Nuffnang Ads

Ahad, 21 April 2013

DIY - Rebore Throttle Body Campro 1.6 Proton Persona

Salam sejahtera...

     Dah lama aku tak upload blog, kali ini aku nak kongsikan aktiviti DIY aku yang terbaru me'rebore throttle body campro. Daripada perbualan bersama dengan bro Qaixer sebelum ini di Johor Bahru semasa aktiviti 'paddle respon', tip yang diberikan adalah sudut potongan throttle body (TB) itu penting untuk memastikan aliran udara yg masuk dalam tekanan yang tinggi. Bahagian belakang TB pula tidak boleh di'rebore melebihi dari saiz tapak TB di intake manifold. Jika terlebih aliran udara akan bocor ataupun risiko untuk air masuk ke dalam intake manifold.

      Dari segi peralatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti DIY ini adalah :-
          1) Mesin drill
          2) Mata drill polish ( ada banyak bentuk & mungkin ada yang jual dlm bentuk tool kit )
          3) Kertas pasir gred 600 atau 800 & gred 1000 ( semua sekali ada 4 keping )
          4) Panetrate wd40 spray tin
          5) Kain bersih

     Pertama sekali, buka TB dari bahagian enjin kereta anda, kemudian sila rujuk turutan gambar di bawah untuk menjalankan aktiviti DIY rebore TB campro 1.6 :-

Gambar peralatan-peralatan yang digunakan...

Gambar permukaan belakang TB - bersambungan dengan intake manifold...

Gambar permukaan hadapan TB - bersambungan dengan air hose & air filter...

Tandakan dengan marker pen dengan ukuran yang hendak dibuang 1mm

Kemudian gelapkan permukaan yang telah ditanda tadi supaya proses membuang dapat dilakukan dengan lebih mudah dan terurus...

Fokus 1x...

Aktiviti port & polish dimulakan. Seelok-eloknya ada pengepit atau ragum yang besar untuk memegang TB. Jikalau tiada terpaksa buat seperti yang aku lakukan, sebelah tangan pegang TB sebelah tangan pegang mesin. Kadar kelajuan mesin drill mengikut keperluan seperti semasa membentuk bulatan luar gunakan kelajuan yang rendah atau sederhana.

Zoom lagi...

Bahagian belakang TB hampir siap.... Lepas ini polish dengan kertas pasir dengan gred yang kasar dahulu...

Bahagian belakang TB dah siap polish... Last sekali polish dengan gred kertas pasir 1000 dan spray dengan penetrat wd40 sekali....

Zoom lagi....

Next.... mulakan semula aktiviti menanda pada bahagian hadapan TB... Ukuran untuk dibuang sama seperti dibahagian belakang TB... 1mm sahaja...

Kemudian gelapkan permukaan yang telah ditanda tadi supaya proses membuang dapat dilakukan dengan lebih mudah dan terurus...

Ok... Bahagian hadapan TB dah siap port n polish... Selepas ini aktiviti memasang TB pada tempatnya...

Sisa habuk dari aktiviti port n polish throttle body campro 1.6...

    Keseluruhan proses rebore atau port & polish throttle body campro 1.6 ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk siap. Kos mata port & polish sebiji RM 12, aku beli 2 bentuk dan jumlah kos RM 24 + kertas pasir RM 6 untuk 4 keping. Semua sekali RM 30. Mesin drill jika dah ada satu bonus tu, jika belum ada dicadangkan beli yang harga sekitar RM 200 supaya lebih tahan untuk aktiviti yang lain kelak. Sekian, selamat mencuba buat member-member Proton Persona di luar sana...









21 ulasan:

  1. Bro nak tye ape kelebihan buat bnda ni.. Rebor sampi bahagian fly 2 ke n berbntuk cm cone ekk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelebihannya adalah utk tambah kuantiti udara dlm intake manifold atau omboh.... rebore hnye bentuk kon je xsmpai ke butterfly tu....

      Padam
    2. Ooo..mcm bermnat tp x berani lah..hehehe

      Padam
    3. hehe... xpe... tmbh ilmu dl bru dtg keyakinan tu...

      Padam
  2. rebore engine, cc kereta bertambah.. rebore TB, angin masuk lg banyak.. patut FC lagi jimat, respon cepat, lebih pickup.. kan?.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. em, aku rse klo rebore enjin cc xbertambah kot... mgkn respon ato pick up lbh awal... horsepower ttp sme je ato lbh ckit.. tp xkan mencapai cc 1.8 klo modi 1.6... pendapat aku la.... mgkn ilmu aku ni slah jgk... hehe... angin klo msuk lbh sgt jd xsedap jgk klo minyak xckup bro... nk kne set seimbang antara kuantiti udara n minyak... berdasarkan warne spark plug secara asasnya...

      Padam
  3. Salam, bro blh kongsikan x cara nk adjust paddle response 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.... yg tu aku pun xtau la bro... paddle respon ni nk kne paham semua konsep drive by wire bru leh wat... ada keje2 R&D... aku xsmpai ke tahap tu lg...

      Padam
  4. Cun...tangan anda mmg steady lah tuan tanah..
    kalau terlebih grind ni naya jugaklah ye..
    so review sebelum selepas mcmna? puas hati x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... lepas buat rebore tb ni kne naikkan ckit setting kat fpr sbb angin dh lebih msuk.... respon ok....

      Padam
  5. Balasan
    1. FPR tu Fuel Pressure Regulator...
      fungsi dia untuk kawal tekanan petrol dalam fuel rail... standart campro 3.5 bar tekanan petrol dalam fuel rail...
      FPR ni dia adjustable... terpulang la pada tuan kereta nak adjust lagi tinggi atau rendah...

      Padam
  6. Oww begitu . Jadi apa akan terjadi kalau adjust tinggi atau rendah . . ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. klo adjust tinggi pancutan minyak akan lebih sikit & sebaliknya.... FPR sesuai utk enjin yg dh buat penambahan kuantiti udara....

      Padam
    2. Salam,Bro mcm mane nak adjust FPR,,bleh tunjukan x?

      Padam
    3. susah nak tunjuk dr gambo... cb tgok video di youtube...

      Padam
  7. bro...nak tanya sket..rebore tb ni effect dia apa ek? kalau ikutkan komen2 atas menaik kan sedutan angin ke tb.meaning akan lebih tarikan angin untuk henjin la ek? tapi macam mana pulak nak counter kan sistem close loop campro yang selalu overwrite apa2 yg terlebih bila kita mod

    BalasPadam
  8. Tuan.. Nk tnya.. Klu honda city 2006 gd8... Boleh rebore TB tak

    BalasPadam