Nuffnang Ads

Jumaat, 30 November 2012

DIY - Buka Rocker Cover Head Proton Persona & Tukar Gasket



Salam sejahtera...

     Sebuah kereta mempunyai bahagian yang paling penting iaitu enjin. Setiap enjin perlu diselenggara dengan baik untuk memastikan prestasi yang optimum sepanjang berkhidmat kepada pemiliknya. Kerosakan enjin tidak boleh dielak cuma yang membezakan adalah masalah tersebut merupakan kerosakan kecil ataupun kerosakan yang besar.

Kesan Minyak Enjin Yang Keluar Dan Memenuhi Permukaan Luar Enjin

  Keretaku telah masuk tahun keempat berkhidmat kepadaku dan enjin telah menunjukkan simptom kebocoran minyak enjin pada 'Rocker Cover Head' dengan sedikit kebocoran tetapi jika dibiarkan dengan lebih lama akan menyebabkan rupa enjin menjadi cepat tua dek daki minyak yang melekat. Aku telah membuat beberapa carian dan pertanyaan kepada rakan-rakan yang lebih mahir dalam dunia automotif ini. Jika aku hantar ke bengkel mungkin kos akan mencecah RM 300. Aku pun membuat keputusan untuk melakukan satu lagi kerja-kerja DIY semasa aku mempunyai masa lapang pada cuti hujung minggu.

    Dipendekkan cerita aku pun telah pergi ke kedai spare part di Dungun, kedai yang digelar kedai 'Gemuk' di Batu 48 Dungun setelah dicadangkan oleh otai Persona dari Dungun. Kedai tersebut memberi pilihan terdapat 2 jenis gasket iaitu yang Origanal (Made in Malaysia) dan satu lagi yang Made in Jepun. Aku telah memilih yang Origanal kerana ada rakan-rakan memberitahu material yang origanal lebih tahan dari yang Made in Jepun. Harga pula yang Origanal RM 60 dan yang satu lagi RM 30. Gam gasket pula berharga RM 15.

    Kelengkapan telah dibeli dan kini proses membuka 'Rocker Cover Head' perlu dilakukan. Sila lihat susunan gambar di bawah untuk memahami kerja-kerja yang perlu dilakukan :-



Alat Ganti Dan Sebahagian Peralatan Yang Digunakan. Hanya Perlu Spanar Saiz 8 Dan 10 Sahaja


Getah Gasket Ibarat Usus Dalam Perut Manusia... Panjang Beb...


Buka Klip Pada Coil Plug Dengan Menggunakan Playar Dengan Menarik Sahaja

4 Biji Skru Jantan Pada Coil Plug Juga Perlu Dibuka Dan Cabutkan Wayar Pada Coil Plug


Bulatan Kuning Menunjukkan Skrew Sensor Perlu Dibuka


Ni Rupa Sensor Pada Rocker Cover. Ada Sebiji O-Ring Berwarna Kuning


 
Untuk Keselesaan Perlu Buka Kotak Udara. Ada 6 Skrew Sahaja


Kotak Udara Dah Buka 


Kotak Udara Dah Buka 


Bulatan Kuning Menunjukkan Skrew Jantan Yang Perlu Dibuka Dan Bulatan Merah Pula Skrew Khunza (Jantan + Betina)


Skrew Khunza Ni Lah Yang Aku Tertinggal. Nasib Baik Aku Tak Umpil Kaw-Kaw... hehehe... Tapi Skrewdriver Mata Rata Patah Jugak Matanya...


Snap


Snap Lagi


Ada 1 Skrew Jantan Saiz 8 Perlu Dibuka Pada Cover Timing Belt. Lagi 2 Skrew Kat Bawah Tak Perlu Dibuka


Coil Plug Dah Siap Buka


Zoom Jauh


Alang-Alang Buka Check Sekali Spark Plug. Nampak Ada Sedikit Kekuningan Pada Spark Plug 4 Kaki Ni Setelah FPR Set Pada 3.7 Bar. Terbaik!!!


