Setelah beberapa tahun kereta kita digunakan seharian melalui pelbagai jenis laluan, tulang anjing berisiko akan koyak dan mengeluarkan bunyi lagaan besi yang kurang enak. Kereta aku tiada lagi keluar simptom-simptom itu namun aku membuat keputusan untuk menukar tulang anjing pendek kerana dari pengamatan pembekal alat ganti kereta bahagian tulang anjing pendek biasanya akan kerap ditukar oleh pemilik kenderaan. Tanpa membuang masa lagi, sila lihat susunan gambar di bawah untuk melihat cara menukar Rear Control Lower Arm Proton Persona :-
Antara alat yang aku gunakan adalah soket saiz 12,14, 17, penatrate spray, 2 biji jack jenis botol, L dan straight batang soket serta rachet
Tayar perlu dibuka dahulu sebelum membuka tulang anjing
Nombor 1 adalah 'Rear Control Lower Arm' dan nombor 2 adalah 'Upper Control Lower Arm'. Yang nombor 1 adalah tulang anjing pendek yang akan dibuka.
Gambar fokus bagi lebih jelas sikit
Spray dahulu bolt-bolt atau skrew yang telah dikenalpasti sebelum dibuka. Ada 3 bolt sahaja
Fokus jauh bagi jelas sikit
2 bolt dah berjaya dikeluarkan dan 1 bolt boleh diklasifikasikan sebagai rosak
Sebenarnya aku dah salah langkah, sepatutnya bolt yang panjang yang masih belum dibuka dalam gambar di atas perlu dibuka dahulu supaya dapat mengelakkan skrew bolt rosak seperti gambar sebelum ini
Semua skrew bolt dah berjaya dikeluarkan
Inilah rupa tulang anjing Proton Persona yang telah berumur lebih tahun. Nampak season dah
Fokus dekat sekali
Yang ni pun aku salah langkah, sepatutnya aku pasang 2 skrew bolt yang di bawah dahulu baru diikuti skrew bolt panjang di atas. Kerja lebih mudah
Ok, telah siap pasang
Gambar lebih jelas dari bawah kereta. Sebelum aku terlupa, 1 jack letak di bawah kereta untuk membuka tayar dan satu lagi jack untuk tahan knuckle. Gambar bawah sekali kelihatan skrew bolt dari jack botol
Sepasang tulang anjing proton persona yang telah dikeluarkan
Sekian, sebarang pertanyaan boleh diajukan pada bahagian komen di bawah artikel ini. Terima kasih kerana melayari blog aku ini.
Terbaiklah rul...baru tau bentuk lower arm...mmg btol mcm tulang anjinglah...hehhe
BalasPadamhehe...
Padamberapa harga tulang anjing nie bro?
BalasPadamsepasang dlm lingkungan harga rm 70 utk tulg anjing jenis pendek.. yg pnjg mgkn hrge lbh kurg jgk...
Padambhgn dpn ade tulang anjng gk kr?kete aku kt dpn time belok ngn lalu permukaan yg x rata bunyi2 la..sbb tulang anjng kr atau drive shaft ek?bg info skit bro..
BalasPadamSama kes mcm saya..bila jalan x rata atau terjun lubang akan ada bunyi mcm ketukan besi...dan bunyi ketukan tu seolah olah ada sesuatu yg longgar...minta tlg bro eilarazi komen sikit apa possibility punca bunyi tersebut
Padambelah depan setahu aku ada jugak tp xde rupe mcm tulang anjing... dlm bhse inggeris front lower arm.... bab time langgor lubang ada bunyi ketukan besi tu mmg kete proton persona ada... tp mse aku komplain ngn sc proton dl ada manager tu baik ht trun bgkel dia ketatkan absorber mounting belah depan... trus kurg betul bunyi ketukan tu... cm lubang2 dlm je langgor bru timbul bunyi....
PadamKalau bunyi kat bahagian depan tu try tukar bush antiroll bar depan. Kete saya lepas tukar tu dah xde bunyi
PadamSkru tu awak ganti dgn stainless steel yg dibeli dekat hardware?
BalasPadambukan pakai skru yg warna hitam yg dibeli dekat spare parts?( tak silap nama tensile strengh steel)
xla... aku beli kat kedai spare part motor skrew tu... sbb kdai spare part kete bnyk tutup waktu projek tu...
Padamyang ini ker yg di panggil suspension link..klu salah yang mana plak?
BalasPadammaksud awak suspension drop link yang dekat bahagian suspension depan persona tu ke?
Padamyg ni aku mksudkan absorber stabilizer.... http://3.bp.blogspot.com/-PxLz90iRZyQ/TmBpOU-uprI/AAAAAAAAALo/4L9FWI-Ocg0/s1600/DSC00084.jpg
PadamBro x payah buat aligmenr ke lepas siap pasang
BalasPadamsepatutnya kne wat jgk... tp aku lmbt ckit wat...
Padamsalam saya nk tanya semalam saya dah tukar tulang anjing tu tp kereta stay gegar kenapa yer bila tanya balik kat kedai tu dia ckp tayar dah x ok ...adakah disebbkn tayar kereta leh gegar macam tu sekali ... saya pkai gen2
BalasPadamtayar klo rosak nk wat balancing pun dh xleh... kete timbul gegar time drive kelajuan brape tu?
Padamtayar sbla mna bro, saya pun guna gen2 jga..
BalasPadamTulang anjing no 2 yg pnjang tu susah ke nk rosak bro?
BalasPadamyup... itu yg kedai spare part tu bgtau...
Padamdah tukar tulang anjing pendek tapi still ade bunyi..kenapa ek??
BalasPadamcuba test henjutkan kereta then sruh someone tgok dan pegang part mana yg bunyi, kalau dah tukar lower arm tapi still ada bunyi jugak, mungkin upper control lower arm yg berbunyi
PadamSy ade kereta gen2 .. Nk tnye at mne ade bim yg murah2 ?? .. Bim kereta sy bengkok sbb langgar lubang ..
BalasPadamBulan lepas(oct) aku dah tukar tulang anjing yang pendak sebelah belakang sebab bunyi cet cet dan tayar makan sebelah. Bulanni makan tayar sebelah lagi. Kedai tayar tambah waser dekat dekat areatu dan tukar tulang anjing pendektu yang rosak lagi. Diaorang buat kat mana tulang anjingtu yang sebulan sekali rosak. Sebenarnya bulan depan tak tau lagi akan rosak tapi nak besorkan isu aku sebutlah sebulan sekali rosak.
BalasPadamYg slalu problem panjang atau pendek
BalasPadamYg slalu problem panjang atau pendek
BalasPadamYg pendek, tulang anjing ni elok tukar 2 2..klu 1 rosak 1 ok lgi bab kate pomen yg 1 lgi tu akn rosak jgak sbb 1 getah da keras lwn die gtah bru yg lmbut..so, nk mnyelmatkan duit poket mngalir 2 kali baik gnti 2 2 trus..
BalasPadamYg pendek, tulang anjing ni elok tukar 2 2..klu 1 rosak 1 ok lgi bab kate pomen yg 1 lgi tu akn rosak jgak sbb 1 getah da keras lwn die gtah bru yg lmbut..so, nk mnyelmatkan duit poket mngalir 2 kali baik gnti 2 2 trus..
BalasPadamOh ye ke bro
BalasPadamkalau bunyi cik cik cik tu datang dari tulang anjing ye?bukan absober ke?
BalasPadamNak tanya..aku pkai saga flx..absober dh tukar,lower arm dpn dh tukar,absober link dh tukar..tp masih ada bunyi besi tiap kali lalu jalan x rata..mohon pencerahan..
BalasPadampernah check pin brake caliper?kemungkinan dah longgar,tu yg bila jalan x rata saja dia berbunyi
PadamMounting absober sbb sya pernah kena....lps tukar trs hilang bunyi tu
PadamTulang anjing harga 98
BalasPadamHello.. nak tanya masalah kreta waja saya.. saya baru tukar tulang anjing kanan atas bawah brand mitsubisi pakai 1 ari bunyi tu muncul lagi.. apa masalah ni
BalasPadamApe fungsi stabilizer bush waja...
BalasPadamNak tnya.. Kalau tayar blkg dah x normal mcm biase sbb ape ya??.. Sbb tayar dah mcm mngangkang dah..
BalasPadamTu absorba belakang dh out habis tu....
PadamKoi baru tukar tulang anjing persona yg blkg 2-2,rm110 4 btg,upah rm60.bunyi berdecit dah hilang,istri pon dah xbising. Boleh tidur nyenyak.
BalasPadam