Nuffnang Ads

Rabu, 11 Jun 2014

Kelebihan Vitamin E



Salam sejahtera semua...

     Kali ini aku nak kongsikan sedikit mengenai kesihatan iaitu kelebihan Vitamin E. Vitamin E ni ape ye? Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu :-

1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)


    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

Ini tokohnya... Dr. H.M. Evans

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung


     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.


2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.



     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.



    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan.




 
     Jika anda ingin mengambil Vitamin E ini sebagai makanan tambahan anda, aku mencadangkan Vita-E Complex with Grape seed Extract yang mengandungi 120 biji kapsul di dalam satu botol. Harga pasaran untuk sebotol adalah RM 149.00. Boleh dipos ke seluruh pelusuk Malaysia dengan kadar yang berpatutan daripada syarikat perkhidmatan Poslaju Malaysia.



     Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, sila sms atau whatsapp ke talian 013-3562795 (Eila)


Rujukan - Wikipedia









5 ulasan:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Vitamin A

    BalasPadam
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2lis asa tpi nma cmpany aso. ni ah long je ni mne org bagi pnjaman nk rugi smua msti nk untg besar2 pnye

      Padam
    2. Salam sejahtera.Boleh kah saya memmohon pinjaman peribadi dalam rm3000.Kalau boleh bagaimana caranya.Tk.

      Padam