solat :-

1- Niat



2- Pada rakaat pertama sesudah takbiratul ihra, bacalah doa iftitah, kemudian bertakbir tujuh kali mengikut imam dan setiap habis takbir disunatkan membaca :



3- Setelah bertakbir tujuh kali dan membaca tasbih tersebut, kemudian bacalah surah al-Fatihah dan disambung dengan membaca surah yang disukai, yang lebih diutamakan dibaca surah al-Qaf atau surah al-A'laa.

    Klik disini untuk membuka paparan surah al-Qaaf

    Klik disini untuk membuka paparan surah al-A'laa

4- Pada rakaat kedua sesudah berdiri untuk rakaat kedua bacalah takbir sebanyak lima kali, dan setiap takbir disunatkan membaca tasbih seperti pada rakaat pertama. Kemudian bacalah surah al-Fatihah dan diteruskan dengan membaca surah yang kita kehendaki, tetapi lebih diutamakan dibaca surah al-Ghasyiah. Bacaan itu dengan suara yang nyaring. Imam menyaringkan suaranya pada waktu membaca surah al-Fatihah san surah-surah lainnya sedangkan makmum tidak nyaring.

    Klik disini untuk membuka paparan surah al-Ghasyiah

5- Solat ini dikerjakan dua rakaat dan dilakukan sebagaimana solat yang lain.

6- Khutbah dilakukan setelah Solat Hari Raya, iaitu pada khutbah pertama dibaca takbir 9 kali dan pada khutbah kedua dibaca takbir tujuh kali dan pembacaannya hendaklah berturut-turut.

7- Hendaklah dalam khutbah Aidilfitri  berisi penerangan tentang zakat fitrah.


Sekian, semoga kita semua boleh menunaikan Solat Sunat Hari Raya ini mengikut tertib yang dianjurkan dan moga kita memperoleh rahmat dan keredhaan dari Allah S.W.T....






Gambar Perbezaan Crankshaft Campro S4PH vs 4G18 vs 4G15

Salam sejahtera...

    Kali ini aku mahu kongsikan gambar yang menarik untuk kita fikirkan. Gambar yang dimaksudkan ialah isi perut dalam enjin Campro S4PH dengan 4G18 dan 4G15.... Mari kita lihat gambar di bawah :-


   Haa.... ape yang boleh kita simpulkan disini? sila komen di bawah....







Ahad, 12 Ogos 2012

DIY - Cara Atau Kaedah Buka Radio Player Proton Persona



    Salam sejahtera... atas permintaan kawan-kawan yang mahu mengetahui cara-cara membuka radio player kereta Proton Persona, aku post kan gambar kat bawah ni... sila lihat dengan teliti... :-

Cungkil kat bawah cover panel tu.. bukan cungkil dari bawah ventilation aircond tu..


Buka 2 skru yang kelihatan tu


Selepas itu tarik panel ini keluar


Cabut 2 kabel ini 


Dah cabut panel itu. Buka pula 2 skru yang kelihatan. Perlu berhati-hati jangan sampai skru jatuh dalam.  


Buka pula 2 skru di bawah panel radio


 Tarik panel aircond control dan buka pula 2 skru yang kelihatan itu. Perlu berhati-hati lagi sekali jangan sampai skru jatuh bawah. Kalau jatuh nak kena bukak cover kat gear knob n box sekali.


 Gambar selepas menarik keluar radio panel


   Panel belakang radio panel yang telah dibuka

 Semua skru yang perlu dibuka ada 8 biji skru. Selepas tarik radio panel, buka wayar selepas kanan (untuk signal radio). Kabel yang sebelah kiri pula perlu dibuka dengan menggunakan skrew driver mata rata.

    Ok, sekian sahaja pengalaman aku yang aku nak kongsikan mengenai cara-cara membuka radio panel Proton Persona. Sebarang kemusykilan sila komen pada ruangan di bawah.

Sekian, terima kasih.....