Snap Lagi


Dah Siap Buka Skrew-Skrew Umpil Sedikit Dan Ketuk Dengan Perlahan Dengan Tukul





Akhirnya Rocker Cover Head Dapat Dibuka. 2 Batang Cam Kelihatan


Zoom Jauh


Snap Lagi Bagi Puas


Snap 2X Jauh


Snap Fokus


Ada Laluan Untuk Air Keluar Dari Kawasan Dalam Rocker Cover Head Campro


Gambar Bahagian Bawah Rocker Cover Head Campro


Proton Hanya Meletakkan Sedikit Gam Gasket Pada Bahagian Yang Kritikal Sahaja


Snap Dekat Sikit


Adik Ipar Sedang Membantu Membersihkan Sisa Minyak Hitam Yang Melekat


Snap Dari Sisi


Zoom Pada Cam. Pada Padangan Mata Aku Tiada Masalah.


Masukkan Semula Getah Gasket Baru Yang Telah Dibeli. Perlu Kenalpasti Bentuk Gasket Mengikut Bentuk   Rocker Cover


Kemudian, Letakkan Sedikit Sahaja Gam Gasket Dan Gunakan Jari Untuk Menipiskan Lapisan Gam. Jika Letak Lebih Gam, Sisa Gam Mungkin Masuk Ke Dalam Head.


Dah Siap Pasang Semula Rocker Cover Head Campro


Sisa Minyak Hitam Yang Lama Perlu Dibersihkan. Pemerhatian Selama Seminggu Perlu Dibuat Untuk Memastikan Tiada Kebocoran Minyak Hitam Berulang


Antara Kawasan Pilihan Untuk Meletakkan Semua Skrew dan Nat Bagi Mengelakkan Kehilangannya


Sekian, sahaja perkongsian ilmu yang telah aku timba dari aktiviti DIY dan Try n Error. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan baik tanpa sebarang masalah. Mohon dijauhkan daripada pepatah Melayu 'Tikus Baiki Labu'. hehehe...

Sekian, terima kasih....











92 ulasan:

  1. salam bro, aku br lepas tukar gasket dkt pusat service eon dengkil, aku kena bayar dlm RM 70 untuk Gasket - RM 50 + Labour Charge - RM 20, Gam guna yg diorg punya(guna skit je). setakat ni minyak dh tak leaking. cuma bau hangit sbb minyak yg leaking kt bahagian enjin diorg xcuci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... thanks atas maklumat tuan... krenye murah lg la ye....

      Padam
    2. Minyak leaking tu, p hantar ke carwash jer boss. Sembur chemical kt enjin tu..

      Padam
    3. Aku pun tukar dekat proton sc harga gasket RM50++ je mane smpai RM300. Msa 2 upah buka psag free sbb tukar skali intake iafm huhu tpi hrga getah ori mmg RM50++

      Padam
  2. terima kasih berkongsi maklumat ni....

    BalasPadam
  3. Tuan duk mane dungun
    Ambe duk kat skolah aizek je.

    BalasPadam
  4. Salam fakrul..saya selalu perasan dekat kawasan penutup minyak hitam selalu akan keluar sidikit minyak hitam..adakah itu menandakan leaking? harap dapat membantu..tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. itu bermaksud kne tuko gasket atau getah baru penutup minyak hitam tu... xmahal... klo beli penutup baru ori rm 40...

      Padam
    2. salam,gam tu kena letak betul2 atas getah gasket tu ka?

      Padam
    3. wslm... a'a bos.... tp jgn letak bnyk sgt,... tipis2 je...

      Padam
    4. tq fakhrul, projek cuti cny nih, alang2 bukak nak tembak cat sket hehehehehe

      Padam
    5. welcome... bgus gak tu... kne pkai cat tahan panas bru cantik... cat biase nnt pecah lak lapisan cat tu...

