Salam sejahtera...
Aku kini telah berubah selera untuk bertukar menggunakan kenderaan bertransmisi automatik. Oleh itu aku perlu membeli kereta baru... Oh tidak!!! kereta aku baru lagi. Aku pun tak mahu membazirkan wang untuk menanggung dua buah kenderaan buat masa ini dan tiada keperluan untuk itu. Oleh yang demikian, langkah penyelesaian terbaik adalah seperti tajuk di atas, menukar gearbox manual kereta aku kepada automatik. Masalahnya adakah aku perlu membeli gearbox automatik seketul? Perlukan peruntukan beribu juga itu.
Kereta Aku Sedang Menunggu Untuk Operation
Cara lain adalah 'swap' ataupun tukar suka sama suka dengan pengguna kenderaan yang sama baka dengan kereta aku. Dengan kata lain menggunakan sistem 'barter'. Tapi jangan silap, penukaran ini perlukan peralatan - peralatan lain yang berkaitan, tidak semestinya aku bagi 3 barang dan aku juga dapat 3 barang. Sebabnya adalah supaya proses penukaran gear ini dapat dilakukan secara lengkap ke atas kereta yang terlibat iaitu setup automatik perlukan beberapa komponen yang akan aku terangkan secara kasar nanti.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencari rakan yang mahu swap gearbox juga. Aku hanya mencari di mudah.com dan menjumpai 2 rakan yang menawarkan swap gearbox kereta Gen 2 dan sorang lagi Persona. Oleh sebab panel knob gearbox Gen 2 adalah bulat manakala kereta aku pula adalah bersegi ( segi empat ) maka aku membuat keputusan memilih rakan Proton Persona dan aku 'deal' dengannya.
Kereta Rakan Swap Juga Sedang Menunggu Untuk Operation
Langkah kedua pula adalah untuk mencari bengkel yang sesuai ataupun yang biasa dengan kereta berasaskan enjin Campro ini. Akhirnya aku mendapat cadangan dari rakan-rakan forum supaya aku membuat proses penukaran di Bengkel Wazi Motorsport di Kota Seri Kemuning, Shah Alam, Selangor. Aku diberitahu oleh rakan bahawa kos upah yang dikenakan adalah RM 400 sahaja tidak termasuk barang-barang. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, anda boleh berhubung dengan Bro Cupin yang merupakan 'incharge' di bengkel tersebut. Talian nombor Bro Cupin adalah 019-6400304. Bagi sesiapa yang mahu modified kereta mereka juga boleh dibuat disini sebab aku tengok bengkel ni ada juga membina kereta Proton Satria Neo untuk drag.
Ok... sampai masa untuk aku 'deal' semula dengan rakan swap aku untuk penetapan tarikh berjumpa dan menghantar kereta terus ke bengkel. Untuk pengetahuan semua, rakan swap aku ni serah pada aku 100% untuk mencari bengkel yang bersesuaian. Pada awal bulan Mei 2012 aku telah menghantar kereta aku di Bengkel Wazi Motorsport di Shah alam dan aku pulang ke Temerloh dengan menaiki pengangkutan awam (komuter, LRT dan bas ).
Nak dijadikan cerita, semasa pulang pula aku menghadapi masalah untuk mencari tiket bas pada waktu malam pulang ke Temerloh, tiket yang ada hanya ke Kuantan sahaja. Aku pun tekad membeli tiket bas ke Kuantan dengan hasrat untuk berhenti di tepi highway ataupun di RnR Temerloh. Tetapi hasrat aku tadi dihampakan oleh pemandu bas yang sifatkan pada aku memang betul-betul tidak berhati perut dengan menolak permintaan aku untuk turunkan aku di highway ataupun RnR Temerloh. Alasan yang diberikan pun tidak konkrit pada aku iaitu beliau menyatakan kebiasaannya pada waktu malam beliau tidak berhenti di mana-mana sehingga tiba di destinasi yakni di Kuantan.
Gearbox Persona Manual (Mivec)
Aku dengan berat hati menaiki bas tersebut dengan perasaan yang hampa dan bercampur marah. Dalam hati aku, di mana 'customer care' perkhidmatan bas ini? Tapi tidak apalah, sampai masa nanti tahulah ape yang aku akan buat. Semasa menaiki bas tersebut jam menunjukkan pukul 11.30pm dan tiba di Kuantan jam 2.30am. Sebelum tiba di kuantan, bas ini berhenti menurunkan penumpang di sekitar Gambang. 2-3 kali juga bas ini berhenti di tepi jalan Gambang. Perasaan hati lagi bertambah panas. Hampeh!!!.... Setibanya aku di Terminal Darul Makmur Kuantan, aku terpaksa mencari hotel untuk menginap semalaman lagipun aku belum solat isyak. Lebih selesa aku cari hotel untuk bermalam. Pada keesokan paginya aku pun menaiki bas ke Temerloh dan yang paling aku tidak suka, aku terpaksa EL... cuti...
Ok, habis cerita aku pasal masalah yang terpaksa aku alami semasa pulang dari Shah Alam. Setelah kereta aku siap dalam masa 4 hari, aku pun bertolak ke Shah Alam menaiki kenderaan adik aku dengan membawa anak isteri sekali. Jumlah keseluruhan yang aku kena bayar adalah RM 510 lebih kurang la... campur minyak gearbox auto sekali. Semasa baru memandu pulang aku terasa pelik pada kereta aku, ada bunyi di bahagian hadapan. Aku bertanya pada Bro Cupin mengenai masalah baru yang aku hadapi beliau mengatakan tiada masalah semasa beliau last check. Akhirnya aku menjumpai punca masalah adalah bearing tayar kereta aku dah rosak. Nanti aku ceritakan pula dalam tajuk lain masalah mengenai bearing kereta macamana mahu kenalpasti kerosakannya..
Gearbox Persona Auto (mivec)
Sebelum aku terlupa, beberapa barang yang perlu aku swap dan aku dapat adalah seperti di bawah :-
Aku Bagi :- Aku Dapat :-
1- Gearbox Manual * semua barang yang aku swap dapat kembali + TCU dan sistem
2- Clutch Padel wiring auto gearbox ( hanya clutch pump dan padel aku tak
3- Gear Panel dan Knob dapat sebab tak perlu )
4- Panel Meter
5- Clutch Pump
6- Radiator
7- Brake Pump
* Untuk pengetahuan pembaca radiator perlu ditukar kerana radiator kereta transmisi automatik adalah lebih besar untuk menampung suhu minyak gearbox sekali dan brake pump juga perlu ditukar supaya lebih mencengkam untuk menahan tolakan semasa gearbox dalam kedudukan D dan semasa membrek.
Sekian sahaja coretan pengalaman aku mengenai proses swap dan convert gearbox Proton Persona 2009 aku ini. Sebarang pertanyaan ataupun komen sila kemukakan pada ruangan komen di bawah artikel ini.
Sekian, terima kasih.....