Rabu, 18 Julai 2012

Kadar Caj TNB Untuk Perumahan Domestik

Salam sejahtera...

    Terdetik untuk aku menyemak kadar caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah ditetapkan disebabkan penggunaan kadar eletrik rumah aku bertambah sejak isteri aku menjalankan perniagaan online. Sila lihat image di bawah untuk kadar caj yang dimaksudkan :-

Anda digalakkan melihat caj di atas sambil membandingkan dengan bil eletrik rumah anda supaya lebih mudah untu faham


   Cuma satu sahaja persoalan aku mengenai bil eletrik yang dikeluarkan. Persoalannya adalah :-

1- Adakah caj yang ditetapkan ini telah ditolak dengan subsidi bahan api kerajaan?
2- Jika ya, mengapa pada bil eletrik ada tertulis subsidi bahan api oleh kerajaan persekutuan sebanyak sekian-sekian?
3- Berapa sen kah subsidi kerajaan terhadap setiap unit penggunaan eletrik?

    Jika soalan aku ini nampak seakan-akan bodoh, harap dimaafkan sebab memang aku tak paham. Kesimpulannya gunakanlah sumber eletrik secara berkhemah. Sila tidur dengan lampu bilik dipadam... hehe..

Sekian, terima kasih...


Ahad, 15 Julai 2012

Bunyi Kasar IAFM Proton Persona 2009

Salam sejahtera...

     Masalah iafm ini biase berlaku ke atas kereta Proton Persona keluaran versi pertama, Keluaran kedua adalah Proton Persona Elegance. Baru-baru ini aku merajinkan diri membuka cover enjin dan aku ambil video bunyi enjin Campro aku yang sudah ada tanda-tanda IAFM ni berdendang lagi. Dulu pernah tukar atas waranti Proton. Lihat video di bawah ye... Maaf enjin berdebu sikit, tak rajin nak bersihkan... hehe...



   Masa aku bukak cover enjin kereta aku ini aku terjumpa pula spot dekat enjin yang memerlukan aku untuk DIY lagi.. hehe..  Terdapat sedikit kebocoran kecil dan halus pada rocker cover gasket kereta aku. Jika dibiarkan akan menyebabkan enjin anda kelihatan cepat tua. Oleh itu, perlu untuk aku buka head dan gamkan semula dengan gasket head yang asal. Akan datang akan aku kongsikan proses membaiki semula seal gasket kereta aku. Lihat dulu gambar kebocoran yang aku jumpa...

 Gambar zoom jauh


Gambar zoom dekat. Ini la akibat selalu remp tinggi-tinggi... kekeke...








Khamis, 28 Jun 2012

Cara Atau Kaedah Untuk Memanjangkan Tempoh Sah Kredit Talian Bimbit Anda Selama Setahun Atau Lebih

Salam sejahtera....

    Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana anda boleh jadikan nilai kredit dalam sim kad anda bertahan untuk tempoh setahun. Aku terjumpa satu page yang mengutarakan cara dan kaedahnya. Sumber.. Dipetik dari web tersebut seperti di bawah :-



Untuk Celcom
Ok, sebelum korang gunakan code dibawah, pastikan korang topup dulu samada RM30 atau RM50. Sebabnya nilai ini akan ditolak sebagai pendaftaran korang untuk aktifkan sim kad selama setahun tanpa reload.
EXP1 send to 28882 – RM30 will be deducted for 1year validity.
EXP2 send to 28882 – RM50 will be deducted for 2years validity.
**syarat tambahan : pastikan reload sekurang-kurangnya RM30 dalam tepoh 6 bulan selepas pengaktifan.

* Untuk celcom ni aku buat dan jadilah... aku buat untuk akaun simkad aku... expired next Julai 2013... hehe...