      Padam
    6. Slm bos kmik mhu tanya apa ya msalh ya kereta gin 2 langsung tdk mhu hidup.myk 95 ada juga naik.tolong la bos

      Padam
  5. Salam fahkrul. Yang warna ungu kat timing belt cover tu apa benda?

    BalasPadam
  6. salam fakrul, gasket cover timing belt yg arna unggu tu berapa kos ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm... susah gak nk cri tu... klo yg ori dh rm 80 bro... agak mahal...

      Padam
    2. As salam tuan. Apa fungsi gasket cover timing belt

      Padam
  7. agak mahal jugak tu... mana nak dapat ye? ada tempat x?

    BalasPadam
  8. Salam..
    Agak2 klu tukar kt kedai bpe kena. Gasket sy bocor. dh tgk cara2 kt atas, tp bluer nk buat sndri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... upah dlm rm 80 - 100... gasket rm 60.... kos kasar dlm rm 180 lbh kurg...

      Padam
  9. Salam tuan...perkongsian ilmu yg amat baik...sy juga alami masalah yg sama..dlm seminggu dua ni org flat sy pn pelik asik tgk sy check myk hitam...at least dgn ilmu tuan kongsi dpt elakkan kita semua dr ditipu..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... sama2.... moga memberi panduan kpd semua....

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. salam aidilfitri...sy budak baru belajar..pesona sy head ngn bwh enjin kat oil sump da leaking..paling elok nak tukar gasket yang mane dulu..ke nak tggu sampi servis 80,000 km baru wat semua skali masa tukar timing belt..millege skrg 70,000 km..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... em, leaking kat oil sump bwh tu kne check dl tkut cpat melarat... gasket rocker cover yg bocor tu leh tggu lg...

      Padam
    2. salam...nak tanya..masalah minyak leaking aritu sampai nmpak kesan kt oli sump tu penyelesaiannye tukar ape?..nk pandangan n pengalaman..sebab baru terjadi dekat persona saya milage 80k..tq

      Padam
  12. Salam tuan, area ipoh xde org boleh repair iafm x? Klu ada tlg roger2.

    BalasPadam
  13. salam bro.. gam gasket tu letak lepas masukkan gasket tu ke.. ke sapu dulu sket baru letak gasket then sapu lagi sket dan sapu lagi pada body enjin tu sket.. cmtu ke huhu.. bleh bro detailkan mane tmpt yg nk kene sapu..

    soalan ke2.. cover timing belt transparen tu bro beli mmg siap skali gasket purple tu ke? sebab tertanye2 ni mane nk cari gasket cover timing belt x kisah kaler ape skali pun sbb yg oem dh hancur sket..

    soalan ke3.. ade chemical khas x utk senang cuci enjin? slalu gosok ngn sabun je.. paling xtream pun gune diesel then cuci pakai sabun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... gam gasket tu diletakkan selepas getah gasket masuk dlm paritnya... letak sikit je tipis2 jgn tebal sangat.

      cover timing belt tu bli mmg siap getah gasket. klo beli online beli yg bg getah gasket skali...

      cuci enjin aku buat pun pakai sabun je... pastu biar kering... tapi kalau nak bagi kilat lagi bawak g tempat cuci kereta dia ada sembur guna angin chemical khas untuk kilatkan enjin. kat kampung aku tangkak rm 18 basuh kereta n cuci enjin...

      Padam
    2. Assalam nak tanya kalau gam gasket tu letak banyak ada effect lain ?? mohon pencerahan tQ

      Padam
  14. mana nak beli rocker cover head ni ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedai spare part ada... dh rosak ke? jarang rosak rocker cover head ni...

