Nuffnang Ads

Ahad, 30 Disember 2012

Riwayat Ringkas Imam Bukhari



Salam sejahtera sekalian...

     Aku mahu berkongsi sejarah silam imam-imam yang biasa meriwayat hadis-hadis untuk panduan umat Islam sejagat. Aku merujuk sumber dari kitab lama semasa aku bersekolah di Sekolah Agama Bandar Tangkak dan Kitab yang aku rujuk adalah Kitab Hadis 40 terbitan Dewan Pustaka Fajar. Tujuan aku membuat artikel ini adalah untuk aku membaca sambil berkongsi dengan anda semua. Seperti tajuk di atas, di bawah adalah nota ringkas riwayat Imam Bukhari :-
 
     Nama penuh Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari. Beliau mulai belajar sejak umur 11 tahun. Kemudian datang mengerjakan Haji di Mekah lalu belajar ilmu Hadis dari para Ulama di Mekah, kemudian di Madinah, Iraq dan di kota-kota besar seluruh negara Islam dalam masa 16 tahun lamanya. Menurut riwayat, beliau pernah belajar kepada 1000 orang guru untuk mendengarkan hadis hingga terkenal menjadi seorang imam yang telah menghafal berpulu-puluh ribu hadis dengan cukup sempurna serta tahan diuji kekuatan ingatannya.


      Ada cerita yang menyatakan bahawa sewaktu beliau datang ke Baghdad, maka Ulama'-Ulama' Hadis yang terkemuka dikota itu telah berusaha menguji kekuatan ilmu beliau. Mereka telah mengemukakan kepada beliau sebanyak 100 Hadis yang dicampur adukkan dan dikacau bilaukan sanad dan matan (lafaz) hadis, kemudian diminta beliau menerangkan dan membuktikannya. Imam Bukhari segera menyatakan hadis tersebut dengan menerangkan sanad bagi tiap-tiap matan menurut yang dihafaznya. Dengan itu, barulah mereka tahu kebolehan beliau dan terus mengakui kebolehannya.  

      Imam Bukhari mempunyai kitab sahih yang terkenal dengan nama 'Sohih Al-Bukhari'. Dalam kitab ini diisi dengan hadis2 yang sahih belaka. Beliau wafat pada tahun 256 Hijrah dalam usia 62 tahun dan tiada meninggalkan anak seorang jua pun.            



Maksud istilah dalam hadis :

1- Sanad - jalan yang menyampaikan kepada hadis

2- Isnad - menyebutkan hadis itu kepada orang yang mengatakannya.

3- Masnad - orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya

4- Musnad - kitab yang dikumpulkan hadis di dalamnya, yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.

5- Matan - hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang di akhir sanad.

6- Riwayat - memindahkan hadis dari seorang kepada seorang yang lain.

7- Istikhraj dan Ikhraj - mengambil sesuatu hadis dari sesuatu kitab dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadis itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain.

8- Muhadis - orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecacatannya.

9- Hafaz - orang yang telah menghafaz sebanyak 100 000 hadis dengan isnadnya.

10- Hujah - orang yang telah menghafaz sebanyak 300 000 hadis dengan isnadnya.

11- Hakim - orang yang meliputi ilmunya dengan urusannya hadis.                                                

 
Sekian, akan bersambung lagi....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan