Nuffnang Ads

Sabtu, 14 Januari 2012

Proton Exora CFE Turbo 2012

Rekabentuk exterior yang sporty dan garang

Salam sejahtera semua...

Aku tertarik pada keluaran Proton terbaru iaitu Proton Exora CFE yang dijanakan oleh kuasa tambahan (turbo kecik) bagi menampung berat kenderaan ini. Walaupun sebelum ini pernah diberitakan mempunyai sedikit masalah kebocoran pada enjin semasa tempoh percubaan, akhirnya masalah itu berjaya diatasi dan hasilnya produk ini dikeluarkan secara rasmi.

Pasti semua masih ingat ketika Proton mengeluarkan kenderaan serba guna (MPV) pertamanya pada tahun 2009. Pada masa itu, ramai ‘pakar’ automotif yang tampil beri pandangan. Dalam blog, di kedai kopi, malah di dalam bilik pameran Proton, macam-macam komen diberikan tentang MPV tersebut.

Rekabentuk Lampu LED Belakang Baru

Kutukan paling keras pastinya terhadap kemampuan enjin Campro CPS 1.6 liter itu. Tidak dapat dinafikan bahawa enjin itu memang kurang berkuasa. Kalau hendak berlumba dengan kereta lain di lampu isyarat, baik lupakan sahaja. Tetapi, kalau sudah meluncur di atas lebuh raya, kuasanya boleh tahan juga sebenarnya.

Masalahnya, ada juga MPV lain yang kurang kuasa dan guna plastik murah untuk bahagian dalamannya, tetapi tidak pula kita kecoh lebih-lebih.

Rekabentuk Dashboard sama seperti keluaran sebelum Exora CFE, cuma tombol gear cvt yg berbeza

Pertengahan Disember lalu, Proton memperkenalkan dua varian terbaharu Exora. Dikenali sebagai Exora Bold Premium dan Exora Prime, ada banyak perkara yang membuatkan saya menyatakan inilah MPV terbaik untuk takat harga di bawah RM100,000.

Kedua-dua Exora itu bukan sekadar varian tambahan saja-saja dengan sedikit pembaharuan. Sebaliknya, ia menjadi model pertama Proton yang menerima unit enjin Campro turbo atau CFE (Charge Fuel Efficiency). Enjin turbo itu sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu. Semua orang mahu tahu sejauh mana berkuasanya enjin turbo buatan Proton.

LCD Head Rest menampilkan kemewahan dalaman

Sebelum anda menjadi teruja tidak tentu pasal, harus saya ingatkan bahawa Campro CFE ialah unit enjin dengan sistem soft turbo. Maksudnya, turbo bertekanan rendah. Turbo sebegini biasanya menggunakan unit pendesak turbo yang kecil. Kuasa kuda yang dihasilkannya juga rendah. Namun, apa yang penting ialah teknologi itu digunakan untuk mendapatkan tork lebih tinggi.

Torque tertinggi seawal 2000rpm - 4000rpm

Harus tahu juga bahawa enjin CFE bukannya unit enjin CPS yang ditambah dengan turbo. Sebaliknya, 70 peratus komponen yang membentuk CFE adalah baharu. Hasilnya, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 138hp @ 5,000rpm dan tork puncak 205nm pada putaran enjin serendah 2,000rpm - 4,000rpm.

“Menerusi enjin 1.6 liter CFE yang lebih cekap, pelanggan akan rasa lebih prestasi seperti enjin bersesaran 2.0 liter tetapi pengguhaan bahan api menjimatkan.

“Varian ini juga menawarkan gayaan yang eksklusif dan elegan, disertakan bersama kualiti pengendalian Lotus. Malah, ia dipakejkan pada harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan kenderaan sekelas dengannya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Kelihatan turbo kecil pada engine bay

Selepas sesi uji pandu yang diadakan oleh pihak Proton ke Tanjung Jara, Dungun di Terengganu baru-baru ini, boleh disimpulkan bahawa matlamat itu dapat dijayakan dengan baik. Hantaran kuasa yang ditawarkan oleh Campro CFE terasa lebih cepat dan tidak membuatkan enjin mengaum secara berlebihan.