      Padam
  15. from aaaa

    saje nk share.. gasket valve cover ni x sama yer ngn gen2.. aku punye kedai sparepart tu bg yg gen2, die ckp sama.. bentuk pun dh lain.. yg asal yg flat je 4segi, yg gen2 mcm bentuk T.. boleh masuk.. lepas tu die kene potong sket sebab ade satu line gasket tu mmg persona xpayah pakai gasket. terpaksa la aku potong sndiri, silap x check betul2 + mls dh nk g kedai sparepart.

    lepas tu, utk benda warna purple tu, klu cover cam yg asal warna itam, ade jual kedai sparepart gak.. rm10 je lepas kurg2 aku beli.. name die seal cam cover..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo.... mgkin kedai tu salah info... persona getah gasket tu klo letak kat tempatnya bentuk mcm huruf C... seal cam cover dpt rm 10? wahh... bgus la tu... dl aku tnye kat tangkak dia ckap rm 80... siut je...

      Padam
    2. Tangkak 2 smua kdai pnipu dlu aku kje situ. Ada kdai nama sim huat jual mmg murah tpi ko byangkan wira aku baru tukar n psag drive shaft dh rosak so aku claim blik dkt dia nsib xbyak songeh. Sne mne pndai ada pomen turbo pun tau buat enjin generasi wira,waja, stria je yg enjin2 gnerasi lma campro mmg xde.

      Padam
    3. Maksud aku enjin magma n mitsubhisi je dia tau 2 pun basic je yg enjin campro byak sensor nk azab try buat dkt sne

      Padam
  16. Salam.,nak tanya kalau engin persona tahun 2007 tanpa ciri2 terbaru IAFM,sama juga kew cara2 membuka,memasang gasket.. sbb apa sya lihat engin persona en.fakhrul berbezA dgn enjin persona sya tpi campro juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... boleh je bro... IAFM tu intake manifold je.... benda berbeza head & intake manifold ni...

      Padam
  17. Bro keta pesona saya bermasalah lh lepas buat DIY kt cover head... Bunyi enjin sngat bising???? Sila komen cikit bro ?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. bising? ada bende kecik2 termsuk dlm rongga yg terbuka dlm head tu ke? ada yg xkena tu... ada leaking x?

      Padam
    2. Ada yg tertinggal 2 mybe sisa kotor atau trusik valve seal

      Padam
  18. slm bro..nk tukar head gasket tu minyak itam kne buang x? konpius gak nie..

    BalasPadam
  19. kalau tgk kat tempat kita parking tu ada sikit air + minyak warna kekuningan gitu...apa tu? ada leaking ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tgok dari bawah kereta semasa kereta di jack.. ada kesan kebocoran ke tidak... masa tuko minyak hitam ke leh check sekali...

      Padam
  20. salam bro. minyak enjin kena kluarkn dlu x sblm buka head tu?
    then kalau g kdai sparepart nk ckp apa r utk bli getah gan gam tu? sebut gasket je dye dh tahu ke? ke kna sebut getah gasket? sory byk tnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... minyak htm xperlu kluarkn pun... sebut je getah rocker cover & gam gasket.... nnt tau la kedai brgnya... amik yg ori proton ye... mahal sikit tp lebih tahan lama...

      Padam
    2. xpun pkai je gam tutan@2ton (utk mereka yg melihat forum ini pda msa akan dtg)

      Padam
  21. cover transparent yg ada line purple tu ape. ape fungsinye

    BalasPadam
    Balasan
    1. line warne purple tu merupakan gasket lining bg memastikan cover betul2 rapat dengan dinding enjin.... klo xde mgkin habuk atau batu kecil boleh masuk ke timing belt yg mna dlm jangka masa panjang boleh merosakkan timing belt sebelum 80,000 km...

      Padam
  22. Salam bro, nak tanya sikit, hr tu g tkr spark plug, ms tkr tu dkt plug no. 3 ada minyak leaking, mechanic tu ckp sbb coil plug dah rosak/bocor, mmg nmpk dkt bhgian bwh getah tu dah pecah, cumanya, benda tu kena tkr satu set ke? 4 biji skali? Sbb kalau tkr satu/asing-asing, pembakaran dia tak sekata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kpada mreka yg mgalami msalah ini pda msa akan dtg ini jwapannya. ignition coil boleh ditukar seketu2 jika hnya 1 yg bmasalah shaja tidak perlu mnukar shngga 4 ketul. Hrga 1 ketul di sparepart ori proton RM80.00 pda thun 2015 xtau jika skarag mkin naik atau maintain.