Untuk Maxis (Hotlink)
Minimum kredit diperlukan adalah RM33.
Untuk aktifkan, taip *108*6#  dan tekan butang ‘call’ pada phone.
Call rates
Normal With RM30 top up or more
(valid for 30days) SMS Rates
Activ10 15sen/min 15sen/min 1sen/SMS
Hotlink to same network 39sen/min 36sen/min 7sen/SMS
Hotlink to different network 49sen/min 36sen/min 15sen/SMS

* Untuk maxis ni aku dah berjaya buat untuk akaun simkad ibuku... agak susah ckit... maximum 365 hari sahaja... anda perlu membeli plan 365. Sila lihat kaedah di bawah :- (sebelum itu nombor arahan mungkin telah berubah tetapi arahan terperinci adalah sama. Sila ikut arahan terperinci yang diberikan)


Then follow by reply the EasyMenu step:  01-seterusnya , 8-Hotlink specials , 4-Hotlink 365 ,  1 -Teruskan ,  1- Langgan , 1- Langgan. Then you received a sms said that you've successfully switched to hotlink 365. Your current validity has now been extended with 365days.
Top up to ensure a minimum credit more than RM33 is in your prepaid account .
    
Hotlink 365 gives you the best call and SMS rates similar to our current best rate plan, which is Hotlink Plan. 
    Call rates  
Normal With RM30 top up or more
(valid for 30days) SMS Rates 
Activ10 15sen/min 15sen/min 1sen/SMS 
Hotlink to same network 39sen/min 36sen/min 7sen/SMS 
Hotlink to different network 49sen/min 36sen/min 15sen/SMS 

  
Note:  I’ve subscribed to Hotlink 365. But after using it for 3 months, I want to switch back to my old plan or to another plan. Can I do so? 
         No. You cannot migrate to any other plans until your Hotlink 365 expires. Your Hotlink 365 will only expire for the following  reasons: 
a) Failure to fulfill the accumulated top up condition of RM30 in the first six months of the subscription 
b) Failure to renew your Hotlink 365 when the 365 validity days are over. 
  
Note: You’ll be auto-switched to Hotlink Plan when your Hotlink 365 subscription expires. 
  
CONDITIONS 
  
1. Is there a condition I need to meet during my subscription to Hotlink 365? 
  
Yes. You will need to accumulate top up of RM30 or more in the first six months of your 365 validity days. (e.g. a minimum of RM5 x 6 months or RM10 x 3 months). 
  
2. I’ve subscribed to Hotlink 365. But I did not accumulate RM30 or more top up credits in the first six months of my 365 validity days. What will happen? 
  
If you did not fulfill the condition by Day 180, your Hotlink 365 subscription (and the remaining 180 validity days) will expire immediately. After that, you will be auto-switched to Hotlink Plan. You will then have to top up to earn your validity days (e.g. top up RM10 and get 10 validity days). You can subscribe to Hotlink 365 again by just dialing *108*6# and paying the RM33 annual fee. 
  
RENEWAL 
  
1. My 365 validity days are expiring soon. How can I renew it? How much will I be charged? 
  
You will receive a renewal invitation SMS 30 days before your plan’s expiry date. Just follow the instruction to renew. Once the renewal is successful, RM33 will be deducted from your account. 
  
2. What happens if I don’t renew the plan? 
  
You will be auto-switched to Hotlink Plan. You will now have to top up to earn your validity days (e.g. top up RM10 and get 10 validity days). You can always subscribe to Hotlink 365 again by just dialing *108*6# and paying the RM33 annual fee.

Note : Extract from Hotlink website
Reload Command For Prepaid:
Maxis Reload *111*14pin no# Call  Or Call 122 and follow Instruction. 
Maxis Check Balance = *122# Call
Maxis Easy Menu = *100# Call
Maxis Hotline Contact = 1300 820 120



Untuk DiGi
DiGi agak mudah, pastikan nilai kredit anda melebihi RM35
Digi Super Long Life: 365days with RM30
 Step To Activate as below:
Dial *128*4*3#  dan tekan butang Call