Kalau enjin Campro CPS boleh membuatkan sesetengah orang sakit jiwa dengan low end torque yang dihasilkannya, Campro CFE seakan-akan sudah menyelesaikan masalah itu dengan agak cemerlang.

Campro CFE digandingkan bersama kotak gear CVT. Transmisi CVT itu bukannya yang sama dengan kotak gear CVT pada model Saga FLX. Tetapi ia merupakan kotak gear CVT baru yang dikenali sebagai CVT3 yang dibina khas buat model Exora Bold Premium dan Prime.

Jadi, seperti biasa ia menawarkan pertukaran gear yang lancar dan tanpa senggukan. Tetapi kalau kelancaran itu tidak memuaskan hati anda, jangan lupa tekan butang SAT (Stepped-Automatic Transmission) yang ada pada perumah tuil gear. SAT berfungsi memberikan sedikit rasa gear ditukar untuk pemanduan lebih sporty.

Engine CFE yang ditambah baik semula dari engine Campro biasa

Kualiti kawalan Exora boleh dianggap bagus. Dengan tubuh yang besar, tinggi dan tayar bersaiz 16 inci, ia masih berupaya tidak membuatkan pemandu serta penumpang berasa kecut perut ketika mengambil selekoh dengan laju.

Berada di tempat duduk pemandu, saya berpuas hati dengan rasa stereng dan tombol gear yang dibalut kulit. Konsol tengah yang menempatkan unit audio dan butang kawalan pendingin hawa itu juga tidak nampak murah. Untuk kelihatan lebih mewah, panel sisi dan tempat duduknya juga dibalut kulit.

Jika anda duduk di tempat duduk belakang, tidak perlu bimbang tentang keselesaan. Selain boleh mengawal sendiri butang pendingin hawa, penumpang juga tidak kebosanan dengan adanya skrin LCD dan pemain multimedia yang boleh memainkan filem daripada kad SD, USB atau DVD.

Sebagai seorang yang kurang gemar memandu kenderaan besar seperti MPV, saya sangat menghargai kewujudan kamera undur pada Exora.

Visual reverse camera dipaparkan secara automatik pada cermin pandang belakang

Sebaik sahaja gear undur dimasukkan, paparan berwarna lengkap dengan garisan sudut berwarna hijau dan oren akan terpapar pada cermin pandang belakang. Garisan sudut itu sememangnya banyak membantu pemandu untuk memarkir Exora dengan lebih mudah dan tepat.

Melihat dari luarannya, varian terbaharu Exora itu memang lebih menarik. Di samping perumah lampu hadapan dan belakang yang digelapkan, MPV itu turut menerima bampar hadapan dengan rekaan baharu. Di sekeliling tubuhnya juga dipasang dengan skirting. Jadi, MPV itu tidaklah nampak pakcik-pakcik sangat.

Sila lihat video test drive Proton Exora CFE di bawah :-




* sumber - Kosmo




27 ulasan:

  1. good info. Saya baru beli Exora bold Premium.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mpv idaman aku adalah exora cfe... mpv turbo yg mampu milik :)

      Padam
    2. kawe baru sbulan pakai exora cfe nih..stakat ni puas ati..klu nak dibanding ngan wira 1.5 manual kawe dulu..bold lg pick up lah..nak mmotong pun mudah..tekan je pedal tu..zupp peginye..tp minyak rasa berat sikit banding ngan wira...

      Padam
    3. hehe.. minyak tu biase la klo nk sedap... janji puas hati... aku belum merasa lg naik Exora CFE ni.... tahniah bro...