      Padam
  23. Ha ha la nie tgh tukaq oil seal kt proton. Suma rm123 (+ labour) jap g siap nk blik kg

    BalasPadam
  24. As salam bro,

    Minta tolong sangat2 bro. Leaking pada enjin saya ni da terlalu lama berlaku. Pergi kedai dah dua kali tapi masih jadi. Fulus habis camtu je. Tolong la bro. Kerosakan yang kedai cakap berlaku leaking pada oil seal. Aku xpaham la bro. Kenapa da tuka timing belit oil seal 1 set semua masih berlaku. Kenapa erk. Diorg xbuat keje btul2 ke.. Leaking memang berlaku pada bahagian timing belt. Ah tension aku. Duit banyak habis. Tapi masih sama je.Tolong bagi jawapan bro. Wasap pon boleh. Nombor fon saya 0172015102 ali. terima kasih bro.

    BalasPadam
  25. as salam bro...nk tya sikit, kete gen2 sy masalah keluar minyak ikut oil cap, klu jalan jauh minyak itam mesti kering n kena topup...apa problem yer,,,??

    BalasPadam
  26. salam tuan, nak tanya aritu saya ada tukar timing belt dan getah gasket ni.tp masalah nya pas tukar ni enjin saya ada bau hangit mcm getah terbakar serta kuar asap. pls advise..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bnde ni jadi sama kes mcm kete aku..nape ek?adakah ade xkene mane2 atau perkara biasa....dlu aku pnh tukar rocket head gasket ni...tp rasanya xde plk jd cmni

      Padam
  27. Salam tuan ... Sy ade masalah tentang timing tinggi... Ape masalah dye ye ?? Xpaham la..

    BalasPadam
  28. assalam...semalam baru uruskan masalah gasket...minta jiran buatkan..alang2 buat...tukar sekali belt,timing belt,minyak itam...total kos cecah rm6ratus..selepas 5 thn pakai persona...ni lah baru major servis...biasa tukar minyak itam ngan oilfilter jew...

    BalasPadam
  29. salam..tau x mana nak cari spare part skru khunsa tu..

    BalasPadam
  30. Salam...minyak injin leaking....dah tukar gasket cover head, dah tukar timing kit sekali oil seal, dah tukar minyak injin sekali oil filter......tapi tetap juga ada leak....macam minyak tu turun dari oil filter.....ada sesiapa bole bagi idea...???

    BalasPadam
  31. I pun ada masalah leaking. boleh recommend saya bengkel kereta yang mahir deal dgn oil leak?

    BalasPadam
  32. Terbaik.. DIY jimat duit... Aku pun mengalami yg pekara sama... Insya Allah hujung minggu ni nak buat...

    BalasPadam
  33. Terbaik.. DIY jimat duit... Aku pun mengalami yg pekara sama... Insya Allah hujung minggu ni nak buat...

    BalasPadam
  34. TEMERLOH MANA KEDAI YANG CUN UTK SERVICE PERSONA?BOLEH KONGSIKAN X..POMEN YANG TERBAIK..

    BalasPadam
  35. ass salam broo sya pak usop. sya pakai proton BLM waktu nak tukar minyak hitam dapati ada kesan basah dibawah top enjin,bila terbaca cetr dlm blok anda ni sya rasa hampir sama maasalahnya. Sya nak tahu berapa lama boleh bertahan utk dibaiki maalom poket tgh kering ni dan agak2 berapa badgetnya? Harap dapat jawapan dari andi bagi dlm lengkongan berapa. Terima kaseh

    BalasPadam
  36. Persona saya dah 3 kali leaking. Nk repair leaking ni kena tgk pomen juga pandai ke tak dan guna brg yg bagus je (berjenama). Budget repair gasket maksimum rm80. Lepas repair, elok bersihkan terus enjin DIY dgn 'engine degreaser' (rm15). Kalau dibiarkan, minyk melekat tu akan jadi keras dn mengganggu thermal efficiency enjin untuk lepaskan haba dan penyejukan. Spray air sikit utk bersihkn sisa sbb myak2 turun tu akan menjahanamkan getah bush2 suspension bwh enjin anda, terutamanya lower arm. Pendek kata, cepat2 repair benda ni sblm duit byk terbang.

    BalasPadam
  37. Terbaik bro. Tq. Nk buat sendiri je pasni.

    BalasPadam
  38. Persona sy bru jadi mcm ni...beli 2011, 2017 bru leaking..so dh pegi buat kat kedai pomen biasa..total 90 siap pasang semua skali..siap pomen tu tolong cuci enjin...

    BalasPadam
  39. Salam bro nak Tanya sya bru aje tukar cover gasket setelah selesai bla start lampu injin kat meter hidup msa saya tukar cover gasket tu saya ada buka bateri tolg2 dlu otai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila cabut bateri kena reset ECU/ECM dengan cara cabut kabel negatif bateri dan biarkan 10 minit tanpa dipasang.Lepas 10 minit pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta selama 10 minit juga.

      Padam
  40. Cabut kabel plug hanya picit pin dan tarik je, x perlu guna playar. Betulkan panduan bergambar

    BalasPadam
  41. Assalam , baru2 ni valve gasket saya leaking tapi dah baiki , now bila start enjin/enjin on saya buka dipstick yg sukat minyak enjin tu kluar asap/wap saya nak tanya da kh itu perkara biasa atau da maslah ? mohon pencerahan bagi mslah tu dengan kos yg diperlukan??

    BalasPadam
  42. alhamdulillah setelah 2thn buat sndri bru skarang nmpak bocor semula,,,berbandang buat kat kedai tk smpai 1 thn dah bocor...

    BalasPadam
  43. Dekat laluan air keluar tu...kete aku pnnye ade sarang angkup2...xpe ke...pomen tu korek tp xsedut keluar pun..xpe ke...xmasuk enjin ke tanah sarang angkup2 tu....

    BalasPadam
  44. kedai mana yg tukar gasket smpai rm300 tu..nk cepat naik haji ke

    BalasPadam
  45. salam bosku.. klau nk bli kdai spare part oder rocket cover head ke seal cam cover?

    BalasPadam
  46. Termo suis radiator ada sebelah mana ya

    BalasPadam
  47. salam..mohon pengkongsian..bukan screw...tapi nut/bold.

    BalasPadam
  48. salam bos..tumpang tanya..klu kita tgh bawa kereta..pastu berhenti..kita keluar kereta pastu bau hangit dekat enjin..pasai apa ye..bleh terangkn x..

    BalasPadam
  49. Baru2 nie sy tukar gasket roker arm brg beli sndiri upah sje 90

    BalasPadam
  50. Salam....saya dah 4 kali orang buat masih leaking...siap letak tebal gam silikon tu..enjin campro cps..bingung dah ni..

    BalasPadam
  51. 30.11.2019. Tengah service persona 2014. Datang nak tukar relay air cond. Minyak leaking lalu tukar getah gasket. Harga gasket 120

    BalasPadam
  52. Sy baru hrni buat persona 2010..cas rm235..harga cekik darah..tu la BMF..

    BalasPadam
  53. Assalam bro. Kalau enjin makan air adakah mungkin sebab gasket head dah tak ok ke? Sb kereta saya asyik kena top up air je. Dah check dgn air pressure takde bocor. Cap radiator jugak dah tukar tetap sama.

    BalasPadam