      Padam
  2. bestnyaa...tahniah pd pemilik2 Bold CFE nih....tggu next year la klu camtu...insyAllah

    BalasPadam
  3. Pakai baru 4 bln exora bold,ckap masalah kebocoran dpat diatasi..sememangnya tidak..indah khabar dr rupa..servis yg pertama dah leaking..tunggu brang sampai sebulan,sampai barang pasang masalah sama leaking plak..yg terbaru leaking diantara gearbox dan enjin plak..lower am berbunyi..brek pun sama..nk tunggu berapa lama lg..nk tunggu sampai habis loan 9 tahun ulang alik proton ke tukar barang rosak sana sini.klu setakat jahanam kecik2 punya ke x apalah plak..ni enjin..gua memang x puas hati..x kena memang la ckap proton terbaik..byk diluar sna kena tp mendiamkan diri..sblum ni pakai mayvi 6 tahun x ada masalah pun..ingat tukar kereta bsar sikit utk family ok lah sikit..tp mcm haram jadah..harap pihak proton terutama CEO proton terbaca yg proton memang macam haram jadah..mungkin barang berkualiti tp klu warga proton pasang cincai2 nk cpat siap dan habiskan kerja dpat lah kereta mcm sial..yg bwah nk siapkan kerja cpat.yg atas nk untung je...nk x nk terpaksa la pkai..gua bkan org kaya nk tukar kereta lg..last gua pkai kereta proton lpas ni..sanggup gua pkai kereta lain wlaupun rosak sana sini jgk dr pda gua x kecewa kereta buatan tempatan utk anak tempatan tp x berbaloi ditipu oleh tangan anak tempatan sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro... kesimpulan mcm ni je bro... benda mekanikal mcm kereta ni mmg ada dlm 1000 keluaran ada jgk yg cacatnya... mcm manusia la... xsemuanya sempurna.. ada yg lahir cacat... inikan pula barang buatan manusia... cb bro msuk forum bmw ke... forum kete2 mewah... ada jgk yg pemilik kereta mewah xpuas ht ngn kenderaan yg dibeli kerana bermasalah... em, berbalik masalah bro tu leaking minyak ke yg antara gearbox n enjin tu?

      Padam
    2. Tuan Saiful Idham. Betul enjin toyota bagus. Sbb tuan x terkena. Kalau terkena, pening juga dibuatnya..

      Padam
    3. toyota memang x dinafikan bagus. sbg contoh ecu innova berharga lebih kurang rm 16k ribu... betulkan aku jika ada kesilapan maklumat di sini...

      Padam
    4. toyota honda bgs..aku dh pakai enjin campro iafm ni 8thn..meragam bagai.aku jual dh keta proton thn lepas.skang pakai vios..puas ati. xlaju pun cc 1.5 je. x mcm keta oton cc 1.6 laju...he3

      Padam
    5. toyota honda bgs..aku dh pakai enjin campro iafm ni 8thn..meragam bagai.aku jual dh keta proton thn lepas.skang pakai vios..puas ati. xlaju pun cc 1.5 je. x mcm keta oton cc 1.6 laju...he3

      Padam
  4. Heh....dia copy paste dr mana tah....bold cfe mmg terbaik utk mpv mampu milik. X tau nk ckp ape dah....hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... aku yg xmampu pkai exora cfe ni tumpang gumbira ajela... hehe... persona yg pkai skrg ni pun dh ckup selesa n mantop...

      Padam
    2. salam, aku pakai pesona ok je.. sekarang dah tak tahan tengok preve turbo.. org umah dah syok ngan exora turbo.. masalah parking kat umah je xde... hahaha

      Padam
    3. w'salam.... haha... dh ok dh tu ada exora turbo... sekali sekala nak rasa turbo bawak la exora cfe tu... persona nak jual nanti rugi pulak... jalan lain bolt on tapi kene banyak ilmu la....

      Padam
  5. saya minat juga dgn exora turbo ni sebab besar dan nampak mewah. tapi bila check di internet byk pulak complain pasal masalah enjin mati . bila melibatkan enjin ni bukan kecik2 punya hal. harga exora cfe dah la mahal. bulan2 9 rat. mungkin tak semua jd mcm tu. nasib2 la. tapi takkan nak amik risiko pasal benda bukan murah. jadi senang citer amik alza. enjin mmg terbaik la (jepun). bulanan tak sampai 7 rat. walaupun tak besar tp enjin mantap.minyak jimat dari putrajaya ke kota bahru rm60 sehala. (dah tukar sport rim). setakat masalah minor kecik2 tu biasalah. tp kete alza saya dah pakai 1 tahun memang takde masalah langsung. tau pergi servis jer. hahaha.

    BalasPadam
  6. Proton ni enjin terbaik kecuali akseosori jer..saya pakai waja cps dh nk masuk 7 thn..Alhamdulillah mmg ok sgt2..buat perjalanan jarak jauh dr kuantan ke alor star pun ok sgt..skarang dlm proses peralihan utk memiliki exora cfe premium lak..mulanya nk ambil toyota wish, tapi isteri bkenan pd exora bold kerana ruangnya yg luas ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup enjin tbaik sgt ha3 thn pertama puji bangat..cm aku dulu..tap2 thn ke5 amek kau ha3 enjin dh mula ragam..heating,gasket bocor bkali2 dlm sbln..kereta apakah ini..he3

      Padam
  7. kenderaan yg kita miliki skrang ni mmg ok dan terbaik samada keta import atau keta dlm malaysia cuma cara kita memandunya.. klu da starting kat trafiklight terus buat pecutan alah2 F1 apa tak nye keta cpt leaking atau sparpart dlm enjin atau luar enjin cpt haus dan rosak... betul tak.. keta yg sedia ada memang da sykt proton atau perodua atau toyota dan lain2 sykt da keluarkan jenis2 keta pengeluaran mereka dan da d uji 100% tpi ada lagi yg nak modifide kenderaan sendiri ..contohnua sportrim size16 ..memang da d ujikaji perestasi hasil dari gantungan kenderaan.. tpi ada lagi yg nak tukar bapa sportrim ngan tayar besar ..apa tak nye mmg la ada leaking kat dryshaft atau sum tank..sbp bila kenderaan membawa beban yg tak padan ngan size asal dryshaft dan compression sum tank melebihi dari asalnya..betul tak... sbp da diuji kenderaan seblum2nya..
    kerosakan kecil2 tu biasa la fius atau realy yg rosak..sbp penambahan elektrik atau penambahan wayering pd sesuatu kenderaan..contohnya penukaran tape atau player dvd atau cd..dan penambahan sportlight..tu je....

    BalasPadam
  8. Salam , saya baru ambil exora bold 2012.Masaalah satu hari selepas basuh enjin hidup tapi masuk gear x bolih jalan.Ada simbol bulat bergigi di panel meter.Bolih x beritahu saya apa masaalahnya.Adakah ini berkaitan dengan gear box.Satu lagi kadangkala bila nak jalan terasa bergegar enjin macam tersangkut sangkut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanda tu bermaksud minyak gear box kurang. aku kena dah macam tu

      Padam
  9. Kereta yg byk elwktronik n turbo ni kne sbr..sbr cmne
    1.masa nk atart enjin.pstikn lmpu abs mati bru start.
    2.jaga turbo.pastikn bila dah berjalan pusing2 dgn kereta dah benti nk matikn injin sila biarkn injin dlm gear p or n untuk 15saat..agar bendalir dlm turbo kering..bru matikn injin

    BalasPadam
  10. Kereta yg byk elwktronik n turbo ni kne sbr..sbr cmne
    1.masa nk atart enjin.pstikn lmpu abs mati bru start.
    2.jaga turbo.pastikn bila dah berjalan pusing2 dgn kereta dah benti nk matikn injin sila biarkn injin dlm gear p or n untuk 15saat..agar bendalir dlm turbo kering..bru matikn injin

    BalasPadam